Mencari sesuatu?

Sunday 26 February 2012

KOMIS#6: Aku bukan Muslimah boleh kah aku...

Assalamualaikum, Isu bertudung, sejak dari dulu lagi menjadi topik yang kadang kala menyebabkan petengkaran kecil. Kenapa? nak bertudung kena jadi muslimah dulu? hati kena ikhlas dulu? apa pandangan orang lain? Hipokrik bila tiba2 berubah pakai tudung? KOMIS kali ini membawakan sebuah komik islami menyentuh mengenai tudung, insyaAllah semoga mendapat sedikit input darinya.


Jom Mula Berjilbab
(Klik Link untuk Komik)

Saturday 25 February 2012

IT: Presentation Ala iPAD (repost)



Bismillah Wa syukrulillah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
akibat serangan misteri yang berlaku dekat blog Nurrahman, beberapa entri tidak dapat dibaca, jadi cara mudah untuk membolehkan entri yang korup tersebut dibaca, saya terpaksa membuat entri semua (repost).

ok, kali ni, sy rasa nak hidupkan balik ruangan IT dalam bloh NR ni,

Friday 24 February 2012

'HASAD DENGKI' Harus selalu diawasi, Jangan dibiar ia menguasai diri.


"Janganlah kamu dengki mendengki. Jangan kamu putus memutus hubungan, janganlah kamu jauh menjauhi hati, janganlah kamu benci membenci; hendaklah kamu semua wahai hamba Allah hidup bersaudara dan haram bagi seorang Muslim itu menjadi saudaranya tidak bercakap selama tiga hari."
(Hadis riwayat Bukhari, Ahmad dan Muslim)

Wednesday 22 February 2012

...Sahabat Kurniaan ILLAHI...


“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
(al-Hujurat:13)

Assalamua'laikum...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat yang Maha Esa kerana lagi dan lagi terus menerus memberi peluang dan idea kepada saya untuk sama-sama berkongsi coretan ini dengan sahabat-sahabat di blog NurRaHman ini. Semoga kita sama mendapat manfaat dari apa yang kita baca. InsyaAllah =)

insyaAllah entry kali ni saya akan kongsikan sedikit sebanyak berkenaan dengan insan yang bernama 'sahabat'.

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.”
(H.R al-Hakim)

Sesungguhnya Allah telah menjadikan manusia hidup di muka bumi ini dengan fitrahnya berpasang-pasangan. Ini kerna Allah itu lebih mengetahui bahawa hamba-hambanya tidak mungkin bisa hidup bersendirian tanpa sesiapa disamping dirinya. Jadi jika sekiranya ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal. Ini bermaksud dia telah lari dari fitrah seorang manusia.(saya percaya tiada siapa dikalangan kita mampu hidup bersendirian..betulkan?? alhamdulillah...)

Tapi persoalan nya bagaimanakah sahabat yang terbaik untuk kita pilih sebagai teman??? Bukan hanya sekadar teman dikala kita senang, tapi juga dikala kita sedih dan kedukaan.

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja. Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud:
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.”
(H.R Abu Daud)

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Di sini saya sertakan 12 sifat sahabat bimbingan mui'min (info,iluvislam.com):

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya,dia akan membalas balik persahabatanmu
3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
5. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
6. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta),dia akan menanyakan kesusahanmu;
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu;
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu;
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantumu;
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;



Thursday 16 February 2012

IT: Kuasa Media, kuasai Anak Muda


Dengan Nama Allah
yang menjadikan sesuatu itu 
punyai hikmah dan ketentuannya
Hanya manusia yang perlu berfikir


Assalamualaikum, alhamdulillah dalam kesibukan minggu peperiksaan, Allah beri kesempatan untuk saya menulis. Mesti ada yang kata, saya nak cerita pasai kes baru-baru ni..Tapi jujur sejujurnya tak mau langsung sentuh pasai kes tu, kerana bagi saya, saya tidak ada maklumat yang lengkap untuk menerangkan. Cuma apa yang nak disentuh adalah bagaimana mereka menggunakan media sebagai medium menyampaikan, menerangkan dan meluahkan.

Wednesday 15 February 2012

A Words on Wednesday #12


Dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T dan diketegorikan sebagai suatu sedekah apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah.

Sunday 12 February 2012

Kongsi: NILAI SEHELAI TUDUNG BUAT SRIKANDI (repost)


Atas permintaan ramai, entri ini di post semula kerana entry yang lama terjadi sedikit gangguan (teks tidak kelihatan) Maaf atas segala kesulitan)



Bismillahhirrahmanirrahim


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang..
Apabila bercakap soal tudung semestilah ianya berkait dengan wanita kn,,
Tapi sejauh manakah kita sebagai si pemakai tudung melihat makna tudung tersebut,,

Saturday 11 February 2012

MULIAKU DIMATAMU

Bismillahhirrahmanirrahhim
Alhamdulillah,
Syukur kepada Allah SWT kerana masih memberikan kesempatan dan kekuatan untuk  meneruskan liku-liku kehidupan.
Alhamdulillah,
Baru-baru ni kita telah menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w
Marilah kita bersama-sama berselawat keatas Nabi s.a.w
Moga dengan kita mengingati Nabi,
InsyaAllah, diakhirat kelak Nabi akan kenal kita sebagai umat baginda
“Muliaku dimata Mu”

Thursday 9 February 2012

Apa Senyum Senyum!! (-_- #)


senyum itu SUNNAH,
senyuman mu juga SEDEKAH,
anda tersenyum ia merupakan IBADAH,
senyumlah, semoga hidupmu mendapat BERKAH...

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah..pertama sekali sy panjatkn kesyukuran ke hadrat Illahi kerana sekali lagi memberi peluang

Sunday 5 February 2012

KOMIS #5 : Kenikmatan Islam

Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat-sahabat seperjuangan sekalian, kabare? waras? Alhamdulillah..hehe apa-apa pun maaf kerana blog ini macam sunyi kebelakangan ini, kerana masing2 ada urusan yang perlu diselesaikan, dan masalah capaian internet jugak, tapi apa punkami di kru penulis insyaAllah cuba berikan yang terbaik untuk kalian, dan ketahuilah, dengan islam terasa kenikmatannya walaupun kadang kala datang ujian seperti yang berlaku pada blog ini sekarang. dengan ujian itu menyebabkan kami terasa teruja untuk menulis dan menulis lagi tanpa rasa jemu, insyaAllah. baiklah tak perlu berceloteh panjang, sebab ini kan entri KOMIS, jadi ini dia komis untuk minggu ini 

Friday 3 February 2012

WAQAF ALQURAN: Mudah Berpahala, jariah berganda



Bismillahirrahmanirrahhim
dengan nama Allah
yang memberikan nimat rezeki
kongsikanlah rezeki kami 
kepada mereka yang perlu

WAQAF ALQURAN
Baru lepas tengok rancangan bual bicara Assalamualaikum dekat TV AlHijrah, saya terpanggil untuk buat entri hari ini, untuk memberitahu bahawa, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kerjasama Yayasan Restu mengadakan program Wakaf Al-Quran bagi mengumpul dana untuk membiayai percetakan kitab alQuran dan seterusnya mengedarkannya kepada Masyarakat Islam yang memerlukan.

 
Apa yang menyentuh hati saya ketika mendengar kata-kata panel, masyarakat islam minoriti di negara lain, ada yang sanggup mencuri alquran dari masjid kerana sukarnya untuk mendapatkan Alquran di negara mereka. Dan laporan beliau mengatakan dana terkumpul baru RM600 000. dan hanya 40 Syarikat yang berkerja sama. target mereka adalah mengumpulkan RM2 juta ++ untuk kali ini, dan bulan Mac adalah 'due date', sebelum Alquran dicetak dan dihantarkan.
Saya rasa ini juga tanggungjawab kita untuk membantu, jadi apa kata kalau kita dermakan sedikit dengan cara khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip Wakaf 1 untuk RM1 dan hantar ke 36620. Wakaf 2 untuk RM2 hingga seterusnya wakaf 10 untuk RM10 dan hantar ke nombor 36620.

Atau ada yang mahu menyumbangkan dalam jumlah yang besar, atau dalam bentuk cek, boleh berbuat demikian menerusi Bank Islam Bhd, nombor akaun 14032010021452 atas nama YAYASAN RESTU WAKAF 
Dan, panel menyampaikan dua kata yang cukup bermakna,
Erti Firman Allah: “Bandingan orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama satu biji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, satu tangkai mengandungi seratus biji. Dan Allah menggandakan ganjaran bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui”
[SURAH AL-BAQARAH : 261]

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lainnya.” (Ungkapan hikmah Nabi Muhammad riwayat Bukhari dan Muslim).


Sedekah adalah Sunnah nabi, Sempena Maulud Nabi ini, mari kita huidupkan semula sunnah nabi ini (^^) 

Wednesday 1 February 2012

A Words on Wednesday #11

Dihalalkan bagi kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah. Dan dua jenis bangkai itu adalah bangkai ikan dan belalang. Manakala dua jenis darah itu pula adalah hati dan limpa.” (Hadis Riwayat Ahmad )

Gambar Sumber dari : NAI Prhotographer
Hadis Dirujuk dari: ASAS HALAL HARAM MAKANAN 2

Kongsi: NILAI SEHELAI TUDUNG BUAT SRIKANDI



Bismillahhirrahmanirrahim


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang..
Apabila bercakap soal tudung semestilah ianya berkait dengan wanita kn,,
Tapi sejauh manakah kita sebagai si pemakai tudung melihat makna tudung tersebut,,
Apabila seorang wanita muslim menjaga auratnya daripada pandangan lelaki bukan mahram,
ianya bukan sahaja menjaga maruah dirinya sendiri sebaliknya maruah semua wanita muslim,
Harga diri bagi seorang wanita terlalu mahal dan tidak ternilai,
oleh itu, syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar,,




Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. 


Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. 

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. 

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. 
sekadar hiasan

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya. 

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? 

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. 

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. 

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian. 

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. 

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

sekadar hiasan
Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. 

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. 

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Wallahu 'alam.
DIDIK WANITA TERDIDIK GENERASI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan