Mencari sesuatu?

Wednesday 4 September 2013

SECEBIS TINTA MERAIH RAHMAT

Dunia dihujung jari
Rahmat kasih sayang Allah sangat luas
Seluas lautan tidak dapat dibayangi
Walau pun kejahatan yang kita lemparkan
Allah masih kurniaan nikmatNya
Walau pun sering kali ku mendustaiNya
Namun Allah masih beri kesempatan
Kesempatan untuk berTAUBAT
Tetapi sampai bila ku akan diberi ruang dan peluang?
Oleh itu,
Secebis tinta yang kutulis
Adalah untuk meraih Rahmat Allah

Jika dinilai dari segi ilmu agama,siapalah sy untuk
bercakap soal agama. Siapalah sy untuk memberikan teguran. Kata orang,diri sendiri pun tak betul. Ada hati nak beri nasihat kepada orang lain.Iya....betul tu.Tetapi kita harus ingat. Kita manusia biasa yang mempunyai masa silam dan yang sentiasa melakukan kesilapan.Cuma Nabi Muhammad s.a.w yang maksum. Jika nak dibandingkan kita dengan Rasulullah,sudah tentu jauh bezanya.Apa yang perlu kita ingat ialah "KITA ADALAH PENYAMBUNG MATA RANTAI PERJUANGAN NABI". Tanpa perjuangan ulama'-ulama' terdahulu pasti kita tidak dapat merasai nikmat iman dan Islam sehingga ke hari ini. Kita perlu menghargai jasa dan pengorbanan mereka. Bukan sekadar menghargai jasa pejuang kemerdekaan. Ulama' juga berjuang sehingga titisan yang terakhir bagi memastikan Islam sampai kepada kita!.


Oleh itu,kita perlu sedar.Bahawasanya jika kita tidak sebarkan dakwah.Tidak sebarkan benda-benda baik. Sudah pasti golongan akan datang iaitu anak-anak cucu kita tidak dapat merasai nikmat iman dan Islam yang kita rasai pada hari ini. Jangan kerana sikap kita yang mengamalkan ajaran Islam sambil lewa, kesannya kepada anak cucu kita nanti!.

Ada juga yang berpendapat "buat baik tak payah tunjuk,nanti tak dapat pahala". Pada sy, tanggapan seperti itu tidak boleh digunakan. Ini kerana, kita kena sebarkan KEBAIKAN. Buat benda baik perlu ditunjukkan tetapi bukan niat untuk mendapatkan kepujian daripada orang ramai. Tetapi untuk orang lain mencontohi sikap baik kita. Bukan juga mahu menjadi hipokrik. Kita inginkan kehidupan yang baik,kita kena buat baik. Kita tidak boleh mengharapkan orang lain untuk menjadi baik tetapi kita perlu mulakan dahulu. What you give you get back. 

Lori yang membawa pasir kemalangan dan terbalik ditengah jalan.Sudah tentulah pasir yang akan tumpah daripada lori tersebut. Tidak mungkin lori yang membawa muatan pasir,apabila terbalik susu yang akan tumpah. Tidak logik bukan. Seperti kita juga, kalau kita isi hati kita dengan benda baik. Basahkan lidah kita dengan benda baik. Sudah tentu yang keluar daripada mulut kita juga adalah perkara baik. Oleh itu, sama-samalah kita mengamalkan Islam secara menyeluruh. Jangan ikut suka hati kita sahaja. Kita akan dipersoalkan setiap tindakan yang kita lakukan semasa hidup.

Dakwah ada pelbagai cara. Terpulang kepada setiap orang untuk berdakwah. Tidak terhad kepada masjid sahaja. Tidak terhad kepada ustaz atau ustazah sahaja. Tetapi WAJIB keatas manusia yang beragama ISLAM. Medan penulisan adalah satu langkah yang sy boleh lakukan. Semoga rahmat kasih sayang Allah sentiasa bersama sy tak kira dimana pun sy berada. Sy tidak sanggup menanggung kemurkaan Allah. Azab Allah sudah tentu perit untuk hamba Nya yang lemah seperti sy. Oleh itu, ini adalah medan yang sy boleh lontarkan pendapat,padangan dan perkongsian yang boleh diambil iktibar. Pesan Mak "Yang baik ambik,yang buruk jangan sesekali cuba".

Rahmat Allah melangit tinggi
Hidup ini hanya mengharapkan Rahmat Allah. Kita masuk syurga nanti pun adalah kerana Rahmat Allah. Bukan kerana amalan kita. Jika diukur amalan kita, berapa sangat yang kita lakukan. Satu perumpamaan yang sy ingin kongsikan ialah kita nak masuk hotel 5 bintang. Sudah tentu bayarannya mahal bukan. Sudah tentu beratus-ratus malah beribu-ribu wang yang perlu dikeluarkan untuk menginap ditempat yang mewah. Begitu juga syurga. Syurga sebuah tempat yang sangat indah. Tidak dapat bayangkan keadaan disana. Satu tempat yang kita tidak pernah lihat diatas muka bumi. Kalau lah, istana Nabi Sulaiman dibina lantainya seperti ada air yang mengal;ir dibawah. Apatah lagi syurga.Oleh itu, apa yang dicari cumalah RAHMAT Allah. Untuk memperolehi rahmat Allah, sudah tentu kita perlu lakukan apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Macam mana nak tahu Allah suruh ke Allah larang. Reref al-Quran dan As-sunnah. Everything gonna be ok.

Pesan Nabi Muhammad s.a.w diakhir hayat baginda adalah "Berpegang teguh lah dengan tali Allah(Al-Quran dan As-sunnah) pasti kamu akan selamat didunia dan diakhirat". Jadi apa lagi yang kita perlukan. Bukti apa lagi yang kita perlukan. Jangan kerana kesoronokan didunia yang kita inginkan sehingga tergadai akhirat. Jangan kerana kemewahan dunia yang kita inginkan sehingga kita lupa ganjaran Allah. Jangan kerana peluang kita dambakan didunia sehingga tertutup peluang untuk akhirat. Hidup ini adalah satu pengembaraan. Boleh jadi pengembaraan kita pendek. Boleh jadi pengembaraan kita panjang. Jangan sia-siakan hidup yang belum tentu dimana penghujungnya. Berbaktilah untuk agama Allah untuk meraih Rahmat Allah. Kerana disitu kita akan temui cinta yang hakiki dan abadi.

P/S : Jika ada sebarang kesilapan dan kesalahan mohon teguran. Sesungguhnya sy menggaharapkan teguran dan sokongan daripada anda semua.

Sekian,

Hamba Allah
Suwaibah Mohamad.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan