Mencari sesuatu?

Tuesday 23 October 2012

Aku Tanpa Cermin Mata #4:Bila Bukan Dia

bukan aku ingin syadid,
hanya thiqah yang diharap, 
punah tradisi hilang manbit,
madah unggul misi terhijab,
wasilah terbongkang, nilai gersang.

bila bukan dia~

Assalamualaikum jumaat 21
Pertandingan nasyid kemerdekaan peringkat kebangsaan Di sebuah universiti Di perlis baru baru ini mengejutkan aku. Bila mana sang penyampai ayat nasihat Dan dakwah adalah mereka yang "bukan dia" yang sepatutnya.


Seperti yang kita tahu sang penasyid perlu berusaha keras menjaga imejnya, kerana mereka diibarat seorang da'ei suci yang berjuang menyebarkan kata nasihat Dan ayat yang mengangungkan rab yang ESA, mengajak kebenaran Dan menegah kemungkaran.
Ya memang jika kita mengingati kata kata saidina umar RA menyatakan, lihat pada APA yang dikatakan, bukan pada sang penyampai kata tersebut. Tidak pernah menyangkal perkara tersebut, tetapi pada masa kini, dari Mata turun kehati, manakan mahu dengar APA yang dikata kalau fizikalnya tidak dapat diterima?

APA perasaan anda bila seorang imam itu seorang yang selekeh? Seorang ustazah tetapi tidak bertudung? Seorang penasyid berambut merah? Adakah ini tanda janji Allah bahawasa satu hari nanti, sesuatu perkara disampaikan daripada bukan ahlinya?.

Memikirkan masalah ini, timbul persoalan yang lain pula, bagaimana mereka boleh tergerak hati untuk terjun kebidang ini tanpa perlu berubah? Apakah daya tarikan? Atau mencari keuntungan dunia semata? Semoga Allah memberi hidayah mereka sepanjang usaha 'murni' mereka ini. Tidak manis rasanya bila penasyi perempuan dipentas persis ustazah, diluar berpakaian hampir lucah, nauzubillah.

Tidak selesai pemasalah itu, permasalahan lain pula datang, dimana perginya ahli yang sebenarnya untuk berdiri dipentas nasyid melaungkan kata haq yang sebenar (dengan ilmu yang dipelajari). Adakah jalan ini tidak sesuai untuk berdakwah? Jawapan ku setakat ini hanyalah, "jalan ini telah didominasi oleh 'mereka' yang bukan ahli.

Nasyid terutamanya hilang Seri dakwahnya bila ia dilihat lebih kepada hiburan yang menyeronokkan, bukan pengubat Dan penenang jiwa. Namun mungkin ADA baiknya ia jadi halwa telinga ummat dari dengar lagu yang penuh zulmat, sekurangnya liriknya tidak memuja, iramanya tidak menggila.


Penutup
Tetapi aku masih bekecil hati, jalan ini bukan diisi oleh ahli yang sepatutnya, tidak bermaksud aku selayaknya, atau mereka yang masuk tidak berhak, namun haruslah ahlinya yang fakih mengenai APA yang patut dilontarkan mendominasi pentas ini. Agar alunan yang dilontarkan tidak 'sumbang' lantunannya seindah kiambang.

*entri ini ditulis dengan menggunakan mobile, jadi ia tidak dapat dihias dengan gambar-gambar. semoga penulisan yang pendek ini bermanfaat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan