Mencari sesuatu?

Sunday, 27 November 2011

22 Teka Teki


Dengan Nama Allah
Yang Meninggikan Kalimah
La Ilahailallah, Muhammad Rasulullah
maka Tinggikan Juga Keimananku
seperti Tingginya Kalimat itu

Asalamualaikum dan salam sejahtera.. Apa khabar sahabat-sahabat NR hari ini, semoga dalam lembayung lindungan rahmat Allah hendaknya, InsyaAllah pada hari ini kita nak main teka teki...
HAH?? teka teki??
YUP!!! teka teki.. sapa pandai dia jawab eekk.. xdapat jawab denda!! haha dah sedia??

01. Sebutkan satu yang tiada duanya,
02. dua yang tiada tiganya,
03. tiga yang tiada empatnya,
04. empat yang tiada limanya,
05. lima yang tiada enamnya,
06. enam yang tiada tujuhnya,
07. tujuh yang tiada delapannya,
08. delapan yang tiada sembilannya,
09. sembilan yang tiada sepuluhnya,
10. sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
11. sebelas yang tiada dua belasnya,
12. dua belas yang tiada tiga belasnya,
13. tiga belas yang tiada empat belasnya.
14. Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
15. Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
16. Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?
17. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
18. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!
19. Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diadzab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?
20. Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diadzab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?
21. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
22. Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Ok, macam mana?? dah dapat jawapan?? haha.. sebenarnya ini adalah soalan yang saya petik dari sebuah kisah (tak pasti kisah benar atau tidak) yang mana seorang paderi menanyakan soalan kepada seorang muslim. nak tau apa jawapan si Muslim tu kepada si paderi?

1. Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.

2. Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang
Allah SWT berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

3. Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

4. Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

5. Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

6. Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah SWT menciptakan makhluk.

7. Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis
Allah SWT berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

8. Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. 
Allah SWT berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

9. Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa iaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim kemarau, katak, darah, kutu dan belalang.*[info lanjut]

10. Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan
Allah SWT berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

11. Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

12. Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

13. Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

14. Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah SWT ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

15. Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

16. Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)

17. Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.
 Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman: 19).

18. Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
19. Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diadzab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim
Allah SWT berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

20. Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diadzab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ash-habul Kahfi (penghuni gua).

21. Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita
firman Allah SWT? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

22. Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

sebenarnya ini adalah cerita lama yang selalu kita dengar semasa kuliah di surau-surau atau masjid, namun bukan itu yang kita nak ceritakan tetapi nak tunjukkan bahawa setiap perbuatan kita, dan setiap yang terjadi adalah aturan dari Allah...



tapi cerita tekateki antara paderi dengan seorang muslim bukan berakhir disini sahaja, nak tau apa sambungannya?? kena la beli CD, haha...tak..tak..ok2..si mulim itu pulak bertanyakan satu soalan kepada paderi tersebut..
HAH!!?? satu ja?? si paderi soal punya lah banyak... kenapa si muslim tanya satu sahaja?
nak tahu kenapa??
MUSLIM:" Apakah kunci untuk ke syurga??" hah!! jawab..jawab...
PADERI: " Errr...Errr..."
MUSLIM" Errr??? SALAH...!!"
PADERI: " nanti...aku tahu jawapannya.. JAWAPANNYA ADALAH LAA ILAHA ILALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH"

(ayat diatas adalah rekaan semata-mata, tetapi mengikut jalan cerita yang sebenar)
Sahabat-sahabat nak tahu apa yang terjadi bila bila si Paderi tu menjawab soalan si Muslim? hah..masa ni kejadianberlaku dihadapan ratusan/ribuan penganut agama kristian (dalam gereja). dan selepas dijawab soalan ini maka SELURUH GEREJA mengucapkan
"LAA ILAHA ILALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH"

Allahuakhbar!!!!


[abg Man]>>idea nak post pasai kisah ni terlintas masa seorang junior bertanyakan soalan yang sama dekat group FB, jadi rasanya tak salah saya berkongsi kisah ini juga kan..semoga mendapat manfaat daripadanya

Saturday, 26 November 2011

Hijrah kan Hijrah Kita


Hijrah
 Unic
Sejenakku terkenang hijrah gemilang
Terubah dunia gelap menjadi terang
Berguguran airmata tidak ku rasa
Meskipun bibir tanpa suara
Ku terus berdoa

(chorus)
Biar nafas menjadi lelah
Ku pasti hijrah kerana Allah
Biar kakiku terasa lemah
Menyusuri kekasihmu Ya Allah

Pengorbanan abadi
Menerangi bumi
Hijrah bagai hujan
Menyuburi hati

Hijrah satu kemenangan
Sepanjang zaman
Hijrah satu kemenangan
Musafir perjuangan

Hijrah…

Hijrah kan hijrah kita
Assalamualaikum, hari ini adalah hari terakhir bagi tahun 1432 Hijrah dan selepas asar ini, bermulalah demensi baru tahun 1433 hijrah. Alhamdulillah, sudah lebih 1433 hijrah Islam tertagak hidup subur dalam dada setiap Muslim. Tak perlu diceritakan sirah penghijrahan keran amasing-masing sudah mengerti kisah tersebut. Namun kenapa hikmah kembara hijrah sukar untuk diamati? (termasuk yg sedang menulis ini) Astaghfirullah

Apa yang kita faham akan hijrah ini adalah 'Perpindahan' dan secara keseluruhan 'Penghijrahan dari sesuatu kepada sesuatu yang lain'dan bila masuk pula dalam aspek kerohanian. Berpindah dari satu yang buruk kepada yang baik, dan dari baik kepada yang lebih baik.
Namun apa yang kita nampak hanyalah inginkan kebaikan untuk masa-masa akan datang... dan semuanya mahukan yang baik sahaja. Pernah terfikir akan keburukan kita?? bukankah kita perlu memperbaiki kekurangan atau keburukan yang dah kita lakukan sebelum ini sebelum kita berazam kepada sesuatu yang baru??.

Hijrah: Muhasabah dan berubah
Saya nak mengajak kita berubah (kita bermaksud dengan saya sekali..ngee ^^) sebe;um kita tanam azam baru untuk kita buat pada tahun baru ini, mari kita bermuhasabah kembali masa silam kita, apakah azam kita yang dahulu sudah sempurna? apakah kita sudah melaksanakan tanggungjawab kita? adakah kita cukup persiapan mengahdapi tahun baru? adakah.....??? adakah......?? (isi tempat kosong dengan persoalan sendiri..hehe)

Jadi kalau ada salah satu soalan diatas ada jawapan 'YA' jadi mari kita sama-sama perbetul semua kekurangan itu untuk kita mula menanamkan azam baru untuk dijalankan di tahun baru??

tapi eeerr...eerr.... bukan ka azam tahun baru dibuat pada tahun baru ja?? hari ni dah tahun baru... hhuurrrmm???
hahaha...azam tahun baru bukan macam niat puasa, tak niat tak sah puasa dan  tak boleh puasa. Ini azam, apa benda yang kita nak buat, iltizam kita untuk melakukan sesuatu, jadi bila kita ada target untuk dilakukan maka kita buat la..!!!
Penutup:Hijrah bukan satu sambutan

nak tahu tak kenapa Tahun baru hijrah tak ada main bunga api...tak ada bekumpul kat dataran merdeka, sama jerit2 countdown jam..10...9...8...7.... sebab Allah mahu kita berubah, bukan mahu kita bersuka ria untuk menghadapai masa hadapan, tetapi Bergantung kepadanya bagi mengumpul kekuatan menghadapi tahun berikutnya.
adakah kita mahu palitkan kekotoran pada cermin masa hadapan untuk kita tengok diri kita pada akan datang? atau kita cuci cermin yang pudar, bagi mencerahkan pandangan mata kita melihat masa depan? fikir-fikirkan...

^^ Abg MAn: sy pon nak berhijrah membetulkan kekurangan bagi memantapkan masa depan!!!

Friday, 25 November 2011

100:selamat Hari jadi Awak...!!!



Selamat Ulang Tahun
Assalamualaikum...SELAMAT ULANG TAHUN BLOG NURRAHMAN!!!
Alhamdulillah, sudah setahun blog Nurrahman bersiaran di dunia maya ini. dan Alhamdulillah, dengan sokongan dari sahabat-sahabat menyebabkan satu kekuatan datang kepada kami crew-crew author di nurrahman untuk terus menuliskan info-info kepada pembaca

Entri yang ke 100!!
Alhamdulillah, entry pada kali adalah entri yang ke 100!!!!! yeahhh!!!! Ingat lagi entri Pertama [Klik Sini] adalah satu titik permulaan dan pekenalan kita antara sahabat-sahabat pembaca dengan saya. dahulu saya hanya berseorangan. menulis beberapa perkara berkaitan dengan kehidupan kita.

Dan blog ini juga wujud atas saranan sahabat saya [ni blog dia]. Dia lah yang banyak memberikan semangat dan dorongan untuk blog NR tetap kuat menyampaikan info dan maklumat. Dan penerimaan sahabat-sahabat pembaca juga memberikan lagi suntikan tonik untuk saya bersemangat untuk menulis. Terima kasiiiiihh!!! ngeeee

NR:Dari tunas menjadi anak pokok
Secara jujur, blog Nr masih lagi tidak sekuat mana, Kami disini masih lagi belajar dan mempelajari tentang kehidupan dan hidup sebagai pendakwah dalam bidang penulisan blog. dan tidak malu untuk saya katakan, blog saya banyak dipengaruhi oleh blog LangitIlahi yang sekarang sudah pun men 'transform' kan diri menjadi sebuah website yang didalamnya lebih ramai author.

Saya juga mahu menjadi seperti Akh Hilal yang penulisannya mampu untuk mentarbiahkan, infonya mampu untuk menambahkan pengetahuan, motivasinya mampu untuk menenangkan fikiran. dan nasihatnya mampu untuk dijadikan pedoman sehari harian. Mohon doa kalian untuk usaha kami Blog NR ke arah itu.

Kami masih anak pokok yang mengeluarkan pucuk muda, bukan pohon yang mengeluarkan buah. dengan usia yang masih muda, kami berusaha menjadi yang kuat untuk berdiri di tanah yang penuh mencabar.

Preview: NR dulu sehingga sekarang
header pertama mula-mula blog NR bersiaran..ngee

kemunculan Abang Man dalam blog NR

Zaman revolusi blog NR kearah lebih keterbukaan.

Zaman Blog Nurrahman menambah segmen:: KONGSI|DISKUSI|IT

Zaman dimana, Blog NR cuba menarik perhatian Pembaca dengan rekabentuk Blog yang menarik
zaman Blog NR menambah bilangan Author bagi menjadikan penulisan di sini lebih pelbagai.


dan sekarang, misi Nr adalah melahirkan remaja islam yang berpengetahuan duniawi dan ukhrawi.. InsyaAllah
Apa Yang Baru?
InsyaAllah pada musim ini, kami telah mempekenalkan beberapa pembaharuan, antaranya button yang cantik disebelah ini <-------------- dan kalau diperhatikan terdapat satu segment tambahan iaitu multi produksi.

Multiproduksi adalah segment yang mana saya akan promosikan beberapa produk hasilan muslim, perniagaan sahabat-sahabat dan apa-apa produk yang bagi saya elok untuk diguna pakai oleh orang muslim. Kepada sahabat-sahabat yang mahukan saya promosi produk kalian boleh ja. TNAPA APA-APA BAYARAN. ya, saya ikhlas untuk menolong menaikkan industri muslim. dan Keutamaan akan diberikan kepada yang menghasilkan produk sendiri.

Jika mahukan Blog Nr mempromosi produk anda, boleh emailkan segala maklumat anda di alamat email acabsmka@gmail.com atau ke page secerah-nurrahman. sila nyatakan secara detail mengenai produk anda. dan untuk ulasan daripada kami sendiri mengenai produk anda, perlu jugak kami mencuba dahulu. 

Semoga Allah permudahkan jalan ini
Berdakwah atau menyampaikan sesuatu kebaikan itu bukanlah mudah seperti memakan ice cream straberry. nganga dan makan sambil menikmati kelazatan Ice cream itu. tapi dakwah itu sesuatu yang aaaaaaamat sukar. Jika berdakwah itu suatu yang mudah maka, nabi tidak dicaci dan dihina, tidak dicederakan dan di lukakan.Tidak perlu berhijrah semasa ditindas, tidak perlu berperang mempertahankan  umat islam yang lain.

namun satu perkara yang perlu kita ketahui. Berdakwah @ menyampaikan sesuatu kebenaran adalah wajib kepada kita.
“Mereka itu tidak sama. Di antara ahli kitab, ada segolongan yang lurus, mereka membaca ayat-ayat Al­lah di waktu malam sedang mereka sujud. Mereka beriman kepada Allah dan hari kemudian dan menyuruh dengan ma’ruf dan melarang mungkar, bersegera mengerjakan kebaikan dan mereka itu termasuk orang-orang yang soleh.” (Aali Imran 3:113-114)
Mohon Doa supaya kami di Blog Nurrahman akan terus kuat menyampaikan risalah-risalah kebenaran dan Keislaman kerana ISTIMEWANYA KITA KERANA ISLAM

Friday, 18 November 2011

IT: Blender the 3D Software

Assalamualaikum..haii...how are you today hope you enjoy your life
why I'm happy today?? ha-ha.. it's because this is the 99th entry for this blog.. (yeah!!!). furthermore, this blog will celebrate it's 1st anniversary. haha
This Blender??? no..no..no..!!!

but lets it go by now. so in this entry, i like to share one free software call BLENDER. It not the 'blender' that mom always use at the kitchen. This is the 3D maker software. the most importain thing is it is FREE?? 
"Are you sure it is free?? don't be kidding, All 3D Software need to pay high price!!"

"yup I'm saying the true".
Blender is the open office software under the GNU General Public Licence. And you want to know another good news? it suitable for any OS that have in this world (i guess..:P). why i'm saying like that because it available for most platforms that are in use today. You can run it on Windows starting from 98, Windows 2000, XP, Vista, 7 (32, 64 bits) ; Mac OS X (PPC and Intel 32.64 bits) ; Linux (x86 32/64 bits) and FreeBSD (AMD/Intel 64 bits) .

what blender can do?
Using Blender software, we will make and 3D artwork. But what type of artwork can Blender do?
·        Modeling
o   Making 3D car model or prototype
o   3D logo
o   Making real look image/ environment
·        Shading
·        UV Unwrapping
·        Rigging
o   Making bone
·        Rendering
·        Animation
·        Movie
·        Realtime 3D/Game Creation 

What you need before using this software
Blender hardware requirements
Hardware
Minimum
Recommended
Production-standard
Processor
1 GHz, Single core
2 GHz, Dual core
2 GHz, Multi-core (64-bit)
Memory
512 MB RAM
GB
8 – 16 GB
Graphics card
OpenGL card with 64 MB Video RAM
OpenGL card with 256 or 512 MB Video RAM
OpenGL card with 1 GB RAM, ATI FireGL or Nvidia Quadro
Display
1024×768 pixels, 16-bit color
1920×1200 pixels, 24-bit color
1920×1200 pixels, 24-bit color
Input
Three-button mouse
Three-button mouse
Three-button mouse and a graphics tablet
::ok , i take this table at wikipedia...hehe thanks uncle wiki..

if you ask me, about this software, honestly, i never try any before, i'm just read info about it and some comment from other user. but almost free software (GNU software) are easy to use. That why it free? just imaging, the free software but difficult to use, who want to use it?? haha.

ok, don't talk any more, for those who interest to try this software, just download in this link;
or if you want the portable software, so get it here;

Eerr..i want to try but how to start?
haha... ok2, i have found some website that provide tutorial, but if you enter the blender website http://www.blender.org/, they also provide some tutorial and link to go to the site that have a tutorial.

ok this is my suggestion
  1. http://www.blenderguru.com/
  2. http://filmmakeriq.com/2009/04/555-blender-tutorials/
  3. http://cg.tutsplus.com/articles/web-roundups/tutorial-roundup-53-amazing-blender-tutorials/
Artwork using Blender





ok, i think thaz all, if you want some more, hehe uncle Google always be in you browser..ngeee


moha-ok this my nest article in English, eerr..how about?? this software are been use in my class, but we still don't try it. hehe so lets try it together.. sorry broken english again (marah la budak2 TESL kat sy)

Monday, 14 November 2011

KONGSI: AKU SAHABAT YANG BAIK erkk??

Dengan Nama Allah Yang Maha Besar
Lagi Maha Pengasih dan Maha Penyayang


Bismillahirrahmanirrahim,,,Assalamualaikum wbt…dan salam ukhuwah buat sahabat2 setia NR  mahupun sahabat2 yang baru berjinak dgn blog NR nihh…sebelum tu sy ingin mintak jasa baik sahabat2 smua utk mndoakan mak ayah saya yg akan pulang dr tanah suci makkah nnti,,spaya mereka pulang dgn slamat dan broleh haji yg mabrur….(huhuhu..rinduunyaa)….

Okheiss…Back to our topic!!!....

Sapa nak kawan ngan saya???..(apa kehenya tiba2 tny nak kwan ka x ni??)…hurmm,,

Anda rsa anda ramai kawan??...bejuta2??...bermilion2??...,
cuba check friends kat FB ngan follower kat twitter (hehe)

Anda rsa kawan anda baik??...jjur??...

Anda rsa anda seorg kwan yg baik utk kawan anda??...

Anda rsa kawan anda suka brkawan dgn anda??

Anda rsa kawan anda bangga punyai kawan spt anda???

Anda rsa anda suka brkawan dgn kawan anda yg anda brkawan sekarang????

Dan…anda rsa, kawan anda suka kah anda menjd kawannya dan brkawan dgnnya sbg kawan yg disayanginya???....

Haha…ANDA KELIRU??..RAMBUT BRMASALAH??..
KAMI ADA JALAN PENYELESAIANNYA…(yun nam hair care…pakar rmbut anda…!!..lalala)

..pnjang plak intro nihh..hukhuk..

Yg sebenornye..teman disini nak memperkatakn ttg adab kita nk brkawan atau brsahabat…tp pnjg leborr plk soklannya..ye tak??...haha..tu sja ja nak anda pikior mcm mna kita nihh slama kita brsubahat…ehh clap2..BERSAHABAT,,,

…jalinan prsahabatan erat sesama ahli masyarakat, kmesraaan jiran ttangga yg saling hormat-mghormati, urusan muamalat(jual beli) yg sihat, trpautnya hati anggota msyarakt utk mmakmurkan masjid, brjihad dan brbuat kebajikan, amalan ziarah-mnziarahi saudara dan handai taulan ketika susah dan senang adlh sbhgian drpd corak prgaulan dlm msyarakat yg diutamakan, selaras dgn tuntutan Islam…(apa kaitan nihh???)…..haha..ini adlh satu cabang yg mna menilai kita dr segi brsahabat…

Cmna nak pilih sahabat yg baik??...

Alaa…kawan ja…xkisah la dia tu baik ka x..asalkan kita ikhlas kwan ngn dia..cm2 ka???...

Ataupun…ehhh xleh kna carik kwan yg baik2 ja,,klau kwan dgn org yg xbaik nt kita plk trikut2 dia…erkkk??

Hurmmm…

Sbnarnya byk panduan yg dberikan oleh syarak dlm pemilhan sahabat nihh…

Dlm satu surah menyatakan:

Maksudnya: dan janganlah engkau menurut orang yang telah Kami lalaikan hatinya daripada mengingati Kami, lalu ia mengikut hawa nafsunya.(surah al-kahfi:28)

Dan juga,

Maksudnya: dan ikutilah jalan orang yang suka kembali (bertaubat) kepada-Ku.

…trdapat juga hadis yg diriwayatkan oleh Rasulullah SAW yg brmaksud:

“seseorang itu atas agama(perjalanan) rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai teman atau rakan”

Pehe dok???..haha…

Sbenaqnya, ayat ni menegah kita utk brsahabat dgn org yg fasiq yg sentiasa melanggar perintah Allah walaupun adakalanya dia mlakukn amal ibadat…

Kalau kita imbs kmbali zaman dlu kala…ada seorg ulama yg masyhur yg brnama Al-Qamah…beliau mmberikan beberapa panduan kpd anaknya dlm memilih sahabat,,,antaranya:


Jika kau mminta sesuatu bntuan drpdnya, dia akn mmbantu mngusahakan prtolongn itu sdaya upaya


Jika dia mndapat sesuatu kbajikan daripadamu, dia akan mnghargainya..


Jika kau mmbuat bakti kpdnya pasti dia akan mlindungimu..


Jika kau brdua brselisih faham, dia akan mngalah untuk mnjaga ikatan PERSAHABATAN itu..

Hihihi…sy ada ciri2 tu!!!..chehhh..peqasan

Meh kita bca nihh…ada lgiii…..

Selain tu…Sayidina Ali k.m.h prnah brkata:

“saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada disisimu (ketika susah dan senang). Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu”

Dan…….ada lagiii…!!!

Abu Sulaiman al-Darani r.a mengingatkn kita agar melihat dua sifat ini pada seseorg sblum memilihnya sbgai rakan….apadiaaa???

Yg prtama….org yg mudah engkau brurusan dlm kehidupan seharian

Yg kedua…org yg dapat memberikan faedah dan manfaat dlm segala prkara..(cthny..nak tiqu esgnment, bolehh???..haha,,,no no no)

Mu pahanggg dok nihhh???....bbuih dah mulut teman mngeluar semua hadis nihh….tetapi tidak mengapa wahai sahabatku, asalkan kalian semua dapat memahami apa isi hati yang igin ku sampaikan ini…ngeh3

Next…….

Ada lagiiii???

Okhei2 ..nih pnutup dah..hihi

Sememngnya Allah SWT menegaskn btapa pntgnya dijalinkan hubungn prsahabatan dgn org2 yg briman, brtaqwa dan brakhlak mulia yg dapat brsama-sama menegakkn kalimah Allah di muka bumi ini, dan mnyuruh mnusia kpda prkara2 kebaikan dan melarang mereka drpd brbuat kemungkaran.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: berpegang teguhlah dengan tali (agama) Allah bersama-sama dan janganlah pula berpecah belah.
                                                                                                                                   (surah Ali Imran:103)

Dan…

Hihi..sikit lagi

Ingat!..hak seorang individu dgn sahabat itu meliputi bberapa bidang spt hak di bidang harta, hak mmberi bantuan rohani dan jasmani, hak memelihara lisan, hak mendoakan, hak member salam, hak menepati janji dan lain2…

Yesss…da abiss….bosan kaaa???klau ada teguran..silakan…teman sedia terima…kerana teman sgt cetek ilmu pengetahuan…sgt lemah dlm ilmu agama dan teman adalah insan yg sgt mngharapkan tunjuk ajar dr sahabat2 sekalian…insan yg fakir ini amat mmerlukan ALLAH SWT disisiku…Yang baik itu dtg dr penciptanya..dan yg buruk itu dtg dr yg diciptanya…(wahhh..skemanyaa…haha..tp ni ikhlas dr lubuk hati yg paling dalam nihh)

Ehmmm….akhir kata utk entry kali nihh….

MISS NANA:
INGAT!!...“orang yang bersahabat kerana Allah, besar sekali keuntungannya di Akhirat”
“BERSEMI UKHUWAH DIPUPUK KASIH”

ni ada skit halwa telinga lps mbaca...:)
http://www.youtube.com/watch?v=6W_cTpB5KwI
wassalam.....


Wednesday, 9 November 2011

Friday, 4 November 2011

miuzix: NOWWHY 2 ( Jangan salah memilih)


OAG - Now Why 2 Lirik (Nawaitu)

Verse 1
Tiada terlintas langsung
Nowwhy 2 ku untuk menduakan diriMu
Suka ragaku membuka jazadmu

Verse 2
Tiada terlintas langsung
Nowwhy 2ku untuk mempersoalkan caramu
Suka ragaku buka jazadMu

Tiada yang lain melainkanNya 3x

Tiada yang maha selain diriNya
Yang maha mengasihi
yang maha menyayangi

Tiada yang maha selain diriNya
yang maha mengerti
yang maha mengampuni

repeat verse 1 & 2

Tiada yang lain melainkannya 3x

Tiada yang maha selain diriNya
yang maha mengasihi
yang maha menyayangi

Tiada yang maha selain diriNya
yang maha mengerti
yang maha mengampuni

Langsung tiada tercantas
nowwhy 2 ku untuk mempersoalkan caraMu
suka ragaku membuka jazadMu

Tiada yang lain melainkanNya 3x



Amalan dan Niat
Amalan dan niat, dua kaliah yang manusia sering gunakan bagi memanipulasi keadaan. eerr... macam mana tu??

"aku buat ni, niat aku ikhlas"    atau "Ni Apasal baik semacam ja ni..mesti ada niat lain ni..."

hehe, dah macam dialog drama pula, tapi hakikatnya inilah manusia. Di dalam minta mereka sudah terhafal hadis "Setiap Perbuatan berdasarkan niat" namun tahukah kita yang niat tidak menghalalkan cara??

Niat tak Menghalalkan cara? Apa tu?

Emm, senang saya bagi contoh la eekk..tahu tak cerita Robin Hood..ala yang dia mencuri sebab nak tolong orang miskin tu.. ok sekarang kita pecahkan kod perbuatan dia Niat dia=Baik, perbuatan dia=Jahat. so Totally perbuatan dia ni salah.

ok contoh lain pulak...Emm... Kita Tak Solat sebab kita nak tolong orang buat kerja amal. Ha.. kalo cam ni pulak macam mana?? Tolong Orang, itu tuntutan, kalau kata orang tu terdesak akan bantuan, tanggungjawab kita untuk menolong dengan kemampuan kita. tetapi Solat itu juga wajib. Malah kewajipan Solat itu lebih tinggi berbanding tanggungjawab kita membantu orang.

secara keseluruhannya, segala yang baik itu bila ada sesuatu yang haram/tidak baik bersamanya, ia dikira haram/tidak baik, kerana adakah kalian mahu minum air susu yang ada najis di dalamnya? begitu juga la Allah, adakah Allah mahu terima sesuatu amalan yang ada Allah larang?

Apa riaksi anda?
Jika sahabat-sahabat terdengar ada atu karnival atau satu kempen, dan kempen itu bertujuan mengembalikan hak sama rata dan kebebasan kepada semua masyarakat di Malaysia, apa reaksi anda? anda menyokongnya?? eemm, betul...

tapi Kalau karnival atau satu kempen, dan kempen itu bertujuan mengembalikan hak sama rata semua masyarakat di Malaysia dan memebrikan kebebasan kepada golongan Gay, lesbian, homoseksual, biseksual dan semua istilah2 yang ada seks ni. apa reaksi anda.?? masih menyokong kerana tidak mahu golongan-golongan ini tertindas?? fikir semula.


saya baru tahu ada satu kempen ini di Malaysia, Seksualiti Merdeka. daripada nama kempen pun sudah menujukkan seperti mereka ini cuba meng 'halal' kan perhubungan seks bebas dan seks songsang. Malu saya jika ada umat islam yang menyokong.

Sahabat NR Benci Seksualiti Merdeka!!
"Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara-perkara syubhat,Kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga diri dari perkara syubhat tersebut, maka dia telah menjaga agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yang jatuh dalam perkara syubhat, maka dia jatuh kepada hal yang haram." (Riwayat Bukhari & Muslim, dari Nu'man bin Basyir)
hadis ini menyatakan Allah sudah menyatakan sesuatu yang haram itu, tiada apa yang dapat menghalalkan, dan sesuatu yang halal itu, jangan memandai-mandai nak haramkan. dan apabila ada sesuatu perkara yang kita ragui statusnya, maka jauhinya takut-takut ia membawa kepada HARAM.

jadi apa kaitan dengan karnival ini? apakah tujuan karnival ni ya kawan-kawan? memeperjuangkan seksualiti (kenapa tak perjuangkan benda lain eekk?? harga barang ka, isu hudud ka). adakah seks bebas, seks sonsang dan apa sahaja berkaitan dengan seks tidak mengikut syariah ini HALAL untuk diperjuangkan? Macam mana kalau kita juga menyokong? Niat kita baik ni nak tolong..?? boleh tak?? kalau sahabat yang saya kasihi ni menyatakan boleh, silalah berjumpak pakar rundingan islam, cuba pulihkan semula pemikiran kalian. Wallahualam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan