Mencari sesuatu?

Sunday 29 May 2011

Kongsi: Jihad Si Kecil

Assalamualaikum, sebenarnya ni cerpen seorang sahabat saya. sy dapat masa Friendster famous satu ketika dulu. cerita ni amat menarik. dan saya rasa amat teruja nak kongsikan (kebetulan pulak ni 1st edition pya entri) hehe. diharap sahabat2 dapat mengambil iktibar dari cerita ni. Kepada penulis asal (dah xingat sapa, sbb dah lama sangat dah) mohon disiarkan disini ;)

ceritanya bermula......


“Umi!!!!” Khalid menjerit nyaring.
Sebaris rumah baru sahaja dihancurkan oleh jentolak di hadapan matanya. Khalid yang bersembunyi di sebalik batu-batu yang ada hampir sahaja menjerit ketakutan, mujur suaranya itu tersekat di kerongkong sehinggalah tentera-tentera kejam itu berlalu pergi. Jika tidak, entahkan hidup entahkan tidak lagi dirinya di muka bumi ini.

“Umi!!!” Khalid menjerit lagi.

Kanak-kanak berusia 6 tahun itu berlari-lari di atas serpihan batu-bata, terpaksa memungkinkan bahawa ibunya ada di situ.Cuaca yang panas terik tidak memberhentikan kakinya daripada terus melangkah, berlari ke segenap penjuru mencari insan yang paling dikasihinya.

“Khalid.. Khalid anak umi…” Suara lembut itu membuatkan kepala Khalid menoleh ke arah sisinya.
Wajahnya yang dibasahi peluh tersenyum senang melihat kehadiran Nur Laili, satu-satunya ahli keluarganya yang masih hidup pada saat itu. Khalid berlari ke arah Nur Laili, Nur Laili mendakapnya senang.
“Umi, Khalid ingat umi dah tinggalkan Khalid macam abi...”

* * *

“Khalid... Mari cepat pergi masjid, sekejap lagi azan ni!” Kedengaran suara Salman Al-Farisi memanggil dari luar rumah.

Khalid yang baru sahaja keluar dari bilik air terkedek-kedek lari mendapatkan bapanya.

“Umi, Khalid pergi dulu..” ucapnya seraya melangkah pergi.
“Abi, kenapa kita kena solat kat masjid? Umi tak pergi masjid pun abi...” Khalid bertanya.
Matanya yang bening memandang tepat ke dalam anak mata Salman Al-Farisi. Salman Al-Farisi menarik nafas panjang.

“Kita kan orang Islam sayang, kita lelaki, lelaki kuat, jadi kena solat kat masjid. Umi tak apa solat kat rumah. Lagipun, bila ramai-ramai orang Islam berkumpul kat masjid, orang kafir pun akan gerun, nampaklah orang Islam ni bersatu, bila bersatu,kita kuat kan sayang?”

Salman Al-Farisi cuba menerangkan seringkas mungkin buat kanak-kanak berusia 6 tahun itu.

“Tapi abi....”

“Kenapa Khalid?”

“Kenapa dulu masjid kosong je.. Sekarang ni baru nampak penuh... Bukankah sekarang ni banyak tentera, kat setiap penjuru ada tentera, dulu tak ada tentera kenapa orang tak sibuk ke masjid?” Penuh ketulusan suara itu bertanya.

Salman Al-Farisi termenung jauh. Tangannya yang memimpin tangan Khalid digenggam seerat mungkin. Bagaimanakah cara terbaik untuknya menerangkan keadaan ummah pada masa kini kepada kanak-kanak sekecil Khalid.

“Khalid... Kalau Khalid dapat apa yang Khalid nak, tapi Khalid degil, tak mahu dengar cakap abi. Tiba-tiba satu hari semua tu abi ambil balik , Khalid hidup susah, baru Khalid rasa betapa bermaknanya kesenangan yang lalu kan?”

Khalid angguk.

“Macam tu jugalah keadaan sekarang ni. Dulu, Allah bagi nikmat banyak sangat. Tapi manusia tak mahu bersyukur malah manusia tak nak dengar cakap Allah. Sekarang ni,bila dah susah baru semua tahu betapa pentingnya sesuatu arahan Allah. Mustahil arahan daripadaNya itu sia-sia.”

“Abi, Khalid tak mahu lawan cakap Allah!” Khalid bersemangat.

“Ye sayang, Khalid kena jadi macam Khalid Al-Walid. Dia seorang panglima perang yang hebat, dia tak pernah gentar dalam mempertahankan Agama Islam bahkan dia rela mati di jalan Allah” Bersemangat Salman Al-Farisi memberi kekuatan buat si anak kecil.

Satu-satunya anak yang masih tinggal untuk bersama-samanya berjuang di jalan Allah.
“Macam abang-abang?” Khalid bertanya lagi.

Terlalu perit kenangan yang lalu itu untuk dikenang. Anak-anaknya semua berjumlah 5 orang. Kelima-limanya adalah lelaki dan 4 orang daripadanya telah pun syahid di jalan Allah. Biarpun perit, namun Salman Al-Farisi tetap bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang bergelar mujahid fi sabilillah!

“Abi.....”

Khalid mula menyorok di belakang Salman Al-Farisi. Lamunan Salman Al-Farisi terhenti. Matanya tertancap,melihat objek-objek yang bergerak di hadapannya. Kelihatan beberapa orang tentera berlegar-legar dengan senapang di sisi. Salman Al-Farisi memandang Khalid di sisi yang ketakutan.

"Allah... lindungilah anak yang tidak berdosa ini.."

Salman Al-Farisi mendukung tubuh kecil Khalid dan melangkah gagah menuju ke masjid yang berada beberapa langkah lagi di hadapannya. Khalid menangis semahunya di bahu abi tercinta.

* * *

Pom! Pom!
Bunyi ledakan peluru membantutkan konsentrasi seluruh jemaah yang sedang bersolat. Khalid terpaku melihat beberapa baris jemaah yang telah pun rebah ke bumi akibat ditembak ketika sedang bersolat. Sebentar sahaja, dan tentera-tentera kejam itu pun pergi meninggalkan mayat-mayat bergelimpangan di dalam masjid. Khalid mula tidak keruan. Di mindanya tergambar wajah abi tercinta. Khalid mundar-mandir. Satu persatu wajah para syuhada’ yang berada di lantai masjid di tatapnya. Dan...

“Abi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Khalid meraung.

Wajah insan yang amat disayanginya berada di situ. Kepala Salman Al-Farisi berlubang ditembusi peluru. Darah yang berwarna merah pekat mengalir membasahi separuh mukanya.Mengerikan.

“Abi... Kenapa tinggalkan Khalid...”

Pandangan Khalid mulai kelam dan Khalid rebah di situ.

* * *

“Umi...” Khalid bersuara dalam sendunya yang masih berbaki.

Nur Laili yang asyik mengelamun tersentak.

“Ya sayang..” Tangan yang mampu menggoncang dunia itu mengusap lembut kepala Khalid. Penuh kasih.
“Kenapa negara Islam yang lain tak bantu kita?”

Nur Laili terdiam, terpegun dengan pertanyaan si anak kecil yang dimatangkan dengan kesusahan hidup, kengerian peperangan,melarat tanpa insan bergelar ayah di sisi.

“Mereka bantu sayang, mereka beri duit, makanan..”

“Tapi umi, Khalid nak senjata! Khalid nak lawan tentera-tentera yang zalim tu!” Nur Laili tersentak sekali lagi.

“Umi...” Perlahan, Khalid memanggil.
“Ya sayang...”
“Adakah mereka mendoakan kita?”
“Siapa?”
“Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?” Nur Laili terdiam.

Kepetahan Khalid membuatkan jiwanya bergelora. Ya Allah, adakah kami berada dalam ingatan saudara-saudara kami yang sedang hidup dalam kesenangan sekarang?

 “Umi...” Khalid memanggil lagi.
 “Ya...”
 “Tidak malukah mereka apabila ditanya di Padang Mahsyar nanti apa yang mereka telah lakukan untuk saudara mereka yang berada dalam kesusahan seperti kita?”

 “Siapa?”
 “Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?”
Nur Laili diam.
 “Umi..”
 “Ya nak..”
 “Apa yang telah mereka lakukan untuk kita?”

Khalid yang selesa berada dalam pelukan seorang wanita bergelar umi menggenggam erat tangan wanita solehah itu.
 “Siapa?”
 “Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?” Ayat yang sama diulang-ulang oleh anak kecil itu.

Mata Nur Laili mula digenangi air.
“Umi tidak tahu sayang...” Oh Allah... Masihkah kami layak bergelar saudara. Nur Laili berbicara dengan hatinya.
“Umi...”
“Ya sayang...”
Nur Laili mengucup penuh kasih dahi anak kecil itu. Khalid tidak seharusnya merasai suasana seperti ini, terlalu kejam buat dirinya.

“Umi... Abi pernah kata kalau perang, seharusnya mereka berperang dengan tentera sahaja, bukan orang awam macam kita. Betulkah umi?”
“Ya sayang..”
“Jadi mengapa kita digelar pengganas umi?”

Nur Laili tidak mampu lagi menahan air matanya daripada tumpah. Setitik demi setitik, dia tidak tahu mengapa mereka digelar pengganas. Mungkinkah faktor media massa atau apa? Itu semua dia tidak kisah tapi mengapa ada juga segelintir umat Islam yang mengatakan mereka pengganas? Tidakkah mereka tahu keadaan saudara mereka ketika ini.

“Kenapa umi menangis?”
Khalid yang merasa titisan air mata jatuh ke atas kepalanya lantas bangun dan mengelap air mata itu.
“Umi, di padang Mahsyar nanti, air mata ini bakal menjadi saksi buat saudara-saudara kita yang diam, membisu tanpa memberi bantuan,kan umi?”

Nur Laili angguk.
Pom!
Ledakan peluru itu tepat mengenai dada Nur Laili. Khalid terperanjat. Ini merupakan kali kedua insan kesayangannya rebah di hadapan matanya. Khalid menangis. Tangannya yang kecil menggoncang-goncang tubuh Nur Laili yang kaku. Sekejap sahaja, tangannya merah dibasahi darah umi tercinta.
“Umi, siapa lagi yang akan menerangi malam Khalid...”

Tentera-tentera kejam itu mara menghampiri Khalid. Senapang diacukan ke kepala kanak-kanak kecil itu. Khalid memandang dengan perasaan amarah kerana maruah dia dan keluarganya telah dirobek-robek. Dia tidak lagi gentar. Batu di sebelahnya di genggam kemas, dan..
“Aku mahu jadi seperti Khalid Al-Walid. Allahu akbar!!”

Khalid bangun dan melontar batu itu ke arah tentera yang hampir dengannya. Serentak dengan itu juga bunyi ledakan peluru kedengaran lagi,tepat menembusi kepala Khalid.Khalid rebah di samping uminya.
“Umi.... Kita dapat jumpa abi dan abang-abang nanti...”


Kita hidup dalam kesenangan, dan mereka disana sedang menderita jiwa dan raga. Ada yang mengatakan kenapa Allah tidak menurunkan bala sahaja kepada yahudi laknatullah seperti ummat2 terdahulu yang menzalimi ummat nabi2 terdahulu. dan dalam sebuah buku menyatakan. mungkin ini satu peringatan dan perlian kepada kita ummah manusia diluar palestine agar sedar bahawa kekuatan ummat manusia adalah kepada agama. palestin tidak akan selamat selagi mana ummat islam seluruh dunia masih belum terislah, tersedar akan kewujudan dan tanggungjawab sebagai hamba. tidak dijadikan manusia dan jin hanya semata2 beribadah kepada Allah. Islam bukan hanya ditikar sejadah tetapi menyeluruh kehidupan manusia...wallahalam







Saturday 28 May 2011

Kongsi: Musuh Aku??

بسم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah yang
Maha Besar lagi Maha Berkuasa
Segala puji bagi Allah
dan Kesejahteraan ke atas
hamba-hamba-Nya...

Assalamualaikum dan salam ukhuwah buat semua sahabat yg dirahmati Allah SWT....alhamdulillah brsyukur kehadrat illahi dgn izinNya dapat lg sy brkongsi ilmu dgn semua..walaupun kali ni nmpk simple present tens tp mungkin dpt bg manfaat kpd kita semua..insyaAllah...klau sahabat2 peqasan entry yg sy poskn lebih kpd prkongsian kn?...hehe…sbb sy xpndai sgt nk brdiskusi nihh, sy lbh suka brkongsi tp bkn semua hal sy suka brkongsi ye..tettt..... okheilah terus kpd topik kli nihh>>>




Anda rsa anda ada musuh x??mungkin sstgh org rsa dia xdk musuh….xdnafikan laa yg tu…mungkin org yg xdk musuh tu dia seorg yg baik, alim, xpnh nk sakitkn hati org lain, selalu menolong org dan mcm2 lg laa…TAPI kalau sy ckp semua org ada musuh mcm mna???pecya x??xcaya sudahhh……

Mungkin scara mata kasarnya kita xnmpak sapa musuh kita…..tp dlm diam musuh itu brusaha untuk mnjatuhkn kita sdaya upayanya…klau kita lihat ksungguhnnya mmg mngagumkn…fuhh..klau la kita dpt semngat cm2 mmg bagus lahh…pawoo3…tp apakn daya kita hnya mnusia biasa yg slalu sja buat ksalahan akibat drpd pengruh musuh ini…sapa ehhh??misteri btol…bakorr je musuh niii!!!.....IBLIS LAKNATULLAH…anda knl dia nihh…kot2 la adk-brdik ka, bau2 bacang ka??hihihh…gurau ja…dia ni laa musuh yg sy mksudkn…xkeqa pi tang mna semua dia ada, cuma kita ja yg xnmpk…adeh3…slalunya kita nihh kutuk syaitan habis2san secara terang2an tp diam2 plak kita jd kawan dia…(ape kess..?)…wallualam…

Jadi,….jom kita knai musuh kita ni btoi2..lps tu sma2 kita bantai dia cukup2 smpai dia jatuh mequdum…!!
ALLAHU AKHBAR!

BIODATA IBLIS (musuh ketat)

Pengenalan diri

Nama penuh: Iblis Laknatullah
Tarikh kelahiran: sejak ia enggan sujud kpd Nabi Adam Alaihi Salam
Status diri: fasiq kelas pertama
Agama: kufur
Tempat tinggal: hati orang2 yg lalai
Kawasan/daerah: semua tempat yg tdk ada jalan utk mengingati ALLAH SWT
Tunjuk arah perjalanan: bengkang-bengkok, tdk ada arah tjuan dan prjalann
Isteri di dunia: stp wanita yg tdk mnutup aurat
Kaum kerabat: semua golongan thaqut

Status perniagaan

Modal pusingan: angan2 kosong
Tempat pertemuan: pasar
Musuh saingan: semua orang Islam
Dalil atau hujah: fatamorgana(maya)
Motto kerja: hipokrasi asas akhlak
Uniform kerja: segala warna spt sesumpah
Kegemaran: semua org yg lalai mengingati allah
Yg melemahkannya: istighfar
Lambang korporat: sebarang tatu
Pejabat tetap: tandas dan bilik air
Sifatnya: muzabzab, mengikut angin dan keperluan
Rakan kongsi: golongan munafik
Sumber pendapatan: harta yg haram
Bilik operasi: tempat2 najis dan maksiat
Jenis perkhidmatan: menyuruh org kearah kejahatan dan menggalakkn kemungkaran
Jawatan: pengarah urusan golongan yg dimurkai oleh ALLAH SWT dan golongn yg sesat
Tempoh prkhidmtn: smpai kiamat

Kaedah operasi

Hala prjalanan: jln ke neraka
Jns knderaan: pembohongan
Kaedah komunikasi: mengumpat, mngadu damba dan mengintip
Perangkapnya: semua wanita
Cita2nya: supya semua org mnjdi kafir
Kerja yg plg disukai: homoseks dan lesbian
Para penghiburnya: seniman dan seniwati
Yg ditakuti:mukmin yg brtaqwa
Yg dibenci: org yg slalu dberkati allah
Daya tahan: ssungguhnya tipu daya syaitan itu sgtlah lemah..
Yg mnyebabkn ia meraung: bila mna org sujud kpd ALLAH SWT
Menangis ajalnya: pd waktu trtentu mnjelang kiamat.

Syaitan hanyalah fitnah dan tipu daya, ia akan kalah bila berhadapn dengan cahaya kebenaran (Al-Haq) dari Tuhan.


MISS NANA:okhei laa sahabat2 smua..cm mna??dah knl dgn baik musuh kita nihh??...dah tau cra nk jatuhkn dia?..mulai dr detik nii sy nk igtkn kpd smua spy jgn biarkn diri anda diselubungi oleh misteriiii…ehhh clap2…jgn biarkn diri anda diselubungi musuh yg direjam ini…..okhei?bersma2 kita mmbanterasnya dgn amal makruf nahi mungkar…!

“BERSEMI UKHUWAH DIPUPUK KASIH”

Saturday 21 May 2011

Kongsi: Aku wanita....

 Assalamualaikum....

BETUL KE..WAHAI WANITA..???

siapa kata jadi perempuan tu senang?

nak kena tutup sana, tutup sini

tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang taktak bising

perempuan, stoking pon kena pakai

cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
pasti tak tahan bertutup semua

tapi, perempuan cool jek

tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

tiap2 bulan, mesti ada penyakit

nak pergi kelas pon susah

kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

cuba tengok budak lelaki , selamber jek

kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

hati ni Allah jadikan lembut betul

cepat jek sensitif

cuba tengok orang putus cinta

selalu perempuan yg paling susah nak lupa

lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

siapa yg paling teruk menangis?

perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

lembut tak lembut hati perempuan

tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

hebat tak perempuan?

disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah

diorang cakap, Allah x adil

kenapa Allah lebihkan lelaki?

kenapa perempuan kena dengar cakap suami?

kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel

diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

kesian kan kat diorang?

disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

persoalannya sekarang

betul ke Allah x adil dengan perempuan?

betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

betul, isteri kena ikut cakap suami

tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

x adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

banyak lagu pasal perempuan kan?

contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

jarang kita dengar lagu pasal lelaki

sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

tengok pula, bila seorang lelaki berjaya

orang akan cakap

'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

kita x pernah dengar orang cakap

'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

kan?hebat x Allah jadikan perempuan tu?

masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

perempuan senang nak masuk syurga

tengok hadis ni

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)

x adil lagikah Allah dekat perempuan?

oh perempuan, sedarlah

betapa sayangnya Allah dekat kita

betapa cintanya Allah dekat kita

tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?


..............................................................

 

Cik Wawa: Penulisan ini adalah karya seorang sahabat, apa yang menariknya penulisan ini, kupasannya mengenai ketidak puasan hati manusia yang tidka pernah berfikir panjang, namun Allah jua Yang Maha pemurah, memberikan seribu kelebihan kepadanya. Wallahualam...smile :)

Sunday 15 May 2011

Nasyid: Nurrahman



Assalamualaikum, post kali ni nak sharekan video kumpulan nurrahman, kredit to sahabat sebab tolong uploadkan...kalau sahabat2 nak tgk video daerah lain, boleh gi kat channel dia[Klik Sini]
dekat bawah ni jugak sy nak sharekan lirik lagu nasyid ni, semoga menghayati lirik dam iramanya. 


Akidah mantap menjana sahsiah diri
Kehadiranku melengkapkan akhlak mulia,
Begitulah sabda baginda tercinta,
Disampaikan wahyu pelengkap akidah,
Itulah penekanan awalan Rasulullah,

Wahai remaja pekerti mulia,
Kuatkan akidah sebagai perisai jiwa,
Melahirkan insaniah jihad fisabilillah,
Hidup dalam keredaanNya.

Kehadiranku melengkapkan akhlak mulia,
Begitulah sabda baginda tercinta,
Disampaikan wahyu pelengkap akidah,
Itulah penekanan awalan Rasulullah,

Terbina sebuah  tamadun berjaya,
Akhlak, sahsiah sentiasa di jaga,
Disaluti akidah terbina kekuatan,
Lahirnya pimpinan pemikiran mapan.

Allahu Allah Allahu Allah…
THIBIL KHUDU’
WANADA RABBAKAYANA
INNALKARIM
INNALKARIM MUJIBUDA’WAH

Kehadiranku melengkapkan akhlak mulia,
Begitulah sabda baginda tercinta,
Disampaikan wahyu pelengkap akidah,
Itulah penekanan awalan Rasulullah,

Akhlak Rasulullah adalah Al-Quran,
Bermakna akhlak aqidah disatukan,
Bagi memastikan kelancaran kehidupan,
Benteng penjamin dari gangguan syaitan.

Kehadiranku melengkapkan akhlak mulia,
Begitulah sabda baginda tercinta,
Disampaikan wahyu pelengkap akidah,
Itulah penekanan awalan Rasulullah,

Allahu Allah Allahu Allah

Pencipta Lagu: Abdul Mukmin B Shamsul Arifin
Penulis Lirik: Ahmad Asyraf B Mohamad Najimudin
                                                                                                                          
Cakna: 25 Utusan Allah
Rukun iman enam perkara,
wajib kita ketahuinya,
Andai satu tidak percaya,
Bagaimana?

Menyusuri hidup manusia,
Percaya rasul mulia,
Menjadi pelengkap agama,
Sejahtera.

Wahai rakan mari dengarkan,
Zikir rasul kita alunkan,
Perkuat kepercayaan,
Pada nabi rasul ikutan.

Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh,
Ibrahim, Lud dan Ismail,
Antara nabi yang fakih,
Berjuang tidak pernah letih.

Sempurna keimanan,
Asas tunjang kehidupan,
Percaya rasul junjungan,
Menjamin masa depan.

Rukun iman enam perkara,
wajib kita ketahuinya,
Andai satu tidak percaya,
Bagaimana?

Menyusuri hidup manusia,
Percaya rasul mulia,
Menjadi pelengkap agama,
Sejahtera.

Rasul nabi utusan tuhan,
Pembawa risalah kebenaran,
Pimpin kearah kesedaran,
Hidup rasakan bertuhan.

Ishak, Ya’akub, Yusuf, Ayub,
Syuib, Musa, Harun, Zulkifli,
Antara nabi baik pekerti,
Tempuh cabaran tak pernah letih.

Sempurna keimanan,
Asas tunjang kehidupan,
Percaya rasul junjungan,
Menjamin masa depan.

Rukun iman enam perkara,
wajib kita ketahuinya,
Andai satu tidak percaya,
Bagaimana?

Menyusuri hidup manusia,
Percaya rasul mulia,
Menjadi pelengkap agama,
Sejahtera.

Siddiq, amanah, tabligh, fatanah,
Sifat wajib indah jelas teserlah,
Terpelihara dosa dan salah,
Utusan tuhan penyampai risalah.

Rukun iman enam perkara,
wajib kita ketahuinya,
Andai satu tidak percaya,
Bagaimana?

Menyusuri hidup manusia,
Percaya rasul mulia,
Menjadi pelengkap agama,
Sejahtera.

Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasa’,
Kepada ummat taqwa dipasak,
Rasul utusan mulia, kasih pada ummatnya,
Namun tegas dalam agama tercinta.

Yunus, Zakaria, Yahya, Isa,
Segala mehnah ditempuh jua,
Nabi rasul perkasa, badai gagah diterpa,
Demi mendekatkan ummat pada Allah yang Esa.

Rukun iman enam perkara,
wajib kita ketahuinya,
Andai satu tidak percaya,
Bagaimana?

Menyusuri hidup manusia,
Percaya rasul mulia,
Menjadi pelengkap agama,
Sejahtera.

Akhir risalah nabi rasul mulia,
Muhammad nabi akhir zaman,
Penghulu sekalian utusan didunia,
Rasul berjasa rasul perkasa.



Pencipta Lagu: Ahmad Asyraf B Mohamad Najimudin
Penulis Lirik: 1-Zaim Zuhaili B Mohd Salji dan Ahmad Asyraf

Diari: Mendaki mimpi Nurrahman

Assalamualaikum. Alhamdulillah, sy baru ja lepas selesai bawak budak pergi ke pertandingan nasyid di festival nasyid negeri perak 2011 di SBPI Gopeng baru-baru ini, dan alhamdulillah pasukan nasyid NurRahman berjaya mendapat tempat ke 3 keseluruhan nasyid sekolah menengah dan anugerah lirik terbaik lagu irama padang pasir.

wajah2 ceria NurRahman

Ini adalah langkah pertama pasukan NurRahman di arena festival nasyid peringkat negeri perak. Satu penghargaan setelah dinobatkan sebagai tempat ke 3 dan lirik terbaik. kerana sebagai kumpulan yang baru bertapak, juri dan penonton dapat menerima pesembahan kami.

Keputusan Festival Nasyid Negeri Perak 2011
Pertandingan nasyid bermula dengan pertandingan nasyid sekolah menengah pada malam 13 mei. disertai oleh 10 daerah di perak yang semuanya hebat2 dan mempamerkan persembahan yang mengujakan. Pagi esoknya pula disambung dengan pertandingan Nasyid sekolah rendah, juga tidak kurang hebatnya...hehe dan keputusannya.

Sekolah rendah
1st-Shoutul Naajihin (manjung)
2nd-Shoutul Fath (kuala kangsar)
3rd-Shautul Faizin (kinta utara)

Sekolah menengah
1st-Sofwatunnur (perak tengah)
2nd-IQ(islamic quality)(hilir perak)
3rd-NurRahman (kerian)

video pesembahan?? insyaAllah akan saya muatkan dalam entri akan datang. masih dalam proses mengupload. sabaq eekk...

Perjuangan si Da'ie
Hakikat dalam Pertandingan Nasyid, minda setiap peserta bukan hendak menang semata-mata, tetapi masing-masing ikhlas niat untuk menyampaikan dakwah yang terdapat pada lagu-lagu nasyid yang indah. Irama dan alunan suara yang merdu dapat menarik minat pendengar untuk menghayati bait-bait dakwah yang tersulam dalam lagu.

Dan bagi kami Nurrahman, Semoga Allah mengikhlaskan hati-hati kami dalam menyampaikan Dakwah dan terus beristiqamah dalam menyampaikan nasyid dakwah. Kami dapat merasakan dengan nasyid, ukhwah antara kami dan juga penasyid-penasyid lain semakin berkembang dan semakin kuat.insyaAllah.

antara Da'ie yang akan meneruskan perjuangan di peringkat kebangsaan:
1. ALL FOR UMMAH (SELANGOR)
2. SOFWATUNNUR (PERAK)
3. IZDAN (JOHOR)
4. SHOHIBBUL ZAMAN (SABAH)
5. SOUTUL ITTIFAQ (TERENGGANU)
6. SOUTUL AZIM (MELAKA)
7. KHAIRAN (KEDAH)
8. IRSYADUS SUFI (NEGERI SEMBILAN)
9. ANUGERAH (KUALA LUMPUR)

tp ni xsemua lagi ni..akan diupdate dari masa ke semasa

Lirik Terbaik Masri Negeri Perak
Akidah Mantap Menjana Sahsiah Diri

Kehadiranku melengkapkan akhlak mulia,
Begitulah sabda baginda tercinta,
Disampaikan wahyu pelengkap akidah,
Itulah penekanan awalan Rasulullah,

......
[Nak lagi? klik link tajuk..hehe]
Video-video pasukan yang bertanding
nak Masukkan video dalam ni takut berat pulak blog ni, jadi saya bagi link ja la eek...kalau nak tgk boleh pergi sana. maaf sangat...

Daerah : Kuala Kangsar
Nama Kumpulan : Soutun Najihin
Nama Sekolah : SMK Bukit Merchu

Daerah : Kinta Utara
Nama Kumpulan : End War
Nama Sekolah : Sekolah Tuanku Abdul Rahman,Ipoh

Daerah : Hulu Perak
Nama Kumpulan : Al-Iman
Nama Sekolah : SMA Tan Sri Ghazali Jawi,Grik

Daerah : Larut Matang & Selama
Nama Kumpulan : Nurun Najmi
Nama Sekolah : SABK Maahad Al-Khair Lil Banat

Daerah : Hilir Perak
Nama Kumpulan : Islamic Quality
Nama Sekolah : SMK Seri Perak,Teluk Intan

daerah lain masih xada di utube, harab bersabar, insyaAllah kalau saya jumpak sy sharekan...
Index
Johan sekolah rendah dan sekolah menengah
Tempat ke 2, IQ,Seri Perak-hilir perak
NurRahman, Smka Kerian
dari kiri- Solo kebangsaan Azlan 07, Solo Nurrahman, 2nd voice, motivator NR
reunion NR 1st Generation
kombinasi 2 komposer menghasilkan lirik Terbaik Negeri Perak!
Dah Jom balik....

P/s: video akan menyusul kemudian, insyaAllah..
credit to: LenzaRetak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan