Mencari sesuatu?

Sunday, 23 January 2011

IT:Kamus Online pilihan NR


Assalamualaikum dan salam perpaduan
Entri kali ini sy nak kongsikan beberapa link mengenai Kamus, tapi kenapa mesti kamus
Emm ni semua kes sy kena buat assigment dalam bahasa inggeris, jadi bisa la budak kampung dapat assigment plak dalam bahasa inggeris, terkial-kial la nak buat, cakap melayu pon pelat, hehe, tp apa-apa pon, ilmu itu sangat luas dan bahasa inggeris ini adalah satu cabang ilmu juga sedangkan kita dituntut untuk belajar sampai ke mati, sabda nabi SAW

dibawah ini saya ada sediakan beberapa link yg sy rasa bagus untuk sahabat-sahabat terutama yang belajar di Universiti dan Matrikulasi (sbb kat sekolah xbuat kerja guna PC lagi..hehe). saya bahagikan kepada 3 iaitu, kamus online, Translator (terjemah ayat yang panjang) dan download kamus.


Kamus Online

Cambridgehttp://dictionary.cambridge.org




Translator
online translator : http://www.online-translator.nl/
GoogleTranslate: translate.google.com



Download Kamus
1-untuk PC

2-untuk mobile


semoga dipermudahkan tugasa anda semua sepanjang perjalan anda sahabat-sahabat di dunia menuntut ilmu ini, demi Allah, insyaAllah berjaya

Diari: Bila jumpa Idola...


Haritu masa tengah blog walking kat blog akh Hami Asraff terbaca satu entri pasai dia ada jumpak dengan IM Asyraf,[Klik sini]Dalam hati terasa, "ISH!!dengkinya...dia dapat jumpak IM la" lalu dalam hati sy, sy tanamkan sedalam-dalamnya, InsyaAllah, kalau Allah izinkan aku jumpak idola aku tu, maka Allah pekenankan.


~~~~
sewaktu jadi panel undangan, menguji finalis2

Terkesima terkejut
hari ni (22 januari 2011) adalah final pertandingan pencarian murabbi di UPSI (uni saya..hehe). Dan dengar cerita IM Asyraf dan Hizbur adalah jemputan khas pada malam tu..sebenarnya sy xtau pula yang pertandingan tu akan jemput IM Asyraf dan Hizbur sebagai panel jemputan, sbb dalam flyer yang saya baca, hanya tulis penampilan istimewa finalis Imam Muda. Subhanallah~~ Allah mendengar hati saya berbicara.


Malam tu, sy dengan kawan2 bersembang2 la, planning nak datang malam final nanti, niat dalam hati berbelah bahagi, aku pergi final pencarian murabbi ni nak dapatkan input@ilmu daripada pertandingan ni atau aku nak jumpak idola aku??hati aku tak tahu antara dua (dah macam tajuk lagu plak). masa tu kami betul2 dekat pentas utama lokasi kat mna final murabbi berlangsung (sbb dekat dgn kafe kami makan malam) dalam hati tertanya, kalo aku lambat xdapat tempat, xdapat aa aku nak tgk IM dari jarak dekat. nnt program dah start aku xsempat nak tgk dari awal..aduh3..padahal waktu tu dah masuk waktu isyak. Nak solat dulu or nak stay ja...dalam hati berbelah bahagi lagi sekali.


Sokongan Moral+misi impossible 
Jam dah 8.40 mlm, kalau sy xbuat keputusan samada nak gi solat dulu or stay, maka sy akan jadi gila...aagghhh...so dalam hati nak xnak saya pon balik la..alhamdulillah sempat solat jemaah dekat surau. kebetulan pula kamera sy tertinggal dekat dlam bilik. so lepas solat tu sy balik. 
Masa pergi tu dalam hati cakap, xpa la..xdapat jumpak pon xpa..asalkan aku dapat input dari majlis, kebetulan rakan serumah jadi finalis masa tu, so niat sy nak pergi dengar murabbi muda ni bagi ceramah dan gi sokong sahabat sy, bg semangat sket..hehe
saiful, faisal dan wan,3 sahabat sy mewakili kolej KAB


tapi Allah tu memang maha penyayang, walaupon dalam hati dah serender mcm xdak harapan nak jumpak IM tapi masa sy datang tu (sy ingat sy dah lambat dah) rupa2nya ada tempat kosong khas untuk sy (haha perasan, padah mmg tempat tuk lelaki kosong agi) jadi sy dengan sorang kawan pon gi la duduk, terkezut gak sbb posisi kerusi sy tu dekat sgt dgn kerusi IM..hahah rezeki Allah.
dari kejauhan...


IM dah datang, tp sy yang nerves, bukan peserta finalis yg cuak..hahah xbleh blah langsung, tp betulla orang cakap, duduk dalam majlis ilmu ni, terasa aman..tenteram ja..walaupun time tu sesak ngan manusia. bila majlis mula, kawan saya cakap kat sy, kau xnak pegi amik gambar IM ka, dah dekat dah tu, dlm hati cakap pegh segan weh..hehe, tp Allah bagi kekuatan kat sy, bukan satu ja gambaq sy amik, dekat berpuluh2 gambaq depa ja sy amik (punya excited kan..hehe) sampai sy ni dah jadi sebahagian dari krew kamera man yang beratur depan pentas tu (padahal xdak kena mngenapon). jadi saya pun dengan selambanya snap sana...snap sini, semua orang sy amik gambar,
ke 2 misi pencarian murabbi UPSI


Alhamdulillah, sahabat sy yang jadi finalis murabbi UPSI ni dapat tempat kedua, bila sy tya pa perasaan dia, subhanallah, dia cakap, gementar tak payah bagitau, sampai nak luruh jantung, tp bila mula bismillah dan niat bukan kerana pertandingan, hati pasrah dan berhujah kerana mahu sampaikan ilmu kepada semua orang yang hadir (jawapan pun dah mcm finalis imam muda kat astro..hehe) tapi mmg dia terbaik, tetapi ada yang lagi baik.


dan habis sudah program, mmg sengit la, kalau sy yg masuk pencarian murabbi ni, baru temuduga dah tersingkir..hihi, but finalis-finalis ni mmg terbaik, merekalah pewaris ilmu rasulullah, penyambung mata-mata rantai dakwah islamah di UPSI, insyaAllah, so dah habis program, apa yg sy buat?? misi bergambar bermula!!!


MISI bermula...
sapa yang nak bergambar dengan IM sy yang tangkapkan, klik!!..klik!! dan tiba giliran sy, eerr...IM asyraf penuh, xpa la IM Hizbur ada, dia pon Ulama muda jugak,one snap please!! klik!! sekarang target IM asyraf..SERANG!!! hehe sy nak cerita kronologi nak dapatkan gambar ngan IM asyraf
IM hizbur, juga menjadi icon ikutan sy


#1tangkap gambar kawan dulu baru turn sy bergambar,alhamdulillah flash memancar2 dari kamera sy, tp sedeynya..flash ja keluar, tp gambar xsnap pon...dah la gambar 1 by one..tp xpa la mungkin time tu sy tamak sangat kan..potong line orang..(padan muka aku!!)
teman sebelah time program berlangsung


#2 kat atas pentas plak..sanggup buat muka xmalu nih naik pentas semata nak jumpak idol, tp sayang dapat snap tapi pencahayaan xbaik..so xhapa2 jadik kat gambaq sy tu..nampak gigi ja...adeh3...
gambar xjadi..sedey betul...


#3 muka dah tebal nak mati dah ni..tapi demi sekeping gambar kenangan, sanggup buat muka xmalu (sebab IM asyraf mana kenai sy..hehe so xkesah la) snap..kali ni ok..tapi~~~ ntah la xpuas hati sket..dalam hati kata nak lagi..sekali ja lagi...please~~
nasib baik dapat peluang, muka dah merah dah tu,segan byk kali:P


#4 dah segan sampai guling2 dah ni, so sy tangkap gambaq kawan ja la sbb dia pon minat kat IM gak..mentang2 satu negeri,..xpa2..kawan punya pasai..snap!!!
kawan sy pon nak, snap demi kawan...


apa-apa pun, sy bukan nak cerita pasai susah payah sy nak bergambar tapi, sy nak ceritakan bahawa, bila seseorang itu penuh ilmu didada, disulam pula dengan taqwa kepada khaliqnya, maka keseluruhan jiwanya akan terpandu, seluruh amalnya akan mengawal tingkahlaku.


Penutup:ILMU penyuluh JIWA



masa IM Hizbur dan Asyraf buat persembahan, mmg menyentuh kalbu, mereka persembahkan kisah bagaimana nabi berusaha di jalan dakwah, jerih perit nabi dalam menyampaikan risalah Allah kepada ummatnya, bagaimana dahulu Nabi dan para sahabat berdakwah dengan peluh dan darah, subhanallah. namun mereka tidak sekali-kali pun berkata mereka cukup mulia untuk disanjung. dan IM membandingkan dengan zaman kini yang kehidupannya mudah tetapi dakwah tidak berjalan, nama pula yang dibangga2kan..nauzubillah


teringat kalimat yang selalu dikatakan sahabat sy, "jika kita rasa perjuangan di jalan Allah ini senang, pasti ramai yang akan melakukannya, tetapi ingatlah, jalan dakwah tak ada kesenangan, pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran."


dan betul la kata orang, bila berdamping dengan orang yang berilmu, hati rasa tenteram, jiwa rasa gembira, walaupun hanya bercakap seketika, tertarik bila mendengar mereka berhujah, tambahan pula dalam usia belia sudah mempunyai satu kekuatan dalam menyambung mata2 rantai perjuangan islam, subhanallah, semoga mereka yang sy anggap sebagai idola itu, sy jadikan Iktibar dan pedoman untuk diri ini.~~wallahualam



Wednesday, 19 January 2011

kongsi:Imam Muda v2


سم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
Yang mengutuskan Nabi,
diwarisi oleh sahabat,
tertaut oleh ulama,
lahirkanlah dia dari kalangan kami,
agar sampai ayatmu kepada kami.



Imam Muda, Impak Nasional
Bila sebut sahaja akademi fantasia, semua orang tahu yg tahun ini adalah tahun terakhir penyiarannya, tetapi sekarang, bila sebut imam muda (IM), orang selalu bertanya, BILA LAGI???haaa...nampaknya bukan program realiti hiburan sahaja yang berjaya menambat hati penonton, tetapi program keagaan seperti ini juga sudah berjaya mencuri hati-hati sahabat-sahabat kita dekat luar sana. Alhamdulillah...

siapa yang tidak kenal dengan Juara IM musim pertama, Asyraf..hehehe(tetiba terbangga) impak beliau pada negara agar mengejutkan, daripada rating program-program keagamaan yang agak rendah, selepas munculnya program IM dan hhosnya adalah imam muda sendiri, rating meningkat, Alhamdulillah, namun bukanlah disebabkan IM Asyraf yang meningkatkan minat masyarakat, tepi HIDAYAH Allah S.W.T.


IM Musim Ke2, berminat?
Alhamdulillah, rupa-rupanya program realiti ini tidak lah terhenti kepada IM Asyraf dan IM HIzbur sahaja, tetapi, program mencari Daie terlatih ini bakal membuka tirai musim keduanya tidak lama lagi, wah makin ramailah pendakwah2 muda kita nanti, Alhamdulillah....

anda berminat ka???kalau berminat boleh la pergi ke ujibakat pencarian IM musim ke 2 di lokasi-lokasi berikut:


22 –23 Januari: Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Baru.
28 –29 Januari: Balai Islam Lundang, Kota Baharu, Kelantan.
11 –12 Februari: Masjid Zaher, Alor Setar, Kedah.
19 – 20 Februari: Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang.
26 – 27 Februari: Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah.
05- 06 Mac: Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.


wah, menarik ni, bermula 22 haribulan 1 ini sehinggalah 6 mac...eermm kalau sahabat-sahabat rasa layak dan berminat, boleh pergi ke ujibakat ini, xdapat di johor, pergi ke kelantan pula, kalau xsangkut, kita pergi ke kedah, kalau xdapat juga, kita pecut ke pahang, xjuga dapat, kita naik belon ke sabah pula bah...kalau juri xpilih juga kita pergi ke KL...kalau semua xdapat..eemm nak buat mcm mna, mungkin kita masih belum cukup persediaan dan mungkin Allah mahu kita tambah ilmu dahulu...tapi kalau nak masuk juga, buat program sendiri lah eekk..heheh(gurau2 ja...)

Syarat-syaratnya adalah...
nak masuk IM bukan suka-suka boleh masuk, ada gak syarat-syarat yang perlu dipatuhi, antaranya adalah..jeng..jengjeng...


  1. semua lelaki beragama Islam yang fasih berbahasa Melayu dan boleh menguasai lebih dari satu bahasa.
  2.  berusia di antara 18 hingga 27 tahun serta sihat tubuh badan.
  3. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan beserta dua keping gambar 4R 
  4. boleh membaca Surah Al-Fatihah, Surah Lazim, mempunyai pengetahuan agama Islam dan mempunyai pengetahuan umum serta hal ehwal semasa yang cukup baik. 
  5. Hanya 10 peserta bertuah dipilih untuk menjalani cabaran yang ditetapkan yang akan bersiaran pada 25 April 2011 di Astro Oasis.


Terbuka nusantara?Sengit ni..
Dikhabarkan format IM musim baru ini agar berbeza dari yang lepas, antaranya pengisian ditambah seperti berdakwah kepada masayarakat orang asli, perubatan islam, dan sukan dalam islam. tetapi itu tidak cukup hebat lagi, ni sy nak cerita yang hebat sket...

IM musim ke2 ni bercadanga membuka penyertaan kepada semua orang didunia ini!!!!wow...mcm mna tu, haa,,,siapa-siapa sahaja boleh masuk, asalkan dia fasih berbahasa melayu, dan mempunyai pengetahuan dalan bidang agama dan hal ehmal semasa (ikut syarat yg dekat atas tu jugak...)

eemmm,,ini satu petanda baik ni, sekurang-kurangnya IM dapat bersaing secara sihat, dapat berkongsi ilmu dengan peserta dari luar malaysia, seperti kita tahu Indonesia dan brunei mmg terkenal dengan kuatan agama mereka, jadi kebaikan juga kepada kita kerana dapat sama-sama mengaut ilmu dripada mereka (xpayah nak ke luar negara sudah...)

Penutup:IM untuk IMAN
kepada sahabat-sahabat, jangan jadikan program IM ini sekadar hiburan atau program cuci mata (mentang2 la yang masuk ni muda2...huh)..tetapi jadikan IM sebagai medium untuk kita tambahkan pengetahuan, dan mengisi kekosongan jiwa kita ini dengan IMAN..semoga Allah memberkati sessiapa yang ikhlas dalam berdakwah dan berusaha mencari ilmu..wallahualam


Abg Man: Setiap daripada kita adalah Daie kerana kita disarankan agar menyuruh kepada makruf dan mencegah daripada kemungkaran..

Monday, 17 January 2011

Nasyid: Far-east-Menanti di barzakh


Menanti di Barzakh

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,


Kematian satu ketentuan.
bila dibicarakan mengenai kematian, kebanyakan orang tidak suka, ada yang mengatakan kenama mesti fikirkan kematian, sedangkan hayat masih ada so go on la..!!, eemmm itu realiti, walaupun ayat tu sy yang create sendiri, tapi mmg ada orang seperti itu.

Ya kematian itu satu ketentuan, Ajal maut itu ditangan Allah, jika belum sampai waktunya, maka kematian itu xakan berlaku, tetapi bila ia datang menjenguk (kematian) maka jangan tunggu sehingga roh berada dihalkum kerana sudah terlambat untuk mengucap kata taubat.

INgat Mati, Kamu bijak!!
Jangan salah sangka, yang dikatakan bijak apabila ingat perihal kematian bukan bermaksud, bijak dalam menjawab peperiksaan, tetapi insyaAllah jika kita faham apa makna disebalik hadis rasulullah, insyaAllah, kita akan jadi orang yang bijak...apa?? xfaham??eermm..camna nak terangkan....

Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?“Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah).


Berdasarkan ilmu sy yang terhad ini, apa yg dimaksudkan dengan mengingati mati akan menjadi bijak adalah, bukan bermaksud kita 24/7 mengingati mati, tetapi dengan mengingati mati, kita akan sentiasa berwaspada dariapda tipu daya dunia ini, contohnya..eermmm...


seseorang diajak untuk pergi berhibur bersama rakan di pusat hiburan, bila dia ingat mati, dia kan takut dia akan mati dalam keadaan ketika berhibur, dan bila diingatkan azab selepas mati nnt, mesti terasa takut untuk berbuat kemungkaran. bertepatanlah dengan hadis nabi tadi iaitu
...Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,”


Sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersedia menghadapi mati bermaksud sentiasa membuat persiapan untuk ke alam kubur dan alam akhirat. Di akhirat kelak kita akan ditanya apakah yang telah kita lakukan di dunia, bukankah kita diturunkan ke dunia untuk menjadi khalifah dan untuk memakmurkan bumi Allah s.w.t? 


Penutup:Dia tetap disitu bersamamu
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetap menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).” (Al-Jumu’ah: 8.)
ingat!!! Mati xkira masa, xkira umur, xkira keadaan, saya berpesan pada diri sendiri, dan abg man dan sahabat2 sekalian, supaya sentiasa beristighfar atas setiap perbuatan, takut-takut ia adalah perbuatan dosa, dan maut datang menegur~~~ wallahualam.


rujukan:http://nurmujahidahasana.blogspot.com/2010/12/orang-bijak-ingat-mati.html
Abg Man: Dari Allah kita datang Pada Allah Kita kembali banyakkan amal sebelum dipanggil Ilahi


Friday, 14 January 2011

Kongsi: Berpakaian atau terlanjang?

Dengan Nama Allah
Yang menciptakan akal
peliharalah akalku
dari pemikiran jahiliah
pemikiran yang keji.

Berhias itu fitrah
Berhiaslah wahai teman,
dengan pakaian yang sempurna,
Berhiaslah bersederhana,
Elakkan pembaziran yang sia-sia

Berhiaslah wahai teman,
Dengan cara tuntutan,
Mengikut fitrah sendiri,
Berseri-seri sejuk memandang.

Dekat atas ni adalah sebahagian daripada lirik lagu, Berhias dan Hikmah Nyanyian daripada kumpulan NurRahman, SMKA Kerian. Lagu ni dulu pernah menjadi fenomena, bukan sekadar iramanya yang sedap didengar, tetapi lirik yang penuh dengan fakta dan mudah difahami.(lirik penuh nnt sy bagi dekat bawah).

Berhias atau kelihatan cantik, itu fitrah bagi semua orang, siapa yang tidak mahu cantik?angkat tangan, eermm xada pon yang xmahu cantik. Dalam buku bahasa arab komunikasi, ada satu pepatah, iaitu ALLAH itu cantik dan SUKA akan kecantikkan.

Nabi juga menjaga penampilan beliau agar sentiasa kelihatan cantik kemas dan dan bersih. Nabi bersugi, memakai pakaian bersih, menyisir rambut dan macam-macam lagi, Selain dari fitrah manusia ingin kelihatan cantik, ia juga melambangkan peribadi kita dan sifat dalaman kita.

Tidak berpakaian?
Dua golongan dari ahli neraka yang tidak pernah aku lihat: seorang yang membawa cemeti seperti ekor sapi yang dia memukul orang-orang, dan perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggok-lenggok, kepalanya bagaikan punuk onta yang bergoyang. Mereka tidak akan masuk surga dan tidak akan mendapatkan baunya, sekalipun ia bisa didapatkan sejak perjalanan sekian dan sekian. (HR Muslim).

Hadis di atas memang sinonim jika ada perbincangan mengenai aurat dan pakaian, hakikat sekarang ini, sama sahaja antara lelaki dan perempuan, dikatakan berpakaian tetapi tidak mengikut lunas2 yang ditetapkan agama.Alamak!!! parah nih,

yang lelaki dikatakan berseluar, tetapi nampak lututnya, dikatakan berbaju, tetapi nampak pusat dan 'belakang' nya,kan dah nampak seluar yg xpatut nampak. itu baru lelaki, kalau nak bicara mengenai kesalahan pakaian perempuan, eermm,,,xarif tapi, baju ketat, tangan pendek, lutut nampak, rambut nampak (walopon pakai tudung). errmmm mcm mna cara mereka berfikir eekk??? 

dalam entri kali ni, sy nak kongsi adab-adab berpakaian mengikut lunas-lunas islam (dikuatkan dengan hadis) insyaAllah.

Adab Berpakaian


1. Menutup aurat
ini yang penting sekali, menutup aurat, kerana xtutup aurat, banyak ibadah xsempurna, malah mendedahkan aurat dengan sengaja adalah berdosa. Nauzubillah!!


AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Paha itu adalah aurat." (Bukhari)

2. Tidak menampakkan tubuh
PAKAIAN yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
"Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Muslim)
xtau la tren masyarakat bandar (kadang2 kampung pon ikut jugak) yg paling xtahan, yang berusia, muka dah jelas2 tua, tp pakai pakaian yang jarang, mcm kain net.lepas tu nampak pakaian dalam, xka itu satu yang memalukan?
muka ketat xada kaitan langsung!!

3. Pakaian tidak ketat
TUJUANNYA adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan

4. Tidak menimbulkan riak
RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: 
"Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat." Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'iy dan Ibnu Majah)
xsenonoh kan??

5. Lelaki, wanita berbeza
MAKSUDNYA pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: 
"Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan." (Bukhari dan Muslim)
Baginda juga bersabda bermaksud: 
"Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." ?(Abu Daud dan Al-Hakim).
ni semua dapat dilihat kepada maknyah!!auu..penkid yang keras2!!adeh3

6. Larangan pakai sutera
ISLAM mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: 
"Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat." (Muttafaq 'alaih)
selalunya sutera yang dipakai lelaki ni ada pada baju batik, baju melayu ataupun tali leher.
alamak!!bukan nak promosi jualan baju aaaa...

7. Melabuhkan pakaian
berkaitan dengan ditegah berpakain yg ketat, kita mesti berpakaian labuh agar pakaian kita itu longgar, tidak kelihatan tubuh badan nanti.

CONTOHNYA seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah berfirman bermaksud:
 "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." ?(al-Ahzab:59)

8. Memilih warna sesuai
CONTOHNYA warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud: 
"Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih)." (an-Nasa'ie dan al-Hakim)
cuba kalau sahabat-sahabat pakai baju warna pink??ramai apa yg minat nnt??ish3..better berjaga-jaga!!
blink..blink...berat tengkuk dia sbb pakai emas??

9. Larangan memakai emas
TERMASUK dalam etika berpakaian di dalam Islam ialah barang-barang perhiasan emas seperti rantai, cincin dan sebagainya. Sudah menjadi tren remaja-remaja, memakai aksesori-aksesori pada badan mereka termasuklah barang emas

Bentuk perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hari ini ramai antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada yang sanggup bersubang dan berantai.
Semua ini amat bertentangan dengan hukum Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: 
"Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita."

10. Mulakan sebelah kanan
APABILA memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: 
"Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci."Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: 
"Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya." (Riwayat Muslim).
kacing..kacing..baju baru!!!

11. Selepas beli pakaian
APABILA memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi yang bermaksud:
"Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya. Demikian itu telah datang daripada Rasulullah".

12. Berdoa
Islam, mmg kaya dengan doa, semuanya sebagai tanda kebergantungan kita kepada Allah tidak kira, mintak lindungan, tanda bersyukur atau mohon bantuan, semuanya islam sudah mengatukan, dab berpakaian juga ada doa tersendiri;

KETIKA menanggalkan pakaian, lafaz- kanlah: "Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia.
"Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya kerana sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah cermin seorang Muslim yang sebenar.
Jangan pakai macam ni!!!INGAT!!!

13.Tidak menyerupai agama selain islam
xperasan yang ada tertinggal, Islam melarang kita berpakaian menyerupai pakaian yang melambangkan agama bukan islam. contoh memakai baju ala-ala paderi, memakai perhiasan yg ada lambang kristian(salib) memakai pakian ada gambar sami bertapa dan mcm-mcm lagi

 “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” diriwayatkan 
untuk artikel panjang mengenai pakaian menyerupai agama ni (KLIK SINI)

Penutup:TUTUPlah!!
tahu x peratusan orang terlibat dengan gejala seks (rogol, cabul, couple dan bla..bla..bla..) adalah dipengaruh kuat daripada pakaian yang dipakai, bila pakaian terdedah, nafsu menggegar jiwa, lakukan sesuatu diluar batasan iman, lalu berlaku perkara tidak siuman, tergadai iman dek nafsu sawan. Nauzubillah, kedua-dua pihak (mangsa dan pemangsa) telah dirasuk syaitan. kerana tidak tahan dengan nafsu selepas melihat badan.
Jadi TUTuPLAH AURAT ANDA!!!!!

Abg Man: Pakailah apa yang ada pada kita, asalkan dia mengikut lunas-lunas yang ISLAM telah gariskan kepada kita, aurat terjaga, maruah terpelihara!!

rujukan:
  1. http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/207/-Adab-berpakaian-menurut-Islam
  2. http://yahyaayyash.wordpress.com/2008/05/27/adab-berpakaian-pakaian-dan-aurat-bagi-muslim/

BERHIAS DAN HIKMAHNYA

Berhiaslah wahai teman,
Dengan pakaian yang sempurna,
Berhiaslah bersederhana,
Elakkan pembaziran yang sia-sia

Batas aurat diri perlu dijaga,
Baluti tubuhmu dengan sempurna,
Ditegah berpakaian melambangkan agama,
Takut tergolong bersama mereka.

Berhiaslah wahai teman,
Dengan cara tuntutan,
Mengikut fitrah sendiri,
Berseri-seri sejuk memandang.

Biarlah cantik jelita,
Biar anggun bergaya,
Namun janganlah berbangga,
Itu sementara cuma.

Biarlah segak dan tampan.
Biar ayu menawan,
Agar sejuk mata memandang,
Bersyukurlah kepadanya.

Pakaian yang bersih menjadi pilihan,
Terhindar dari noda dan cela.
Ibadah sempurna tanpa sekatan.
Kawan mudah didampingi,
Masyarakat akan senangi.
Itulah adab dalam berhias.

Berhiaslah tanda kesyukuran,
Atas pemberian tuhan,
Qanaah di dalam diri,
Fitnah dapat dihindari.

Riak sombong dijauhi,
Pelihara maruah diri,
Gejala mungkar dihindari,
Bersyukur kepada ilahi.

Alhamdulillah hillazi,
Suwwu khalki fa’adalahu,
Wakarrama surata wajhi,
waja’alni minalmuslimin

“segala puji bagi Allah yang telah membaikkan
Kejadianku, lalu membaguskannya dan memuliakan
Rupa mukaku lalu menjadikan daku dari golongan
Orang-orang yang menyerah diri kepada Allah”

Wednesday, 12 January 2011

IT:Browser oh Browser (update)


Assalamualaikum dan salam perpaduan
dah lama sy tak update blog, maaf2...sebuk dengan beberapa urusan yang perlu dilakukan.sampai tak sempat nak perah idea untuk entri terbaru.

biasa la mula2 semester nih, mcm la kerja itu kerja ini nak kena buat, 
perjumpaan itu perjumpaan ini nak kena pergi, tapi serius sy rindu nak membebel kat blog ni,biasa la, selalu setiap hari mesti ada post baru, tapi sekarang dah makin berkurang. :'(

untuk entri kali ini, sy nak sharekan beberapa browser untuk sahabat2 cuba, bukan apa, masa dekat kelas tadi, kawan-kawan saya semua bising tidak boleh bukak sistem portal untuk mendownload nota.
Lecturer tu pon bgtau la kena guna browser selain daripada mozzila firefox. Dia suggestkan IE, eermmm
saya antara manusia-manusia yang tak suka guna IE so di entri ni sy akan suggestkan beberaoa browser yang mungkin anda tak biasa pun dgr, tp apakata anda cuba dahulu.

Opera
MUngkin ramai yang sudah mengenali browser opera ni, tambahan browser ini popular untuk pengguna internet di mobile. Dan sekarang Opera sudah mengeluarkan browser untuk PC yang terbaru iaitu Opera 11 Dalam satu artikel menyatakan browser terbaru ini adalah yang terpantas mengatasi Mozilla firefox dan Google Chrome. tak kisah la kan, nak tau laju tak laju browser Opera 11 ni, jom Download dan cuba dulu la...
sy bagi dua link, satu dekat website dia terus dan satu lagi dekat website yg sediakan download software mana pon boleh, sama ja...

  1. http://www.opera.com/browser/
  2. http://en.softonic.com/s/opera-11
Maxton 3
Kali ni satu browser baru untuk anda semua..hehe, saya pon baru ja berkenalan dengan browser ni, dan saya rasa, ok la, browser ni setanding dengan browser-browser yang terkenal lain macam IE,Mozilla firefox,Google Chrome, dan banyak lagi. sy kenai browser ni pon daripada sebuah blog. (klik sini). saya xmahu ulas panjang, baa la nnt dekat blog dia eekkk.Apa yang membanggakan sy adalah browser ini buatan China(berdasarkan apa yg dikatakan di blog tu). Jadi mcm biasa, cuba dulu baru tahu!!


Epic 
NI lagi satu, product of Asia, Epic keluaran dari negara India, dilengkapi dengan Antivirus,hehe InsyaAllah selamat la sket kalo nak surfing internet tu, Apa yg saya baca la kan, Browser ni under lesen Mozilla, jadi mesti kehebatan setanding Mozilla firefox, kalau sahabat2 rajin pergi la dekat blog yang sy suggestkan tadi, dia ada menceritakan mengenai browser ni, tapi apa yg saya boleh simpulkan secara ringkas, Browser ini mempunyai interface yang memudahkan pengguna, memberikan perlindungan maksimum dan kepuasan yang setanding dengan browser terkenal yang lain. Jadi, macam biasa la..nak tau sendiri kena guna sendiri..hehe download!!!


kepada sahabat-sahabat yang lain, jangan la risau, browser ni sebagai sau syarat ja, apa jenis browser pon boleh menjadi laju kalau coverage internet kuat (untuk pengguna wifi percuma..hehe) tapi apa-apahal pon, sahabat-sahabat boleh update browser sahabat-sahabat semua, sebab syarikat pengeluar browser ni selalu up to date product mereka. jadi pergi dekat website depa n tenguk la kalo dah update.  bagi memudahkan kerja kalian semua.sy sediakan link;

  1. Internet Explorer (sekarang dah ada v9)
  2. Mozilla Firefox (sekarang dah ada v9 )
  3. Google Crome (sekarang v9 kot..xpasti)
  4. Opera (sekarang v11)
  5. Apple Safari (sekarang v5)
  6. Flock (sekarang v3.5)
Penutup:Guna untuk kebaikan
Dengan kemajuan dalam binang IT nih, janganlah kita salah guna pulak eekk..Kepantasan melayari internet ni, kita gunakanlah untuk kebaikan, contoh mcm sampaikan artikel-artikel nasihat kepada kawan-kawan. gunakan kelebihan itu untuk kepentingan UMMAH.wallahualam

Friday, 7 January 2011

IT: Blog header MyTinta Production vs BOSS (updated)



assalamualaikum.
Pernah dengar Mytinta produktion? Budak orange silence studio (BOSS)??entri kalini sengaja dibuat, kebetulan pulak sy pun menggunakan perkhidmatan daripada Mytinta Production dan BOSS dalam pembikinan blog ni, jadi, bagi membalas jasa mereka, sy nak promosi la sket kat sahabat2 produk yg telak dihasilkan oleh produksi ni.

sebelum tu kalau sahabat2 nampak ja logo ni, maknanya tu adalah daripada produksi MyTinta la tu,


Krew-krew dalam produksi ni adalah pelajar2 Universiti dan ada jugak yg bersekolah lagi, jadi hasil prduksi mereka agak terhad dan kebanyakkannya berbentuk 'Fancy' biasa la budak2..tp budak2 pon....hehe
ni antara hasil karya yg dah mereka buat.

Blog Header
Blog Secerah NurRahman punya..hehe

#1 header
#2 header
#3 header..keep going..

#5 header dan masih berterusan...
Sekarang punya..

ni cawangan NR pya..hehe

Blog Mengenai radio amatur


sebelum
sekarang
http://radiorosak90.blogspot.com/

Blog Kerohanian
http://harithfaisal.blogspot.com/

http://narmiez91.blogspot.com
http://shamim91.blogspot.com




Blog Peribadi






Blog Perkahwinan




Kartun-kartun2



kartun2 abg man pon depa buat juga!!! [lihat lagi]


KAd2 Fancy
Kad kahwin kakak
kad ari raya pon ada...
lagi kad raya!!
logo group dekat salah sebuah Universiti
kad raya 2011

ada banyak lagi...tp sy xtau nak cari kat mna..sbb kebanyakkan mereka ni xpublishkan kat banyak tempat...just terus bagi dekat orang yg nakkan hasil mereka nih, Tambah pulak MyTinta ni xada pulak buat website ka blog ka...sekadar begerak secara undergroud ataupon FB, tp xjumpak lagi kat mna FB mereka.. (baik xpaah cerita kan...adeh3)

Berminat dengan Blogheader MyTinta?
Kalau kalian berminat nak letak Blog header yang MyTinta buat nih, sahabat2 boleh ja tempah!!! hanya hantarkan email mcm mna yg kalian nak tu kat email ni [klik]. nnt sahabat2 terus la berurusan dengan dia, mcm mna citarasa sahabat2 tuk blog header yg sahabat2 nak tu, pasai bayaran..kena tya sendiri la..sbb dia ikut krew mna yg buatkan produk tu. jadik, senang cerita email ja la kat dia...

p/s:rasa2nya sahabat2 boleh sapat murah, sbb mereka pon xbergerak aktive mcm yg lain2, jadi pujuk2 la..lagi satu, kalau dah dapat header daripada MyTinta, share2 la link blog sahabat2 dgn sy,heheh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan