Mencari sesuatu?

Friday, 26 November 2010

Program Adik-adikku : Da'ie in Progress

 Adik-adikku InsyaAllah Boleh~~
بسم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
Mencipta Segala dilangit.
dan dibumi juga diantaranya,
aku harap lahir dari generasiku,
sumber cahaya suci,
terangi hati-hati kami.
Program realiti Tv kanak-kanak
Dalam sibuk bdk2 tengah bercuti, Televisyen2 pon sebuk la jugak buat promosi utk kanak-kanak sekolah ni, ada citer kartoon dari pagi sampai petang, ada juga tayang movie 'disney' hari2. xketinggalan juga program2 realiti TV untuk kanak-kanak. huh....???

Setakat ni program realiti berasaskan kanak-kanak : Idola kecil (dah masuk musim ke 3) Soccer KIds (pon rsanya dah masuk musim ke 3 @ 4 ) dan yg terbaru Kamilah Bintang keluaran Astro Ceria. HUh!! kenapa semuanya program berbentuk hiburan??

Tp apa yg menyedapkan hati sy dan sahabat2 sekalian, satu program realiti hiburan islam, anjurann JAKIM, terbitan TV1 iaitu Program Adik-adikku (yg dah masuk musim ke 2..Alhamdulillah)
ada juga permata dalan batu2an ini...

Program Adik-adikku
Berkonsepkan hiburan dan pendidikan, mengetengahkan bakat seramai 20 penda'ie kecil yang menunjukkan persembahan melalui pidato yang disusuli dengan tarannum, nasyid, bacaan surah dan sebagainya. Penda'ie kecil ini mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada Murabbi yang terdiri daripada tokoh-tokoh agama yang terkenal di Malaysia iaitu Dr Redhuan Tee Abdullah, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Zawawi Yusof, Ustaz Zamri Zainoldin dan Ustazah Asni Abu Mansor
Pegh bukan calang2 orang yg jadik tenaga pengajar, semuanya Daie2 yg terkenal di Malaysia... beruntunglah peserta adik-adikku ni..
Adik-adikku musim 1
Ini la peserta2 adik2ku musim pertama bersama murabbi masing2

 Bakal Menggegarkan pentas
 
 Nak kenal nama2 mereka dan dapatkan info terkini

Lihat wajah2 adik2 ini, suci dan bersemangat untuk menyampaikan Kalimah2 Toyyibah, Jika usia sebegini sudah menyedari hakikan dan tanggungjawab sebagai seorang hamba, untuk menyampaikan dan menyambung tugasan Rasulullah sebagai daie, bg sy, cukup malu. dengan kehadiran daie2 cilik ini diharapkan dapat membuka mata adik-adik kita agar dekatkan diri dengan islam.
Rumah bermula dari seketul bata
Membina bangunan yg kuku bermula dari sekecil2 bata, membina ummah yang kuat perlu bermula dari generasi2 kecil seperti ini. Kalau menulis karangan peribahasa ini mesti tidak pernah lupa, melentur buluh biar dari rebungnya, tetapi perlaksanaannya??
Artikel ini bukanlah menyatakan bahawa tanggungjawab berdakwah sudah jatuh kebahu kanak2 ini, tetapi ingin sy menyedarkan bahawa tidak malukah kita dengan adik-adik ini??
Masih belum terlambat untuk kita mulakan semula kehidupan kita, jadi insan yg baik dan jadikan sekeliling kita ini juga baik. satu kata2 yang sy petik dari sebuah novel karya Hilal Asyraf bertajuk Sinergi; "jika aku masuk syurga, aku akan bawa kamu bersama kamu, jika aku masuk neraka, tariklah aku keluar dari lubang neraka dan bawa aku bersama2 kamu kesyurga" ini bermaksud, setiap dari kita bertanggungjawab keatas insan yg berada di sisi kita.
Penutup: Selamat bermujahadah
Selamat berjuang kepada daie2 kecil Adik-adikku musim ke 2 dan selamat berjuang juga kepada sahabat2 dalam memastikan iman kita tetap kepada 1 "tiada tuhan disembah melainkan Allah, dan MUhammad Pesuruh Allah" wallahualam
p/s: Tahniah kepada Adik Wajih Johan Program Adik-adikku musim pertama, semoga kekal berdakwah kepada generasi cilik yang lain (n_n)V 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan