Mencari sesuatu?

Monday 29 November 2010

IT:TuneUp Utilities 2011

TuneUp Utilities 2011
سم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
Pencipta manusia dan segala
mempunyayi otak yang geliga,
Jadikan ia bermanfaat kepada semua.

Lancarkan Urusan PC anda!!
PC @ Laptop anda penah tak lembab cam siput, "hang" kaku xbergerak mcm patung, atau kucar kacir mcm orang kena sawan??hahah..tu la..ada masalah sket kat PC@Laptop anda tu...

Tp jangan risau, InsyaAllah setiap masalah ada jalan penyelesaian, apa yg perlu kita buat adalah 'ikhtiar' apa dia?? "IKHTIAR"...bagus murid2...hari ni sy nak memperkenalkan software utilities untuk PC@ laptop anda. Benda alah ni diberi nama "TUNEUP UTILITIES 2011".

Sy dah pakai software ni dah dekat sebulan. (software ni dah keluar lama, baru sempat nak share..sori..heheh) tp orang cakap benda baik ni elok dikongsi bersama. jadi sy share la dengan sahabat2 sekalian.


Fungsi TuneUp Utilities 2011 :


- Membersihkan registry yang bermasalah secara Automatik.
- Akan derfragment registry komputer anda dengan tersusun secara automatik.
- Akan menyahkan shortcut yang mengalami masalah secara automatik.
- Akan padamkan temporary file yang tidak digunakan secara automatik.
- Akan meng'optimize'kan sistem shoutdown PC anda secara automatik.
- Akan Derfragment hard disk anda secara automatik.
ini la menu utama dia, dari sini, sahabat2 akan tahu, apa yg probelm dekat PC@ laptop sahabat2 sekalian. Dan ada juga dia suggestkan untuk tindakan sahabat2 untuk meningkatkan tahap ke'power'an laptop anda..haha (bahasa apa la aku guna nih..). Tp ini kalo dah install kat pc@laptop sahabat2, xpayah risau dah sbb software ni sendiri akan buat kerja dia....hehe..makin senang kerja manusia kan...?

1-Click Maintenance 
1-Click Maintenance

Aaaa..ni lagi best dan lagi senang, just double click icon atas ni, nnt dia kan keluar window yg sebelah ni, nnt dia Automatik "cuci" System PC@ Laptop sahabat2, lepas selesai proses tu nanti just tekan ja "Run Maintainance". Dia akan buat kerja dia sendiri, senang mudah dan menimatkan masa. hehehe..

Cakap banyak pon xguna sbb sahabat2 kena guna sendiri la software nih, ni sy ada bg link untuk download software ni, ni rasanya link yg lain dari yg sy download dulu, tp insyaAllah, sama ja..

kalau link ni dah korup, insyaAllah sy akan cari link yg baru untuk sahabat2 semua.

p/s: Selamat memcuci PC, harap2 dengan kelancaran PC anda tu, memudahkan kerja anda untuk berbakti kepada agama, masyarakat, dan negara.


Kongsi:Subuh Gajah Vs Subuh Dinasour (updated)


بسم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah,
Tuhan pemilik siang dan malam,
jadikan waktu rehatku aman,
untuk aku bertenaga mengerja Ibadah,
tanggungjawab seorang hamba.

Tidur Lewat = Solat Lewat
Pada post lepas, sy ada berkongsi mengenai tidur, dan kes yg sama berulang2, susuanya bila tidur lewat nak bangun awal, kadang2 kena ketuk ngan bantal, kena rotan ngan kayu penyapu, kena simbah air panas, pon susah lagi nak bangun..ish3..kes berat ni...ini semua alasan "aku tidur lewat la.." (kadang2 tidur awal pon lambat jugak...). Masalah Generasi2 hebat masa kini.

Namun begitu, tuntutan untuk solat diawal waktu, amat2lah dituntut. Yang menjadi masalah sekarang ni, dah la bangun lambat, Solat subuh??eeerrr..eemm...Subuh gajah??Subuh Dinosour?? atau xada subuh untuknya~~.
apa nih..orang lain xsolat, aku plak dapat nama..eeee!!

Subuh Gajah @ Subuh Dinosour
Subuh Gajah adalah istilah yg lazim masyarakat kita gunakan, yg bermaksud, solat subuh lambat..hampir2 nak habis waktu @ luar waktu. Subuh Dinosour ni kiranya lagi besar la kot kesnya..hehe..ttp walaupon apapon nama diberi, keutamaan solat itu yg kita mahu bincangkan.

Mengenai solat gajah (bukan gajah bersolat) atau bahasa biasanya, solat subuh lewat waktu ini, pernah terjadi semasa zaman Rasulullah, Berlaku kepada Rasulullah S.A.W sendiri. Ketika pulang dari perang Khaibar.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika pulang menunggang unta dari peperangan khaibar telah merasakan mengantuk sangat, sehingga baginda bersabda:
“Wahai Bilal kita telah ditimpa malam”, maka bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau, manakala Rasulu llah s.a.w dan para sahabat terus tidur.
Apabila hampir fajar Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga Bilal tewas dalam mengantuk. Tiada seorang pun dari kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka terasa kepanasan matahari. Rasulullah s.a.w adalah yang terawal bangun lalu baginda terkejut. Lantaran Bilal berkata: “Demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jualah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah”. Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat. Rasulullah s.a.w berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami para sahabat.
Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda:
“Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” (Tahaa:14 ), (riwayat Ibn Majah, jld:1, hlm: 227).



Solat Serta merta @ Qada'??
Rasulullah SAW bersabda,
” Barangsiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka dia telah kafir dengan jelasnya”

Waahh...tidakkah kita takut menjadi kafir dengan jelas, kerana solatlah yg membezakan kita dengan agama lain. Berbalik kepada kes lewat subuh ini, Nak solat terus selepas bangun, atau Qada' pada waktu zuhur..Ataupun qada pada waktu subuh esok hari (kes melampau dah nih...).
Berdasarkan kisah diatas, nabi dan para sahabat, terus menunaikan solat tanpa menunggu waktu zohor, hal ini kerana, kelewatannya tidak disengajakan. Hari ini ramai yg salah erti maksud maksud qada. Qada ini hanya layak untuk mereka yg tida sengaja tertinggal solat..bukan yg 'suka' tinggal solat. TIdak Ada qada' untuk mereka yg sengaja meninggalkan solat.

Berbalik kepada Solat subuh tadi, Rasulullah tidaklah menunggu sampai solat zohor untuk menunaikan solat subuh yg tertinggal tadi, malah baginta bagun dari tidur dan bingkas berwudhuk untuk menunaikan solat.
Tetapi, sahabat2 kita, siap boleh cakap lagi, "alamak dah lewat solat subuh,...eermm xpa la..nnt waktu zohor nnt aku qada' la balik..." EEeeee!!! rasa mcm nak tunbuk2 ja abdomen belah kiri dia nih, tp itu la hakikatnya.

awas, waktu2 yg diharamkan solat sunat
Ketahui waktu haram solat
Walaupun sebentar tadi kita bincangkan mengenai bingkas bersegera mengerjakan solat subuh apabila terjaga dari tidur( untuk yg tidak sengaja tinggalkan, tp ada waktu yg diharamkan solat, macam mna??

Waktu-waktu yg haram dikerjakan solat adalah tiga, iaitu:
1. Ketika matahari terbit (sunrise) dan nak naik - di pagi hari;
2. Ketika tegak matahari (mid-noon) - ketika nak bermula waktu Zohor; dan
3. Ketika terbenam matahari (i.e. Sunset) - ketika nak bermula waktu Maghrib.
hadis Rasulullah s.a.w daripada ‘Uqbah bin ‘Amir memberitahu yang bermaksud:  
"Baginda Rasulullah telah menegah kami dari menunaikan solat dan mengkebumikan jenazah pada tiga waktu berikut: ketika terbit matahari sehingga naik tinggi, ketika matahari berada pada ufuk dan ketika terbenamnya matahari. (riwayat Muslim, jld:1, hlm:568, Abu Daud, jld:2, hlm:185,).
Tetapi, berdasarkan pembacaan sy dari blog sahabat yg sy percayai (pelajar usuluddin di jordan) menuliskan
solat yang diharamkan selepas solat fajar ini adalah solat sunat, manakala solat fardhu adalah tidak ditegah dari melakukannya.(Nuh ‘Ali Salman, Qadha al-Ibadat, hlm: 260-261)

Dr. Wahbah Al-Zuhaily pula menukilkan pandangan para fuqaha dengan menyimpulkan dengan pandangannya,

 “Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada solat boleh dilakukan bila-bila sahaja.” (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, al-Fiqh al-Islamiy, jld:2, hlm: 144).
Ini kerana wajib itu kekal wajib. Wajib dalam waktunya apabila tidak ditunaikan pada waktunya wajib itu tidak berubah tuntutannya ia tetap kekal wajib. Malahan orang yang tertinggal solat dengan alasan tertidur, terlupa wajib bersegera mengqadanya. Selagi mana tidak diqada selagi itulah hutang solatnya tertanggung atas bahunya.

Penutup:Bersolatlah Jika kamu hamba Allah
Seorang hamba yang Soleh, akan memastikan hubungannya dengan Allah terpelihara, tidak kira dimana, atau bahaimana keadaan sekalipun. Ibadah yg perlu dijaga sebaik2nya adalah solat, kerana, elok solat, maka eloklah segala2nya.

Sesungguhnya Allah tidak pernah mensia-siakan amalan hambanya, malah setiap perbuatan yg diwajibkan, disuruh dan digalakkan untuk kita laksanakan adalah untuk kebaikkan kita sendiri. Disini sy beri satu link, Mengenai Khasiat solat diawal waktu berdasarkan kajian tenaga Alam amat menarik untuk dibaca. 

Walau apa2 pon, jangan sesekali tinggalkan solat, kerana  
“Perjanjian yang telah ditetapkan antara kami dengan mereka adalah (menegakkan) shalat, karena itu barangsiapa yang telah meninggalkannya maka sungguh ia telah kafir.” (Shahih: Shahih Ibnu Majah no: 884, Ibnu Majah 1:342 no: 1079, Nasa'i I: 231, dan Tirmidzi 125 no: 2756).
Rujukan:
  1. http://ms.langitilahi.com/forum/persoalan/subuh-gajah/ 
  2. http://adrinis.com/blog/2009/07/rahsia-solat-awal-waktu.html 
  3. http://komuniti.iluvislam.com/index.php?/topic/25477-terlewat-bangun-untuk-solat-subuh/ 
P/s: Solat diterima Allah atau tidak, itu urusan Allah, kerana dia yang menilai, Asalkan kita buat yang terbaik dan Bersungguh-sungguh tanpa rasa was-was.kita hanya boleh tengok kepada cara  kita laksanakan. Kalau cukup syarat, tak batal dan sebagainya, maka oklah. Kadang kala akhlak kita juga menunjukkan amalan kita diterima atau tidak.




Diskusi:Tidur, Tahukah Anda??

بسم الله الرحمن الرحم
Yang Menguasai Langit,
empunya matahari dan bulan,
jadikanlah waktu2 itu,
berguna dan bermanfaat,
seakrang dan akan datang.

Tidur-Aah nikmatnya
Antara banyak-banyak aktiviti dlm kehidupan seharian manusia
ramai yg mengaku yg tidur adalah yg paling digemari ramai. mau
tidak, siao berdengkur-dengkur2, siap ada baju khas untuk tidur,
ada bantal dan selimut khas untuk tidur, dan ada lagu2 khas untuk
tidur. Dan kepada penggemar mimpi2 indah inilah masanya.

Tapi ada jugak spesis yg xsuka tidur, kadang2 berjaga sampai tengah
malam, pagi2 buta, baru nak lelap mata, itupon 'terpaksa' hahah..
ni la spesis2 manusia aktif mlm mcm musang ngan burung hantu,
smuanya penangan Fb ngan Blog (haha mcm terkena kat diri sendiri)

Awas:Tidur selepas subuh
Akibat bahana tidur lewat, bermain game, fb dan blog, selalunya
spesis2 aktif mlm ini akan terus tidur selepas solat subuh
(lagi teruk xbangun2 subuh langsung).OOppss...sebelum sambung tidur
tahu x apa kesannya??


Hukum Tidur Selepas Waktu Subuh :

Sabda Nabi:
Maksudnya:berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya
berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.(riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)

Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh.Maka dikatakan kepada anaknya:
"Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?

Di dalam riwayat lain pula,sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah radiallah anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)

maka dengan sebab ini para fuqaha menetapkan hukum makruh tidur selepas subuh.
'Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal.'(dinukilkan oleh Imam as-Safarini)

Sedangkan Burung pon mencari rezeki di waktu pagi, siput pon dah start cari makanan, xkan la kita yg mukallaf ni boleh pulak bermalas-malasan.

Awas:Tidur selepas asar
ni selalunya terjadi kepada yg penat bekerja, dan kadang2 student university @ mna yg kelas sampai petang
mesti akan melabuhkan tirai dunianya di katil. oooppss..sekejap, tahu x bahana tidur lepas asar
Hukum Tidur Selepas Waktu Asar :

Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan:
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah saw ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.
Ibn Qaiyim menambah:

"Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)."

Setengah ulama mengatakan:
"Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri.

Mengatuknya...!!!
Awas:Tidur waktu Khutbah Jumaat
Pegh..khutbah panjang, udara nyaman, kalo tidur ni masyuk...!!!
mungkin ini antara dialog jemaah2 ketika waktu solat jumaat, tp ketahuilah walaupun xsalah tidur ketika khutbah (solat jumaatnya tetap sah) namun ianya satu perbuatan yg patut dikesali.

Namun satu perkara perlu diambil berat adalah, engenai status wudhuk orang yg tidur ni??mcm mna la gamaknya,
Dalil bahawa tidur itu membatalkan shalat adalah hadits berikut ini:

مَنْ نَامَ فَلْيَتَوَضَّأ -رواه أبو داود وابن ماجة.
Siapa yang tidur maka hendaklah dia berwudhu’ (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)
Namun para ulama mengatakan bahawa tidak semua bentuk tidur akan membatalkan wudhu’. Ada beberapa kriteria yang berbeza, di mana tidak selamanya tidur itu membuat batal wudhu’.
Tidur yang membatalkan wudhu adalah tidur yang membuat hilangnya kesedaran seseorang. Termasuk juga tidur dengan berbaring atau bersandar pada dinding.
Sedangkan tidur sambil duduk yang tidak bersandar kecuali pada tubuhnya sendiri, tidak termasuk yang membatalkan wudhu’ sebagaimana hadits berikut:

عَنْ أَنَسٍ رَضي الله عنه قاَلَ كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللهsيَنَامُونَ ثُمَّ يُصَلُّونَ وَلاَ يَتَوَضَّؤُنَ – رواه مسلم – وزاد أبو داود: حَتَّى تَخْفَق رُؤُسُهُم وَكَانَ ذَلِكَ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ

Dari Anas ra berkata bahawa para shahabat Rasulullah SAW tidur kemudian shalat tanpa berwudhu’ (HR Muslim) – Abu Daud menambahkan: Hingga kepala mereka terkulai dan itu terjadi di masa Rasulullah SAW.

Awas:Tidur Meniarap
Tidur meniarap antara kebiasaan manusia, sbb tidur meniarap ini antara yg paling selesa, tambah2 pula tilam empuk..peghh!!..terbaik la..tp tau x apa hukumnya??

Ya, sememangnya ada. Antaranya hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud daripada Dakhfah bin Qais al-Ghifari ( ضخفة بن قيس الغفاري) yang menceritakan beliau pernah tidur meniarap di dalam masjid nabi s.a.w. Lalu baginda datang mengg...erakkan beliau seraya berkata:
إِنَّ هَذِهِ ضِجْعَةٌ يُبْغِضُهَا اللَّهُ

Maksudnya: "Sesungguhnya tidur dengan meniarap ini dimurkai oleh Allah."

Dalam riwayat Ibn Majah pula, Nabi s.a.w. bersabda: "Hanyasanya ini adalah keadaan meniarap ahli neraka."

Hukum Hadith

Ulama berbeza pandangan tentang hukum hadith ini. Sebahagian kata Sahih seperti Ahmad Syakir dan al-Albani. Manakala sebahagian yg lain kata Dhaif seperti al-Imam al-BUkhari, al-Daraqutni, Ibn Abi Hatim dan Ibn Rejab.

Wallahu a'lam, al-Syeikh 'Abdul 'Aziz Abdillah bin Baz berpendapat hukum tidur meniarap sekurang-kurangnya adalah makruh yang bersangatan. Maka sewajarnya dijauhi, disamping kajian perubatan moden juga membuktikan ia boleh membawa mudharat.

Penutup: Doa Jangan dilupakan
haha..ini perkara yang selalu dilupakan ummat, Doa sebelum tidur dan bangun tidur. Jom kita baca bersama2

• Sebelum Tidur :

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
bismikallahumma ahya wa amutu
Ertinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati
 
• Sesudah Bangun Tidur :

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur
Ertinya :
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit.

rujukan:
  1. http://wearetheslave.blogspot.com
  2. http://bin-sahak.blogspot.com/2010/10/hukum-tidur-meniarap.html 
  3. http://soaljawab.wordpress.com/2008/03/30/tidur-waktu-khutbah-jumaat/ 
  4. http://agusw.penamedia.com/2005/04/07/doa-sebelum-tidur-dan-doa-sesudah-bangun-tidur/comment-page-1/ 

P/s: Tidur2 juga, jgn sampai terlupa nak solat~~wallahualam
 

Saturday 27 November 2010

Diskusi: Sakit?bukan alasan tinggal solat

بسم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
Pencipta Manusia sebaiknya.
dan segala makhluk yg taat,
Taatkan jua kami yg lemah ini,
agar tidak meninggalkan ibadah,
kewajipan sebagai hamba.

Sakit Bukan Halangan
Aduuhh..sakitnya kepala!!xlarat nak bangun solat..adeh3!! belakang aku sakit..camna nak sujud nanti...huh~~demam la..sejuk nak amik wuduk: ada lagi x alasan2 yg anda dengar dari orang yg sakit??

Sesungguhnya ibadah solat itu wajib bagi seluruh manusia yg bergelas muslim. Dengan solat, membezakan kita dengan kafir. Tetapi sayangnya, diantara kita berusaha sedaya upaya untuk meninggalkan solat. Nauzubillah min zalik..Lazimnya akan memberi alasan sakit atau tidak larat untuk tidak menunaikan solat. walhal, kesakitan itu adalah nikmat daripada Allah. NIkmat apa kalo sakit??

Sakit itu adalah satu nikmat kerana Allah yang kurniakannya. Analoginya bergini, seorang ibu, jika dia mahu melihat anaknya menjadi matang, dia mesti sentiasa mengawasi, menegur dan sampai satu ketia sehingga memarahi, supaya dengan segala perhatian yg diberkan si ibu kepada anaknya, dapat menjadikan anaknya taat dan berdisplin dalam satu2 perkara. Nah..begitu juga Allah, memberikan kesakitan@musibah kepada hambanya sebagai satu peringatan agar kembali kejalan yang benar dan mematangkan kita dalam satu2 urusan.
“Tidak ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya yang mengadakan demikian(kesakitan, cubaan, bencana) itu, adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada pada diri kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang takabbur lagi membanggakan diri” Surah Al-Hadid ayat 22-23.

Solat Ketika Sakit
didalam satu blog, sy terbaca soalan ini, jika orang sakit,yang manakah patut dilakukan? (situasi utk solat maghrib)
i) tangguhkan solat dan qadha' ketika bangun waktu mlm (utk khusyuk).
ii) gagahkan diri utk solat (utk solat dalam waktunya-wlpn sakit, dan xda dalil mengharuskan dilewatkan maghrib: betul ke?)

Dalam hal sakit yang teramat sangat, sehingga tidak terdaya untuk bergerak, walaupun seinci (ini dah kes teruk dah ni,mcm lumpuh). Dia tetap juga WAJIB Solat.


قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : صلِّ قائماً فإن لم تستطع فقاعداً ، فإن لم تستطع فعلى جنب
"Rasulullah saw bersabda kepadaku : Solatlah sambil berdiri, jika tidak mampu solatlah secara duduk, jika tidak mampu, solatlah secara mengiring" [Hadith Riwayat al-Bukhari #1117]

Persoalan mengenai wudhuk
"Tangan bersimen, berbalut, luka parah, teruk!!! tangan kaki penuh besi, biasalah mat rempit sejati, tp gua dah insaf..nak solat, mntak ampun, mcm mna nak amik wudhuk??"

berdasarkan pembacaan saya:
Kaedah Solat
"sakit2 mcm ni nak solat mcm mna??nak angkat tangan pon xmampu"... eeehhh banyak la alasan dia nih..
hakikatnya, rasulullah sudahpon menenrangkan bagaimana solat ketika sakit. Dalilnya seperti diatas. untuk menrangkan kaedahnya pergi ke link ini (Solat Ketika Sakit )

Solatlah, Allah tahu..
"Allah terima ka kalo solat dlm keadaan xsempurna mcm nih, berbaring, terbongkok2, duduk xsempurna.."
Xpayah la risau,Ketahuilah Allah tahu apa yg kamu lakukan, solatlah bagaimana gaya  sekalipon (ketika sakit) sbb Allah tahu.
"Allah tidak memberatkanseseorang melainkan apa yg terdaya olehnya..." (surah Al Baqarah 2;286)
Penutup: Sakit itu kasih sayang Allah
Setiap kesakitan itu adalah peringatan dari Allah. Allah amat kasih kepadamu, kerana menurunkan sedikit ujian agar kamu segera kembali kepadaNya. Tidakkah kamu tahu, Allah amat mengasihi hamba2Nya, walaupon bagaimana balasan hambaNya kepada Pencipta Rabbul Izzati. Jangan kamu kata Allah itu zalim kerana menghantarkan kesakitan kepada kamu, tetapi kamulah yg zalim kepada Allah.

sumber:
Buku "Denyut Kasih Medik"; Dr Farhan Hadi; (2010)Telaga Biru

p/s: Solat itu tiang Agama, Mendirikan solat=mendirikan agama, meninggalkan solat=meruntuhkan agama
renung2kan...


Kongsi:AQ memupuk insan cinta Alquran

Akademi Alquran sudah masuk musim ke 5

بسم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
Mencipta Segala dilangit.
dan dibumi juga diantaranya,
Tanamkan cahaya Alquran itu,
Dlm benak hati2 kami,
Agar denyutannya untukMu semata.


Program Realiti Tunggal
Selalu kita dengar, Akademi Fantasia, akademi nasyid,akademi bolasepak, tetapi ini Akademi Alquran, program tunggal yg mengumpulkan pelajar2 didalamnya dan diajar cara bacaan(qiraat) tajwid, kelancaran (fasahah), lagu Alquran (tarranum) dan pengajian tafsiran Alquran. Jelas matlamatnya adalah untuk menyemaikan isi Alquran kepada bukan sahaja peserta, tetapi kepada semua golongan masyarakat.

Sedikit mengenai AQ
Akademi Al-Quran (AQ), sebuab program mendidik generasi Islamik dan celik Al-Quran. Seramai 10 peserta yang benar-benar memenuhi kriteria sebagai peserta akan dipilih untuk menunjukkan kebolehan mereka.
Kelahiran program realiti Akademi Al-Quran terbitan TV9 sejak 2006 ini telah berjaya meningkatkan kualiti bacaan Al-Quran secara taranum dengan bimbingan daripada mereka yang pakar dalam bidang tajwid dan qiraat. Selain daripada peserta dapat mendalami ilmu Al-Quran, para penonton juga bertuah kerana dapat berkongsi pembacaan Al-Quran menerusi penerangan dan bimbingan tenaga pengajar dan juri dalam setiap rancangan tersebut. 

Sehingga kini, 4 qari hebat telah ditemui iaitu Anuar Hasin yang dinobatkan sebagai Juara bagi AQ1, Abdullah Fahmi Che Nor sebagai Juara AQ2, Fakhrul Radzi Khamaruddin sebagai Juara AQ3 dan baru-baru ini Juara AQ4 menjadi milik Ahmad Tirmizi Haji Ali.

Siapa pula bakal bergelar Juara AQ5? Adakah anda bakal Juara AQ5? Jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai ujibakat Aakdemi Al-Quran musim 5
harini bermula sesi terakhir ujinakat(27 – 28 November - Muzium Kesenian Islam, KUALA LUMPUR) jadi kalo ada yg masih berminat untuk masuk, sempat agi nih...pergi cepat!!!
Qari & Qariah AQ termuda
Bermula dari AQ4, syarat kemasukan pelajar AQ sudah berbuah sedikit, antaranya adalah had umur penyertaan, daripada 18 tahun kepada 13 tahun. apa yg menyentuh hati apabila melihat kelibat sahabat2 kita, adik2 kita yang berumur belasan tahun, bersemangat untuk sama2 mencuba nasib dalam program realiti ini.
Apa yang membanggakan sy golongan muda, ada juga yg terpilih dlm 10 finalis AQ4. Iaitu Siti Aishah binti Baain 13 tahun dari Pahang dan Mohd bin Ahmad Zahid 15 tahun Kuala Lumpur. seorang lagi remaja belasan tahun iaituMohd Nazif bin Zuhairi 17 tahun Kedah. Subhanallah, dalam usia yg muda, hati mereka sudah dekat benar dengan AlQuran.

Siti Aishah binti Baain 13 & Mohd bin Ahmad Zahid 15
Aquran dekat dimata lekat dihati
Allah berfirman, 
"Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan padanya (tentang datangnya dari Allah dan sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa". (al-Baqarah: 2)
Allah sebagai pencipta makhluk termasuk manusia sudah tentu arif dan amat mengetahui apakah keperluan manusia. Sebab itu kita perlu menjadikan al-Quran sebagai manual kehidupan. Manusia yang semata-mata bergantung kepada logik akal tidak semestinya akan betul .

Dijadikan AlQuran sebagai Nur di dada Manusia, jelas Alquran itu membawa rahmat yg besar untuk sekian alam sehingga ke akhir zaman.Allah berfirman yang bermaksud:
“Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)
Sedarlah, setiap ayat yang dibaca didalam Alquran akan mendapat ganjaran pahala tersendiri. Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda,
" Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."

p/s: Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”

kredit:
  1. http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-51697.html  
  2. http://www3.pmo.gov.my/webNotesApp/RqrMainM.nsf/WebQuranBannerMalay?OpenFrameSet
  3. http://soaljawab.wordpress.com/2008/01/01/jadikan-al-quran-dekat-di-mata-lekat-di-hati/ 


Friday 26 November 2010

IT: AlQuran, Baca dari PC anda

Bacalah! Dengan nama tuhan yang menciptakan
بسم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
Mencipta Segala dilangit.
dan dibumi juga diantaranya,
Menurunkan Cahaya ini ke Muhammad,
terangkan Hati2 umat yg gelap,
terangi hati-hati kami.

Al-Quran atau Quran (bahasa Arab: القرآن al-Qur'ān) ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun. (copy paste dari wikipedia..heheh).

Mari baca AlQuran
Hikmah Alquran ini sunggu luas, di dalamnya sahaja terdapat segala peraturan, peringatan, sejarah dan petunjuk2 yg samada kita sedar atau tidak. Ada ka yg xsedar kewujudan Alquran?? yang tidak pernah langsung baca AlQuran tu meunglah kot xsedar akan kehadiran AlQuran, apa yg mereka tahu hanya kehidupan mereka yg serba xcukup. Dan fenomena sekarang ni, semua nak mengadap laptop, PC, main game, Fb, Blogging..bla..bla..Skyping...sampai xdak masa nak baca Alquran.

Sepatutnya, lebih mencabar kehidupan dunia ini, semakin dekat hati kita dengan Alquran. dan di post ini, sy nak share dengan sahabat2 sekalian. sekarang ni kalian semua boleh terus kekal melekat di muka Laptop @ moniter PC anda kerana, saya nak 'share'kan Link Alquran online dan Alquran Flash untuk sahabat2 semua baca melalui Pc anda.

AlQuran Explorer

AlQuran Explorer ini adalah satu website yg kita boleh dapatkan paparan Alquran penuh semua surah berserta dengan terjemahan. Antara kelebihan DI website ini;
  1. Terdapat Kesemua  surah beserta terjemahannya sekali (bersebelahan)
  2. Terjemahan boleh diubah kepada banyak bahasa lain antaranya bahasa Malaysia.
  3. Boleh skip ke ayat @ surah yg kita kehendaki.
  4. Terdapat Hukum tajwid pada ayat alquran tersebut (ditandakan dengan warna; klik pd icon warna)
  5. Boleh mendengar bacaan Alquran serta petunjuk ayat.
  6. Ada lagi Advance setting, tp cukup la setakat ni, kalo nak tau explore sendiri..heheh
Untuk merasai sendir bagai mna Alquran maya ini, masuk ke link ini http://www.quranexplorer.com/ 


Alquran Flash

Yang ni Menarik sikit, mcm Alquran betol, kita boleh selak helaian demi helaian. ni pon ada tajwid ditanda ngan warna gak, tapi yang ni kalo nak dengar bacaan dia, kita kena baca sendiri. tapi ini bukan online punya. kena download dari link http://www.quranflash.com/en/download/index.html dan dah siap, senang sahaja!!
kalo x silap sy dlm ni ada byk bentuk2 alquran. tp bentuk xjadik masalah, yg penting kita BACA!!

Penutup:Dekatkan Alquran Dihati
Walaupon dua sahaja yg sy dapat bg, sebenranya, jika dicari di internet tu byk ja Alquran online. tp dua ini jadi pilihan Nurrahman kali ni.

Apa yg penting, kita perlulah sentiasa istiwamah membaca Alquran, dan pastikan setiap kelakuan, perbuatan, percakapan dan amalan kita berpandukan Alquran. Alquran bukan hanya untuk dibaca, tetapi untuk diambil hikmahnya. wallahualam, Selamat Membeca Alquran

p/s:  Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Orang yang membaca al-Quran dengan lancar, maka dia bersama malaikat yang mulia, manakala orang yang membaca al-Quran kurang lancar, maka baginya dua pahala. bacalah, xrugi pon....

Program Adik-adikku : Da'ie in Progress

 Adik-adikku InsyaAllah Boleh~~
بسم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
Mencipta Segala dilangit.
dan dibumi juga diantaranya,
aku harap lahir dari generasiku,
sumber cahaya suci,
terangi hati-hati kami.
Program realiti Tv kanak-kanak
Dalam sibuk bdk2 tengah bercuti, Televisyen2 pon sebuk la jugak buat promosi utk kanak-kanak sekolah ni, ada citer kartoon dari pagi sampai petang, ada juga tayang movie 'disney' hari2. xketinggalan juga program2 realiti TV untuk kanak-kanak. huh....???

Setakat ni program realiti berasaskan kanak-kanak : Idola kecil (dah masuk musim ke 3) Soccer KIds (pon rsanya dah masuk musim ke 3 @ 4 ) dan yg terbaru Kamilah Bintang keluaran Astro Ceria. HUh!! kenapa semuanya program berbentuk hiburan??

Tp apa yg menyedapkan hati sy dan sahabat2 sekalian, satu program realiti hiburan islam, anjurann JAKIM, terbitan TV1 iaitu Program Adik-adikku (yg dah masuk musim ke 2..Alhamdulillah)
ada juga permata dalan batu2an ini...

Program Adik-adikku
Berkonsepkan hiburan dan pendidikan, mengetengahkan bakat seramai 20 penda'ie kecil yang menunjukkan persembahan melalui pidato yang disusuli dengan tarannum, nasyid, bacaan surah dan sebagainya. Penda'ie kecil ini mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada Murabbi yang terdiri daripada tokoh-tokoh agama yang terkenal di Malaysia iaitu Dr Redhuan Tee Abdullah, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Zawawi Yusof, Ustaz Zamri Zainoldin dan Ustazah Asni Abu Mansor
Pegh bukan calang2 orang yg jadik tenaga pengajar, semuanya Daie2 yg terkenal di Malaysia... beruntunglah peserta adik-adikku ni..
Adik-adikku musim 1
Ini la peserta2 adik2ku musim pertama bersama murabbi masing2

 Bakal Menggegarkan pentas
 
 Nak kenal nama2 mereka dan dapatkan info terkini

Lihat wajah2 adik2 ini, suci dan bersemangat untuk menyampaikan Kalimah2 Toyyibah, Jika usia sebegini sudah menyedari hakikan dan tanggungjawab sebagai seorang hamba, untuk menyampaikan dan menyambung tugasan Rasulullah sebagai daie, bg sy, cukup malu. dengan kehadiran daie2 cilik ini diharapkan dapat membuka mata adik-adik kita agar dekatkan diri dengan islam.
Rumah bermula dari seketul bata
Membina bangunan yg kuku bermula dari sekecil2 bata, membina ummah yang kuat perlu bermula dari generasi2 kecil seperti ini. Kalau menulis karangan peribahasa ini mesti tidak pernah lupa, melentur buluh biar dari rebungnya, tetapi perlaksanaannya??
Artikel ini bukanlah menyatakan bahawa tanggungjawab berdakwah sudah jatuh kebahu kanak2 ini, tetapi ingin sy menyedarkan bahawa tidak malukah kita dengan adik-adik ini??
Masih belum terlambat untuk kita mulakan semula kehidupan kita, jadi insan yg baik dan jadikan sekeliling kita ini juga baik. satu kata2 yang sy petik dari sebuah novel karya Hilal Asyraf bertajuk Sinergi; "jika aku masuk syurga, aku akan bawa kamu bersama kamu, jika aku masuk neraka, tariklah aku keluar dari lubang neraka dan bawa aku bersama2 kamu kesyurga" ini bermaksud, setiap dari kita bertanggungjawab keatas insan yg berada di sisi kita.
Penutup: Selamat bermujahadah
Selamat berjuang kepada daie2 kecil Adik-adikku musim ke 2 dan selamat berjuang juga kepada sahabat2 dalam memastikan iman kita tetap kepada 1 "tiada tuhan disembah melainkan Allah, dan MUhammad Pesuruh Allah" wallahualam
p/s: Tahniah kepada Adik Wajih Johan Program Adik-adikku musim pertama, semoga kekal berdakwah kepada generasi cilik yang lain (n_n)V 


Thursday 25 November 2010

Aeman: Permata Dakwah

Aeman: Permata dakwah contoh
 بسم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
YangMenciptakan 7 Petala Langit
dan 7Petala Bumi
Kutadah memohon doa,
Agar permata itu bersinar,
menerangi jiwa kami lagi.  

 
Aeman: Permata Dakwah
Bila sebut sahaja pasai kumpulan nasyid Aeman, mesti sahabat2 terlintas dlm fikiran lagu2 popular kumpulan tu seperti, Anak Soleh, Buatmu Ibu, dan Di Pondok Kecil. Dan kebanyakkan lagu2 nyayian sahabat Aeman ini mmg terkesan dan memberi input yg baik untuk kita dan kanak2.  
 
Ikhlas sy cakap yg sy mmg meminati kump ini dari kecil lagi, sy mengenali Aeman semasa album kedua :Alif Ba ta. lagu2 dlm album Aeman kebanyakkan mengajar adik2 kecil agar mengenal Allah, Mengajar adab kepada Ibu Bapa, adab2 kehidupan seharian. mengenai akidah islamiah dan lain2 lagi.   
 
Lagu2 dari Aeman bukan sahaja diminati oleh golongan kecil tetapi golongan2 dewasa juga. Lagu2 ini sudah menjadi kebiasaan kepada motivator2 untuk program yg dijalankan mereka. Sy juga pernak menggunakan Lagu2 Aeman seperti lagu AyahBuatmu Ibu, dan Anak Soleh dalam program kelolaan sy. Ini menunjukkan Dakwah yg dibawa kump Aeman aman berkesan terhadap semua lapisan masyarakat.  
 
Info Aeman
berikut sedikit info mengenai Kump. Aeman semasa dibawah Hijjaz Record  
 
Ahli Kumpulan :
  1. Mohd Zamri bin Safrizal (vokalis utama)
  2. Anas Aqeel bin Abdul Latif
  3. Abdul Kareem Hafiz bin Isa
  4. Muhammad Hazmirul bin Hasrul
Bekas Ahli :
  1. Mohd.Tamlikha bin Abu Bakar 
  2. Mohd.Afdhaluddin bin Suhaimi
  3. Ihsan Hizami bin Shamsuddin
  4. Ahmad Nazaruddin bin Azman
  5. Mohd.Daud bin Bahari
  6. Muhd Safwan bin Jahri 
Album2 Aeman (2000~2007)
Iman Itu Dihati - 2000
Alif . ba . ta-2002
Cahaya Hati-2005
Permata Ayah Bonda-2007
Tribute to Aeman
InsyaAllah, sy dan sahabat2 Fan Aeman yg lain akan mengadakan Tribute to Aeman. Tribute ini dibuat agar ahli2 dapat bersatu kembali. Melalui tribute ini juga kita menunjukkan rasa berterima kasih kita kepada kumpulan ini kerana banya berjasa dalam mengajar kita melalui lagu2 dendangan mereka.

InsyaAllah Blog NurRahman turun terlibat dalam tribute ini.Kepada sahabat2 yg membaca post ini. anda juga dipelawa untuk membuat satu tribute untuk Aeman (xkesah la video rakan suara anda menyayi lagu2 Aeman ka, Buat poster Aeman ka..Buat kulit Album Aeman ka..asalkan semuanya berkaitan Aeman).

Tujuan kami mengadakan Tribute ini bukan lah nak mengagung2kan Aeman, tetapi kami mahu PERMATA DAKWAH ini kembali menyinari hati2 yg pernah mereka terangi dengan lagu2 merdu.
Untuk penyertaan anda semua bolehlah menghantarkan ke email saya
acabsmka@gmail.com ataupon di Facebook fanpage Aeman
jgn lupa like fan page Aeman sebagai tanda sokongan

p/s:  Alfatihah untuk salah seorang ahli Aeman, Allahyarham Adik Muhammad Hazmirul B Hasrul yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam 23.Disember.2009 akibat sesak nafas. Saya berdoa semoga allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang soleh dan bertaqwa. AlFatihah...

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan