Mencari sesuatu?

Monday 2 September 2013

MY IDOL

Kembalilah kepada yang menciptakan kita(Allah)
Siti Khadijah mujahidah solehah
Agung jasa mu dipersada sejarah
Pemergian mu ditangisi Nabi
Hingga kini tiada pengganti

Sunyi jalan menuju Allah
Menggamit hati mencari teman
Indah jalan menuju Allah
Jika teman  seperti siti Khdijah
Masih ada lagi....(Inteam--->cari ye =) )

Mesti dah pernah dengarkan lagu ni. Yang disampaikan oleh kumpulan nasyid inteam. Sy baru tahu bahawa lirik lagu ni ditulis oleh Ustaz Pahrol. Siapa tu?Haaa....beliau adalah penulis yang paling saya minati disamping Dr Maza,Ustaz Hasrizal dan ramai lagi.

Siti Kahdijah adalah
Idola saya...
Seorang wanita yang sangat sy kagumi.Entry pada kali ini sekadar perkongsian berkenaan idola sy.Sy yakin dan percaya, nama Siti Khadijah sememangnya tidak asing lagi.Sebab kita pernah belajar pendidikan Islam tingkatan 1 dan sememangnya ramai dalam kalangan sahabat-sahabat kita pun ada yang nama nya Siti Khadijah.Tapi ini bukan pasal berkenaan sahabat-sahabat kita.Ini adalah Siti Khadijah binti Khuwailid.InsyaAllah sy akan cuba untuk menulis beberapa entry berkenaan dengan beliau. Entry pertama mungkin lebih kepada introduction.Introduction pada kali ini lebih kepada bagaimana sy boleh tertarik kepada seorang wanita yang sy kenali melalui penulisan dan biografi. Tidak pernah bersua,tidak ada gambar,tidak ada rakaman suara dan sebagainya.Namun,ia wujud didalam hati.Terasa dekat.

   Suatu masa dulu,jika ditanya siapa idola?.Pasti sy akan jawab Tun Mahathir....tu masa sekolah rendah.Lepas tu Siti Nurhaliza,Dr Mazlan....macam-macam lagi. Sy pilih sbb rasa kagum dengan kebolehan yang mereka ada.Sy akui dulu tak banyak membaca.Sekadar dengar cerita sahaja.Sehinggalah tiba satu detik dimana idola sy tak ubah-ubah sehingga sekarang.Sy pernah membaca sebuah buku berkenaan dengan riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w.Sy tak ingat siapa penulis sebab waktu itu tingkatan 3.Bahagian yang paling menyentuh hati kecil sy adalah takalamana kematian Siti Khadijah..Bagaiman Rasulullah yang sangat merindui Siti Khadijah sehinggakan Rasulullah dapat mengingati cara kutukan pintu oleh Siti Khadijah.Huraian yang terperinci tanpa sedar hujan membasahi pipi.Tidak boleh terbayang keadaan Rasulullah ketika itu.Rintihan Rasulullah yang kehilangan seorang yang sangat dikasihi yang sentiasa berada disamping baginda saat dicaci dan dihina.Butiran mutiara jernih mengalir tanpa henti.YaAllah.........tidak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan pada ketika itu. Lantas sy menyedari betapa istimewanya Siti Khadijah, sy mencari maklumat mengenai Siti Khadijah.Sy ingin kenali susuk tubuh wanita agung ini.Sy ingin mencontohi beliau.

  Walau kita tidak pernah bersua muka,apatah lagi mendengan butiran bicara.Namun sy yakin,InsyaAllah Allah akan temukan kita.Sy ingin menjadi seperti Siti Khadijah.Ya.......tidak mungkin.Tetapi sekurang-kurangnnya sy punyai impian untuk mengikuti jejak langkah Siti Khadijah.Wanita yang dijanjikan syurga dan satu-satunya wanita yang menerima salam daripada Allah.Hebat bukan.Satu-satunya manusia yang menerima salam daripada Allah disaat-saat terakhir hidupnya.Tiada yang lebih mengembirakan hati melainkan perkhabaran yang disampaikan oleh Rasulullah.TERLALU ISTIMEWA.

  Siapa Siti Khadijah??
InsyaAllah,next entry sy menceritakan secara lebih detail berkenaan dengan susuk tubuh beliau.

"YaAllah,bimbinglah aku disepanjang jalan menuju Mu YaAllah.Jangan biarkan aku menentukan nasib aku sendiri.Saat aku tergelincir daripada landasan Mu,tariklah aku kembali YaAllah.Sungguh aku tidak kuat tanpa Mu YaAllah.Aku hambaMu yang lemah,tidak sehebat Siti Khadijah yang dijanjikan Syurga baginya".

Hamba Allah sepenuh masa
Suwaibah Mohamad.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan