Mencari sesuatu?

Friday 19 July 2013

LURUS dan RAPATkan SAF... [REPOST]


...السلام عليكم 


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Allahumma solli wa sallim a'la Sayyidina Muhammad s.a.w...


Masjid al-Nabawi Madinah -gambar hiasan-
Bismillah...


Diriwayatkan dari Jabir bin Samirah ia berkata, “Rasulullah bersabda,

Monday 15 July 2013

Ayunkan Langkah MU

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Malam suram tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitu aturan TUHAN
Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak lurut dipukul ribut
Jadilah karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai,dalam sukar -->Hijjaz

Potret kehidupan yang terbentang luas.Mempunyai 1001 macam tafsiran.Trilogi yang tersusun rapi oleh Sang Pencipta.Dahulu masih terngiang-ngiang dalam ingatan waktu dipersekolahan.Bunyi loceng,beratur,sembang,kalau ada homework tak siap mesti bergegas masuk kelas awal sebelum perhimpunan mula untuk meniru(amalan yang tak patut dicontohi).Kalau bab datang lambat ke sekolah belum ada dalam kamus hidup.Aku dibesarkan diasrama,setiap pagi ada rokol.Itulah hikmahnya tinggal diasrama.Tinggal di asrama banyak mengajar erti kehidupan.Pahit,manis,masin,masam semua ada.Cerita suka duka berhadapan dengan benda yang diluar jangkaan.Itu semua lukisan alam yang mempunya kepelbagaian cerita dan warna yang menyerikan kehidupan.Semua tu menjadi kenangan kini.

Firman Allah dalam surah al-a'sr yang bermaksud : "Demi masa,Sesungguhnya manusias berada dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang berimnan dan mengerjakan kebajikan serta saling menasuhati untuk kebenaran dan saling nasihat menasihati untuk kesabaran".
Firman Allah swt mengajar kita tentang untung dan ruginya seseorang.Sangat beruntung bagi mereka yang memanfaatkan masa yang ada dengan perkara yang berfaedah.Kerana masa itu seperti pedang.Masa tidak dapat diputarkan kembali seperti video yang boleh playback dan boleh edit.

Dulu aku berdiri di halaman sekolah sebagai seorang pelajar.Tapi kini aku berdiri sebagai seorang pengajar/pendidik.Mampukah aku?? Siapalah aku untuk melontarkan persoalan mampu ke tak mampu.Sebab Allah dah nyatakan bahawa Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286).Jadi tak perlu risau .Bila sampai masanya engkau pasti boleh melakukannya.Jika kau fikirkan boleh,kau pasti boleh melakukan.Jika kau fikirkan ragu-ragu,usahamu tidak menentu.

Melihat wajah pelajar yang berada dihadapan,aku rasa sebak.Hati kecil terdetik,bagaimana aku nak didik mereka supaya ikut acuan al-Quran ?? Sesak nafas bila difikirkan kerana mendidik ini suatu perkara yang sangat sukar.Kita boleh heret kuda untuk minum air tapi kita tidak boleh memaksa kuda tersebut untuk minum air.Begitu jugalah keadaannya dengan pelajar.Allah............Membuka lembaran buku "Dimana Dia Dihati Ku" membuatkan hati kian merudum.Setiap amanah dan tanggungjawab yang diberikan akan disoal oleh Allah.Mampukah aku jawab dihadapan Allah tentang amanah yang diberikan?

Terngiang-ngiang kata-kata Murobbi ku yang kini berada di Jordan."Perjuangan itu tak mudah.Dipenuhi dengan kawat yang berduri.Kadang kala ribut taufan datang tanpa diundang.Oleh itu bersiap sedia lah dari segenap penjuru.Andai perjuangan itu mudah pasti ramai yang nak berjuang".Ya,aku sedang berjuang.Aku sedang berjuang untuk mendidik anak bangsa.Aku sedang berjuang untuk sampaikan agama Allah dalam bidang IT.Oleh itu aku perlu kuat untuk menongkah arus badai yang datang.Bersiap dengan segala kemungkinan perkara yang bakal berlaku.Kerana Syurga sedang menanti mu.Ikhlaskan niat.Ikhlaskan hati walaupun perit.Kerana keikhlasan itu ubat kepada segala kesakitan.Hati yang ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara tidak akan tercalit sedikit luka pun yang akan tinggal kerana yakin dengan janji Allah.

Pesanan buat diri ini yang sentiasa alpa.Contohilah mereka yang telah berjaya dalam pelbagai bidang seiring dengan agama.Contohnya Ibn Sina yang hebat dalam ilmu kedoktoran.Keilmuan dalam bidang perubatan sangat tinggi namun siapa sangka disebalik susuk tubuh ini beliau telah hafaz al-Quran 30juzuk.MasyaAllah,Tabarakallah.Hebat bukan...........Aku kagum.Kagum kerana ilmu dunia yang dicari membawa kepada cinta kepada Allah.Membawa manusia dekat dengan Allah.Hidup biar seperti padi.Semakin berisi semakin tunduk sujud kebumi.Itulah juga impian ku.

Inilah masanya.Inilah tempatnya.Aku perlu mengorak langkah yang pertama untuk mendapatkan langkah seterusnya.Aku perlu memulakannya terlebih dahulu.Perubahan itu perlu dilakukan.Jangan tunggu waktu terdesak baru nak berubah.Sayangi mereka.Kasihkan mereka.Didiklah mereka supaya mereka mengenal apa erti berTuhan.Ajarlah mereka ilmu apa pun.Supaya ilmu yang diajar itu mampun mengenal Allah swt.Ingat,Matinya anak adam semua perkara akan terpetus kecuali 3 benda iaitu doa anak yang soleh/ah,sedekah jariah dan juga ilmu yang bermanfaat.Anak tak tahu bila.Sedekah jariah aku tak sehebat Siti Khadijah yang sanggup menginfa'kan seluruh harta dan juga jiwa raga untuk Islam.Aku cuma mampu mengikut serpihan srikandi Islam ini.Siti Khadijah adalah idola ku.Ya....aku sangat mengkagumi susuk tubuh ini.Yang aku mampu sata ini,ketika ini adalah ilmu yang bermanfaat.Kerana aku berada dalam bidang pendidikan.Oleh itu,aku perlu ayunkan langkah supaya tidak terus menunggu.Aku perlu bertindak.Kutip setiap helaian pengalaman yang diperolehi disepanjang jalan ini.InsyaAllah.....dengan Izin-Nya tiada yang mustahil.

In life,what sometimes appears to be the end is really a new begining

#Cita-cita terbesarku adalah mati syahid.
#Cita-cita sampingan ku banyak.termasuk menjadi suri rumah juga adalah cita-cita ku.Kerana Madrasah dirumah itu lebih dahagakan perhatian dan tumpuan.Segalanya bermula dirumah.Anak-anak yang baru lahir itu umpama kain putih bersih.Ibu bapa lah yang mencorakkan anak tersebut.

Tuesday 9 July 2013

Ramadan Kali Ini Pasti Berbeza

Assalamualaikum
InsyaAllah, kita akan berpuasa lagi pada tahun ini, bermula esok (10hb 7)
Suka? seronok? teruja? GASTRIK?? haha...cepat2 makan ubat, nanti susah nak puasa..

setiap kali ramadan tahun baru menjelma,mereka pasti memasang azam

mereka yang teruja
"Tahun ini aku nak beramal lebih banyak dan baik dari tahun lepas"

Bagi mereka yang suka
"Tahun ni aku target nak turun berat badan sebanyak 25KG lebih dari tahun lepas!!"

Bagi mereka yang gembira
"aku target nak jimat lebih banyak duit dari tahun lepas...huhu"

kepada sesiapa yang sudah niat selain dari mengerjakan ibadah di bulan ramadan, marilah sama-sama kita koreksi diri semula
mari sama-sama kita jadikan ramadan kali ini ramadan yang berbeza dari tahun-tahun sebelumnya?
BErbeza yang bagaimana?

Dulu masa siang, tidor lebih banyak dari berjaga
Ramadan Kali Ini Pasti Berbeza dengan banyaknya berjaga dari lena

Dulu kita banyak bercakap benda yang tak penting dari berzikir
Ramadan Kali Ini Pasti Berbeza dengan banyaknya zikir dari berbicara lagha

dulu kita banyak merungut dari bersyukur
Ramadan Kali Ini Pasti Berbeza dengan banyaknya bersyukur dari rungut

dulu kita banyak membeli dari memberi
Ramadan Kali Ini Pasti Berbeza dengan banyak memberi kepada bazir rezeki

dulu kita solat sunat sama banyak dengan solat fardu
Ramadan Kali Ini Pasti Berbeza dengan solat fardu yang berkualiti seiring solat sunat ditingkatkan kuantiti

ya Ramadan Kali Ini Pasti Berbeza, pasti, pasti
yang menjadikan ia berbeza baik atau buruk adalah datang dari diri kita
nak salahkan Syaitan?? syaitan dah dibelenggu di neraka,
yang tinggal hanya kita bersama nafsu yang sebahagian dari kita
SO?? WHAT ARE U WAITING FOR?? Ramadan Kali Ini Pasti Berbeza
bukan dari umur,dan keadaan semasa tapi dari usaha kita mengimarahkannya

SALAM RAMADAN SEMUA!!!
Lupa niat puasa, meh dengor

Monday 8 July 2013

Kali Pertama


Bismlillah wal hamdulillah…
                           Maka nikmat Tuhan mu yang mana kamu dustakan?
                                                     ar-Rahman : 13                                  
Alhamdulillah…hari ini 8 julai 2013, seronok sangat sebab hari ini adalah hari pertama aku keluar dengan motor sorang-sorang. Sebelum ni aku memang tak pernah keluar sorang-sorang. Nak tunggu adik balik daripada asrama lambat lagi. Katanya seminggu sebelum raya baru balik. So hari ini nekad nak keluar, nak mengenali jalan. Al maklum, praktikum tak sampai seminggu je lagi. Aku tak dibesarkan disini(port klang) tapi dah besar baru ada disini. Kalau dulu sebelum pindah, masa kat langkawi memang aku ingat jalan. Pulau langkawi tak sebesar sini. Sini dengan jalan yang sibuk, lori lalu lalang….fuhh,menggigil. Tapi aku yakin, Allah tidak akan mempersiakan segala usaha yang hambaNya lakukan. Allah sentiasa bersama dengan aku.

Untuk dapatkan sesuatu mestilah dilakukan sesuatu untuk mendapatkannya. Bak kata pepatah "yang bulat tak kan datang bergolek dan yang pipih tak kan datang melayang" dan satu lagi "kalau tak dipecahkan ruyungnya manakan dapat sagu nya". Oleh itu, kelemahan dan kekurangan ini perlu diatasi. Nanti praktikum aku kena pergi sendiri. Dah tak ada orang hantar dan dah tak ada orang ambik. Teringat dulu masa kat sekolah rendah kebangsaan bayas. Nak pergi sekolah aku naik van. Masa sekolah menengah kebangsaan mahsuri pulak memang tinggal di asrama daripada tingkatan 1 hingga 6. Jadi bila barang habis ke, nak balik ke, ape ke….aku Cuma dial je. Antara dialog yang selalu digunakan :
                  “Mak, bi balik minggu ni”
                  “Mak, dating tak minggu. Nak keluar outing”
                  “Mak, barang mandian dah habis”
                  “Mak, ada barang tertinggal kat rumah”
Mak itu ini……pernah mak cakap,
Mak : bi, ambik la lesen.
Aku : tak nak la…bahaya la mak, kan dah ada abang ambik dan hantar.
Mak : Sampai bila?nanti dah kahwin,tak kan nak susahkan suami.
aku : Tak pa la mak, kalau dia sayangkan bi dia tak kan rasa susah.

Macam-macam alasan aku kalau disuruh ambik lesen. Entah, aku tak rasa satu kepentingan pun untuk ambik lesen masa tu. Padahal kawan-kawan sekolah semua dah pandai bawa kenderaan dan dah ada lessen. Aku selamat. Relevannya adalah tak la aku bebas keluar rumah. Mana tak nya nak pergi mana-mana mesti kena hantah kalau tak hantar pun kawan akan pergi ambik kat rumah. Bila kawan pergi ambik kat rumah memang la keluarga akan kenal dengan siapa kita berkawan.
Perangai tu terbawa-bawa sampai ke universiti. Just call atau mesej kalau nak balik. Sampai la semester 3 baru la aku rasa nak belajar motor. Itu pun entah berapa kali jatuh. Malu……tapi tak kisah la.hehehe…..seronok pulak belajar waktu macam ni. Sebab semua tu jadi kenangan. Esok lusa nak pergi sekolah. Abang nak tunjukkan jalan dari rumah. Katanya ada banyak jalan untuk pergi….aduhh…aku dah berdebar…..Berusahlah untuk lakukan yang terbaik kerana disitu ada keberkatannya.

Usaha memujuk untuk bawa motor berjaya dengan beberapa alasan yang berjaya aku kemukakan. Abang aku senyum ja bila dengar alasan yang tak berapa nak logik. Biarlah, asal mak bagi. Aku risau jugak sebenarnya, tapi disepanjang hidup kita adalah tarbiyah. Tarbiyah daripada Allah untuk melihat sejauh mana hambaNya berusaha untuk melepasi sesuatu ujian dan cabaran selari dengan syariat yang ditetapkan. Lagipun tugas seorang guru bukan sahaja mengajar tetapu mendidik. Rosak anak muda pada hari ini, rosak lah negara pada masa akan datang. Saidina Ali pernah mengungkapkan bahawa "JIKA KAMU INGIN LIHAT MASA DEPAN SESEBUAH NEGARA, MAKA LIHATLAH PEMUDA-PEMUDA PADA HARI INI". 


|| Ikhlaskan niat kerana Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan ||

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan