Mencari sesuatu?

Tuesday 28 June 2011

Perkongsian : Lambaian Syaaban

بسم الله الرحمن الرحم
Asslamualaikum...

Pendapat hukamak ada menyatakan bahawa :
"bulan Rejab adalah bulan untuk kita meminta ampun dari segala dosa, bulan syaaban adalah bulan untuk memperbaiki diri dari segala celaan dan Ramadhan adalah bulan untuk mengubat hati dan jiwa "

Sedar atau tidak kita dah semakin hampir kepada Ramadhan
Tp adakah kita dah persiapkan diri untuk menyambut bulan mulia ini??
Kini, REJAB kian melabuhkan tirainya, SYAABAN menanti, RAMADHAN melambai2x....Subhanallah,makin hampir saat itu..

Saban hari kedengaran bulan2x omputih ja 
Mcm mn dgn bulan2x Islam??
Adakah kita egat??
Adakah kita tahu kelebihan yg trdapat dlm bulan2x trtentu??

Kali ni cik wawa nak share mengenai amalan yg boleh kita semua lakukan dan kelebihan yg trdpt dalm bulan syaaban..
Kata org bila kita tahu mngenai kelebihan dlm melakukn sesuatu perkara barulah kita akn teruja dan rasa bersemangat utk melakukan amalan.

 Antara amalan dan kelebihan yg trdapat dalam bulan syaaban ialah :  

1 ) Perbanyakan puasa sunat.
     Dalam satu  hadis, Rasulullah saw bersabda yg bermaksud : "Barangsiapa      
     berpuasa tiga hari pada permulaan syaaban dan tiga hari pada pertengahan 
     syaaban dan tiga hari pada akhir syaaban, maka Allah Taala mencatatkan  
     pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat 
     kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun 
     itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

2 ) Perbanyakan doa, Zikir dan selawat kpd Nabi Muhammad saw.
     "Barangsiapa yg mengagungkan bulan syaaban, bertakwa kpd Allah, taat kpd 
      Nya srta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan 
      mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari 
      segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab zubdatul wa'izhin). 

3 ) Bertaubat (keutamaan pd mlm nisfu syaaban).
     Diriwayatkan dari umamah Al Bahili Radiallahuanhu berkata : Rasulullah saw 
     bersabda yg bermaksud : " Manakala masuk bulan syaaban, sukacitalah    
     dirimu dan perbaiki niatmu."
     Sabda Rasulullah saw yg bermaksud : 
     "Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah 
      mengkifaratkan(menghapuskan) dosaa dan Ramadhan ialah mensucikan dosa 
      (jasmani & rohani) " (Al- Hadis).


p/s : Marilah sama2x kita islahkan diri kepada Allah. Takala nadi masih berdenyut ayuh kita sama2x memanfaatkan bulan yg menjanjikan nikmat bkn sekadar didunia bahkan diakhiray, insya Allah.

Saturday 18 June 2011

Kongsi: Mari Mulakan!!

بسم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
Yang memberi kemenangan
kepada tentera Badar
seperti yang dijanjikan
Yang sedikit mampu
Menewaskan yang ramai.

Semakin Dekat.
Assalamualaikum, masyaAllah, dah lama saya tak menulis nih, dah berhabuk apa blog ni, tak ada sapa pon yang nak singgah dah, InsyaAllah akan lebih berusaha keras selepas ini

Hari demi hari, makin banyak perkara yang kita dengar diKaca TV, perang mulut, perang saudara, perang senjata (uich semua perang??) Namun dalam kebanjiran berita-berita yang kurang enak, ada juga berita yang amat menenangkan hati. Bak kata pepatah yg saya buat sendiri..haha ibarat permata yang muncul dari lumpur. Apa dia eekk?? nnt saya ceritakan.

Suka saya nak berkongsikan satu kalimat yang amat menyentuh hati dan menjentik iman saya. Ayatnya lebih kurang begini. 
"Masalah ummat masa kini terutamanya dipalestin yang tidak pernah berhenti bukanlah tanda bahawa Allah itu tidak Adil, tidak berkuasa, dan tidak sayang kepada ummat Islam. Terapi kerana manusia-manusia yang sangkakan dirinya islam, mukmin masih belum terISLAH. Kekacauan di negara-negara islam yang lain adalah satu perlian daripada Allah kepada ummat islam." (adaptasi daripada sebuah buku himpunan cerpen MATAHARI karya Hilal Asyraf)
Program Realiti Islamik
Pada Entri yang dahulu pernah saya sentuh mengenai program realiti islamik seperti Imam Muda, Akademi Alquran dan Adik-Adikku. Itulah antara Usaha-usaha dakwah yang telah dibangunkan oleh sebahagian manusia yang celik matanya mengISLAHkan saudara-saudaranya.

Imam muda membentuk pemimpin-peminpin yang akan memimpin keluarga, masyarakat, dan diri nya sendiri kearah pengISLAHan, Akademi Alquran pula terbuka kepada semua gender, agar terkesan hati-hati mereka dan pendengar-pendengar agar lebih dekat dengan Alquran. Adik-Adikku pula satu bendtuk pengISLAHan dari akar umbi lagi. Bila sedari kecil sudah terislah. maka sudah pastu akan tumbuh tunjang yang kuat bagi memikul dahan2 tanggungjawab pengislahan.

Namun menyedari satu hakikat yang Kaum wanita lebih ramai dari kaum lelaki, Haaa.. ni la berita baik yang saya bagitahu sebelum ni. wujud pula program realiti islamik khusus untuk kaun hawa diluar sana. Gadis melayu?? bukan2... itu program mencari IDENTITI, ini program ISLAMIK mencari KEREDAAN Allah, InsyaAllah.

Ustazah Pilihan Vs Solehah
Eh, jangan salah sangka pulak, bukan pertandingan berlawan, dan kemunculan program ini bukanlah persaingan. tetapi inilah dinamakan Kesuburan pembangunan minta muslim. Nak bina Baitul Muslim, maka isi rumahnya juga perlu bersih.

orang kata hati wanita hanya wanita sahaja yang mampu menyentuhnya.(betul ka?/) Bila lelaki menyentuhnya takut terluka, bila kanak-kanak menyentuhnya tak makan saman la pulak...ades.. jadi ini langkah yang bijak melahirkan wanita-wanita SOLEHAH. 

muslimah2 diluar sana, sahut cabaran!!!

Calon yang berminat untuk menjadi pendakwah dan ikon muslimah haruslah memenuhi kriteria-kriteria berikut;
  • Wanita Islam berumur 20-30 tahun
  • Mempunyai pengetahuan Islam yang baik
  • Berupaya menyampaikan dakwah secara lisan atau tulisan
  • Berupaya memimpin perbincangan dan mesra kamera
  • Mempunyai daya tahan fizikal dan mental
Masa dan tempat seperti ketetapan berikut;
Tarikh    :     18 dan 19 Jun 2011
Tempat :      Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah, Jalan Perdana, Kuala Lumpur
                      (Bersebelahan Masjid Negara)

Masa      :     10 pagi – 6 petang


Ustazah Pilihan
Terbuka kepada semua wanita warganegara Malaysia yang beragama Islam berusia 18 hingga 27 tahun serta sihat tubuh badan.
Bagi yang berminat perlu membawa salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di samping mempunyai pengetahuan agama Islam dan hal ehwal semasa yang baik serta menutup aurat.

Bagi yang berminat untuk menjadi pendakwah dan ikon muslimah, dijemput hadir ke sesi temu duga yang akan diadakan seperti berikut dari pukul 8 pagi hingga 5 petang:

9 Julai 2011 - Swiss-Inn Sg Petani, Kedah
15 Julai 2011 - Hotel Sumai Suite, Kuala Terengganu
23 Julai 2011 - Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru.
30 & 31 Julai 2011 - Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur
 
HusnuZon
baiklah, walaupun banyak komen2 yang diterima mengenai program muslimah ni, kita bersangka baik sahaja. kerana Manusia hanya merancang tetapi Allah sebaik-baik perancang. yang Penting kita doakan kebangkitan Muslimah dalam medan dakwah ini menjadi satu suntikan semngat kepada Lelaki (malu la plak..ades ) kepada wanita pula, makin bersemangat mendukung dakwah islamiah, mengamalkannya.

Semboyan jihat semakin lantang bergema, jadi MARI MULAKAN!!!!!!!

Abg Man>>Berdakwah itu adalah tanggungjawab semua manusia. renungkan Ayat Allah ini
“(dan) orang-orang yang beriman laki-laki dan perempuan, sebagian mereka menjadi penolong bagi sebagian yang lainnya. Mereka menyuruh kepada yang baik dan mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah dan sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (At-Taubah 71)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan