Mencari sesuatu?

Thursday 25 November 2010

Tunas baru bercambah...

 aku tunas yang baru keluar dari benihnya..

بسم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
Yang mencipta 7 petala langit
dan 7 petala bumi
semoga penulisanku terpandu
dengan nur darimu
supaya terang jiwaku, jiwanya
kerana aku dan dia terang
dari ehsan nurMu Ya RAhman...

Assalamualaikum kepada sahabat2 yg datang melawat,alhamdulillah,selawat dan salam buat nabi junjungan,Muhammad S.A.W, dengan titipan nur dariNya blog nurrahman berjaya disiapkan (walaupun x hebat mna pon). InsyaAllah dengan izin dariNya,sy akan sedaya upaya aktif dalam penulisan blog ini.

Macam x percaya yg sy dah ada blog sendiri terasa sedikit kebanggaan (walaupon xada post apa lagi..hehe) tp kerana motivasi yang diberikan oelh sahabat2 dan blogger2 disekeliling sy ini membuatkan sy terasa bersemangat untuk menulis blog.

Pada asalnya sy hanya menulis di laman social bermula dari zaman friendster, berterusan kepada ning.com, dan terkini di ruangan note di facebook. Dalam post note di facebook, ada yg bertanya kepada sy, "kenapa hg x buat blog" (loghat utara plak) dan jawapan sy; "kalau xramai orang baca buat apa buat, better kat fb ni ja, ramai yg baca"; lebih kurang mcm tu la dialog dia tp apa yg menarik hati sy untuk tetap membuat blog adalah; jeng3!!

1-Keseronokkan menulis blog berbeza dgn menulis di social network
2-Sy boleh buat apa2 sahaja di blog sy ini, nak letak gambaq ka
video ka, lagu ka..apa yg sy rasa boleh dikongsi..insyaAllah
sy akan letak
3.Daripada blog sy belajaq, kepada blog sy kembalikan, supaya orang
pon dpt berkongsi ilmu bersama.
4.Kalau ini la kegemaran kebanyakan pendakwah dlm menyampai sesuatu, kenapa aku xikut??

Mengenai nama blog ini, nama yang dipilih "Nurrahman" yg kalo ikut kamus bermaksud "cahaya penyayang", dah mcm nama pertubuhan  kebajikan masyarakat kan..heheh tapi bg sy maksud nurrahman ini subjektif, cahaya sahaja sudah banyak yang boleh ditafsirkan begitu juga penyayang, terlalu luas maksudnya, tp bg sy nurrahman bermaksud, cahaya yg kita perlukan untuk terangi hati kita, dan kepada Ilah(Allah S.W.T) yang Maha penyayang.Tambahan lagi, ini nama kump. nasyid  sy yg byk memberikan tunjuk ajar, peluang dan ruang untuk sy dan sahabat mulakan dakwah islamiah.

InsyaAllah didlm blog ini sy akan kongsikan mengenai, beberapa persoalan mengenai agama dan kehidupan islam(insyaAllah), mengenai seni dalam dakwah (nasyid, sajak, lukisan, cepen dan novel, dll) dan mengenai IT serba sedikit kebetulan pula ada pengetahuan sikit2, boleh la dishare, diharap dapat digunakan kepada sahabat2 untuk memperkuatkan dakwah electronik kalian.

bagi sy blog ini hanya permulaan bagi sebuah perjalanan dakwah yang panjang berliku, apa yang penting istiqamah dalam apa gerak kerja yang dilakuaka, dan satu menjadi pengangan sy adalah, jika ikhlas dalam satu2 kerja, dan bergantung kepada Rab pemilik segala2, insyaAllah semuanya akan selamat.

p/s:nak tulis panjang2 saya xpandai lagi, masih belajar, mengenai bahasa yang sy gunakan ini, minta maaf, xpandai nak buat ayat standart hehe sekian sahaja,wallahualam...

2 comments:

  1. salam sahabatku..
    ahlan wa sahlan ke dunia blogging.
    akhirnya wujud juga blog milik Tinta Pena ini.
    dah lame aku tunggu.
    nice introduction post.
    moga terus istiqomah dalam medium dakwah bil katabah ini.
    selamat berblogging..!!
    wallahu'alam.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, syukran ya akh harith, harap2 semua berjalan lancaq...sama2 sebarkan dakwah..!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan