Mencari sesuatu?

Tuesday 22 February 2011

Kongsi: Pesta Ilmu KAB-UPSI

Logo Pesta Ilmu KAB-UPSI
Assalamualaikum, dan salam sejahtera..(dah mcm baca berita)
Erm..Untuk Entry kali ni sy nak ajak sahabat-sahabat sekalian untuk sama-sama memeriahkan Pesta Ilmu Kolej Aminudin Baki UPSI, dekat mna?? Tahu x Proton City? Tanjung Malim..haa kat situ la... lima kilometer ja  dari Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,   Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Nak tau dah sampai ka x Pesta ILmu tu nanti, antara petunjuk2 yang ada adalah...




Banner @ Backdrop Rasmi


ni antara banting2 yg akan sahabat2 nampak dekat tepi2 jalan nanti insyaAllah

InsyaAllah kami (saya antara Unit Publisiti,,hehe) menjanjikan Kemeriahan berganda disamping pelbagai input menarik disajikan, Aktiviti, banyak jugak la...nak tulis mcm panjang...baca boleh x??heheh


dan Untuk maklumat lanjut, nak masuk penyertaan ka, nak tya apa-apa ka boleh ja pergi ke facebook page kami: Pesta Ilmu KAB-UPSI

Semoga kehadiran Dato/Datin/Tuan/Puan/Cik/Encik dapat memeriahkan lagi Pesta Ilmu kami (dah macam kad jemputan kawin pya la pulak..hehe) 

Kongsi: Beza Kita Untuk Melengkapi


بسم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
Kekalkanlah Talimu Pada Kami
Dan Tali persaudaraan Kami
Dengan Saudara-Saudara Kami
Agar Kami sentiasa Saling Melengkapi

"Dulu, masa kecik-kecik, pantang bergaduh sikit ja, mula la “tak mau kawan…!!”, pastu xsampai sehari, eerrr..xsampai beberapa jam kadang-kadang terus bebaik, siap jadik macam kawan baik lagi..hahah bila teringatkan waktu tu dulu, tersedar aku, betapa susahnya nak putuskan hubungan persahabatan tu sendiri…subhanallah.."

Beza Untuk Melengkapi.
Kadang-kadang tertanya juga, apa maksudnya perbezaan kita du dunia ni adalah untuk saling lengkap melengkapi. Kenapa di dunia ini kita diciptakan berbeza-beza, walhal Allah mampu berbuat semua dari kita ini sama sahaja. Pernah tak terfikir macam saya fikir??

Dan tiba-tiba saya dapat satu idea, dan idea itu adalah jawapan yang paling ringkas tetapi amat logik.(bagi saya yang biasa-biasa ni la). Analoginya macam ni;

Berbeza 100%
Ibarat tudung pen dan pena itu sendiri, betuknya berlainan, fungsinya berlainan, dan yang paling jelas, bentuknya berlainan. Tapi kedua-duanya saling lengkap melengkapi. Tanpa tudung pen, pen akan menjadi kering mata penanya, dan tanpa pen, tudung pen tak membawa sebarang erti dan kemungkinan nama dia bukan tudung pen pun..hehe

Begitu la penciptaan makhluk-makhluk di dunia ini, ada yang diciptakan sebagai tumbuhan haiwan, dan kita manusia. Haiwan dan tumbuhan amat berguna kepada manusia, menjadi sumber makanan, keperluan harian dan bermacam-macam lagi, bagi haiwan dan tumbuhan pula, manusia amat berguna kepada mereka terutama haiwan ternakan, manusia yang menjaga mereka, merawat, dan menambah baikkan sifat mereka (evolusi sains). Jelas bukan yang kita ni salng lengkap melengkapi. Subhanallah

Serupa tapi xsama
Satu lagi analogi mudah, pernah main jigsaw puzzle? Bentuk dan gambar pada setiap keping jigsaw puzzle tu hampir serupa, tapi xsama kan. Dan bila digabung-gabungkan, akan menjadi satu gamba yang lengkap, walaupun mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan satu gambar rajah itu, tetapi bila semunya terjalin, maka satu kepuasan semasa gambar itu Berjaya tercantum semuanya.

Kembali kepada kehidupan sebenar, manusia ini tercipta sama fizikalnya (termasuk yang istimewa). Dan yang membezakan, sifat, tingkah laku, cara pemikiran dan cara bertindak. Itulah manusia. Tetapi kita berlu saling bersatu, saling kenal mengenali, dan bersikap rendah diri. Barulah maju sesebuah bangsa itu.(tetiba mcm belajar kenegaraan)

Firman Allah SWT  :Maksudnya :Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. [surah Al Hujurat, Ayat 13]
Yang mana tidak tahu, yang tahu beritahu, yang mana tidak pandai, yang pandai tolong ajar, yang mana yang tak faham, yang faham tolong terangkan. Yang mana masih terlena, yang terjaga tolong kejutkan. Yang mana terlupa, yang beringat tolong ingatkan. Itulah konsep saling lengkap melengkapi

Jangan Cepat Menghukum
Akibat daripada gagal menemui hikmah kewujudan kita secara berbeza-beza ini, ramai yang mengambil tindakan melulu, tanpa berfikir rasional disebalik tindakan mereka. Ya mmg susah untuk mengubah sesuatu yang biasa tetapi tidak salah jika kita mencuba dan ingat kita tiada kuasa untuk mengubah, tetapi kita cuba membetukkan.
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.[Surah Al-'Asr Ayat 1-3]
Banyak Hikmah, carilah…
Ya, Allah tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia, semuanya ada hikmah dan kebaikan untuk keperluan ummat yang hidup di dunia ini,
“Apakah kalian mengira bahwa Kami menciptakan kalian ini sia-sia belaka dan kalian mengira bahwa kalian tidak kembali kepada Kami?” (Al Mu’minun 115)
As-Sa’di mengatakan di dlm tafsir beliau hal. 30: ”Allah menciptakan segala apa yg ada di atas bumi buat kalian sebagai wujud kebaikan Allah bagi kalian dan rahmat-Nya agar kalian juga bisa mengambil manfaat dari bersenang-senang dan bisa menggali apa yg ada padanya. dan Allah menciptakan semua agar manfaat kembali kepada kita.”


jadi, kembalilah, kuatkan ikatan persaudaraan kita, ikatkan ikatan kasih sayang kita, pada saudara, sahabat, pada alam dan kehidupan sekelilingnya, dan kepada Allah dan rasul yang terutama...semoga Allah kuatkan tali2 ukhwah dan mahabbah kita, insyaAllah


saya tinggalkan sahabat-sahabat sekalian dengan 2 potong maksud ayat alQuran, semoga kit amengambil iktibar darinya..insyaAllah

Maksudnya:  “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” (Surah Muhammad: Ayat 22-23)
"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil". (Surah al-Mumtahanah: Ayat 8) 


sumber inspirasi:http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2007/bil269-bhgakhir.pdf


Abg Man: susah-susah kita nak dapat kawan, xkan senang2 kita nak putuskan persahabatan, susah-susah tumbuhan dan haiwan nak membesar, tak kan senang2 kita nak musnahkan mereka tanpa sebab. fikir2kan...

Sunday 13 February 2011

Nasyid:Rindu Muhammadku

Rindu Muhammadku
Ya Rabbi bil Mustafa
Ya Rabbi bil Mustafa
Ya Rabbi bil Mustafa
Balig ma Qaasidana
Waghfir lana ma ma dha
Ya wasi al karami


Demi cinta-Mu ya Allah
Pada Muhammad nabi-Mu
Ampunilah dosaku
Wujudkan harapanku


Ya Rasullallah salamun’alaik
Ya Rafi ‘assya ni waddaraji
Siapa yang cinta pada nabinya
Pasti bahagia dalam hidupnya


Muhammadku Muhammadku dengarlah seruanku
Aku rindu aku rindu kepadamu Muhammadku


Kau yang mengaku cinta kepada nabimu
Kau yang mengaku merindukan nabimu
Jika kau benar-benar cinta dan rindu kepada Muhammad nabimu
Buktikan
Taati perintah-Nya, tinggalkan larangan-Nya
Teladani akhlaknya
Niscaya kelak kau akan berjumpa dengan Rasullallah
Niscaya kelak kau akan berkumpul dengan Rasullallah
Muhammadku Muhammadku dengarlah seruanku
Aku rindu aku rindu kepadamu Muhammadku


Kau ajarkan hidup ini untuk saling mengasihi
Ku tanamkan dalam hati, ku amalkan sejak dini


Ya Rasullallah salamun’alaik
Ya Rafi ‘assya ni waddaraji
Engkaulah nabi pembawa cinta
Kau bimbing kami menjuju surga


Muhammadku Muhammadku dengarlah seruanku
Aku rindu aku rindu kepadamu Muhammadku


Yo…. yo…. yo….
If you admitted to love your prophet
If you admitted to miss your prophet
If you really love the prophet Muhammad
Make a proof, make a proof, make a proof


Muhammadku Muhammadku dengarlah seruanku
Aku rindu aku rindu kepadamu Muhammadku


Muhammadku Muhammadku dengarlah seruanku
Aku rindu aku rindu kepadamu Muhammadku


Kau yang mengaku cinta kepada nabimu
Kau yang mengaku merindukan nabimu
Jika kau benar-benar cinta dan rindu kepada Muhammad nabimu
Buktikan
Taati perintah-Nya, tinggalkan larangan-Nya
Teladani akhlaknya
Niscaya kelak kau akan berjumpa dengan Rasullallah
Niscaya kelak kau akan berkumpul dengan Rasullallah

Aku rindu Muhammadku
insyaAllah pada 15 hb febuari ini, gema selawat dan salam akan menghiasi langit-langit bumi, memuji nabi junjungan besar, ummat akhir zaman, dan seluruh makhluk ciptaanNya. bukan la bermaksud semua akan menyayikan lagu yang sy post dekat atas nih tapi satu selawat keatas nabi, menandakan kita masih rindukan Rasulullah.

tetapi persoalannya, adakah kita rindukan rasulullah hanya pada hari kelahirannya?? ya, kita mesti merindui dan menyayangi rasulullah setiap masa, insyaAllah tetapi bagaimana?? kena buat majlis selawat selalu lah, kena buat ceramah pasai rasul saja lah..kena buat maulud nabi setiap hari??aduh2...tahu tak yang mengingati nabi tidak hanya sekadar berselawat...?

Rindu Nabi Berselawatlah

إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (Surah al-Ahzaab, 33: 56)

Ya, sedangkan Allah dan para malaikat pun berselawat kepada nabi, kenapa kita tidak? daripada ayat ini menunjukkan bahawa selawat itu adalah yang utama.Diriwayatkan dalam hadis  apabila disebutkan nama Baginda, maka sesiapa yang tidak berselawat adalah orang yang paling kedekut.
Abu Dzar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Sebakhil-bakhil manusia ialah apabila disebut namaku kepadanya, ia tidak mahu berselawat kepadaku.” (H.R. al-Tirmizi, 3469)
Dah la kita mengharapkan syafaat nabi masa hari akhirat nanti, tapi kita kedekut nak berselawat kepada nabi, Nauzubillah, semoga saya yang menulis dan sahabat2 yang membaca, kita renovate sedikit mulut kita akar rajunkan berselawat keatas nabi, boleh? n_n

Ikut sunnah juga sayang nabi


Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti

sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta
kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”
makan tamar:salah satu sunnah
Nah, senang kan nak dapatkan cinta rasulullah, kenapa kita dikatakan ikut sunnah = sayang nabi?? sbb zaman kita adalah zaman yang sudah jauh beribu tahun dari zaman nabi, walaupun tidak pernah bertemu nabi, tetapi kit amasih mempunyai keyakinan kuat, kepercayaan yang tinggi dan ketaatan kepada ajaran yang dibawanya, lalu kita beramai2 ikut apa yang Baginda Rasulullah buat, tidak kah itu satu tanda kita sayangkan nabi?

Tak payah pikir jauh2, peribahasa kita pun ada cakap, "Tak Kenal Maka Tak Cinta", Kita ikut sunnah nabi sbb kita kenal dgn Nabi kita, walaupun tidak pernah bertemu, tapi sbb keyakinan dan pegangan akidah yang kuat, maka kita kenal Nabi kita, dan Itulah Cinta kita kepada Rasul.

Tapi bagaimana nak ikut sunnah rasulullah?? disini sy sediakan link blog seorang sahabat, bacalah ya

Penutup:Nabi Kekasih Allah
Marilah kita semaikan perasaan kasih sayang kita kepada rasul yang banyak berjasa kepada kita, ummat akhir zaman, sedangkan nabi yang banyak tanggungjawab sayangkan ummatnya, sehingga matinya jga mulutnya menyebut, UMMATI, UMMATI,UMMATI, kenapa kita tidka pula mahu mengingati nabi walaupun seketika?

bagaimaa cara paling mudah sekali?dengan bila mendengar Nama nabi, maka jawablah dengan selawat, wallahualam






Sunday 6 February 2011

Diskusi: Sayang awak, Rindu Awak

بسم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
yang mencipta perasaan
tanamkan perasaan ini
tertinggi kepadaMu kepada RasulMu
Ayah Bonda, serta agamaku
agar cinta kepada manusia
adalah kurniaanMu

Antara dua kasih
Febuari 2011 bakal menguji meter cinta antara kita, kenapa?? Eermm..sbb pada bulan ni akan menguji kita samada kita akan menzahirkan kecintaan kepada kekasih yang mna?? Yang halal kah atau yang…. Masing2 paham.

Saya yakin, entri mengenai haramnya menyambut valentine day mesti sudah banyak di postkan oleh sahabat2 blogger yang lain, tinggal nak dibaca oleh mereka2 yang tergerak hatinya, kenapa dengan valentine day?? Ala, pasai haram menyambutnya la, kenapa? Terlupa ka? InsyaAllah nnt sy ceritakan

Eemm, mengenai satu lagi kekasih yang sy tuliskan sebelum ini, Dia ialah Muhammad SAW, kenapa? Tak pecaya, saya bukan maksudkan nak ucapkan valentine day kat nabi la, tapi hari kelahiran nabi adalah sehari selepas 14 febuari, xpecaya? Pegi tengok kalender kuda, yang ada kotak kuning putih tu…betol x??
Dan sekarang, siapakah yang kita akan pilih? Biar iman yang tentukan, boleh?

Valentine HARAM, Full stop!!
Fuh kanan!! Fuh kiri!! Mintak simpang dari menyambutnya, sahabat2 semua tau kan kenapa kita di HARAMkan menyambut hari valentine, sebab
  1.  Sambutan ini menjerumus kepada maksiat yang berpanjangan…~~~
  2.  Meraikan sorang paderi yang kononnya memperjuangkan cinta ‘suci’, siapakah paderi dihati anda??
  3. Memperingati@ merupakan perayaan meraikan sedewa dewa (xingat dewa apa namanya)
  4. perayaan meraikan kejatuhan islam (di sesetengah tempat suatu ketika dahulu).
Emm, lagi pon kan ada dalil, yg menyuruh kita menjauhi zina, ulama mentafsirkan zina di sini bukanlah perhubungan  ‘itu’ sahaja tetapi apa yang menjerumus kepada itu, kita mesti jauhkan.

Satu persoalan, kalau pasangan suami isteri nak wish valentine day kat pasangan masing2, boleh x, nnt hubungan akan lebih intim, so sweet~~(eerrr….) dan saya nak balas balik dengan beberapa soalan,

1.       kenapa mesti hari tu baru nak lafaskan perasaan??
2.       Kenapa baru hari tu baru nak romantic??
3.       Siapakah yang memberikan kebahagian dan keintiman??     
kenapa baru nak berkasih sayang sesama insan??
4.       Adakah anda seorang muslim?

ada orang bagi cadangan, kita ubah kepada satu kebaikan, kita wishkan kepada kawan2..setuju?? JANGAN!!! kan tadi dah kita bincangkan yang sambut valentine tu haram, jadi dia tetap HARAM... kalau xpuas hati jugak, jom kita berbalik pada soalan yang dekat atas nih

Hari kekasih yang sebenar
isshhh...tadi kata xboleh sambut hari kekasih, sbb hari kekasih = valentine day, ni ada pulak hari kekasih sebenar....

sabar2...sy nak ajak sahabat2 bukak kalender, perasan x yang 15 haribulan itu adalah hari kelahiran nabi junjungan teragung kita, kekasih Allah dan ummat2nya. haaa.. itu la hari kekasih yang sebenar. kenapa muka mcm xpuas hati tu??apadia BIDAAH??

eemm, mmg la Nabi xpernah sambut birthday dia, mcm kita ni, beli kek secrete recipe bagai, tapi adakah menyambut hari kelahiran nabi ini adalah satu yang mendatangkan mudarat kepada kita?? bukankah kita dapat menambahkan lagi rasa sayang kita kepada nabi?? bukan kah kita ini ummat yang baginda sayangi??
Jom kita bandingkan Valentine day dengan Maulid Nabi

Bandingkan!!

sambutan
Valentine day
Maulud Nabi
Aktiviti
  1. bagi bunga
  2. bagi choclate bentuk hati
  3. bagi kad ucapan
  4. bagi pelukan
  5. bagi ciuman
  6. bagi ...........
  7. bertambah maksiat
  8. bertambah zuriat xhalal (nauzubillah)
banyak lagi perkara yang kita buat dengan niat cinta kepada pasangan dengan dibantu makhluk ke 3, menjerumus kepada maksiat Nauzubillah
  1. berarak sambil berselawat
  2. membawa sepanduk memuji nabi Muhammad
  3. mendengar ceramah agama mengenai Nabi
  4. mendoakan Nabi
  5. mengamalkan sunnah nabi
  6. menambahkan rasa cinta kepada nabi melalui program yang dianjurkan
banyak lagi perkara yang kita buat dengan niat cinta kepada nabi insyaAllah akan mendapat pahala daripada Allah

Eermm...mungkin ada yang kata sy xadil dalam memberi pandangan, tapi jika difikirkan, siapakah yang lebih berjasa yang kita patut raikan?? adakah yang memberikan islam kepada kita, atau yang memberikan kepuasan nafsu kepada kita??

Ya tidak dapat dinafikan, naluri kasihkan manusia yang berlainan jantina itu adalah fitrah, dan itu juga ada pada saya, tapi bukan kah saya dan anda ada satu lagi perisai iaitu iman, dan iman lah yang membatu kita mengawal perasaan itu. dan satu cara kita nak salurkan persaan sayang dan cinta kita kepada manusia adalah?? Ya sahabat-sahabat tahu, dengan NIKAH.

tapi jika tidak mampu bernikah, mcm mna kita nak menyalurkan perasaan sayang dan kasih kita pada manusia itu, Apa yang sy belajar adalah jangan bercouple dengan pasangan anda. Eermm?? kenapa?? anda pernah dengar atau baca pasai ayat ni?
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26).
adakah anda mahu jadi pasangan yang jahat untuk pasangan anda?? melakukan perhubungan tanpa nikah. Ya kita akan cakap, kita xbuat apa2, tapi setebal manakah iman anda untuk menangkis hasutan makhluk ke tiga? bagi saya, saya mahukan pasangan saya itu baik, jadi saya mesti menjadi baik, kalau saya nak pasangan yang jahat, sy xpayah susah2 jadi baik...carik ja kat tepi2 jalan..Nauzubillah

Penutup: Cinta itu suci maka sucikanlah
Cinta ilahi cinta hakiki, cinta rasul cinta diberkati, cinta manusia cinta insani, cinta harta xmembawa kemati. jadi sucikan cinta dengan islam, agar ia bersinar terang, dipandu kebenaran, dibaja keindahan, diulit keenakan keberkatan Allah...

mari kita letakkan cint akita ditingkat-tingkat cinta yang sebenar...wallahualam




Tuesday 1 February 2011

Diskusi:Saya nak raya boleh?



بسم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
Yang Menciptakan Kami
Bersuku dan berbangsa
Satukan Hati kami Dengan Perpaduan
Bataskan Syariat kami dengan agama.

Budaya vs Agama
selalu dipersoalkan, boleh ka nak beraya bersama orang bukan islam, bolehkah ucapkan selamat kepada orang bukan islam yang sambut perayaan. Ermmm..nampak mcm remeh tapi penting ooo...jadi bali kepada persoalan boleh ka???

sebelum tu sy suka nak berkongsi mengenai apa itu perayaan agama dan perayaan budaya.
perayaan budaya adalah perayaan yang diraikan atas dasar bangsa dan adat seseorang, mengikut tempat dan keadaan masyarakat.

perayaan agama pulak, perayaan yang ada dalam kitab agama masing-masing, yang terdapat dalamnya ritual-ritual agama seperti sembahyang )ikut agma masing2) dan penyembahan roh @ dewa. lazimnya xkira siapa asalkan dia beragama sekian-sekian. menyambutnya.

Bolehkah sambut...??
eeerrmmm...soalan ni mmg banyak dibahaskan, bahkan ulama ada juga yang berselisih pendapat mengenai ini, tapi bagi sy, kebanyakkan yang sy dengar dan belajar adalah boleh menyambut perayaan selain perayaan islam asalkan, tidak berkaitan dengan perayaan agama.mcm ni la;

Pertama, jika perayaan itu hanya bersifat adat tradisi sesuatu kaum, tidak bersifat dan bercirikan agama, dalam majlis atau perayaan itu tidak ada upacara keagamaan, perayaan itu boleh disertai orang Islam. Perayaan seperti itu tidak ada kaitan dengan unsur akidah dan doktrin agama yang berkemungkinan membawa fitnah atau subahat kepada akidah dan pegangan agama penganut Islam. Baik mereka yang menghadirinya atau orang lain yang melihat mereka menghadirinya.

Kedua, jika perayaan itu berpunca daripada ajaran atau pegangan agama, mengandungi unsur keagamaan, ada upacara keagamaan maka penganut agama Islam tidak dibolehkan serta dilarang turut serta meraikannya. Tegahan berdasarkan kepada keadaan di mana perayaan mengandungi upacara keagamaan yang bercanggah dengan akidah dan syariat Islam seperti pemujaan terhadap tuhan atau dewa. Kehadiran orang bukan Islam boleh mendatangkan fitnah. Dalam Islam sesuatu yang memudaratkan mestilah dihapuskan, syubhat juga mesti dijauhi seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
“Tidak boleh (berlaku) s ebarang mudarat dan tidak boleh (berlaku) yang memudaratkan.”

Non muslim nak join perayaan kita??
eermm...kalau orang bukan islam nak terlibat dalam perayaan orang islam, itu diharuskan, mana la tau kan terbukak pintu hati, hidayah Allah bagi dekat dia, tertarik nak masuk islam, dia diharuskna untuk bersama, dia boleh dengar khutbah hari raya kita yang sarat dengan kata0kata hikmah dan nasihat agama. SOlAT?? kalau dia solat pon xsah sbb dia bukan islam...

kebaikan non muslim join perayaan islam banyak, mcm yang sy tulis kat atas ni, memlalui ziarah menziarahi mereka dapat tengok keindahan islam yang bermasyarakat, saling bermaafan, hormat menghormati, jadi InsyaAllah dengan hidayah dari Allah, mana la tau tertarik kepada Islam

Nak ucapkan selamat?boleh?
ni pon satu hal lagi, perselisihan pendapat. banyak!! ada yang kata boleh ada yang kata tak,

daripada petikan Dr al qadhawi;
Maksudnya lebih kurang : Dan dia (al-Qaradhawi) berkata tentang mengucap tahniah kepada perayaan Yahudi dan Kristian : “Ini (ucap tahniah) termasuk dari hak-hak bersama. Jika seorang ahli kitab datang dan mengucapkan tahniah kepada kamu dengan perayaan kamu, dan dia berkongsi kedukaan dan musibah kamu, dan dia mengucapkan ta’ziah kepada kamu dengan kedukaan dan musibah tersebut. Maka apakah pula yang melarang kamu dari memberi tahniah dengan perayaannya dan dalam kegembiraannya dan kamu ucap takziah dalam musibah yang menimpanya. Allah berfirman : “Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa.” (al-Nisak : 86). Ini tidaklah bermakna kita menyambut perayaan mereka bersama mereka. Sebaliknya kita hanya mengucapkan tahniah sahaja. Inilah daripada kebaikan dan keadilan yang datang bersama agama ini (Islam).”
daripada apa yang diucapkan, menunjukkan kita boleh mengucapkan selamat kepadanya jika dia (non muslim) dahulu mengucapkan selamat kepada kita, tetapi perayaannya HARAM!! sama sekali.  
Daripada satu artikel penulisan Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA) pula, Islam mengharamkan seseorang muslim membuat apa-apa perbuatan atau ucapan yang mengiktiraf kekufuran atau kesesatan. Termasuk dalam hal ini membesarkan agama lain dengan mengucapkan ucapan yang mengagungkan atau mengiktiraf kekufuran, atau melakukan amalan ibadah yang mempunyai makna menyembah atau menyeru tuhan selain Allah. Maka, apa sahaja tindakan yang membawa kepada maksud yang disebutkan tadi adalah haram jika dilakukan dengan perbuatan atau ucapan. Jika disertai iktikad bahawa apa yang dilakukan itu benar atau betul, maka dia menjadi kafir. Firman Allah: (maksudnya)
“Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah beriman (maka baginya kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang jantung hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka dadanya menerima kufur maka atas mereka ditimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (Surah al-Nahl, ayat 106).
tetapi DR MAZA ada juga menyelitkan pendapatnya beserta dalil-dalil yang menyatakan ucapan tahniah ini dibolehkan berdasarkan sifat non muslim itu sendiri, jika dia kafir yang tidak memusuhi islam,dan dia memulakan ucapan selamat maka xsalah jika kita membalasnya. berdasarkan kata-kata saidina abbas r.a 
“Jika Firaun berkata kepadaku ‘semoga Allah memberkatimu, nescaya aku menjawab ‘untuk engkau juga’” (Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad).


penutup: Berbuat baik kepada semua
Secara ringkasnya, merayakan perayaan budaya adalah dibenarkan, tambahan pula ia dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan (bagi yg mualaf) dan hubungan persahabatan maka ia diharuskan, tetapi jika perayaan itu berkaitan dengan agama maka ia diharamkan, TOTAL HARAM!!
isu mengucapkan salam pula, apa yang dapat sy simpulkan, ia diharuskan jika mereka (non muslim) itu mengucapkan selamat kepada kita, kerana ia tidak memusuhi islam, jika kafir yang memusuhi islam, mka haram kita mengucapkan selamat pada hari raya mereka kerana ia seolah-oleah mengiktiraf mereka sebagai golongan kafir dan ibadah@agama mereka, nauzubillah. 

apa yang penting peranan kita menonjolkan imej islam yang sebenar agar orang lar tidak memandang hina kepada agama kita, tidak merendah-rendahkan agama kita, dan semoga mereka lebih tertarik kepada ISLAM. INsyaAllah!

“Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Zarqa: “Bangun tersebut sebagai menggambarkan penghormatan dan kemuliaan, tiada kaitan dengan akidah jenazah tersebut” (Fatawa Mustafa al-Zarqa, m.s 356. Damsyik: Dar al-Qalam).

wallahualam...

ABG MAN:mengenai hukum hakam, abg man sarankan rujuk kepada orang yg fakih kepada agama, dan rujuk pepada tokoh-tokoh yang anda percaya, kerana terdapat ia masalah agama, dan masalah agama tidak boleh dibuat keputusan ikut hati sendiri..wallahualam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan