سم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah,
Yang menurunkan Islam itu,
Kepada Muhammad untuk kami,
jangan Asingkan islam itu,
dalam hati-hati kami.
Bila Islam Itu asing bagi 'kita'
“Sesungguhnya Islam dimulai dalam keadaan asing dan akan kembali asing sebagaimana awalnya, maka thuuba (beruntunglah) orang-orang yang asing” (HR Muslim).
Isu mengenai agama adalah agak berat untuk dibawa, bukan bererti islam itu ssah atau rumit, tetapi jika disalah tafsirkan apa yang hendak disampaikan takut ia akan membawa kepada salah tafsir @ salah sangka kepada islam itu sendiri, bukan sahaja akan berlaku kepada no-muslim, malah yang muslim juga lebih2 lagi. kerana non muslim akan cuba mencari kenapa dan sebab apa begitu dan begini dalam islam. tetapi yang muslim katanya 'sudah faham' @ masak dengan agamanya, pula yang menentang ajaran islam, apa yang mereka rasakan tidak kena dengan kehendak hati mereka, lalu mereka tolak mentah2.
Yang dikatakan asing itulah dia, bila kita rasakan apa yang diperkatakan mengenai hukum hakam, sahsiah, akhlak islamiah yang tidak menepati hati dan jiwa 'moden' kita ini sebagai ketinggalan, tidak moden, dan tidak sesuai lagi diamalkan di zaman moden ini.? betul kah? kitakah itu?
Adakah kita ini Makhluk yang Asing?
adakah kita ni tergolong dalam golongan yang asing yang dikatakan oleh nabi dalam hadis diatas?? Mungkin sekarang ini kita tidak terasa demikian kerana suasana negara kita yang masih lagi menerima islam sebagai agama rasmi, masyarakat sekeliling termasuk yang bukan muslim juga meraikan suasana islamik yang dibawakan.
Namun jika kita tinggal di negara2 barat seperti Perancis, Denmark dan beberapa negara eropah yang majoriti pemimpin dan penduduknya beragama kristian, kita akan dianggap asing bagi mereka, tidak perlu pergi jauh2 pun, di singapura sendiri, ada syarikat yang tidak membenarkan penggunakan Hijab (niqab) malah tudung pun diharamkan di universiti2 disana. Mereka ini amatlah kuat jiwa mereka, tetap berpengang dengan sahsiah mereka sebagai muslim. tetapi mereka inilah yang dianggap 'asing' bagi masyarakat yang menolak islam.
Menolak islam sebagai 'Way of life'
adakah kita ini sudah mengamalkan islam secara menyeluruh,?Ya? kalau betul ya, Alhamdulillah, tetapi sedehnya sahabat2 kita yang dekat luar sana tu, mereka mengaku mereka islam, tetapi kenapa mereka tidak mengamakan apa yang islam ajarkan kepada kita.
Dulu kita faham ustaz, ustazah ajar, menutup aurat itu wajib!!solat itu wajib!! menuntut ilmu itu wajib!! sayang sesama islam itu wajib!!Berakhlak mulia itu wajib!! hormat menghormati sesama manusia itu wajib!! sekarang??
Matahari terbit dari Barat?
Ramai yang sudah maklum, bahawa matahari terbit dari barat adalah tanda kiamat sudah hampir. tetapi kita tidak tahu bagaimana ia berlaku dan bila akan berlaku. yang amat menakutkan saya adalah satu kiasan daripada sorang ilmuan mengenai tanda ini.apa yang diperkatakan??
dia mengatakan, mungkin...barat akan jadi kuasa besar islam (yg sekarang ini peningkatan ummat islam disana) dan asia (timur) akan mundur kerana mengabaikan islam (peningkatan manusia yg menganut kristian di asia meningkat) wallahualam. sekadar pekongsian. Hanya Allah yang mengetahui hari pembalasan itu kapan.
Penutup:Muhasabah dan Syahadah
Sudah!! sudah masa kita bangkit kembali. Mari bermuhasabah kepada kita yang masih dilandasan. betulkan kembali lorongan jalanan kita, usah terhoyong hayang dengan dunia. kepada yang sudah tersasar ke batasan. Back on track!!! cepat!!selagi ada masa. kembali ucapkan syahadah kepadanya. dan berpegang teguh kepada ikrar tersebut. ingat janji Rasulullah
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku"
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment