Mencari sesuatu?

Friday 26 November 2010

IT: AlQuran, Baca dari PC anda

Bacalah! Dengan nama tuhan yang menciptakan
بسم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
Mencipta Segala dilangit.
dan dibumi juga diantaranya,
Menurunkan Cahaya ini ke Muhammad,
terangkan Hati2 umat yg gelap,
terangi hati-hati kami.

Al-Quran atau Quran (bahasa Arab: القرآن al-Qur'ān) ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun. (copy paste dari wikipedia..heheh).

Mari baca AlQuran
Hikmah Alquran ini sunggu luas, di dalamnya sahaja terdapat segala peraturan, peringatan, sejarah dan petunjuk2 yg samada kita sedar atau tidak. Ada ka yg xsedar kewujudan Alquran?? yang tidak pernah langsung baca AlQuran tu meunglah kot xsedar akan kehadiran AlQuran, apa yg mereka tahu hanya kehidupan mereka yg serba xcukup. Dan fenomena sekarang ni, semua nak mengadap laptop, PC, main game, Fb, Blogging..bla..bla..Skyping...sampai xdak masa nak baca Alquran.

Sepatutnya, lebih mencabar kehidupan dunia ini, semakin dekat hati kita dengan Alquran. dan di post ini, sy nak share dengan sahabat2 sekalian. sekarang ni kalian semua boleh terus kekal melekat di muka Laptop @ moniter PC anda kerana, saya nak 'share'kan Link Alquran online dan Alquran Flash untuk sahabat2 semua baca melalui Pc anda.

AlQuran Explorer

AlQuran Explorer ini adalah satu website yg kita boleh dapatkan paparan Alquran penuh semua surah berserta dengan terjemahan. Antara kelebihan DI website ini;
  1. Terdapat Kesemua  surah beserta terjemahannya sekali (bersebelahan)
  2. Terjemahan boleh diubah kepada banyak bahasa lain antaranya bahasa Malaysia.
  3. Boleh skip ke ayat @ surah yg kita kehendaki.
  4. Terdapat Hukum tajwid pada ayat alquran tersebut (ditandakan dengan warna; klik pd icon warna)
  5. Boleh mendengar bacaan Alquran serta petunjuk ayat.
  6. Ada lagi Advance setting, tp cukup la setakat ni, kalo nak tau explore sendiri..heheh
Untuk merasai sendir bagai mna Alquran maya ini, masuk ke link ini http://www.quranexplorer.com/ 


Alquran Flash

Yang ni Menarik sikit, mcm Alquran betol, kita boleh selak helaian demi helaian. ni pon ada tajwid ditanda ngan warna gak, tapi yang ni kalo nak dengar bacaan dia, kita kena baca sendiri. tapi ini bukan online punya. kena download dari link http://www.quranflash.com/en/download/index.html dan dah siap, senang sahaja!!
kalo x silap sy dlm ni ada byk bentuk2 alquran. tp bentuk xjadik masalah, yg penting kita BACA!!

Penutup:Dekatkan Alquran Dihati
Walaupon dua sahaja yg sy dapat bg, sebenranya, jika dicari di internet tu byk ja Alquran online. tp dua ini jadi pilihan Nurrahman kali ni.

Apa yg penting, kita perlulah sentiasa istiwamah membaca Alquran, dan pastikan setiap kelakuan, perbuatan, percakapan dan amalan kita berpandukan Alquran. Alquran bukan hanya untuk dibaca, tetapi untuk diambil hikmahnya. wallahualam, Selamat Membeca Alquran

p/s:  Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Orang yang membaca al-Quran dengan lancar, maka dia bersama malaikat yang mulia, manakala orang yang membaca al-Quran kurang lancar, maka baginya dua pahala. bacalah, xrugi pon....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan