Mencari sesuatu?

Friday 6 December 2013

Aku Bukan Ahmad Ammar, tapi...

Jika engkau mahukan teman,cukuplah Allah sebagai teman.
Jika engkau mahukan musuh,cukuplah nafsu sebagai seteru.
Jika engkau mahukan hiburan,cukuplah Al-Quran sebagai bacaan..
Jika engkau mahukan nasihat,cukuplah mati sebagai penasihat..
 Alfatihah
Buat Ahmad Ammar b Ahmad Azam
Semoga Allah Membariskanmu
Dalam barisan orang orang yang berjiad di jalannya

Assalamualaikum, Salam Jumaat penuh Barakah
Menyingkap akbar, mencari berita, terbaca satu kisah pemergian satu permata agama yang gemerlapan, kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalanraya. Nama Ahmad Ammar B Ahmad Azam kembali ke rahmatullah pada 2 Novermber 2013 yang lalu akibat kemalangan dilanggar ambulan ketika melintasi jalan di Istambul. Pelajar cemerlang pengajian sejarah di Universiti Marmara, Istambul, Turki ini juga merupakan seorang aktivis dalam bidang keagamaan, dakwah dan kemanusiaan. 

Sesuai dengan maksud namanya AMMAR = kuat iman, lemah lembut dan memakmurkan orangnya, Dia diangkat sebagai permata yang bersinar di bumi turki atas usaha dakwah dan kemanusiaan yang dia sumbangkan demi memartabatkan agama suci ISLAM. Kematiannya digelar SYAHID yang tertangguh. kerana keinginannya yang sangat tinggi untuk mati syahid di jalan Allah.

Aku Bukan AMMAR!
Bagi aku, kisahnya menjadi inspirasi kepada para da'ie di Malaysia terutamanya. Kegigihan Ammar dalam merentas batasan adat, budaya dan bangsa demi menyahut seruan dakwah dalam masa yag sama tidak meminggirkan akademik dan ilmu dunia, patut dijadikan contoh.

Ya, kita bukan Ammar, yang hebat menangkis segala mehnah dan tribulasi dalam dakwah, dalam masa yang sama berjaya dalam pembelajaran. Namun istiqamahnya dia dalam perjuangan dan kecekalannya dalam pendidikan, itu yang patut kita contohi.

Saya menulis mengenai Ammar, supaya ia menjadi pembakar semangat kepada kita, beramal demi islam hingga Allah tarik nyawa kita.

Akan Tiba Saat Kita
Semasa membaca kisah saudara Ammar ini, satu perkara yang bersarang di kepala saya, adakah AKU akan MATI selepas AKU BERBUAT AMAL kepada agama ISLAM?. Jika tidak, adakah AKU punya BEKAL yang CUKUP jika ditakdirkan aku MATI kelak?

Ya Allah, kekalkan DAKU dalam ISLAM, KUATkan DAKU untuk AMALkan ajaran ISLAM, BIMBING DAKU pada sebarang UJIANmu. JANGAN kau lemahkan DAKU ketika aku belum BERJUANG.
Bacaan Lanjut mengenai Saudara Ammar : http://cikgushamsudin.blogspot.com/2013/11/ahmad-ammar-ahmad-azam-pelajar-malaysia.html

Takziah buat keluarga Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman adalah bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Tuesday 3 December 2013

Pergi Tak Kembali

Bismillah, walhamdulillah....

Rasa diri ini begitu lama tidak "menaip" untuk blog ni.
Baru kini berkesempatan dan mempunyai idea untuk menaip.
Sejak minggu lepas, di wall FB banyaknya terpapar berita kematian.
Sedih....
Tambah-tambah bila memikirkan orang yang kita sayang juga akan dipanggil pada bila-bila masa. Bersedia atau tidak, apabila Allah mengatakan 'kun fayakun'. Tidak ada satu mahkluk pun yang boleh menghalang kehendak Allah. Kita tidak akan rasa terkesan dalam hati jika sekadar....'oooo, mati'. Tapi hayatilah makna kematian itu.

Saya tidak boleh bayangkan jika Ayah atau Mak atau Abang atau adik-adik atau orang yang kita sayang dijemput terlebih dahulu. Saya tidak boleh untuk membayangkan jika mak saya dijemput terlebih dahulu. Tidak tahu bagaimana kehidupan tanpa seorang wanita bergelar mak. Allahurabbi. Jadikan saya seorang anak yang mampu membahagiakan keluarga dan ummat ya Allah. Tidak kuat untuk menulis lebih panjang.

Tidak tahu dan tidak boleh untuk bayang.
Betul lah kata Rasulullah....Kalau hati keras, pergi kubur. Supaya kita ingat mati. Apabila kita ingat bahawa mati itu pada bila-bila masa dan ketika dan keadaan. Sudah pasti kita tidak berani untuk menderhaka kepada Allah. Sudah pasti kita tidak berani untuk melanggar syariat yang telah ditetapkan oleh Allah.

Sering kali mulut menyebut berTuhankan Allah tapi hakikatnya?
Tepuk dada tanya iman.
Jangan ditanyakan pada hati nanti mati.
Jangan ditanyakan pada rasa nanti binasa.

Hiduplah untuk Allah.
Bukan untuk manusia.
Hinanya kita pada manusia bukanlah beerti hina disisi Allah.
Mulia kita dimata manusia bukanlah beerti mulia disisi Allah.
Penilaian Allah dan manusia itu sangat jauh berbeza.
Kerana Allah yang menciptakan manusia.

Jangan kita terlalu sibuk membina diri untuk dihormati dan disanjungi oleh manusia.
Tapi sibuklah membina diri untuk disayangi dan dicintai oleh Allah dan Rasul.
Sungguh!!
MATI itu satu KEPASTIAN.
Yang kita tidak tahu pengahkiran yang bagaimana.
Yang kita tidak tahu bahagia atau derita selepas mati.

|| Kita dijadikan oleh Allah untuk beribadat kepadaNya ||

Wallahua'lam.

Saturday 2 November 2013

Malam yang Sepi dan Dingin

Saat diri tersungkur,
Rebah tidak berdaya,
Mulut barulah terkumat kumit mengingati Allah,
Betapa diri ini lalai,
Dihembus sedikit angin kemewahan aku sudah lemas terkapai-kapai,
Mencari pelampung yang hanya bila ku ingat saat diuji.
Itulah insan yang bernama manusia.

Allahurabbi...
Layakkah aku memasuki syurgaMu ya Allah.
Terlalu banyak dosa yang telah ku lakukan,
Hati mula gusar dengan keadaan sekarang,
Betapa perasaan malas mula menghimpit.

Suatu malam saat terjaga daripada lena,
Aku masih berkira-kira untuk bangun,
Terasa berat untuk bangun,
Jam menunjukkan pukul 4.00 pagi,
Dengan keadaan cuaca yang dingin,
Seolah-olah mengejek aku yang dihimpit kesejukan,
Rasa dingin yang mencengkam dihati,
Ditambah dengan monolog dalaman yang berperang,
"Jom bangun,tahajud dulu baqu tidoq semula".
"Tapi sejuk la,esok ja la
"Kalau tak sempat macam mana"
"Allah tau aku nak bangun tapi tak boleh sangat"

Saat monolog dalaman yang berperang hebat untuk bangun tahajud,
Mata mula tertutup rapat,

Saat tersedar....
Allah....betapa aku teruknya,
Malam yang hujan itu seolah-olah menangis kesal dengan pilihan yang aku buat.
Betapa lemahnya aku dengan hanya sedikit ujian yang Allah berikan aku telah mula goyah.
Malu rasanya nak mengaku diri ini umat Muhammad.

Bila perasaan malas menyapa dek kerana cuti yang Allah bagi panjang telah menyebabkan aku longlai. Sukarnya untuk melawan musuh yang tidak nampak ini.

YaAllah,pimpinlah aku untuk menuju kearah Mu ya Allah. Jangan biarkan aku terus tergelincir mengikut nafsu serakah yang bermaharaja lela dalam diri ini. Hadirkan insan-insan yang mengingatkan aku kepada Mu Ya Allah.Agar diri ini tidak terus hanyut dek ombak yang bergelora.






PERSOALAN YANG TIADA JAWAPAN




Dunia ini penuh kepalsuan,
Sehinggakan kita sendiri,
Sukar untuk menilai,
Terlalu ramai syaitan yang bertopengkan manusia,
Dan terlalu ramai juga syaitan yang bertopengkan orang alim,
Menyedari diri yang masih terkontang kanting,
Perasaan takut menyelubungi,
Islam pada hari terlalu banyak perpecahan,
Sehinggakan kita sendiri bingung,
Seolah tiada titik pertemuan disebalik perselihan pandangan.

Ya,mungkin bahasa agak kasar bila melabelkan golongan agama dengan syaitan.Tetapi itu lah hakikat sebenar.Kita lihat saja pada hari ini. Contoh yang terdekat dan isu yang pernah hot suatu ketika dahulu HUDUD. Sy tidak ingin bicara soal hudud disini tetapi apa yang sy ingin ketengahkan adalah macam-macam pendapat yang dikeluarkan. Orang yang tidak sepatutnya memberi pandagan tentang hukum, tetap saja memberikan pandangan. Sy tahu semua orang berhak untuk bersuara tetapi soal hukum bukan perkara kecil. Salah kita menidakkan atau mengiyakan boleh menyebabkan terkeluar daripada agama Islam.Nauzubillah. Isu ini memperlihatkan pertembungan pendapat dalam kalangan ahli agama itu sendiri. Sedangkan dalam al-Quran itu jelas. Hujah untuk kepentingan individu/organisasi dengan hujah untuk kepentingan agama Islam adalah dua perkara yang sangat berbeza. Hukum itu datang dari Allah,siapa kita untuk mengubah?. Kalau dah orang agama diam pun sudah digelar syaitan bisu inikan pula jika menidakkan sesuatu yang betul.

Dunia hari ini makin parah! Seolah hilang pertimbangan, seolah-olah hidup di satu planet asing. Kenapa sy berkata sedemikian? Kata Erdogan , Cukup dengan kamu menjadi seorang yang bergelar manusia,kamu akan merasai kesakitan dan kesengsaraan yang dialami oleh orang Mesir. Erdogan tu bukan Islam lagi. Tapi bila melihat kekejaman yang berlaku di Mesir,beliau sendiri mengeluarkan kata-kata sedemikian. Jika Erdogan boleh berkata sedemikin, inikan pula. Orang Islam,Negara Islam!. Malaysia diam seribu bahasa. Yang ada dalam berita, Perubahan tidak menjaminkan keamana. What going on? Saat saudara seIslam kita bergelumang dengan darah, kita disini mengeluarkan kata-kata sebegitu. Sedang Nabi bersabda "Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri". (HR Bukhari). Why? Kenapa mesti nak di Highlightkan PERUBAHAN?

Allah berfirman dalam surah ar-Ra'd ayat 11 yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka".
Kita tidak lalui seperti mana mereka lalui. Terlalu mudah mulut melemparkan kata-kata sedemikian. Apa khabar hati kalian sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata sebegitu. Dalam satu program realiti baru-baru ini, tajuk yang menarik "Arab spring". Terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh seorang ustaz apabila saudara amin mengajukan soalan "Kenapakah Malaysia tidak menghantar bantuan?". Lebih kurang begitu soalannya. Ustaz jawab : "........................,sy tidak boleh bercakap banyak kerana nanti ada pihak yang akan marah kepada sy". Sy cuba mencari di youtube tapi belum ada lagi. Kenapa macam tu? Apa yang ditakutkan sebenarnya? Apa sebenarnya yang berlaku? Jika ustaz jawab macam tu di siaran live macam tu, apa lagi yang ada? Ini di Malaysia.

Macam-macam persoalan yang bermain dalam kepala. Banyak lagi soalan yang hanya tinggal soalan. Isu negara-negara Islam lain macam mana? Palestin, Gaza, Iraq, Mesir, Myanmar.......... Kenapa PBB diam? Dimanakah OIC? sehinggakan kita sendiri tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya disana. Konspirasi apakah ini? Kenapa alSisi laknatullah berkuasa sebegitu rupa? PM sementara kemana pergi? Kenapa Mursi ditangkanp hanya kerana beliau meminpin baru setahun. Jenayah apa yang dilakukan oleh Dr.Morsi? Kenapa hosni dibebaskan dengan rasuah yang dilakukan begitu dasyat.

Ayuh SYABAB!!!!!
Bangkitlah, caknalah dengan apa yang berlaku sekarang.








Tuesday 1 October 2013

Eksploitasi Terhadap Wanita Makin Menjadi-jadi

Wanita itu dihiasi dengan sifat malu
Jika hilang perasaan malu
Maka tinggal apa lagi pada seorang wanita?

Hebatnya wanita kerana datangnya Islam,
Agunngnya wanita kerana datangnya Islam,
Setelah Islam datang,
Martabat wanita diangkat...
Wanita tidak lagi dihina, tidak lagi disisihkan.

Namun, pada hari ini ramai pula wanita yang mengeluh kerana hukum dan larangan yang dikenakan. Mereka mengganggap agama Islam sebagai menyekat kebebasan yang dinikmati didunia. Melihat kepada isu TUDUNG sudah memadai. Ada sahaja mulut-mulut yang mengatakan :

"Tak pakai tudung tak semestinya jahat"
"Pakai tudung tak semestinya baik"

Saya tidak berniat untuk menghuraikan hal ini panjang lebar. Cukup saya mengatakan bahawa dalam Islam hitam putih itu jelas. Tidak ada yang kelabu. Dosa dan pahala itu jelas, Syurga dan neraka itu jelas. Jadi tepuk dada tanya iman bukan tanya selera atau perkembangan terkini. Ingat, kita akan dibangkitkan dengan siapa yang kita ikuti. Kadang kala mulut sebut lain tapi perbuatan buat lain. Saya juga begitu. Sukarnya nak menjaga hak Allah tetapi itu yang memerlukan MUJAHADAH dan PENGORBANAN yang tinggi. Kerana ganjaran Allah itu Besar. Kerana Allah tidak pernah meminta tetapi memberi tanpa dipinta. Allah tidak pernah jemu untuk memberi.

Kalau dilihat di kaca TV, saya boleh katanya 95% iklan melibatkan perempuan. Walaupun iklan kereta, mesti ada perempun. Kenapa ? Sebab perempuan adalah bahan KOMERSIAL!!! Bahan yang dijadikan penarik untuk membeli barangan tersebut. Setuju atau tidak itu terpulang bagaimana kita melihat sesuatu perkara itu. Kalau melihat kepada : "Ala,normal la. Zaman sekarangkan moden. Biasa la tu"........Apa boleh buat.? Sedar atau tidak itu semua agenda yahudi untuk menghancurkan orang Islam.

Yahudi berusaha untuk memisahkan orang Islam daripada Al-Quran. Oleh itu, mereka menyerang orang Islam melalui 5 S :

1) Sing
2) Sport
3) Screen
4) Smoke
5) Sex

InsyaAllah, kalau ada masa dan peluang saya akan bicarakan berkenaan deng 5S ini. Akhirnya mereka berjaya. Tengok sahaja hiburan yang dibawa masuk. Yang kononnya remaja kini minati. Tidak ada masalah untuk berhibur. Ya....memang tidak ada masalah untuk berhibur, tetapi hiburan yang bagaimana dibenarkan dalam Islam? Berapa ramai golongan muda yang tidak solat ketika asyik dengan konsert-konsert yang dijalankan? Berapa ramai orang sanggup berasak-asak demi untuk melihat artis kesayangan mereka? Berapa ramai orang Islam yang berebut bersalaman denga artis pujaan mereka tanpa mengira batas-batas nya? Berama ramai orang Islam yang pergi konsert dalam keadaan bertelanjang!? Apabila mereka lalai, terlalu asyik dengan hiburan yang melampau,,Al-Quran semakin jauh. Hati akan MATI.

Itu belum lagi menyentuh program-program realiti yang disiarkan pada hari ini. Pertandingan Ratu Cantiknya yang orang Islam sendiri menyertai. Nah! itulah yang Yahudi nak. Tanpa sedar, yang selama ini kita menganggap itu adalah open minded, mengikut arus yang diciptakan Yahudi sehingga mengabaikan tuntutan dan larangan Allah. Apabila ditegur dan dikritik katanya tak up to date. Kolot dan sebagainya. Bagi saya biar nampak kolot dimata manusia yang penting tidak kolot disisi Allah. Hidup kita di atas muka bumi ini bukan untuk mencari keredhaan manusia tetapi keredhaan Allah yang kita cari.

Islam tidak menolak pembangunan TETAPI Islam bukan untuk pembangunan. Islam tidak tolak teknologi dan perkembangan dunia TETAPI Islam bukan untuk teknologi. Islam adalah cara hidup yang menyeluruh. Diturunkan oleh Allah supaya menjadi guideline atau panduan dalam meniti hari-hari di muka bumi ini. Supaya menjadi panduan di sepanjang perjalanan menuju Ilahi. That is all about Islam.

Sebab itu, perempuan dibekalkan SIFAT MALU berbanding dengan lelaki. Jika hilangnya perasaan malu itu, apa yang tinggal pada seorang perempun? Ye,,,Malu perlu bertempat. Tempat yang macam mana? Contoh yang saya ingin kata ialah "Nak dedahkan tubuh itu perlu rasa malu!". "Nak berdua-duaan tanpa ikatan SAH itu perlu rasa malu!" dan banyak lagi. Apabila rasa malu dah tiada, itu yang berani-berani pakai sesuka hati dan perasaan tanpa menghiraukan larangan Allah.

Baikkah orang yang melanggar peraturan Allah?
Jawapan ada pada setiap orang yang bergelar manusia yang beragama Islam.
Saya tinggalkan persoalan itu.

**Manusia itu sering lupa, oleh itu teguran itu sangat dialu-alukan. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah yang lemah itu datang daripada diri saya sendiri. Apa pun semuanya adalah dari Allah. Kita yang memilih jalan yang kita lalui. Oleh itu, sentiasalah berdoa supaya jalan yang kita pilih, jalan yang kita tempuh sentiasa dipelihara oleh Allah. InsyaAllah ada barakah dan hikmahnya. Wallahualam.





Thursday 19 September 2013

IT:Pendekkan URL yang Panjang

Assalamualaikum
Sekadar ingin berkongsi satu perkara yang simple kepada sahabat-sahabat pembaca, ada seorang sahabat bertanya kepada saya bolehkah URL yang panjang berjela dan merepek-repek tu kita jadikan dia url yang elok-elok dan mudah dibaca 

saya tanya dia url yang panjang berjela dan merepek-merepek tu macam mana? dan dia bagikan URL ni

https://drive.google.com/folderview?id=0B4MtEy9ZdIWUUWE2VHdRaG15RGM&usp=sharing

a'aah, tapi ni belum cukup panjang n merepek lagi, sebab ada lagi yang laaaaaaaaaaaaaaaaaagi panjang n merepek-repek walaupun isi kandungannya tak merepek mana pon. Jadi dia minta saya cadangkan kalau ada cara nak bagi URL ni tak pelik.

dan ini solusi yang saya bagi kepadanya

http://goo.gl/

Ini aplikasi daripada GOOGLE. Inc bertujuan untuk memendekkan URL yang paaaaaaaaanjang. contoh URL yang kat atas ni dah jadi pendek macam ni http://goo.gl/yizxQB


VIRUS!!!
namun hati-hati juga dengan url pendek-pendek ni, bukan semuanya boleh dipercayai. KENAPA?? sebab trend sekarang menyebarkan virus atau malware atau apa-apa sahaja benda yang tak elok dengan link-link yang macam ni, ya la, kalau nak share benda tak elok mcm ni URL dia paaaaaaaaaaaaaaaaaaanjang dan merepek jugak, jadi mesti orang takut nak klik url panjang-panjang, jadi secara norma nya yang nampak elok tu yang bagi orang yakin.

sebenarnya ada lagi banyak aplikasi yang boleh memendekkan URL, search ja kat google, yang percuma, yang berbayar dan yang dibayar pon ada. cari... cari.... :)

Friday 6 September 2013

Wanita, Tinggi Nilaiannya

Assalamualaikum...

Wanita, tinggi nilaiannya..
Tidak hanya cantik paras rupa,
Bukan pada lembutnya lantunan suara,
Bukan pula dik tinggi nilai maharnya,
Namun pada kesantunan juga malunya,
Ketaatan kepada Allah itu paling utama.

Wanita, tinggi nialaiannya..
Ayumu bukan untuk tatapan semua,
Nikmat kecantikanmu bukan untuk dijaja,
Kurniaan sebagai amanah untuk dipelihara,
Harusnya bersyukur pada yang Esa,
Menjaga tertib syariat agama.

Wanita, tinggi nilaiannya..
Malumu mahkota kurniaan Tuhan,
Harus dipertahan kala disapa ujian,
Perlu dijaga dengan penuh keimanan,
Andai tergadai tiada lagi keistimewaan.

Disaat Islam belum menyinar,
Jahiliyyah merasuk merosak dalam dan luar,
Wanita seolah tiada nilai terbiar,
Muhammad diutus membawa khabar,
Menyampai wahyu dari al-Jabbar,
Tersebarlah Islam menegakkan syiar.

Datangnya Islam mengubah rencana,
Peradaban kucar kacir berubah suasana,
Diangkat semula martabat sekalian wanita,
Dari hamba nafsu kembali merdeka,
Kembali suci tidak lagi terhina.

Wanita, tinggi nilaiannya..
Ayuh bermuhasabah kembalikan maruah,
Sama-sama memacu kejalan Allah,
Usah terlalu menurut nafsu yang salah,
Bermujahadahlah sebagai muslimah.

Wanita, tinggi nilaiannya..
Dijanjikan mudah menjejak syurga,
Andai terjaga beberapa perkara,
Berpuasa, solat lima waktu tak lupa,
Taat pada suami bagi yang berumah tangga,
Paling utama jaga hubungan dengan Maha Pencipta.

Wanita, tinggi nalaiannya..
Bijak dalam mengenakan busana,
Auratmu terlindung indah sempurna,
Tidak terdedah menempah murka,
Setiap perbuatan hanya mengharap redhaNya.

Sungguh wanita itu adalah hiasan,
Namun wanita solehahlah hiasan tanpa tandingan,
Sungguh Allah cintakan pada kecantikan,
Namun yang tertutup itulah lebih indah dipandangan.

Wanita, tinggi nilaiannya..
Dicintai Allah dikasihi RasulNya,
Telah diberkati Tuhan setiap wanita,
Cukup ilmu rendah pula hatinya,
Bahagialah kerna telah dilahirkan dengan mulia.

Nukilan:-
حسن العفيفي اسحاق


Alhamdulillah, selesai sedikit coretan perkongsian dari saya dalam entry untuk kali ni buat tatapan sahabat-sahabat yang dikasihi semuanya. 'Wanita, tinggi nilaiannya'.. Mungkin puisi yang ini tak lah layak jika nak ditarafkan sebagai puisi dalam 'neraca' sastera. Namun bagi saya, cukuplah sekadar lontaran madah dari saya untuk perkongsian kita sesama saudara. (saja ngada-ngada nak buat pelik-pelik sikit.hehe ^_^) 

Coretan saya yang ini hanya sekadar perkongsian kata yang terlintas di minda. Sepatah kata dari saya hamba yang sentiasa tertidur dan terjaga dalam kenikmatan dunia. Mudah-mudahan dapat diterima untuk dicerna oleh sahabat-sahabat sekalian. Semoga Allah redha.. 

Segala yang tercoret disini tidak lah saya maksudkan untuk menyindir sesiapa, anggaplah sekadar santapan buat bekalan kita sesama kita. Mungkin sedikit sebanyak boleh dijadikan madah motivasi untuk kita sama-sama mengkoreksi iman sentiasa. insyaAllah.. Wallahu a'lam.. :)
Wanita solehah, hiasan dunia yang terindah.

Thursday 5 September 2013

Bangau Laung Merdeka

Bismillahirrahmanirrahim
MERDEKA!!!MERDEKA!!!Merdeka!!!
Lantas letusan bunga api memecah gelap langit malam. Anak muda masih lagu gembira melaungkan kata semangat Merdeka, tak kurang juga yang berdua dua, yang ramai kawan pasti berkumpul bersama. Laki perempuan himpun semua,gelak ketawa, bertepuk bermesra. Si jejaka melihat

Masih Ada yang Sayang

Assalamualaikum...


Kisah Firaun, pembesar Mesir yang zalim suatu ketika dahulu...

Pada suatu ketika dahulu, Firaun menguasai Mesir. Firaun menentang anak angkatnya Musa a.s. yang diambil Asiah ketika Musa a.s. dihanyutkan ibunya di Sungai Nil setelah diilhamkan oleh Allah swt. Penentangan Firaun terhadap Musa a.s. berlaku tatkala anak angkatnya itu pulang datang membawa ajaran Allah swt.

Ketenangan Nil, sungai penuh sejarah..
   Firaun memilih tidak mengimani apa yang telah disampaikan oleh Musa a.s. Firaun memilih untuk berkelakuan bongkak, menentang dan mahu menghapuskan Nabi Allah Musa a.s.
     Firaun merasakan dirinya adalah Tuhan. Dia yang memberikan nikmat. Dia yang mengawal segala-galanya diketika itu. Ditambah pula dengan

Wednesday 4 September 2013

SECEBIS TINTA MERAIH RAHMAT

Dunia dihujung jari
Rahmat kasih sayang Allah sangat luas
Seluas lautan tidak dapat dibayangi
Walau pun kejahatan yang kita lemparkan
Allah masih kurniaan nikmatNya
Walau pun sering kali ku mendustaiNya
Namun Allah masih beri kesempatan
Kesempatan untuk berTAUBAT
Tetapi sampai bila ku akan diberi ruang dan peluang?
Oleh itu,
Secebis tinta yang kutulis
Adalah untuk meraih Rahmat Allah

Jika dinilai dari segi ilmu agama,siapalah sy untuk

Tuesday 3 September 2013

'MAKHLUK', Tiada yang Sempurna..

...السلام عليكم 

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.. Tiada lagi yang selayaknya untuk dipuji oleh sekalian makhluk didunia melainkan hanya pada yang Maha Pencipta. Segala yang wujud di langit, di bumi dan yang ada di antaranya semuanya terjadi atas Kuasa-Nya yang melebihi dari segala. Firman Allah swt, maksudnya :
" Sesungguhnya urusan-NYA apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya : 'Jadilah!' Maka jadilah sesuatu itu."
(surah Yaasin : 82)

Alhamdulillah, bersyukur kita kerana masih lagi diberi kesempatan untuk merasai nikmat kehidupan, menghirup udara yang bersih, dan masih berkesempatan untuk beribadah dan melafazkan kata taubat kepada Yang Maha Esa, Allah swt. Alhamdulillah... Bersyukurlah.. :)

InsyaAllah, untuk entry saya kali ni saya nak

Monday 2 September 2013

MY IDOL

Kembalilah kepada yang menciptakan kita(Allah)
Siti Khadijah mujahidah solehah
Agung jasa mu dipersada sejarah
Pemergian mu ditangisi Nabi
Hingga kini tiada pengganti

Sunyi jalan menuju Allah
Menggamit hati mencari teman
Indah jalan menuju Allah
Jika teman  seperti siti Khdijah
Masih ada lagi....(Inteam--->cari ye =) )

Mesti dah pernah dengarkan lagu ni. Yang disampaikan oleh kumpulan nasyid inteam. Sy baru tahu bahawa lirik lagu ni ditulis oleh Ustaz Pahrol. Siapa tu?Haaa....beliau adalah penulis yang paling saya minati disamping Dr Maza,Ustaz Hasrizal dan ramai lagi.

Siti Kahdijah adalah

Saturday 3 August 2013

Praktikal oh praktikal

Alhamdulillah,subhanallah,tabarakallah.......
sesungguhnya semua yang terjadi adalah diatas kehendak dan pengetahuanMu.Tidak ada satu pun yang terlepas daripada pandangan Mu. Maha suci Allah yang menciptakan mahkluk, yang menguasai langit dan bumi. Guru........Dulu aku pelajar kini sudah mula praktikal untuk menjadi seorang guru. Coretan kali ini berkenaan dengan pengalaman ku menjadi guru praktikal di SMK Bandar Baru Sultan Suleiman, Port Klang.

Allahurabbi....hari pertama ku

Friday 19 July 2013

LURUS dan RAPATkan SAF... [REPOST]


...السلام عليكم 


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Allahumma solli wa sallim a'la Sayyidina Muhammad s.a.w...


Masjid al-Nabawi Madinah -gambar hiasan-
Bismillah...


Diriwayatkan dari Jabir bin Samirah ia berkata, “Rasulullah bersabda,

Monday 15 July 2013

Ayunkan Langkah MU

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Malam suram tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitu aturan TUHAN
Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak lurut dipukul ribut
Jadilah karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai,dalam sukar -->Hijjaz

Potret kehidupan yang terbentang luas.Mempunyai 1001 macam tafsiran.Trilogi yang tersusun rapi oleh Sang Pencipta.Dahulu masih terngiang-ngiang dalam ingatan waktu dipersekolahan.Bunyi loceng,beratur,sembang,kalau ada homework tak siap mesti bergegas masuk kelas awal sebelum perhimpunan mula untuk meniru(amalan yang tak patut dicontohi).Kalau bab datang lambat ke sekolah belum ada dalam kamus hidup.Aku dibesarkan diasrama,setiap pagi ada rokol.Itulah hikmahnya tinggal diasrama.Tinggal di asrama banyak mengajar erti kehidupan.Pahit,manis,masin,masam semua ada.Cerita suka duka berhadapan dengan benda yang diluar jangkaan.Itu semua lukisan alam yang mempunya kepelbagaian cerita dan warna yang menyerikan kehidupan.Semua tu menjadi kenangan kini.

Firman Allah dalam surah al-a'sr yang bermaksud : "Demi masa,Sesungguhnya manusias berada dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang berimnan dan mengerjakan kebajikan serta saling menasuhati untuk kebenaran dan saling nasihat menasihati untuk kesabaran".
Firman Allah swt mengajar kita tentang untung dan ruginya seseorang.Sangat beruntung bagi mereka yang memanfaatkan masa yang ada dengan perkara yang berfaedah.Kerana masa itu seperti pedang.Masa tidak dapat diputarkan kembali seperti video yang boleh playback dan boleh edit.

Dulu aku berdiri di halaman sekolah sebagai seorang pelajar.Tapi kini aku berdiri sebagai seorang pengajar/pendidik.Mampukah aku?? Siapalah aku untuk melontarkan persoalan mampu ke tak mampu.Sebab Allah dah nyatakan bahawa Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286).Jadi tak perlu risau .Bila sampai masanya engkau pasti boleh melakukannya.Jika kau fikirkan boleh,kau pasti boleh melakukan.Jika kau fikirkan ragu-ragu,usahamu tidak menentu.

Melihat wajah pelajar yang berada dihadapan,aku rasa sebak.Hati kecil terdetik,bagaimana aku nak didik mereka supaya ikut acuan al-Quran ?? Sesak nafas bila difikirkan kerana mendidik ini suatu perkara yang sangat sukar.Kita boleh heret kuda untuk minum air tapi kita tidak boleh memaksa kuda tersebut untuk minum air.Begitu jugalah keadaannya dengan pelajar.Allah............Membuka lembaran buku "Dimana Dia Dihati Ku" membuatkan hati kian merudum.Setiap amanah dan tanggungjawab yang diberikan akan disoal oleh Allah.Mampukah aku jawab dihadapan Allah tentang amanah yang diberikan?

Terngiang-ngiang kata-kata Murobbi ku yang kini berada di Jordan."Perjuangan itu tak mudah.Dipenuhi dengan kawat yang berduri.Kadang kala ribut taufan datang tanpa diundang.Oleh itu bersiap sedia lah dari segenap penjuru.Andai perjuangan itu mudah pasti ramai yang nak berjuang".Ya,aku sedang berjuang.Aku sedang berjuang untuk mendidik anak bangsa.Aku sedang berjuang untuk sampaikan agama Allah dalam bidang IT.Oleh itu aku perlu kuat untuk menongkah arus badai yang datang.Bersiap dengan segala kemungkinan perkara yang bakal berlaku.Kerana Syurga sedang menanti mu.Ikhlaskan niat.Ikhlaskan hati walaupun perit.Kerana keikhlasan itu ubat kepada segala kesakitan.Hati yang ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara tidak akan tercalit sedikit luka pun yang akan tinggal kerana yakin dengan janji Allah.

Pesanan buat diri ini yang sentiasa alpa.Contohilah mereka yang telah berjaya dalam pelbagai bidang seiring dengan agama.Contohnya Ibn Sina yang hebat dalam ilmu kedoktoran.Keilmuan dalam bidang perubatan sangat tinggi namun siapa sangka disebalik susuk tubuh ini beliau telah hafaz al-Quran 30juzuk.MasyaAllah,Tabarakallah.Hebat bukan...........Aku kagum.Kagum kerana ilmu dunia yang dicari membawa kepada cinta kepada Allah.Membawa manusia dekat dengan Allah.Hidup biar seperti padi.Semakin berisi semakin tunduk sujud kebumi.Itulah juga impian ku.

Inilah masanya.Inilah tempatnya.Aku perlu mengorak langkah yang pertama untuk mendapatkan langkah seterusnya.Aku perlu memulakannya terlebih dahulu.Perubahan itu perlu dilakukan.Jangan tunggu waktu terdesak baru nak berubah.Sayangi mereka.Kasihkan mereka.Didiklah mereka supaya mereka mengenal apa erti berTuhan.Ajarlah mereka ilmu apa pun.Supaya ilmu yang diajar itu mampun mengenal Allah swt.Ingat,Matinya anak adam semua perkara akan terpetus kecuali 3 benda iaitu doa anak yang soleh/ah,sedekah jariah dan juga ilmu yang bermanfaat.Anak tak tahu bila.Sedekah jariah aku tak sehebat Siti Khadijah yang sanggup menginfa'kan seluruh harta dan juga jiwa raga untuk Islam.Aku cuma mampu mengikut serpihan srikandi Islam ini.Siti Khadijah adalah idola ku.Ya....aku sangat mengkagumi susuk tubuh ini.Yang aku mampu sata ini,ketika ini adalah ilmu yang bermanfaat.Kerana aku berada dalam bidang pendidikan.Oleh itu,aku perlu ayunkan langkah supaya tidak terus menunggu.Aku perlu bertindak.Kutip setiap helaian pengalaman yang diperolehi disepanjang jalan ini.InsyaAllah.....dengan Izin-Nya tiada yang mustahil.

In life,what sometimes appears to be the end is really a new begining

#Cita-cita terbesarku adalah mati syahid.
#Cita-cita sampingan ku banyak.termasuk menjadi suri rumah juga adalah cita-cita ku.Kerana Madrasah dirumah itu lebih dahagakan perhatian dan tumpuan.Segalanya bermula dirumah.Anak-anak yang baru lahir itu umpama kain putih bersih.Ibu bapa lah yang mencorakkan anak tersebut.

Tuesday 9 July 2013

Ramadan Kali Ini Pasti Berbeza

Assalamualaikum
InsyaAllah, kita akan berpuasa lagi pada tahun ini, bermula esok (10hb 7)
Suka? seronok? teruja? GASTRIK?? haha...cepat2 makan ubat, nanti susah nak puasa..

setiap kali ramadan tahun baru menjelma,mereka pasti memasang azam

mereka yang teruja
"Tahun ini aku nak beramal lebih banyak dan baik dari tahun lepas"

Bagi mereka yang suka
"Tahun ni aku target nak turun berat badan sebanyak 25KG lebih dari tahun lepas!!"

Bagi mereka yang gembira
"aku target nak jimat lebih banyak duit dari tahun lepas...huhu"

kepada sesiapa yang sudah niat selain dari mengerjakan ibadah di bulan ramadan, marilah sama-sama kita koreksi diri semula
mari sama-sama kita jadikan ramadan kali ini ramadan yang berbeza dari tahun-tahun sebelumnya?
BErbeza yang bagaimana?

Dulu masa siang, tidor lebih banyak dari berjaga
Ramadan Kali Ini Pasti Berbeza dengan banyaknya berjaga dari lena

Dulu kita banyak bercakap benda yang tak penting dari berzikir
Ramadan Kali Ini Pasti Berbeza dengan banyaknya zikir dari berbicara lagha

dulu kita banyak merungut dari bersyukur
Ramadan Kali Ini Pasti Berbeza dengan banyaknya bersyukur dari rungut

dulu kita banyak membeli dari memberi
Ramadan Kali Ini Pasti Berbeza dengan banyak memberi kepada bazir rezeki

dulu kita solat sunat sama banyak dengan solat fardu
Ramadan Kali Ini Pasti Berbeza dengan solat fardu yang berkualiti seiring solat sunat ditingkatkan kuantiti

ya Ramadan Kali Ini Pasti Berbeza, pasti, pasti
yang menjadikan ia berbeza baik atau buruk adalah datang dari diri kita
nak salahkan Syaitan?? syaitan dah dibelenggu di neraka,
yang tinggal hanya kita bersama nafsu yang sebahagian dari kita
SO?? WHAT ARE U WAITING FOR?? Ramadan Kali Ini Pasti Berbeza
bukan dari umur,dan keadaan semasa tapi dari usaha kita mengimarahkannya

SALAM RAMADAN SEMUA!!!
Lupa niat puasa, meh dengor

Monday 8 July 2013

Kali Pertama


Bismlillah wal hamdulillah…
                           Maka nikmat Tuhan mu yang mana kamu dustakan?
                                                     ar-Rahman : 13                                  
Alhamdulillah…hari ini 8 julai 2013, seronok sangat sebab hari ini adalah hari pertama aku keluar dengan motor sorang-sorang. Sebelum ni aku memang tak pernah keluar sorang-sorang. Nak tunggu adik balik daripada asrama lambat lagi. Katanya seminggu sebelum raya baru balik. So hari ini nekad nak keluar, nak mengenali jalan. Al maklum, praktikum tak sampai seminggu je lagi. Aku tak dibesarkan disini(port klang) tapi dah besar baru ada disini. Kalau dulu sebelum pindah, masa kat langkawi memang aku ingat jalan. Pulau langkawi tak sebesar sini. Sini dengan jalan yang sibuk, lori lalu lalang….fuhh,menggigil. Tapi aku yakin, Allah tidak akan mempersiakan segala usaha yang hambaNya lakukan. Allah sentiasa bersama dengan aku.

Untuk dapatkan sesuatu mestilah dilakukan sesuatu untuk mendapatkannya. Bak kata pepatah "yang bulat tak kan datang bergolek dan yang pipih tak kan datang melayang" dan satu lagi "kalau tak dipecahkan ruyungnya manakan dapat sagu nya". Oleh itu, kelemahan dan kekurangan ini perlu diatasi. Nanti praktikum aku kena pergi sendiri. Dah tak ada orang hantar dan dah tak ada orang ambik. Teringat dulu masa kat sekolah rendah kebangsaan bayas. Nak pergi sekolah aku naik van. Masa sekolah menengah kebangsaan mahsuri pulak memang tinggal di asrama daripada tingkatan 1 hingga 6. Jadi bila barang habis ke, nak balik ke, ape ke….aku Cuma dial je. Antara dialog yang selalu digunakan :
                  “Mak, bi balik minggu ni”
                  “Mak, dating tak minggu. Nak keluar outing”
                  “Mak, barang mandian dah habis”
                  “Mak, ada barang tertinggal kat rumah”
Mak itu ini……pernah mak cakap,
Mak : bi, ambik la lesen.
Aku : tak nak la…bahaya la mak, kan dah ada abang ambik dan hantar.
Mak : Sampai bila?nanti dah kahwin,tak kan nak susahkan suami.
aku : Tak pa la mak, kalau dia sayangkan bi dia tak kan rasa susah.

Macam-macam alasan aku kalau disuruh ambik lesen. Entah, aku tak rasa satu kepentingan pun untuk ambik lesen masa tu. Padahal kawan-kawan sekolah semua dah pandai bawa kenderaan dan dah ada lessen. Aku selamat. Relevannya adalah tak la aku bebas keluar rumah. Mana tak nya nak pergi mana-mana mesti kena hantah kalau tak hantar pun kawan akan pergi ambik kat rumah. Bila kawan pergi ambik kat rumah memang la keluarga akan kenal dengan siapa kita berkawan.
Perangai tu terbawa-bawa sampai ke universiti. Just call atau mesej kalau nak balik. Sampai la semester 3 baru la aku rasa nak belajar motor. Itu pun entah berapa kali jatuh. Malu……tapi tak kisah la.hehehe…..seronok pulak belajar waktu macam ni. Sebab semua tu jadi kenangan. Esok lusa nak pergi sekolah. Abang nak tunjukkan jalan dari rumah. Katanya ada banyak jalan untuk pergi….aduhh…aku dah berdebar…..Berusahlah untuk lakukan yang terbaik kerana disitu ada keberkatannya.

Usaha memujuk untuk bawa motor berjaya dengan beberapa alasan yang berjaya aku kemukakan. Abang aku senyum ja bila dengar alasan yang tak berapa nak logik. Biarlah, asal mak bagi. Aku risau jugak sebenarnya, tapi disepanjang hidup kita adalah tarbiyah. Tarbiyah daripada Allah untuk melihat sejauh mana hambaNya berusaha untuk melepasi sesuatu ujian dan cabaran selari dengan syariat yang ditetapkan. Lagipun tugas seorang guru bukan sahaja mengajar tetapu mendidik. Rosak anak muda pada hari ini, rosak lah negara pada masa akan datang. Saidina Ali pernah mengungkapkan bahawa "JIKA KAMU INGIN LIHAT MASA DEPAN SESEBUAH NEGARA, MAKA LIHATLAH PEMUDA-PEMUDA PADA HARI INI". 


|| Ikhlaskan niat kerana Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan ||

Monday 24 June 2013

Oh Jerebu


Alhamdulillah....

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 
                                                                  Surah An-Nahl : Ayat 18

(。◕‿◕。) 

Banyakkan nikmat yang Allah bagi kepada kita?
Allah sangat sayangkan kita kan? Sehinggakan kalau kita buat dosa pun Allah masih bagi peluang dan ruang kepada kita untuk berubah. Cuba bayangkan kalau setiap kali kita buat 1 DOSA, Allah tarik 1 NIKMAT. Allah............................ tak terbayang.

Hari ini, kita sibuk dengan JEREBU yang melanda rata-rata negeri di Malaysia kesan daripada jiran kita. Alhamdulillah, Tanjung Malim masih terkawal jika nak dibandingkan dengan KL sehingga terpaksa mengumumkan cuti sekolah kerana bimbangkan tahap kesihatan dan keselamatan pelajar. 

Kalau jerebu diluar kita boleh pakai MASK sebagai langkah pencegahan tapi kalau JEREBU dalam hati, nak pakai apa sebagai langkah pencegahan??Kalau jerebudiluar kita boleh tutup umumkan cuti, tutup sekolah buat sementara. Tapi kalau jerebu dihati kita nak tutup apa?Tepuk dada tanya iman.Kalau dulu masa kecik-kecik selalu je dengar tepuk dada tanya selera la, tanya hati la,ikut rasa la...macam2x ada. Dah besar-besar macam ni tak boleh dah guna ayat tu. Jangan tanya hati nanti mati dan jangan ikut rasa nanti binasa. Haaa...itu yang sebetulnya. Kita kan ada IMAN, itu yang membezakan orang Islam dengan orang bukan Islam lagi. Apa jua yang berlaku, apa jua keadaan KEMBALILAH KEPADA ALLAH.

Jerebu
Jika jerebu yang melanda sekarang ni diukur dengan nilai indeks pencemaran udara (IPU) untuk melihat teruk atau tidak tahap jerebu yang berlaku. Bagaimana pula dengan jerebu dalam hati? Bagaimana nak tahu jerebu dalam hati teruk atau tidak? Entah dah kelam menutupi hati..nauzubillah. Perbanyakkanlah istighfar untuk membuang debu-debu yang singgah di hati. 

Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w melihat bumi seperti orang tua yang sangat uzur. Itu zaman Nabi yang beribu tahun dahulu bumi sudah kelihatan sedemikian. Ini kan pula diwaktu ini. Dunia sudah semakin tua, semakin uzur, semakin tak larat. Sudah tidak mampu untuk menampung segala benda yang berada diatas bumi. Menunggu masa untuk hancur dan berkecai. Menunggu masa untuk tiba saat yang dijanjikan oleh Allah iaitu KIAMAT. 

Moh kita koreksi diri, perbaiki diri. Jangan didunia kita seronok tapi merana didalamkubur. Kubur adalah tempat paling sunyi dan menakutkan. Boleh jadi ianya cabang-cabang syurga dan boleh jadi cabang-cabang neraka. It all depends on you. No body can change its except our own self. Selagi mana nyawa masih bersatu dengan jasad, TIADA ISTILAH TERLAMBAT.

Siapa pun kita pada hari ini tidak akan menentukan kita pada masa akan datang. Sesungguhnya Allah yang memegang hati-hati kita yang sentiasa berbolak-balik seperti air yang sedang mendidik kata ustaz Ahmad Dusuki. Perubahan yang berlaku terlalu cepat untuk berubah menjadi sebaliknya. Oleh itu, kita perlu sentiasa berdoa kepada Allah supaya TETAPKAN NIKMAT IMAN DAN ISLAM yang kita perolehi sejak daripada kecik. Kena selalu berdoa supaya Allah jaga kita walau apa jua keadaan supaya kita tidak tergelincir daripada jalan yang kita lalui untuk bertemu dengan Allah kelak.

|| Fafirru ilaallah! Segeralah kembali kepada Allah! ||
















Saturday 15 June 2013

Ujian atau Musibah

بسم الله الرحمن الرحيم
Ini cerita aku,
Tanggal 13/6/2013,baru sahaja selesai daripada final exam, aku start motor untuk pulang ke rumah sewa. Dalam hati macam-macam perasaan sebab last paper. =)
Malang tak berbau bila mana motor yang aku naiki disapa (ayat penyedap) oleh sebuah kereta sehingga menyebabkan motor terseret dan akhirnya jatuh kedalam longkang yang dalam. Allah, saat itu hanya Allah yang tahu perasaan ku. Alhamdulillah, Allah hantar saudara-saudara daripada upsi untuk membantu aku. Mereka angkat motor dan menghulurkan tangan untuk tarik aku keluar. Allah, selagi aku ada upaya aku tidak akan menyambut tangan itu. Sekiranya tangan itu tangan yang halal bagi ku untuk menyentuh, sudah tentu aku akan menyambut. Kerana itu hanya untuk yang halal bagi ku. Melihat aku yang tidak menyambut tangan itu, datang seorang perempuan kurus yang ingin bantu aku untuk keluar namun gagal. Kerana longkang itu terlalu tinggi. Akhirnya aku terpaksa cari jalan untuk naik keatas iaitu dengan cara pijak motor yang tersangkut diatas titi simen then naik keatas. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Dah naik keatas.Ok ke x? Bertubi-tubi soalan ditanya. Aku masih mampu untuk terus tersenyum sebab aku tahu, tiada apa yang dapat mengubah perkara yang telah berlaku. Aku juga yakin, ada sesuatu yang Allah nak ajar aku. Itu sebab aku mampu tersenyum. Kalau ikutkan hati memang menangis waktu tu juga. Teringat satu ayat yang ke 286 daripada surah al-Baqarah yang bermaksud
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
Oleh itu, aku tahu aku pasti mampu. Allah tak akan membebankan aku dengan sesuatu yang aku tak mampu.  Sebab Allah masih sayangkan aku sebab tu diberi ujian untuk aku lebih dekat dengan Allah.
 
Sewaktu ditempat kejadian, tak rasa sakit. Tapi bila dah balik rumah, lepas bangun tidur. Allah, rasa macam nak tercabut semuanya kesan daripada jatuh daripada tempat tinggi. Nak buat apa-apa kena buat slow-slow. Lemas....Sebab aku bukan jenis duduk diam. Semalaman tak boleh tidur. Semalaman juga kena bebel dan marah sebab tak pergi klinik. Itu belum lagi keluarga yang tahu. Dah berbakul-bakul kena bebel. Satu sebab je pun, tak pergi klinik. Kalau mak tahu memang CONFIRM tak boleh naik motor dah. Jalan selamat diam..Hehehe...Dengar suara mak, sejuk hati. Abang pun telefon waktu yang sama, tanya bila nak balik sebab dia nak keluar 3 hari katanya. Mana boleh balik dalam keadaan macam ni. Rehat dulu kat Tanjung Malim, alasan teman kawan sebab dia nak jumpa pensyarah. Kebetulan memang kawan tinggal sorang nanti. Alhamdulillah, tak banyak tanya jadi proses jadi mudah. Risau juga.....sebab dengan family memang tak boleh nak sembunyi. Mesti terkeluar juga bila sembang lama-lama.

Kejadian ini merupakan satu ujian atau musibah ?? Apa bezanya antara UJIAN dan MUSIBAH? Sudah tentu ada bezanya. Setiap benda yang berlaku keatas manusia sama ada perkara baik atau buruk adalah merupakan ujian atau bala/musibah. Kalau ujian, sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini seperti kemalangan sebagai contohnya. Kita akan semakin dekat dengan Allah. Sekiranya kita semakin jauh dengan Allah selepas kejadian itu nama nya musibah/bala.

Dalam Surah Al-Ankabut ayat 1-3 yang bermaksud :
 "Alif laam miim. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan(saja) mengatakan 'kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta". 

Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w diuji dengan ujian yang hebat ini kan pula kita manusia biasa. Saat mana Nabi Muhammad s.a.w diuji dalam peristiwa ke Thaif untuk sebarkan Islam. Penduduk di Thaif menyambut kedatangan Nabi Muhammad s.a.w dengan balingan batu dan juga maki hamun. Nabi mengangkat tangan dan memohon keampunan terlebih dahulu kerana kelemahan yang dimiliki tidak mampu untuk berhadapan dengan penduduka Thaif pada ketika itu. Allah.....itu Nabi kekasih Allah mengaku lemah didepan Allah. Apatah lagi kita manusia biasa yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan.

Selagi mana kita hidup dimuka bumi, selagi itulah kita akan diuji oleh Allah. Oleh itu jangan pernah rasa serik.  Dalam Surah Al-Mulk ayat 1-2 yang bermaksud :
"Maha suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kejadian, dan dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.Yang menjadikan hidup dan mati, supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun".

MasyaAllah, tabarakallah. Nikmatnya solat dalam keadaan sakit sekali sekala. Rasa lebih berjaga-jaga dan tertumpu. Mengingatkan aku tidak ada benda yang kekal melainkan Dia. Disaat terhimpit dan tersepit, menyebabkan kebergantungan kepada hanya Allah semakin kuat. Orang nampak luar ok, tapi dalam macam bangunan nak runtuh dah. Dan ketika itu lah hanya Allah yang sebenar-benar tahu keadaan aku. Aku bersyukur kerana diberi ujian menyebabkan aku sedar ada kuasa yang lagi besar sedang jaga aku. Latahzan innallaha ma'ana(jangan bersedih Allah bersama dengan kita).

Yakinlah.....
[ Ihfazillah yahfazka ]



Keinginan Mengatasi Segalanya



Bismillah walhamdulillah...
Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda.
Coretan pada kali ini berkaitan dengan bacalah Al-Quran walaupun tidak pandai dan tidak memahami isinya. Malah ayat Al-Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Jibril adalah berkenaan dengan iqra' (bacalah). Oleh itu sebagai orang yang beragama Islam Alhamdulillah sudah tentulah Al-Quran adalah pegangan yang UTAMA sebagai rujukan.


Suatu ketika dahulu Cik Wawa pernah terumbang-ambing dalam mencari erti hidup yang sebenar. Ditengah-tengah lautan manusia yang berada disekeliling Cik Wawa. Waktu itu terlalu mentah untuk Cik Wawa tahu selok belok kehidupan. Dalam erti kataCik Wawa masih dalam pencarian. Hati runsing, tak tenteram..walaupun Cik Wawa dikelilingi kawan-kawan namun hati Cik Wawa mencari sesuatu ditengah-tengah keseronokan di zaman persekolahan.


     Teringat disaat mana menjejakan kaki ke asrama, dalam kelas pengajian yang diwajibkan kepada student yang tinggal di asrama. Saat itulah Cik Wawa merasakan diri sangat kerdil kerana Cik Wawa tidak pandai baca Al-Quran. Tersangkut-sangkut bila baca. Rasa sangat-sangat sedih. Sedar diri yang sangat jahil. Mula daripada saat itu, Cik Wawa tekad untuk belajar baca Al-Quran sampai lancar. Namun, Cik Wawa erpaksa terima satu hakikat bahawa Cik Wawa berada di sekolah menengah harian biasa. Tiada penekanan terhadap pendidikan agama. Agak sukar tetapi tiada yang mustahil. Keadaan ini menyebabkan Cik Wawa mengambil inisiatif untuk belajar sendiri. Ya, berguru dengan buku ibarat berguru dengan syaitan kalau tiada guru. Itu Cik Wawa tahu sebab dalam kelas pendidikan Islam Ustaz/ah selalu pesan "Jangan hanya berguru dengan buku". Cik Wawa ingat kata-kata itu tetapi Cik Wawa yang tidak tahu apa-apa perlulah membaca buku dahulu. Inilah sikap Cik Wawa.  Cik Wawa baca, lepas dah hadam apa yang dibaca Cik Wawa akan berjumpa dengan ustazah untuk tanya dan ceritakan apa yang Cik Wawa faham. Haaaa, itu cara Cik Wawa belajar agama. Sebab tu Cik Wawa selalu cakap beruntung orang yang belajar disekolah agama yang sememangnya pendidikan agama akan ditekankan dengan sebenar-benarnya dan sudah tentulah corak pembelajaran disekolah agama berbeza dengan sekolah harian biasa.

     Ok,,,masuk balik bab baca Al-Quran, apa yang Cik Wawa lakukan iaiah baca yasin setiap malam. Kenapa Cik Wawa pilih yasin? Sebab yasin adalah hati Al-Quran. Macam kita juga, kalau nak rapat atau dekat dengan seseorang kena la ambik hati dia dulu. Itu la yang Cik Wawa lakukan.
Berkata Nabi SAW :
    "Sesungguhnya setiap sesuatu itu memiliki hati dan hati bagi al-Quran itu adalah surah Yaasin. Sesiapa yang membacanya,maka Allah akan memberikan pahala bagi bacaan itu seperti pahala membaca al-Quran sepuluh kali."

     Cik Wawa tidak melihat kepada ganjaran yang akan diterima tetapi asalkan hati rasa tenang dan tenteram itu sudah jauh lebih baik. Walaupun Cik Wawa rasa bila baca tu salah tapi sedih, tak ada sesiapa pun yang tegur. FRUST!!Baca kuat tapi salah then tak ada yang tegur. Kenapa Cik Wawa cakap macam tu? Sebab Cik Wawa rasa tak sama dengan bacaan yasin yang selalu Cik Wawa dengar tapi Cik Wawa tak tahu sebab main hafal ja..teruk kan. Cik Wawa tekad untuk perbetulkan bacaan tapi bagaimana? dengan waktu itu internet pun tak kenal lagi. Jadi, apa yang Cik Wawa buat ialah setiap hari khamis, waktu pagi dan malam ada bacaan yasin yang diketuai oleh ustaz. Waktu ni lah Cik Wawa ambik kesempatan untuk cek bacaan dari segi sebutan, panjang pendek dan juga tajwid. Alhamdulillah...berkat dengan bacaan yasin Cik Wawa pandai baca al-Quran dengan lancar dan kenal hukum hakam dalam membaca Al-Quran(Seronok sangat).

     Memandangkan kelas pengajian dijalankan, menyebabkan Cik Wawa semakin bersemangat. Cik Wawa sentiasa menjawab soalan yang ditanya sampai kena cop dengan ustaz dan kawan-kawan. Walaupun jawapan selalu salah dan lain daripada yang lain. Tak apa..hehehe. Cik Wawa ada 'geng' masa sekolah dulu.  Geng  Geng aku ada 10 orang semuanya dan sudah tentulah semuanya perempuan. Memang rapat dan kami agak nakal. Mungkin kerana kelas kami yang sama dan maintain menyebabkan kami tak bergaul sangat dengan orang lain. Geng kami juga lah yang selalu kena panggil dengan warden asrama. Pelajar yang suka tolong cikgu kami lah, yang nakal pun kami lah, yang suka tidur dalam kelas pun kami lah. Memang cikgu-cikgu kenal kami kerana kenakalan kami. Al-maklum,budak-budak lagi...banyak main daripada belajar. Tapi walaupun kami nakal kami hormatkan Cikgu sebab tu selalu tolong Cikgu (padahal tak nak masuk kelas). Teruk betul bila diingat semula, rasa malu, sedih sebab ye la...tak fikir apa pun waktu tu.
 
   Sekarang ni kalau rasa malas nak ngaji mesti akan terfikir balik "Dulu aku nak dapatkan dan boleh baca dengan lancar bukan main susah lagi, tak kan sekarang bila dah dapat rasa malas pulak"...itu lah dialog untuk lawan nafsu malas ni. Kalau tambah pula lepas ABC lagi la godaan daripada syaitan tu berleluasa. Oleh itu, kena la sentitasa baca walaupun sikit. Sebelah muka surat untuk 1 hari pun jadilah. Supaya istiqamah(berterusan) inilah yang akan jadi penawar dan ubat kepada sifat malas tadi.

    Beruntunglah sesiapa yang mendampingi Al-Quran kerana Al-Quran sangat digeruni oleh musuh. Al-Quran adalah sumber kekuatan umat Islam. Amalkan apa yang dah tertulis dalam Al-Quran kerana apa, Al -Quran diturunkan lengkap. Apa jua persoalan yang kita ingin lontarkan. Tengoklah jawapannya kerana semua jawapan ada dalam Al-Quran. Sebab itu Nabi SAW pernah berpesan "Berpegang teguhlah dengan tali Aallah(iaitu al-Quran dan as-Sunnah) nescaya kamu selamat dunia dan akhirat"

**Al-Quran penawar kepada segala kemudharatan**

P/S :  Cik Wawa tulis entri pasal baca Al-Quran bukan nak menunjukkan Cik Wawa seorang yang baik tetapi pengalaman berjumpa dengan ramai orang dalam buat usrah dan sebagainya. Ada yang tidak boleh baca Al-Quran. Betapa sedihnya hidup dah berpuluh-puluh tahun tapi Al-Quran tidak boleh baca. JAdi Cik Wawa kongsikan sedikit pengalaman yang pernah Cik Wawa lalui semasa zaman persekolahan dulu supaya ia boleh beri manfaat untuk kita semua. INGAT, tiada istilah terlambat walaupun baru nak belajar selagi mana mata tidak tertutup untuk selama-lamanya. Mohon teguran sekiranya ada salah dan silap.

|| Manusia yang kuat adalah manusia yang rajin bangun untuk tahajud ||

Sekian, Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan