Mencari sesuatu?

Wednesday 29 December 2010

Diskusi:Hati-hati, hati mati

 سم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
Yang membolak balikkan hati, 
Kekalkan hati kepadaMu 
kuatkan hati dengan takut padaMU 
bimbinglah hati agar dekat denganMu 

Hati.Power supply manusia
Bila sebut pasai hati, orang akan bayangkan bentuk love,xtau sebab apa. tapi kalau kita ad abelajar pasai hati dalam kelas sains @ Biology, hati manusia xdak la berbentuk love tu betul x? tapi bukan tu yg jadi persoalannya.

Ramai yang cakap, dalam badan manusia ni, otak yang memainkan peranan dalam semua tingkah laku manusia sehari-harian. tapi Ustaz saya bagitau, hatilah yang mengawal semua anggota manusia. daripada hati, membawa kepada otak, lalu pergerakannya itu berlaku.

Tahu x, yang bila hati dah rosak, maka diri manusia itu pun rosak jugak. rasa sahabat mesti sudah biasa dengar dengan kalimah ni, jika kita berbuat satu dosa, maka timbul satu titik hitam pada hati kita, dan apabila banyak titik hitam. hati kita akan jadi kotor dan hitam (gelap) maka lepas itu susahlah nak terima apa sahaja kebaikan pada diri kita

Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah).

dan bila hati dah hitam.Itulah yang dikatakan hati sudah MATI

Hati mati? sebab apa?
Pertama:Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud 
"Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar, ayat 22).

Kedua :Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.

Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud 
"Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd, ayat 2

Firman-Nya lagi bermaksud 
"Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura, ayat 88 - 89)
 Hati aku, Mati ka hidup lagi nih??
Hello hati, sihat ka??kalau hati jawab sihat maka...eerr...oopss..jangan merepek..back to topik..
nak tau hati mati atau tidak, kita boleh check sendiri, (tapi kalau hati sakit, jumpak doctor). Antara tanda-tanda hati seseorang itu mati;

1. Kita mengaku kita kenal Allah,tetapi kita tidak mahu menunaikan hak-hakNya.
2. Kita mengaku cintakan Rasulallah,tetapi kita mengabaikan sunnah-sunnahnya.
3. Kita membaca Al-Quran,tapi kita tidak mahu beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Kita menggunakan segala nikmat Allah,namun kita tidak bersyukur.
5. Mengaku syaitan itu musuh yg nyata tetapi kita tidak berusaha menentangnya.
6. Kita mengaku ada siksa neraka tetapi kita tidak berusaha menjauhinya.
7. Mengaku ada nikmat syurga tapi tak mahu berusaha mendapatkannya.
8. Mengaku kematian pasti tiba tetapi kita tak berusaha menghadapinya.
9. Kita sibuk membuka aib org lain,tapi kita lupa akan aib kita sendiri.
10. Kita hantar dan kuburkan mayat,namun kita tidak mengambil ikhtibar dr kematian.

eerr...mcm mna??hati kita ni masih hidup atau dah kembali kerahmatullah??

ubat hati rawat jiwa
banyak cara nak ubat hati nih, xperlu pakai tonik hati dr jabbar (yg tu untuk sakit fizikal boleh la). banyak yg kit aboleh buat antara yang selalu di suggestkan ustaz dan kebanyakan penulis

* Baca Al-Quran beserta maknanya
* Dirikan solat malam(tahajjud)
* Selalulah bercampur dgn org-org soleh
* Banyakkan berpuasa
* Memperbanyakkan zikrullah

xsemestinya kena fokus pada perkara diatas sahaja. cara mudah untuk rawat hati adalah dengan selalu buat kebaikkan, selalu beristighfar, dan sentiasa ingat Allah. InsyaAllah hati kita akan bernafas dengan cergas!!

Penutup:Jiwa2 yang tenang 
saya ada terbaca ini di blog sorang sahabat, dan sy kongsikan bersama sahabat2 sekalian.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

wallahualam
sumber:

Monday 27 December 2010

Nasyid, Satu evolusi pemantap rohani


Dengarkan Evolusi Nasyid Malaysia!!

 Fenomena Nasyid sudah bermula!!!

Kalau dulu kita dihidangkan dengan alunan lagu2 munajat daripada kumpulan The Zikr, Qartunnada, Nada Murni, Lalu datang pula kumpulan2 nasyid daripada nusantara seperti aljawahir, ElSuraya, AlMizan dan banyak lagi. Mereka ini lebih tertunpu kepada rentak2 masri dan qasidah. senang cerita, lagu2 berirama padang pasir...



Namun arus muzik negara sungguh cepat berevolusi. Maka satu anjakan paradikma nasyid pon sama2 bergerak ke demensi baru. Maka wujudlah pula nasyid moden. kumpulan2 seperti raihan, Rabbani, Hijjaz, saujana, Huda dan banyak lagi mula wujud. Dan untuk pengetahuan sahabat2 sekalian. sebahagian daripada mereka ini adalah asalnya daripada kumpulan nasyid generasi pertama yg saya sebutkan sebelum ini (nun kump kat atas tu...) mereka beralih kepada muzik moden demi memastikan mesej dapat diteruskan dan diteima umum.

namun begitu, kegilaan masyarakat sering kali berubah2, kemunculan kumpulan2 remaja (band2 pon dan pop rock ketika tu) mmg menjadi2. Untuk pastikan nasyid tidak dipinggirkan. mAka wujud pula kumpulan nasyid generasi 3 seperti Inteam, UNIC, Mestica, Far East, Mirwana dan ramai lagi.

Namun begitu, kebanjiran artis2 melimpahi industri nasyid, kemunculan program realiti yang menjadi2 menenggelamkan kumpulan2 nasyid, mau tak..berapa ramai yg nayi lagu2 selain nasyid, orang yg mengalunkan nasyid plak boleh dibilang dengan jari...huhu. 

satu langkah drastik telah diambil kumpulan2 nasyid ini dengan masing2 berpecah membawa haluan sendiri. ada yang bergerak solo, dan ada yang menubuhkan kumpulan yang baru. dengan satu tujuan, menambahkan bilangan penasyid2 di Malaysia.kebetulan pula pada masa tu artis nasyid solo dapat perhatian pulak contoh seperti AMAR, Akhil Hayy dan Muad'z. jadi antara yang bergerak solo sekarang. Suhaimi (Inteam), Fitri (UNIC), Hafiz hamidun(UNIC) Nazri Johari (Raihan).

Irama Nasyid Mula Berubah!
menyedari irama nasyid sudah sukar untuk menembus minat masyarakat. satu revolusi irama nasyid dengan beraninya membawa rentak2 terkini. Bermula dengan kumpulan seperti Rabbani, bergabung dengan irama daripada KRU iaitu Rap tetapi masih membawa lirik2 dakwah penuh. dan diikuti dengan Raihan, membawa irama2 global seperti rentak2 dari China India dan Negara2 asia lain.

Lalu datang MIrwana, membawa irama Pop dalam nasyid, UNIC menyelitkan Rapping hiphop dlam lagu mereka. hAfiz Hamidun lebih bayak menggunakan irama Jazz dalam lagu2 nya. Akhbar, memegang irama Hip Hop dalam irama nasyidnya..dan banyak lagi yang sudah mengikut jejak mereka.

menyedari irama nasyid perlukan pelapis yang baru, satu program telah dilaksanakan iaitu, Akademi Nasyid. maka lahirlah pula kump Muslim Voice, kump.Voice of Men, Aiman, Azhan Atan dan beberapa orang lagi. ini sedikit sebanyak merancakkan lagi industri nasyid Malaysia.

Tidak cukup dengan itu, menyedari ramai pengamal nasyid (betoi ka ayat sy guna nih..???) yg menyayikan lagu2 nasyid di Myspace, Youtube, Facebook yg terbaru, membolehkan para penerbit nasyid menarik mereka keluar dari kepompong mereka untuk tampil ke dunia nyata..(haha ayat xbleh blah)lahir pulak kumpulan seperti Demascus (anak didik Mirwana) Nice (kalau xsilap dibawah Inteam).Muadz jugak lahir dari youtube. dan ada la beberapa lagi, xingat pulak sy..hehe

dan baru2 ini tahun 2010, pertandingan NAsyid Underground telah diadakan, bagi mengenegahkan kumpulan2 ini, tetapi mereka ini lebih 'brutal' heheh sebab apa...mereka hampir kesemuanya menggunakan instument2 moden besertakan percussion2 yang banyak. waahh...maka lahirlah antaranya kumpulan FRENZ ,SaLJUK [ Vocal Group ] ,Divinite vocal group and SixThirty.

Penutup:dakwah diutamakan
tidak kesah la apa pon irama nasyid sekarang, asalkan ianya mngutamakan dakwah islamiah dalam bait2 lirik mereka. Lagu-lagu mereka mestilah tidak melalaikan pendengar dan yg paling penting, mampu menarik minat pendengar dan secara tidak langsung mengajak masyarakat untuk brubah kearah kebaikan.

Sunday 26 December 2010

Nasyid: Aeman-Permata

 

 Permata
Oh kawan janganlah berlengah
Janganlah membuang masa
Nanti kita kan ketinggalan
Jauh di belakang

Itulah kunci kejayaan
Tekun dan rajin berusaha
Gagal sekali tak bermakna
Kan gagal selamanya


Tanamkan tekad di dada
Untuk berjaya dalam kehidupan
Dan menjadi permata kebanggaan keluarga

Dengan penuh kesungguhan
Kejarlah cita-cita dan impian
Jangan sekali kau mudah berputus asa

Ingatlah ayah ibu kita
Betapa besar pengorbanannya
Balaslah jasa-jasa mereka
Dengan restu ibu dan ayah
Kau pasti berjaya
berjaya@Gagal bukan penghabisan
Baru-baru ini result pmr keluar, result student2 university pon keluar gak lepas 2 3 hari pas tu.. ada yang seronok tak ingat dunia bila tau keputusan dia bagus, ada jugak yg sedey mcm kematian seseorang bila resut xseperti yang dia harapkan.

Namun begitu adakah semua itu bermakna bagi kamu?? bagi yang berusaha bersungguh-sungguh kerana ada satu matlamat khusus dengannya, mmg akan terkesan dengan kejayaan dan kegagalan sesuatu keputusan. tetapi ada sedikit kesilapan dan salah anggap disini.

Kejayaan hak Allah, kegagalan itu jalannya
ada yang kata, kegagalan dalam sesuatu adalah kelemahan diri sendiri, dan ada jugak yg mengaku diri dia tu 'looser'. JANGAN!!! jagan cakap mcm tu, jagan putus asa, jangan terlalu rendah diri. Ingat Allah jadikan kegagalan adalah bertujuan untuk kita sedar akan hakikat sebuah kejayaan.Jika kamu gagal, kamu akan berusaha untuk mendapatkan kembali kejayaan itu, betul itu lebih manis jika kamu tidak berusaha tetapi kamu berjaya. sesungguhny akejayaan dan kegagalan didunia ni hanyalah ujian dariNya

Firman Allah Taala bermaksud:
"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."(Surah al-Anbiya: Ayat 35).
Allah mahu melihat adakah dengan kejayaan itu, kamu akan bersyukur, dan dengan kegagalan itu kamu juga akan bersyukur. adakah dengan kejayaan itu kamu akan terus bergantung kepada Allah atau berbangga dengan kejayaan yang kamu katakan hasil usaha kamu. atau kegagalan yang menyebabkan kamu putus asa dengan janji Allah.

Firman Allah Taala bermaksud:
"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."(Surah al-Mulk: Ayat 2).
Mungkin sesuatu kejadian itu ada kaitan dnegan perbuatan kita, mungkin dosa kita yang berulang kali, sehingga Allah balas dengan keputusan ujian kita yang xbagus??mungkin..

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Tidak ditimpa seseorang muslim itu daripada kepenatan, kesakitan, dukacita, kebimbangan, penderitaan, kesedihan dan tusukan duri sekalipun melainkan dengan perkara tersebut Allah Taala menjadikannya sebagai kifarat terhadap kesalahan-kesalahannya."(Riwayat Bukhari dan Muslim). 

Penutup:jangan bersedih Jangan berpaling
Doa yg sy cuba amalkan sekarang adalah, "Ya Allah kuatkan usaha aku kejalanmu, Jangan biarkan aku bongkak dan takbur dengan kejayaan, dan jangan biar aku berputus asa dan lemah bila aku gagal. Kekalkanlah aku di jalanMu".

semua yang kita miliki adalah milik Allah, dan semuanya hanya sementara, tidak semestinya kegagalan dalam PMR, akan gagal dalam SPM, xsemestinya kita dapat pointer sedikit di Semester 1 kita akan gagal teruk di semester akan datang. Tetapi semua ini xakan berubah jika kamu sendiri yang tidak berusaha.

Firman Allah Taala bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."(Surah ar-Rad: Ayat 11).
sy tinggalkan anda dengan satu hadis,Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Di antara kebahagiaan anak Adam ialah dia redha dengan takdir Allah kepadanya dan di antara kesengsaraan anak Adam ialah dia meninggalkan pilihan Allah Taala dan di antara kesengsaraan anak Adam juga ialah kemarahannya terhadap apa yang ditentukan Allah Taala kepadanya."(Riwayat Tarmizi).
sumber inspirasi;http://ertihiduppadamemberi.blogspot.com/2010/10/kegagalan-mengajar-erti-kehidupan.html



Abg Man; belajar dari kegagalan adalah lebih baik daripada membiarkan diri terus bergelumang dengan kejayaan 



Saturday 25 December 2010

Kongsi:Was-Was, Penyakit dan Rawatan


سم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah,
Yakinkan HAti hati ini,
Dalam membuat sesuatu keputusan,
Yakinkan atas keimanan,
Bukan atas bisikan syaitan.

Awas Was-Was
Jangan gelak, bukan nak tulis cerita lawak, tp mengenai was-was, penyakit yg berbahaya,  jika serius penyakit ini, mengundang banyak bahaya kepada diri dan kehidupan. Apa tu was-was?? Sejenis alat samak (itu tawas la..) sejenis binatang (itu mawas la...) papan tanda amaran??(iishh..itu awas!!) Jadi apa itu was-was??

Was-was ni sejenis penyakit perasaan, xada kaitan mengenai cinta dan kasih sayang, tapi satu perasaan ragu-ragu atas sesuatu. Ia menyukarkan individu untuk membuat keputusan dan jika parah, menyebabkan hidup tidak tenteram dan tidak aman. Sehingga lahir rasa gugup, gementar, takut. dan....(xboleh bayangkan...)

Selalunya yang palin teruk terjejas bila datang was-was adalah masa amik wudhuk dan solat. Ya Allah mcm la time tu..itu xkena, itu xbetol...aduh..dugaan betol...

Punca Was-was
Menurut setengah ahli yang menkaji, was-was ini wujud atas rasa ketidak yakinan atas diri sendiri. atau dengan kata lain kurang motivasi, takut gagal, terlalu banyak berfikir ponboleh jadik jugak. Tetapi jika kita amati betul2. para ilmuan dan alim menyatakan ini adalah bisikan halus dari syaitan. kAdang-kadang bukannya kita tidak tahu apa yg patut kita buat, tetapi ya lah..ni si Halus ni yg membisikkan ke telinga kita.


dalam Alquran bermaksud:
"Dari  kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutan ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut dari kalangan jin dan syaitan) AnNas ayat 4-6
 ini dikuatkan lagi dengan sumpah si syaitan dihadapan Allah untuk menghasut seluruh manusia ke arah kebatilan dan kerosakan. Para Nabi juga tidak terlepas daripada bisikan syaitan (merasa ragu-ragu)ini . Namun dengan keimanan yang kuat kepada Allah, mereka berjaya mengawal dan mengurai kekusutan yang mereka alami, Mengadu dengan Allah.

Cara Berlindung darinya?
Ada banyak caranya, disini, sy ambil dari sebuah buku yg sy terjumpa dan sempat baca.
  1. Membaca Surah AnNas setiap kali sebelum melakukan sesuatu.
  2. Membaca 3 Qul (surah AnNas, AlFalaq dan Al Ikhlas)
    • Sabda Rasulullah SAW "Bacalah surah-surah (AnNas, AlFalaq dan AlIkhlas) tiga kali apabila waktu pagi. Dan tiga kali pada waktu petang, Supaya engkau terpelihara dan terselamat daripada segala bahaya dan bencana (H.R Muslim)
  3. Membaca ayat 82 surah Taha, ayat 6 surah Hud, Ayat 128 Surah alA'raf, ayat 54 surah Saba.
  4. Membaca ayat 4 surah Al-A'raf\
  5. Sentiasa Berzikir (dengan zikir dapat menghalang bisikan syaitan daripada sampai ke hati,)
  6. Takutkan Allah semata-mata.
Kalau ikutkan dlam kitab2 agama ada banyak lagi, tapi ini yg sy jumpak dalam buku yang sy baca. dan saya rasa moleh rasanya sy berkongsi dengan sahabat2.
Penutup: Berlindung denganNya
Setiap apa yang kita lakukan mestilah bergantung kepadaNya kerana Dia yang menguasai apa yg berlaku samada secara sedar atau tidak, tidak guna kita baca seluruh Quran sekalipon tetapi kita tidak yakin yang Allah yang memberikan perlindungan, adakah itu kamu akan dilindungi?? kamu masih takut akan jin dan syaitan tetapi kamu masih mengharapkan kamu terhindar daripada makhluk jahat itu. Sedangkan Allah maha beri pelindungan.wallahualam

Abg Man: Sama-sama kita bergantung kepada Allah semata, yakin dengan Apa yang kita buat. kalau xyakin jugak, berlatih supaya mempercayakan diri sendiri, Agar sifat was-was tu sedikit demi sediki terhakis.


Friday 24 December 2010

IT:Jadi Komposer di Audacity


سم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah,
Yang menjadikan suara,
Lunakkan Suara itu pada KalimahMu,
Nyaringkan gelombang pada Syariatmu.

Apa Itu Audacity?
Audacity ni adalah satu  Audio Editor Software dalam kategori percuma (opensource). Boleh didapati dengan mendownloadnya dari Internet dengan percuma (berapa kali mau ulang da..).

Audacity ini mempunya pelbagai fungsi berkenaan audio, contoh yg paling basic boleh buat adalah, merakam suara, mempercepatkan tempo, meninggikan pitch suara, tambahkan bass pada muzik, nak potong lagu bagi jadi pendek, dan macam2 agi.Mungkin dibawah nnti sy akan terangkan serba sedikit dengan lebih mendalam.

Bagi sesiapa yang berminat nak test dengar suara sendiri, boleh la gunakan ni, mcm sy, sy gunakan Audacity sebagai medium untuk mengubah, mencipta atau menguji satu2 lagu yg saya buat. Sahabat2 juga boleh menjadi komposer bila dah mahir dengan software ni, sebab, software ni juga berkemampuan seperti Audio Editor software berbayar yang lain. Apa yg perlu sahabat2 lakukan hanyalah, Selongkar software ni (sy pon xabih selongkar lagi.

Untuk tutorial menggunakan kelebihan yg ada pada software ni, mungkin di entri akan datang saya akan cuba ukongsikan..insyaAllah, tp sy janji, untuk tu sahabat2 boleh pergi ke Youtube untuk dapatkan beberapa video tutorial di sna (sy pon belajar dari utube..heheh)

Macam Mana Nak DapatkanNya?
Mcm yg sy cakap di awal2 tadi, software ni PERCUMA!! jadi xperlu risau untuk dapatkannya, disebabkan ia percuma, mmg senang kita nak cari, xperlu website yg tertentu, kalau search kat google pon dah boleh dapat. Tapi sy rasa cam baik hati la plak (selama ni sy jahat..!!) saya bagi terus linknya...

NI website Utama

ni link lain

Penutup: Guna dan Amati kehebatan Allah
Software ini mmg terbaik dalam kalangan Audio editor software yg lain..(yg percuma la..). mmg sesuai untuk komposer amatur, pelajar2 tahfiz (rakan suara ketika menghafaz), Qari dan Qariah (nak dgr lagu tu betol ka cara bawaannya) Penceramah2 bebas(malu nak jumpak publik..hah rakan sceramah anda..)dan sapa2 yg rasa suara dia sedap untuk dipasarkan..(heheh...)

Tapi Gunakanlah suara kita ini kearah kebaikkan, antara pintu dosa adalah mulut (suara). sampaikanlah daripada suara kita ini kalimah2 Allah, peringatan, dan seruan2 kearah mentaati Allah..semoga pekongsian ni dapat dimanfaatkan kearah ISLAM!!..

Abg Man: nnt kalau admin blog xajarkan cara guna audacity ni, biar abg Man yg ajarkan..heheh (ajar cara nak melingkup boleh la...)

Diari:Genap sebulan, apa yg dah berlaku?


سم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
Yang menguasai hari-hari
serta mengatur edaran bulan dan mentari
Semoga kematangan seiring usia.

Usia Menjangkau sebulan
Alhamdulillah, sudah sebulan blog NurRahman ini, Pejam celik-pejam celik..dah menjangakau satu usia sebulan. Terima kasih kepada sahabat yang memberi semangat dan galakkan kepada admin, dan Abg Man untuk terus bertahan (walaupun baru sebulan..hehehe). Kalianlah sumber kekuatan NurRahman.

Alhamdulillah, dalam usia sebulan ini, Follower dah bertambah menjadi 20 orang (suka2..) pengunjung pon dah masuk 590+- (senyum lebar..:D) dan entri plak dah cecah angka 30!!!(gembira2) walaupun agak menurun sedikit (kalau ikutkan dulu 1hari 2 post) akibat keterbatasan waktu penulis dan kepayahan capaian internet. jadi, sy dan admin yg lain hanya postkan yang termampu sahaja.Harap2 tidak mengurangkan minat anda semua kepada blog NurRahman eekk...

Masih Mencari Identiti
Walaupun sudah genab sebulan, Blog NurRahman masih sedang berusaha mencari identiti sendiri, sbb itu kami menggunakan perkhidmatan daripada MyTinta Production dalam membantu menceriakan, dan sumbagan idea2 menarik dalam Entri2 kami. Sekarang kami sudah pon menambah lagi rakan kongsi (dah mcm buat bisnes plak..heheh) iaitu crew2 LenzaRetak Creativ. Peranan mereka ni menyediakan gambar yang menarik dan bertepatan dengan entri yang hendak ditulis sama Ada buat sendiri, snap guna kamera sendiri @ carian di internet. Jadi mudah la sikit kerja kami di eja penulis..(hehehe..beria)

Kalau kalian perasan, Entri2 yang dipostkan di blog agak berterabuk kan?? jadi saya mintak jasa baik anda sahabat2 yg saya kasihi sekalian agar memberikan sebeberapa banya idea yang bernas untuk kami menambah baik blog kami ini, terpulanglah apa2 pon yang sahabat sekalian rasa boleh menaikkan rating (dah lain dah niat nih...adeh3) dan memantopkan lagi blog ni.

Penutup:Terus Menulis
Sy mengaku, mmg susah untuk kekal maintain post entri pada setiap hari (orang lain xbuat pon mcm tu...) tapi, InsyaAllah semoga Allah berikan kekuatan pada diri ini dan sahabat2 juga untuk terus menyampaikan seberapa banyak kalimah Allah, untuk dijadikan pengisian jiwa2 kita.

saya berpegang kepada kata2 Rasulullah SAW. "sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat"
walau pon ia hanya sepotong ayat (sedikit) insyaAllah akan saya cuba usahakan untuk menyampaikannya. Kerana gersang hati tanpa ilmu, gersang jiwa tanpa amal, gersang minda tanpa berfikir, gersang rohani tanpa keinsafan, gersang jasmani tanpa perubahan,gersang sanubari tanpa kesedaran, Wallahualam..
InsyaAllah blog Nurrahman akan berubah wajah di tahun 2011 nnt...tunggu..

Thursday 23 December 2010

Nasyid: Devotees-Sahabatku

 
 Sahabatku

Kulayarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat
kau sesungguhnya
Temanku di kala suka dan lara

Tika ku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman
Bagaikan embun hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha yang ESA

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hati ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih
Biarlah waktu menentukan
Nilai ukhwah yang terjalin
Terusakanlah perjuangan
Hingga ketitisan darah yang terakhir

Dan aku...masih di sini
Terus mendaki puncak tertinggi hidupku
Dan aku...terus menanti
Saat yang manis akan berulang kembali
Sahabat...


Sahabat, Apa ertinya
Jika kita hayati lirik lagu ni, terselit makna persahabatan itu, bagi sy persahabatan adalah ikatan atau hubungan antara dua atau lebih (kalau sorang2 tu kawan dengan sapa??). itu kalau dari segi perkataan, kalau makna yg tersirat plak, Mcm boleh ditafsirkan.

Bagi sy Sahabat ini, bila kita susah dia ada, bila kita senang, dia xmintak balas jasa, bila dia susah dia xsusahkan orang keliling dia, bila dia senang, dia berkongsi. bila berpisah dia redha, bila bertemu dia bersyukur, bila kita berjaya, dia yang paling gembira (xtau sbb apa) bila kita tewas, dia yang ceriakan. bila kita buntu dia lah kepala otak kita. bila kita. adakah orang mcm tu kat keliling kita, Harap2 ada la...

Sahabat, cerminan kita
Ada satu kata pujangga yang pernah saya dengar, Sahabat itu cerminan Diri kita, baik sahabat yang kita pilih, baiklah kita. Dan ada satu kata hikmah daripada sabda Rasulullah s.a.w;
“Sesungguhnya sahabat yang soleh itu umpama penjual minyak wangi. Jika kita tidak membeli darinya, tetap kita akan menghidu bau wangi darinya. Sedangkan sahabat yang jahat pula, umpama tukang besi. Walaupun  tidak terkena percikan api, tetap kita merasai bahang panas dan terhidu bau busuk darinya”.
Nah sahabat2 sekalian, Rasulullah antara icon seorang sahabat yang baik, lihatlah sesiapa yang bersahabat dengan Rasulullah, Bagaimana keimanan dan akhlak mereka, budi pekerti mereka, tingkah laku dan adab mereka, Merekalah sababat2 yang terkena 'wangian' daripada Rasulullah. Jadi, carilah sababat yang baik.

Dapat Naungan kerana sahabat?
Sahabat2 esti tahu antara golongan yang akan mendapat naungan arash Allah dihari akhirat kelak kan..? antaranya adalah Mereka yang bertemu dan berpisah Kerana Allah, yang redha dengan pertemuan, dan redha dengan perpisahan.sabda Rasulullah s.a.w;
“Pada hari kiamat Allah akan berfirman: Di manakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Hari ini Aku akan melindungi mereka, sebab hari ini tidak ada perlindungan selain daripada perlindunganKu.” (HR Muslim)

Penutup:sahabat xsemestinya sama umur
Selalu disalah tafsirkan, sahabat it hanya umur sebaya dengan kita, Ya dulu saya pon beranggapan begitu, semasa di sekolah, terasa mereka yang lebih muda, dan yan tua itu bukan dalam kalangan kita, tapi baru sy sedar yang sahabat itu boleh jadi sesiapa sahaja. Seperti Rasulullah dan Saidina Abu bakar, Dua generasi yang berbeza, Hakim ibn Hazm, Ali bin Abi Talib. Dua generasi cilik sewatu kerasulan nabi, juga bersahabat dengan nabi. Jadi adakah kita hanya memilih bulu untuk dijadikan sahabat??

rujukan:
http://www.haluan.org.my/v3/index.php/sahabat-yang-baik-penyelamat-bencana.html

Abg Man: "dua hari lepas abg man berjejak kasih dengan sorang sahabat lama yang dah 3 tahun xjumpak. walaupon 3 tahun dia still ingat sapa nama Abg Man, n apa yg abg Man dah baut kat dia..terharu2 :'). Semoga Allah menjaga hubungan persahabatan antara kami berdua (n_n)v. Bertemu xjemu, berpisah x gelisah..


Wednesday 22 December 2010

Biar Gambar beritahu: Walimah penghubung lebih dari 2hati

سم الله الرحمن الرحم 
Dengan Nama Allah
yang menciptakan Hati,
Dengan Perasaan Sayang dan Benci,
Kekalkan Ukhwah dua insan ini,
Dengan Hati2 saudara kami terpaut sekali

Bukan Sekadar Walimatul urus..
18 dan 19 aribulan aritu, kakak sy telah selamat diijabkabulkan oleh kadi (mmg la...) selepas ayah sy mewakilkan kepada kadi tersebut (sbb bapak pon boleh nikahkan anaknya..). Dan berlangsungnya walimatul urus (kenduri kahwin). namun ia bukan sekadar makan2...semuanya telah sy rakamkan disini.

bantu membantu tak kira tua atau muda, sedara jauh @ dekat



abi: meh Abi tolong mung kimi, kita keno saling tolong-menolong
kimi:ish Abi..mentang2 kamera tengah nak snap tu..rajin je..hehe
Menghubungkan persaudaraan perlbagai Generasi @ lain Akar keturunan


 3 wanita barisan hadapan tu pangkat opah sy,
3 laki dalam ni yg pakai thirt tu sepupu, 2 lagi abg n adik
yang tudung ijau sepupu, kakak kepada baju oren
wanita sorang lagi tu mak lang sy, pengasuh terbaik!!

menyatukan saudara yang jauh...Jauh tempat tinggal bukan saudara bau2 bacang...
dua lelaki yg sebelah pengatin tu pak sedara, sy
yg kat belakang tu semua pangakat tok, kecuali tudung pink, 
hat tu mak long
melangkah ke alam baru, perlu bimbingan yang berpengalaman.
yang bawak tepak tu, Mater dalam bab2 adat resam melayu perak, haaa..
master dalam buat rendang Tok, kami panggil pah chu...

mengeratkan hubungan antara sepupu
yg pakai baju oren, merah n budak pakai kemeja kotak2 tu sepupu sy.
yg sebelah budak pakai kopiah tu abg sy...

membaru kan pengantin lama..(imbau memori)

Ni Mak Ndak ngan Pak Ndak sy (mak&bapak sedara)

Mengerat hubungan adik-beradik..
Ni semua sepupu sy, tapi depa ni semua adik beradik, waktu ni la pon depa nak duduk,
gelak sama2, bawak dulang, sbb dua daripada depa ni sekolah asrama..(tudung hijau&pink)

Jejak Kasih, Saudara yang lama xjumpa...:')
NI la pengasuh kami waktu petang2, main basikal beca, bawak sy ngan adik beradik
pusing2, tp dia yang kayuh..hehe kami waktu tu kecik2 agi,
masa tu tergelak2 bila dia cerita balik kisah tu dekat kami. Acu Don..

Kenduri 1Malaysia, ada kawan cina datang maa....
Perasan x ada itu nyonya belakang sana, itu pakai baju merah maa..
tu kawan abah dari Alor pongsu, sanggup datang kenduri dekat IPoh..
semngat 1Malaysia la plak..heheh..

Dan mcm mna pula dengan sy..?? apa yg saya dapat...??

Lahir satu Produksi baru
"LenzaRetak Creativ"

Penutup: Bukan sekadar Perkahwinan
seperti gambar2 ni bagi tau, majlis perkahwinan bukan hanya menyatukan dua mempelai, tetapi menyatukan banyak jiwa2, termasuklah menggabungkan dua produksi menjadi satu, secara rasminya LenzaRetak Creativ bersatu di dalam MyTinta Production

CRedite to Crew LenzaRetak Creativ  sbb sediakan gambar2 ni untuk Nurrahman...
Abg Man pon terlibat dalam crew LenzaRetak jugak ka ni?? patut la lama menghilang..
pergi kursus rupanya..heheh

Tuesday 21 December 2010

Diskusi:Berpantang Maut Sebelum Ajal

Sekadar Gambar
سم الله الرحمن الرحم 
Dengan Nama Allah
Yang berkuasa atas HambaNya
Yang menguasai nyawa2 mereka,
Hanya Dia yg layak mematikan.


Mati Adalah Pasti
Lemah kakiku, Makin Longlai... Cara hidup dipadang pasir...Mati adalah pasti, Hidup InsyaAllah...(2x)..
kepada sahabat2 yang biasa mendengar kalimat diatas dialunkan, pasti terasa betapa syahdunya tika mendengarnya, key suara yang dibawa ketika lagu amatlah lemah, seakan2 tidak terdaya lagi, namun terselit kekuatan untuk terus bertahan, kerana Allah yang memegang MAUT itu.

Mcm tu la lebih kurang maknya disebalik lirik tadi, Sebenarnya entri kali ni sy nak ceritakan pasal "Ajal Maut Ditangan Allah" maknanya, kematian seseorang bukan disebabkan apa yang berlaku kepada dia, tetapi ketentuan Allah yang mematikan dia. Namun tidak dapat di nafikan kematian pasti akan berlaku apabila terjadinya asbab yang amat jelas untuk sesuatu kes (paham x??)

Maut datang Menyapa
sebenarnya, sy baru sahaja mengalami satu 'peringatan' itu, Baru ja sbentar sebelum entri ni ditulis (tengah hari) waktu sy membawa kereta, melalui satu jalan kampung (agak kecik gak la..) sy ingat jalan kampung, mesti la xada kenderaan besar yg keluar masuk (waktu tu sy bawak van). jadi sy bawak la dengan agak laju (lebih kurang 50km/h) untuk jalan kampung, xtau dari mana datang, satu lori pickup putih datang dari arah depan, apa lagi..mengelabah la saya, kedebush..masuk semak (masa tu kiri kanan kebun kelapa sawit)..apa lagi..gelabah punya pasai..melelong, dan hampir3 ja langgar pokok kelapa sawit, Maut datang menyapa seketika tanpa sy sedari.

 Keadaan aman sebentar, sy meneruskan perjalan...tiba2 sekali lagi sy gelabah, xtau kenapa..satu kereta GEn2 datang, saya ketepi jalan la sikit, dan sekali lagi keadaan yg sama berlaku pada van yg saya bawak..seolah2 van tu dah 'mereng'. Habis tumpah Chemical yg saya bwak, Nasib baik la chemical tu wangi..kalau x abih mati keracunan sy dalam tu, sekali lagi Maut datang menyapa.

Kehidupan,Satu peringatan
Pernah dengar x yang sesuatu perkara yang berlaku terutamnya musibah atau ujian, adalah satu peringatan, dan kehidupan itu adalah waktu pembetulannya, Ya Kehidupan itu satu peringatan, sbb kalau dah mati xdapat nak betulkan kesilapan.eermm...
Firman Allah
“Dijadikan mati dan hidup kepada kamu untuk menguji siapakah yang terbaik amalannya.”(Surah al-Mulk: 3)
firman Allah lagi
“Dan Kami (Allah) timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar.” (Surah al-Zukhruf, 43: 48)
Dan kehidupan itulah waktunya, selagi kita hidup, Maka perbetulkanlah (cakap kat orang, diri sendiri pon sma!!) Ingatlah, Kita asalnya dari syurga, dan Allah juga yg berhak mengembalikan kita ke kampung kita, jadi, Allah sentiasa membuka jalan untuk kita membetulkan, Hanya kita sahaja yg "LIAT NAK MAMPOS" untuk berusaha kembali ka Kampung Halaman kita, Jannah!!.

Penutup: Ujian Satu Nikmat.
Kenapa pula ujian satu nikmat??? ye la kan, kalau tiada ujian mcm mna kita nak tau tahap kekuatan iman kita?? dan tanpa ujian, mungkin kita akan lalai dalam kehidupan kita, sekali diri ini diuji, kita akan terus ingat kepada Rab pencipta hati2 ini.

Firman Allah swt:
“Dan kami bagi mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan. Di antara mereka ada yang soleh dan di antara mereka ada yang tidak demikian. Dan Kami cuba mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk, agar mereka kembali kepada kebenaran.”    (Al A’raf 168).
selagi ada waktu selagi itu kita disuruh berusaha untuk membetulkan diri, Belajar lah dari musibah agar diri ini lengkap dan layak untuk kembali ke kampung halaman

Abg Man: Hati-hati ketika memandu, Ingatlah orang yang tersayang, sebelum memulakan perjalanan, mulakan dengan kalimah Allah, :Bismillahirrahmanirrahim..."


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan