Mencari sesuatu?

Monday 31 December 2012

2013 untuk anak-anak palestina?



2012 menutup tirainya dan 2013 membuka langkah baru sebuah kehidupan. Namun cerahkah langit palestin untuk tahun 2013? apakah usaha kita akan berganda tahun ini? atau ianya hanya pada tahun 2012 sahaja. Wallahualam. tanya diri sendiri apakah kita akan masukkan semangat perjuangan membebaskan palestin dalam "to do list" kita tahun 2013. Apa2 pun, Farewell 2012, Welcome 2013. And the new world begin!! Saya tinggalkan kita semua dengan sebuah sajak dari A.Samad Said supaya kita tidak lupa 2012 merupakan tahun kebangkitan anak anak palestin


ANAK-ANAK PALESTINA
A.Samad Said

Anak-anak di Palestina
buminya rekah dan resah
dicekau senjata dan dengki;
batinnya terasak rosak
dicakar dendam yang ngeri.
Kini mentari tenat dan remuk,
cinta ditelan sekam malam.
Bumi Palestina cacat dan sakit,
sengat, racun menyentap nafasnya.
Antara duri dan kerikil mencengkam,
tempur dan cungap bersanggah,
mulut-mulut muda terus berdarah.

Anak-anak Palestina yang resah,
bara berang mengunyah alamnya
meretakkan watak dan wajah,
derita paling sengsara.
Bunga-bunga kering berapungan
darah membuak berontak.
Kekacauan menggigit kalut jiwa
cacar dan cemar; getir dan perit;
gigil dan hangus. Nisan yang nisan.
Api yang api. Api dan api.

Anak-anak Palestina bentengnya cekal.
Bapa-bapa nazak di sisi pusara;
ibu-ibu asuhi warisan yang garang
mereka tenaga gempa
yang panjang menggugat
tank, kopter dan peluru, menggelorakan
wira yang syahdu.

Musafir Palestina yang termangsa
mendobrak peragut akar watan.
Mereka, pewaris sabar dan waja
mengasihi setiap pasir buminya
melawan taufan syaitan
yang merasuk pelosok buananya
penuh gamam, penuh dendam.
Mereka retak yang tajam. Denyut menyala.
Mereka kawah marak paling merah.
Dan sengat zaman.

Anak-anak Palestina yang tergugah,
unta-unta tersisih yang luka
dalam kedurjanaan liar kasar,
dalam kemusnahan golak gelegak
belajar hidup utuh dan indah
mengutip sisa dan nadi maruah
daripada sejarah yang kusut.
Mereka rahsia telaga mesra,
pohon-pohon kurma remaja,
diranumi nurani
amarah dan sumpah bangsa
yang pantang menyerah.

Dan di sini
angin Ranau, nafas Semantan, degup Melaka,
mengucupi jantungmu yang terkelar.
Anak-anak Palestina yang tabah,
unta-unta tersingkir yang cedera,
sengat racun menyentap nafasnya.
Angin Ranau, nafas Semantan, degup Melaka,
suara saka, sakti dan sasa
menggemakan jerit dan raungmu.
Dan kau, dalam debu dan udara yang bisa,
kawah ledak saling gelegak,
enggan hangus atau pupus; dan enggan kalah.

Friday 28 December 2012

Azam Saya tahun 2013 ini adalah...

Azam Saya pada tahun 2013 adalah untuk merealisasikan azam saya pada tahun 2012 yang tak terlaksa pada tahun 2011 selepas mengambil azam tahun 2010 yang tidak tercapai pada tahun 2009. Uiioo 5 tahun punya azam diwariskan dari tahun ke tahun. Tidak tercapai walau sudah 5 tahun usaha. Apa jenis manusia aku ini?

Assalamualaikum
Tik tok tik tok, kita sedang mengira hari hari terakhir sebelum masuk tahun baru masihi. maam biasa, kalau masuk tahun baru mesti ramai yang dah mula fikir apa azam aku tahun depan. kurang ramai yang fikir adakah azam aku tahun ni tercapai, sikit sangat yang tak fikir langsung pasai azam. Dan yang paling teruk sekali, ramai yang tak tahu azam tu apa, Haha..ada ka orang macam tu?

Tapi untuk kes pewarisan azam (ada ka istilah camtu?) pernah tak terfikir kenapa azam kita tak terapai? Azam terlalu tinggi? Kurang usaha untuk realisasikan azam tu? azam yang melampau untuk dicapai? atau ada satu hijab yang menghalang kita untuk melaksanakan azam tersebut?

Pertama sekali, kita kena tahu yang azam kita hanya kita sahaja yang boleh laksanakan, orang lain hanya boleh bantu, kenapa? sebab Allah dah berfirman "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya” (Ar-Ra’d:11) Jadi logik la kan kalau usaha kita tak setimpal untuk laksanakan azam, sebab kita tak mampu nak ubah hidup kita.

Tapi saya dah berusaha gigih, semua cara saya dah lakukan, tapi kenapa masih tak terlaksana?

ini perkara yang paling menakutkan, bukan cerita seram tapi, segala usaha yang kita lakukan ini tidak diterima Allah, sebab tu azam kita tak tercapai. mAri bermuhasabah semula, adakah hari hari kita ini bergelumang dengan dosa? atau ada khilaf yang kita tak sedari. Dalam sebuah buku ada menyenaraikan 5 perkara terhijabnya rezeki.

  1. Hilang tawakal kepada Allah
  2. Bergelumang dengan DOSA
  3. Maksiat dalam PEKERJAAN
  4. Bekerja sehingga LALAI mengingati Allah
  5. Sifat BAKHIL
Yang paling kita takuti adalah DOSA, kerana dosa ini sesuatu yang tidak nampak dan tidak jelas, kadang kala kita tidak sedar pun yang kita berbuat dosa, jika kita berbuat dosa kepada Allah itu mungkin dapat Allah ampunkan jika kita bertaubat, Kalau berdosa dengan manusia? Bagaimana?


Tapi apa kaitan azam dengan rezeki? Rezeki kan nikmat Allah, Azam tu apa yang kita mahu, dan apa yang kita mahu itu datang dari Allah, dan apa yang Allah beri itu adalah rezeki. Tapi macam mana Allah nak bagi rezeki kalau kita sendiri menghalang rezeki

Penutup: Hapuskan Hijab yang menutup
Ramai yang sudah memasang azam, tetapi ramai yang tidak merancang azamnya dengan betul. Ramai yang punyai azam yang tinggi namun tidak meletakkan Allah sebagai yang tertinggi. Sentiasa pasang azam yang membawa kebaikkan kepada Agam, insyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita melaksanakan azam kita.

Banyakkan solat rawatib (solat sunat sebelum dan selepas solat fardu) supaya perkara wajib yang terlompong dapat ditampung. Banyakkan solat Dhuha, supaya murah rezeki dan dikurniakan anugerah yang tidak diduga Dari Allah. Kerjakan juga Solat hajat, memohon Allah permudahkan urusan kita sehari harian. Kesimpulannya jangan pernah asingkan Allah dengan segala urusan kita. Semoga Allah permudahkan kita mengerjakan Azam untuk tahun 2013 ini!! InsyaAllah

Sunday 23 December 2012

IT: Tag Kawan dalam Entri Sampai Pengsan

Assalamualaikum..salam sejahtera salam bahagia salam 1 Malaysia salam Perak aman jaya
wah panjangnya salam. Tapi apa yang penting kesejahteraan yang kita pohon, dan Allah sebaik-baik tempat memohon kesejahteraan.

Dah lama tak menjengak blog, baru sahaja selesai 14 minggu kuliah, jadi ada masa la untuk menulis. Nak bagitahu punyalah lama tak buka blog, hari ni buka dapat tahu ada penambah baikkan yang disediakan oleh pihak Blogspot. Apa tambahan yang diberikan tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan