Pejam Celik Pejam Celik!!
Subhanallah, follower secerah nurrahman sudah menghampiri angka 200 (masa artikel ni ditulis follower 194). stau peningkatan drastik dari sahabat-sahabat yang tak jemu-jemu menjenguk blog ini. Saya penulis baru yang dijemput menyertai team NurRahman amat-amat rasa teruja. walaupun tanggung jawab saya hanya dibahagian menyelenggara blog ini (deco2 dan buat blogwalking) dan menulis sedikit artikel mengenai IT dan Creative product keluaran produksi saya.(TQ admin).
Special Gift~~
Emm, sebagai tanggungjawab sosial saya kepada Admin blog ini, dan juga kepada sahabat-sahabat yang xjemu-jemu menjenguk blog ini. sy rasa berbesar hati nak bagi hadiah kepada follower yang ke 200 ni. Tapi hadiah apa eekk?? sbb sy xpernah bagi hadiah kepada geng-geng blogger. EEMm...apa eekk?? pikir..pikir...
eemm rasanya dah dapat idea dah...tp sebelum saya bagitau apa hadiahnya...cuba tengok gambar2 header dekat bawah ni...
amacam??hehe...ini antara costumer blogger yang menempah header dari saya melalui blog NurRahman ni la..ada banyak lagi kalau rajin pergi la tengok dekat page NR [Klik Sini]. lazimnya harga satu header ni saya charge paling kurang RM10 dekat penempah, ikut kepada kehendak dan tahap kesukaran nak buat tu. emm tapi untuk follower yang ke 200 ni saya rasa mcm nak bagi PERCUMA..
"HAAAA?? salah dengar ka nih???"
iye!!! PERCUMA...!!
TAK PERLU BAYAR!!!
Betul ka ni? Boleh Pecaya ka?
betul ka tidak...
kena la jadi 'follower' ke 200 dulu...
Kepada Follower ke 200 tu, nnt, tolong message saya di sini [Klik sini]. nnt kita akan bermesyuarat tentang header percuma tu..hehe. tapi pastikan anda dapat meyakinkan saya anda adalah follower yang ke 200, kalau tidak, saya tidak akan layan. dan header percuma melayanng begitu saja...ish.,,ish,,ish,,,ingat!!follower 200 NAK HADIAH..kena TUNTUT kat saya..
Ya Allah, kenapa orang suka bercerita pasia cinta nih..hhuurrmm..(hg pon cerita pasai cinta gak..kata kat orang pulak..) tp apa2 pun cinta ni sesuatu yang orang kata keajaiban. kenapa?? haa... dengan cinta la kadang kala berubahan besar boleh berlaku, malapetaka dasyat boleh terjadi, dan kekuatan boleh terbina. dengan apa murid2?? C.I.N.T.A~~cikgu,,,bagus...
Cinta adam dan hawa, lazim kita dengar itu satu yang fitrah, lahir dari lubuh hati insan yang bernyawa, merasakan suka kepada lainan jantinanya. kalau diperhatikan, ramai yang sudah hanyut dalam tafsiran cinta. kenapa, sila rujuk tajuk diatas, terima kasih (n_n)v
Haram kamu bagi aku
haram bagi kami berdua-duaan untuk bermadu kasih,
“Dan janganlah kamu menghampiri ZINA, Sesungguhnya ZINA itu adalah
satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)” [al-Israa' 17: 32]
Haram bagi kami mengusap rambut membelai pipi
“Sesungguhnya
kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum
yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.”(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)
malah ada perumpamaan untuk kami jika kami masih berbuat demikian
“Bergerombolan
dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan
bersentuhan(secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahramnya.” Riwayat
Ibnu Majah
kadang kala, kami akan berkata, kami tahu apa yang kami buat, kami tidak akan bersentuhan, kami berdua-duaan pun ditengah orang ramai. lalu
Dari
Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah
seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan
akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad
yang sahih).
dan kadang kala kami akan berkata, kami boleh menjaga batas, kami juga tahu agama, duduk berdua ja bukan buat apa pun, tapi bila difikirkan semula, ummat yang bersama-sama utusan Allah (nabi) yang tinggi ilmunya dan terus kepada Rab itu pun ada juga yang terhasut dek syaitan, inikan kita yang tidak pernah langsung melihat Rasulullah, malah mendengar suaranya pun tidak, masihkah boleh bertahan? Iklan sekejap..."MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT"
Kalau Cinta Jangan Kacau...
bukan nak suruh sambung lirik ni, tapi jom kita muhasabah sekejap, sambil2 dengar lagu yang kat atas tu.., kalau betullah kita suka terhadap seseorang, adakah kita nak sia-siakan dia?? adakah kita nak seorang insan yg suci, kita kotorkan dia dengan dosa2 yg kita lakukan? jika takut disambar orang, adakah jalan hina yang kita pilih untuk 'CHOOOP' insan tu??cer pikir solusinya...
Ting!!! betol...dengan pernikahan
"Kami tidak pernah mengetahui solusi untuk dua orang yang saling mencintai semisal pernikahan" (HR Ibn Majah)
dan untuk menentukan siapa pasangan kamu itu, itu berhak keatas kamu untuk memilih, lebih moleh jika mengikut hadis ini
"Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia."
begitu juga wanita, jika ingin mencari pasangan juga, ciri yang sama juga boleh dijadikan panduan. dalam adab memilih pasangan juga haruslah sekufu (setanding) agar tiada masalah sampingan yang akan timbul.
Penutup: Kamu tercipta Untukku
"Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina juga atau perempuan musyrik. Dan perempuan yang berzina tidak boleh dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina juga ataupun lelaki yang musyrik. Yang demikian itu haram terhadap orang yang beriman."(Annur:ayat 3)
"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."(Annur:Ayat 26)
Tambahan: untuk tambahan pembacaan, sahabat saya ini...
Sesungguhnya manusia itu fitrahnya saling memerlukan, dan Allah telah menjadikan dari kamu lelaki dan perempuan. Kamu mungkin mencari jodoh kamu, tetapi Allah jua yang menentukan jodoh, dan ketentuan Allah adalah yang terbaik. Wallahualam, Penulisan ini adalah berdasarkan ulangkaji yang telah dibuat jika ada kesalahan mohon terguran.. :)
apa pendapat kalian? adakah sbb penulisan saya ni banyak menaykiti hati orang sampai ada user fb dah flag blog NurRahman As abusive link? atau memang sekarang masalah yang dihadapi kebanyakkan blogger2.
tapi jelas kekecewaan kalau ada manusia yang daftarkan link blog nurrahman dalam senarai abuse link...AAAGGGHHHHnak share link blog total2 dah xboleh, nak share link entry, boleh, tp lepas tu dia keluaq macam gambaq no 2 ni...
kalau sahabat2 tau camna nak betulkan keadaan ni balik..mohon bgtau..supaya boleh lagi link2 entry dari Nurrahman boleh dikongsi bersama di facebook. wallahualam...Salam Kesedihan...harap-harap ianya tak lama, dan yang lakukan ni bukan dari kalangan kenalan sendiri..