Mencari sesuatu?

Friday 29 April 2011

Diari: Transformasi ke 3


Bismilahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat. Bersambung dari propa yang dibuat (propa= propaganda) di fan page Secerah Nurrahman. Perubahan templete blog oleh krew MyTinta Produktion sudah siap akhirnya. Alhamdulillah. Bagi saya, semuanya berjalan lancar dan perubahan yang dibuat juga menarik perhatian saya untuk kekal menggunakan khidmat mereka.Namun mungkin ada kekurangan dari kaca mata anda, itu saya memohon maaf. citarasa manusia kan berbeza-beza.

Kalau tidak silap saya. Ini adalah transformasi yang ke 3 dibuat oleh saya pada templete blog ini. Dan kali ini bukan sahaja templete yang berubah malah ada juga penambahan yang dibuat..heheh. Pada sesiapa yang mengikuti pekembangan Transformasi NR, mungkin sudah mengetahui. kepada yang baru sahaja mengikuti siaran ini. jangan ubah channel. nanti dibawah ini saya akan ceritakan semula.

Kajian Transformasi!
Errmm...betul ka buat kajian? hehe xdak la kajian sangat, sekadar buat survey pada blog2 sahabat-sahabat blogger yang lain. dan buat soal selidik dekat aplikasi yang tersedia ada dekat facebook (ask question). ok dekat bawah ni antara keputusan yang saya dapat.
content yang menarik mendapat rating tertinggi
rupa paras blogger pun main peranan ka??

Nasihat mendapat rating tertinggi

Header Berubah!!
seperti biasa, apabila berlakunya transformasi. perkara pokok yang diambil perhatian adalah header blog. sebab header antara pengenalan kepada keselururhan blog. Errmm..betul. kalau kita tengok header dia biasa-biasa. orang akan beranggapan. mesti biasa-biasa ja blog dia ni. jadi kalau header ada daya tarikan sekurang-kurangnya dapat menarik perhatian sahabat-sahabat (walaupun xdapat undian pada survey yang dibuat). InsyaAllah.

saya tidak la katakan header saya cantik sangat. dan tidak la bermaksud tanpa header, xtidak siapa mahu membaca post. Tetapi sekurang-kurangnya biarlah header menjadi penyeri dan penarik perhatian pembaca. Nanti bila sudah habis baca entry terbayang2  sahabat-sahabat kita header blog yang mereka kunjung kita tu.

ok dibawah ni saya letakkan header blog ni dari awal sampai yang terkini.
Ni masa mula2 blog ni dibuat
Ni selepas terciptanya Abg Man. So Jadi Maskotlah beliau
Tak banyak perubahan dibuat. sekadar menukar gambar Abg Man
Membuat perubahan dengan saiz dan design lebih segar.
Berjaya menarik perhatian ramai orang berkunjung.
Header Sekarang. Mengenengahkan ciri-ciri ketimuran
Simple tetapi stylo.hehe
Setakat ini. inilah header blog NR. dan sy dah berangan untuk mengumpul sebanyak munkin header sebagai koleksi...Semuanya hasil dari Mytinta Production. Nak tgk design header yang lain [KLIK]

Background Bertukar!!
ahhaaa....ni baru sket. Apa yang baru. erm jika sebelum ini saya menggunakan background yang tersedia oleh templete blogspot. dan selepast ini bertukar kepada gambar yang diberikan oleh blogspot. saya merajinkan diri pula mencari background code untuk diletakkan diblog. dan bermula dari situ ramai yang menyukainya. awalnya rasa takut untuk menukar background kerana takut ianya akan mencacatkan. tetapi bagi membezakan blog NR dengan blog2 lain. saya memberanikan diri. Dan sekarang saya menggunakan background yang dihasilkan sendiri oleh krew Mytinta.
Sebelum
Backgroun sekarang
Masih mengekalkan konsep rumput tetapi kali ini rumput ti Segar dan sedap mata memandang.Kerana bagi saya falsafah rumput ini tinggi, jadi saya kekalkan tema rumput tetapi lebih segar dan ceria



Backgroud sebelum
selepas
Admin bertambah?
Ya Admin ataupun penulis dalam blog ini juga bertambah. sekarang NR ada 5 orang penulis. ini bertujuan agar sahabat-sahabat akan lebih kerap mendapat informasi dari entry-entry yang bakal diterbitkan.semoga dapat manfaat daripadanya.

tapi siapa 5 orang admin baru tu?? maleh nyer nak citer, [KLIK] sini boleh??

Penutup: Kekemasan dan kebersihan
Bagi saya kekemasan, kecantikan dan 'kebersihan' adalah satu element yang amat penting untuk dititik beratkan. semua orang suka akan sifat2 mcm ni. tidak ada yang normal tidak suka akan keadaan yang bersih cantik, indah dan 'bersih'. sebab itulah saya berpegang dengan prinsip ini.
"Allah itu cantik dan suka akan kecantikkan"
dan juga ini
"kebersihan separuh daripada IMAN" 
Jadi tidak salah untuk berusaha lebih bagi menghasilkan hasil yang terbaik. supaya pembaca merasa selesa. tenteran dan aman bila membaca entri-entri didalam ini

Kongsi: Nak Jadi Pendidik?

بسم الله الرحمن الرحم 
Dengan Nama Allah 
Yang Maha Agung menciptakan pendidik 
Dialah pemberi paling setia
tiap akar ilmu milknya
pelita dan lampu segala
untuk manusia sebelum menjadi dewasa..

Assalamualaikum wbt….salam prkenalan..dan salam ukhuwah kpd pmbaca2 blog NurRahman yg dirahmati…Alhamdulillah,sblm tu..haaa teman nk mngucpkn trm ksih kpd pneraju utama blog nih sbb sudi dan mberi kprcayaan kpd teman utk mngepost dan brkongsi sepatah dua kata utk kita renung2kn dan fikir2kn.…(pergh..cayalah ucapan..)..
Jd selaku admin baru kt blog nihh teman nk brkongsi la skit kn ttg…..???

Apa nihh???




Haaa…gambaq guru tngah mngajaq kn…?

Siapa pendidik?

Tp bkn sy nk sentuh ttg bahasa jiwa bangsa hari ni..hehe…(sj letak ja)..yg sbnarnya apa yg sy nk smpaikan utk entry kali ni adlh brkaitan dgn PENDIDIK…hurmm sapa pndidik ni…??adakah sejenis makanan?..atau kenderaan?..(haha…meqapu dah)..okhei2 straigt to the point…klau menurut kamus dewan, pendidik brmaksud guru, pengasuh, wali, pemimpin pengelola, pelatih, penyelenggara, pengajar dan pemelihara…tudia aihh….tp mngikut istilah yg dgunakan oleh para srjana islam pulak, pendidik adlh murabbi, muallim, muaddib, ustaz, mudarris, mursyid ataupun ulama’….haha…
Klau kita pikir2kn siapa pendidik yg amat dikagumi dan trunggul??...ya betul!...semestinya Rasulullah SAW..baginda adlh seorg pendidik yg mithali yg telah melahirkn generasi sahabat yg sgt unggul…
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “sesungguhnya aku diutuskan adalah sebagai pendidik”(Riwayat Ibn Majah)
Sebelum tu nk kongsi la skit dgn pembaca2..sblm ni sy ada bca satu blog…blog kawan kpd kawan sy…brkaitan la jgk dgn bab yg sy nk kongsi nihh..tp sedih la skit bla  bca blog tu…prsoalanny>>adakh mnjd seorg pendidik ni org yg ketinggalan zaman..masih ditakok yg lama..klau jd ckgu drjah satu skarg..5 taun lg pon akn jd ckg drjah satu jgk??..cer jawab..cer jawab..mungkin org yg mempertikaikn krjaya atau peranan seorg pendidik ni masih tdk nmpak betapa besarnya pengorbanan yg dicurahkn utk masyarakat…ataupun mungkin pndangannya terhalang dgn anasir2 yg tdk elok…walaubgmnapun peranan n tngjwb pendidik ni sgt mberi impak yg besar dlm diri stp individu….kerna apa??..krna sejak dr kecil hnggalah yg brjawatan hebat semua itu adlh hasil didikan dan ajaran guru…btol ka x nii??betol ckgu!>>bagus murid2…(n_n)

Mendidik adalah amanah Allah SWT.

Klau kita imbas kmbali…Nabi Muhammad saw.  menyeru kpd para sahabatnya agar mnyampaikn sgala ilmu yg didengar oleh mereka supaya dimanfaatkn oleh generasi2 berikutnya di mna shja..
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “sampaikanlah olehmu yang datang daripadaku walaupun satu ayat”(Riwayat al-Bukhari)
pilih2 yg mna nak...hihi(gambar hiasan)
Islam adlh cara hidup yg lengkap dan sempurna malah Islam adlh agama utk pndidikn hidup mnusia..jd org yg prtama-tama sekali brtnggungjwb dlm hal2 mendidik ni adlh ibubapa kita sendiri…kdudukan dan peranan ibubapa adlh prkara yg paling utama dlm islam…bleh pham??ka dah jerebu??ngeh3..mksudnya sejak kita dlm kandungan lg kita perlu dididik dan org yg brtanggungjwb mndidik itu adlh ibu bapa kita laa…bla kluar ja kita akan dididik, diasuh utk mngenal Allah swt..mngenal Nabi Muhammad saw….dan sebagainya…lps ibubapa baqulah ckgu yg brtangungjawb utk mendidik…


Sifat2 Pendidik menurut Islam.

Setiap pndidik adlh mediator bg anak2 muridnya utk menuruti akhlak Islam yg terpncar pd diri Nabi Muhammad saw…wajib bg seorg pendidik utk memiliki keperibadian yg unggul….(wooowwww)….sebenrnya pndidik ni adlh qudwah (kepemimpinan) dan jg uswah (model) yg baik ..jd seorg pendidik yg baik tdk akan mnyatakn sesuatu jika dirinya sendiri tdk melaksanakannya…’senang cakap mksudnya mcm cakap xserupa bikin laaa…hihi’…..apa yg perlu ada bg seseorg pendidik nihh???..duit?...banglo?...bespa?..(arrgghh meqapu lg!) ….ni diaa:

1.        Sifat Zuhud(mksudny kita mndidik utk mncari keredhaan Allah swt)

2.        Kebersihan diri…(xmau laa belemoihh2..oqg utaqa kata…hihih yg mendalam lg mksudnya mnjauhkn diri dr kekotoran sifat2 mazmumah such as angkuh, riak, hasad)
             
3.       Keikhlasan(…mesti ikhlas nohh…)

4.      Sifat Halim(bkn pak halim naihh…mksudnya sifat yg lemah lembut laa, sopan santun, dan xcepat maqah)

5.      Menjaga kehebatan(bkn nk tunjuk blagak…tp tdk mbuat sesuatu yg boleh mnjatuhkn maruah pribadinya smada dr segi perbuatan, pkaian atau pun prcakapn)

6.      Sifat kebapaan(anggap pelajar mcm ank seneqi)

7.      Memahami tabiat pelajar2

8.      Mempunyai ilmu pengetahuan yg luas…

(ada xpd anda, anda dan anda semua sifat2 nihh???)

Kesimpulannya..

Okhei…masih boleh teruskn??...kih3…dah nk abs pon smbung skit ja lg…>>sememangnya pendidik menurut islam adlh mulia krn mereka adlh penerus tugas Nabi Muhammad  saw. dlm mnyampaikn ilmu dgn brlandaskn al-quran dan sunnah…cabaran,  peranan, dan tnggungjwab seorg pndidik muslim adlh sgt luas dan mnyedari hakikat bhawa pengajaran itu mrupakan tngungjawab yg mst dilaksanankn dan hndaklah meletakknnya atas dasar pahala dan dosa…dan INGAT!!.. amanah pengajaran adlh sbhgian amal soleh mnakala enggan mnyampaikn pula akan mndapat dosa yakni siksaan api neraka..(fuhhhh..dasatt!)  

(#_&)..alamak!...dah pukul__.__!...memang msa mncemburui sy laa…hehe cm buat ucapan plok…okhei lah kelas kita tamat disini pd hari ini…nt tlong igtkn sy dimana kita brhenti ya…okhei sy tamatkn kls dgn surah al –asr dan tasbih kifarah…
                                                    




MISS NANA: mak sy  cakap jgn kedekut ilmu..ilmu klau kita guna akn smakin brtambah…so, jdlah pendidik supaya dpt byk ilmu sbb stp hari krja pendidik adlh mberi dan mnyampaikn ilmu…
“BERSEMI UKHUWAH DIPUPUK KASIH”

Thursday 28 April 2011

ADMIN BARU!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera, seperti yang digembar gemburkan dalam Page Secerah NurRahman di facebook, sy dah postkan propaganda (sesuai ka istilah propaganda??) yang akan ada admin ataupun penulis baru dalam blog NR nih, eerrmm..pada mulanya hanya dua sahaja admin yang akan sertai, tetapi Alhamdulillah, bertambah lagi dua admin@penulis dalam blog NR ni, ini bermakna akan ada 5 orang admin. Mari berkenalan dengan 5 admin Secerah Nurrahman.



Abg Man

Nama: Abdul Rahman a.k.a Abg Man
Asal: Perak
Umur: 20 Tahun


Abg Man adalah pengasas blog Secerah Nurrahman ini, dan juga admin dan penulis  utama dalam kebanyakkan entri dalam blog ini. penulisannya banyak menyentuh tentang isu-isu yang berlaku dan masalah-masalah masyarakat yang melanda. Meminati Nasyid tempatan terutamanya lagu-lagu nasyid moden kontemporari.

Mad
Nama: Ahmad a.k.a Mad
Asal: Pulau Pinang
Umur: 20


Admin baru didalam NR, pelajar jurusan IT di Universiti tempatan. Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang IT terutamnya dan amat peka kepada info semasa. insyaAllah akan membincangkan mengenai IT dan juga berkongsi ilmu yang dia ada.  Terlibat secara tidak langsung dalam krew produksi MyTinta Produktion (sbb tu blog ni boleh dapat khidmat dari MyTinta..hehe).
Moha
Nama: Muhammad a.k.a Moha
Asal: Kedah
Umur: 20 Tahun


Juga Admin baru dalam NR, pelajar jurusan IT di sebuah universiti di Perak. Mempunyai kemahiran dan pengetahuan mengenai IT dan technologi. dan juga gemar menghasilkan puisi (pegh muka legend hati cute), terkenal dengan bait-bait puisinya. Kemunculan dalam blog NR akan  akan cuba membawakan sedikit kelainan, InsyaAllah.
Cik Wawa
Nama: Najwa a.k.a CIk Wawa
Asal: Selangor
Umur: [rahsia kerajaan??]


salah satu admin jemputan dalam blog ini. mempunyai pengetahuan dalam fiqh wanita dan isu-isu semasa. kemunculan dia dalam blog ini diharapkan dapat berkongsi ilmu dan pendapat dalam beberapa aspek kehidupan sebagai muslimah insyaAllah (sbb sy nak cakap pasai perempuan, takut salah, xlayak). Juga Pelajar jurusan IT di sebuah universiti tempatan. InsyaAllah akan begelar guru.
Miss Nana
Nama: NurAmalina a.k.a Miss Nana
Asal: Johor
Umur:[401 error]


Bagi menguatkan lagi Blog NR seorang lagi penulis berbakat dijemput menyertai blog ini. Dia juga amat sensetif kepada permasalahan masyarakat dan amat peka kepada Alam sekitar, Dia juga ada blog sendiri (tapi dia xbagitahu urlnya) dengan pengalaman menulis yang dia ada, insyaAllah akan menguatkan lagi dan dapat memenuhi kepuasan para pembaca blog. InsyaAllah.


Diharap Kehadiran 4 lagi admin dapat merancakkan lagi aktiviti blog di NR ni. Semoga sahabat-sahabat dapat mengambil input berguna yang bakal diposkan oleh admin-admin baru ini. apa yang saya harapkan. bersama kita sebarkan ilmu dan dakwah islamiah, agar bukan kita sahaja yang akan mendapat manfaat tetapi sahabat-sahabat kita yang lain jugak.wallahualam






P/s: Nama sebenar penulis ada pada gambar kartun. jika mahu berkenalan dengan mereka dengan lebih lanjut boleh ke facebook mereka masing2. TQ (n_n)v

Monday 25 April 2011

Kongsi:Sai Baba dah Mati-Manusia tetap Manusia

"Hari kiamat tidak akan muncul hingga 30 dajjal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasulnya" (hadis riwayat abu Hurairah)
"Dajjal adalah seorang lelaki gemuk, berkulit merah dan berambut kerinting" (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

سم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
Yang menghakimi hari kebangkitan.
Matikanlah kami dalam Ketaqwaan kepadamu
dan jaganlah golongkan kami
dalam orang yg terkena fitnah ADDAJJAL 

Matinya 'tuhan' pendusta.
Kalau dulu kita penah digemparkan dengan satu konspirasi yang menyatakan bahawa dajjal dah muncul di kurransan, satu wilayah di India. Kebolehan dia merawat orang yang sakit, dan mengeluarkan tepung untuk makanan. telah menjadikan dia 'tuhan' kepada masayarakat setempat malahan ada yang dari luar kawasan juga turun terpengaruh.
Apa budak mat saleh ni pikir??
Dia ni Bukan ka perdana Menteri India?

orang yang mengikuti ajaran dan pimpinan dia ini bukan calang2 orang, malah kebanyakkannya dalah yang berprofil tinggi. Tapi tak hairan la kan, sbb kat malaysia, si ayah pin yang xdak apa2 kelebihan tu pon ramai yang ikut, siap menipu lagi kata diutus dari kerajaan langit. inikan dia yg mempunya 'kelebihan tu.

dan sekarang dia dah mati. dan kematiannya disenangi, dan ada juga yang meratapi? kenapa?

Dia Sai Baba:dah mati
langsung x comel...
dia yang saya maksudkan sebelum ni adalah Sai Baba. kenal? muka dia macam yang dalam gambar ni la. nak baca pasai dia dan kenapa dia dikaitkan dengan dajjal?[KLIK SINI]. kesahihhan kaitan ini wallahulam, Hanya Allah yang mengetahui yang nyata dan yang GHAIB. Tapi apa-apapun. bersyukur kita terhindar dari FITNAH si Sai Baba ni. Dalam ramai-ramai manusia, Allah perlihara kita daripadanya. SYUKUR!!

tetapi beringat!! Dajjal itu memang ADA!!

Pada satu ketika, Rasulullah s.a.w telah bangun di kalangan orang ramai, dan telah menyebut tentang kebesaran Allah s.w.t dengan selayaknya, dan menyebutkan tentang perihal Dajjal Al- Masih dengan sabdanya: 
" Daku memberi amaran kepada kamu tentangnya yakni Dajjal dan tiada satu nabi pun yang tidak memberi amaran kepada umatnya tentang Dajjal. Nabi Nuh telah memberi amaran kepada kaumnya tentangnya, tetapi daku memberitahu kamu satu kenyataan yang tiada seorang Nabi pun yang tidak mengingatkan kaumnya. Kamu haruslah ketahui bahawa ia adalah bermata satu dan Allah tidak bermata satu." Asal hadis ini telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari, di atas autoriti Salim.
( Hadis Sahih yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Jilid 3, Musnad Ahmad 57, 1353-1355 dan Muslim, 2930-2931).

Tapi bila?
wallahualam. Itu semua kerja Allah, kerja kita adalah beribadat dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berlaku. Dan satu peringatan kepada saya dan sahabat-sahabat sekalian

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: 
“Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: 
“Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.” 
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda:
 “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.” 
Apa Patut aku lakukan? 
Errm...soalan cipumas yang amat baik!!TERBAIK!! seperti biasa, bagi mengelakkan daripada deserang musuh, kita mestilah mempunyai persiapan yang cukup dari segi senjata dan strategi. Begitu jugak menghindari Seranggan Dajjal, perlukan persiapan yang cukup.


Last day!!
Ayat dan doa berlindung dengan Allah dari fitnah Dajjal

1- Sepuluh ayat permulaan Surah Al-Kahfi dan sepuluh ayat terakhir.

‘Jika seseorang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Al-Kahfi, ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal’ (HR. Muslim no. 809)
“Barang siapa yang membaca sepuluh ayat pertama dari surah al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” Dan di dalam riwayat yang lain disebutkan, “Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” (HR. Muslim)
2 - Baca doa elak fitnah dajjal, berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a . Doa nya berbunyi begini,


اللهم اني اعوذبك من عذاب القبر ومن عذاب النار ومن فتنة المحيا والممات ومن فتنة المسيح الدجال

‘Allaahumma innii a’uudzubika min ‘adzaabil qabri wamin ‘adzaabinnaari wamin fitnatil mahyaa wal mamaati wamin fitnatil masiihid dajjaali’ , yang maksudnya ‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, siksa neraka, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal‘.”


tetapi bukan ini sahaja cara untuk hindarkan Fitnah dajjah, ini sebahagian daripada usaha kita untuk menghindarinya. ada banyak lagi, sahabat-sahabat boleh search dekat pakcik Google. search kaedah menghidari fitnah dajjal atau apa2 sahaja. insyaAllah. Ada...


Penutup:Allah sebaik-baik pelindung


‘Hasbunallah wa ni’mal wakil’ 

Untuk apa-apa pun, kembalilah kepada Allah, Dialah yang menciptakan setiap pergerakkan yang wujud dalam dunia ini, sehingga satu pergerakkan yang tidak pernak kita fikir sekalipun. Berdoalah kepada Allah agar dipermudahkan urusan hidup kita. InsyaAllah
"Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia (yang besar dari) Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keridhaan Allah. Dan, Allah mempunyai karunia yang besar)" < QS. Ali-Imran: 173-174 >
"Dan, hanya kepada Allahlah hendaknya kamu bertawakkal jika kamu benar-benar beriman" < QS. Al-Maidah: 23 >
"Dan cukuplah Rabb-mu menjadi pemberi petunjuk dan penolong"< QS. AlFurqan:31> 
Wallahualam...


rujukan: 
  1. http://fina354.blogspot.com/2010/04/hadis-mengenai-dajjal.html
  2. http://dajjal.wordpress.com/2007/08/15/penafian-pendapat-bahawa-sai-baba-adalah-jelmaan-dajjal/
  3. http://hawadrift.blogspot.com/2008/12/doa-hindar-fitnah-dajjal.html
Abg Man Kata: "Bila mendengar cerita mengenai Dajjal dan hari kiamat, meremang bulu roma. kita takut dan insaf.tetapi lepas pada tu, kita lupa. kita dah tak takut. sebab itu kita perlu sentiasa memperingati mengenai hari kiamat. dan dalam Alquran juga banyak memperingati mengenainya...Wallahualam"

Saturday 23 April 2011

Kongsi:Imam Muda v2 calon-calonnya adalah...



سم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
Yang mengutuskan Nabi,
diwarisi oleh sahabat,
tertaut oleh ulama,
lahirkanlah dia dari kalangan kami,
agar sampai ayatMu kepada kami


Masanya sudah tiba
pada Entri yang lalu saya ada mengwar-warkan Program Imam muda musim ke 2 sudah mula pencarian..dan sekarang bakal menampilkan 10 finalisnya. Mungkin ramai yang ernanti-nantikan kemunculan 'pemimpin' baru. icon islamik yang bakal lahir selepas lahirnya IM Asyraf, IM hisbur dan 8 orang IM yang lain. dan kini saya (yg agak ketinggalan) mempekenalkan kepada anda semua 10 calon IM...druummm..(drum roll)


Sepuluh orang calon Imam Muda yang terpilih itu ialah:


1. Ali Khairudin Haji Abdul Marif, 26 tahun, berasal dari Sabah



2. Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26 tahun, berasal dari Perak




3. Nazrul Izwan Zolkiflee, 26 tahun, berasal dari Johor




4. Wan Najdi Wan Mohd Noh, 20 tahun, berasal dari Selangor



5. Mohd Fakhrurrazi Hussin, 27 tahun, berasal dari Terengganu



6. Ammar Wan Harun, 27 tahun, berasal dari Kedah



7. Mohd Azlan Zulkarnain, 25 tahun, berasal dari Kuala Lumpur




8. Abdul Fattah Riddzwan, 21 tahun, berasal dari Negeri Sembilan



9. Mujahid Suhaimi, 20 tahun, berasal dari Singapura



 
10. Zulfadli Haji Awang, 24 tahun, berasal dari Brunei Darussalam.

saingan serumpun.
Seperti yang kalian sahabat-sahabat ketahui, program IM mendapat sambutan diluar jangkaan apabila hampir seluruh nusantara termasuk beberapa negara lain didunia ini, menyambut baik program ini.

dan kelainan kali ini, 2 orang peserta daripada negara jiran kita iaitu Zulfadli Haji Awang,24(brunei) dan Mujahid Suhaimi,20(singapura). ~~~Ya Allah, muda lagi...(n_n)...

ternyata, tanggungjawab menuntut ilmu dan menyampaikan dakwah bukan sahaja terletak pada tangan satu kaum sahaja, malah seluruh dunia..

Bila bersiaran?
Menurut sumber yang jelas, IM musim kedua bakal bersiaran pada 29 april bersamaan dengan hari jumaat, jadi maknanya setiap hari jumaat la.. pada pukul 6.30 iaitu persiapan dan penyampaian khutbah dan taszkirah jumaat yang telah ditugaskan kepada 2 orang yg terpilih. dan pada pukul 9 malam, adalah sesi penilaian para calon. 

Format perjalanan program sama seperti IM musim pertama, mungkin lebih mencabar dan lebih menguji para peserta. Mursyid(guru) pun ramai ni..kalau dulu 3 orang termasuk dengan mudir(pengetua) sekarang dah jadi 4 orang.


Mungkin ini salah satu langkah memantapkan lagi 'daie in progress' ni. InsyaAllah, Moga mereka ini memberi manfaat kepada kita semua dan kepada islam. Amiinn..(tolong aminkan.... ^_^)


Jalan Lurus, jangan bengkokkan
Ssedar tidak sedar, program realiti berbentuk keislaman bertambah, bermula dari Akademi Alquran, Akademi Nasyid, Adik-Adikku, Kuiz Sarjana dan yang utama Imam Muda. Semuanya menmbawa penonton kearah satu matlamat yang sama, iaitu mencari mardatillah (keredaan Allah).


Tetapi, dugaan menyertai program realiti seperti ini amatlah tinggi. hal ini kerana mereka berdepan dengan Populariti, kemegahan, ganjaran dan semua mata masyarakat memerhati. Ya mereka mempunya i didikan agama (sbb masuk program agama...) tetapi, diharapkan penganjur tidak 'membengkokkan' jalan mereka, dan harapnya mereka juga istiwamah dalam jalan perjuang mereka yang suci itu, insyaAllah.


“wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Dia akan menolong mu dan meneguhkan kedudukan mu” (suarh Muhammad: 7)

Tuesday 19 April 2011

Nasyid: Freedom-Maher Zain

FREEDOM

Gathered here with my family
...My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn't matter where you're from
Or if you're young, old, women or man
We're here for the same reason; we want to take back our land


Oh God thank you..

For giving us the strength to hold on
And now we're here together



Calling you for freedom, freedom

We know you can hear our call, ooh oh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall, ooh no
We know you're here with us



No more being prisoners in our homes

No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there



Oh God thank you..

For giving us the strength to hold on
And now we're here together



Calling you for freedom, freedom

We know you can hear our call, ooh oh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall, ooh no



I can feel the pride in the air

And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out loud demanding their right for freedom
...This is it and we're not backing of
Oh God we know you hear our call



And we're calling you for freedom, freedom

We know you can hear our call, ooh oh
We're calling for freedom, fighting for freedom
qWe know you won’t let us fall, ooh no



We're calling you for freedom, freedom

We know you can hear our call, ooh oh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall, ooh no

We know you're here with us 

Bebaskan Diri.
Kisah perjuangan rakyat menuntuk hak dalam tanah air di Tunisia, Mesir, dan Libya sudah lama diperkatakan orang, dan ada misi yang berjaya, dan ada juga misi yang masih berterusan sehingga beribu nyawa terkorban.Namun bukan itu yang nak diperkatakan pada entri kali ni.

Lagu ini mengisahkan permbebasan diri mereka dari cengkaman pemerintahan yang kejam. sedar atau tidak lagu ini juga membawa makna yang lain selain daripada itu (bagi saya la...)Pembebasan diri dari penghambaan kepada nafsu dan kejahilan

Ya, kita sedang diperintah oleh nafsu dan kejahilan diri sendiri. masakan tidak, apa yang kita nak lakukan semuanya berdasarkan apa yang nafsu kita suka, tanpa berfikir panjang, kejahilan menyokong kehendak nafsu menyebabkan kemungkaran berlaku, dan paling menyedihkan tindakan bertunjangkan kejahilan dan nafsu itu yang dianggapnya betul? Dimana letaknya kewarasan berfikir.

Ya, Bukan sempurna tapi...
Bila kita melakukan sesuatu, selepas itu ada yang menegur, alasan yang paling lucu pernah saya denganr adalah, "ala..manusia bukan semuanya sempurna, ada kekuranga". Errmm.. kita sedar kita banyak kekurangan, tetapi dengan apa untuk kita penuhkan kekurangan itu? Ya ILMU, maka kita bebaskan diri kita dari kejahilan.

"ala...aku bukan orang alim" ni lagi satu alasan yang tak boleh pakai, menjadikan alsan bukan terdiri dari orang agama, maka mereka boleh melakukan apa sahaja, mereka terperangkap dalam diri mereka sendiri, jadi apa yang boleh kita buat untuk mendapatkan kebebasan? Ya, Damping dengan orang yang kuat agama. Hal ini disentuh Allah dalam alquran;
" Dan jadikan dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pgi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah S.W.T semata-mata dan janganlah kamu memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana kamu mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah kamu mematuhi orang yang hatinya telah Kami lalaikan daripada mengingati (mematuhi pengajaran) Kami serta menurut hawa nafsunya dan tingkah lakunya pula adalah melampaui batas".(Al-kahfi:28)

subhanallah.... dengan itu jiwa kita akan bebas dari melayang jauh..


"ala...aku muda lagi la..", ini alasan yang amat menyengalkan. hakikatnya, pada usia muda lah kita disuruh lebih giat menjalankan ibadah, kerana kekuatan yang kita ada. bukan bermaksud usia muda beribadah, usia tua boleh pergi enjoy, salah tu..adeh... maksud sy disini, beribadah dengan kuat diusia muda kerana kekuatan yang ada, takut nanti usia tua, tidak lagi berdaya beribadah dengan kekuatan orang muda, ka ada yang makin tua makin kuat? wallahualam.


"ala..nanti apa kata kawan-kawan.." ini selalu saya dengar, memang, apabila ada perubahan yang berlaku pada diri kita yang membezakan kita daripada biasa, pasti ada yang menegur, dan jika perubahan yang kita buat itu menyimpang dari kehendak nafsu mereka, itulah yang selalu dikecam..kenapa eekk? yang kita pula, sebab takut kehilangan kawan-kawan yang baik sedari dulu, dalam susah dan senang (dah macam dalam filem melayu pulak). kita akau tetap setia dengan mereka tanpa memikirkan perubahan itu lebih baik. Errmm..ada jawapan?


Penutup:Bebaskan..bebaslah!!
wahai pemilik hati, marilah kita bebaskan diri kita, kalau dulu kita ni jahil, mari kita cari ilmu, jika kita ini dulu kotor, mari bersihkan diri (bukan mandi ja) dengan ilmu agama. jika kita ini dulu kasar, tidak mahu mendengar nasihat. mari lembutkan hati dengan zikir. insyaAllah akan dipermudahkan jalan kita untuk menjadi manusia yang 'bebas', makna kebebasan bukanlah kita boleh buat apa kita suka tanpa batas, tetapi bebas untuk menentukan jalan mana yang kita iku...wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan