Mencari sesuatu?

Wednesday, 5 January 2011

Nasyid: Mirwana:Mama Papa

 

Mama Papa 

Mama... lembutnya kasihmu...
Sehalus sutera mesra sentuhanmu
Oh Mama...membelai manja...
Lenaku dalam bahagia...

Papa...teguhnya jiwamu
Kau genggam erat kata dan janjimu
Oh Papa...setia di sisi...
Melindungiku saban hari

C/O:
Oh Mama...Oh Papa...
Cintamu tulus mulia
Tautan kasih kita
Kan bertakhta kukuh ke akhirnya

Tuhan...ku pohon padaMu
Kasihilah Mama dan Papaku
Sepertimana mereka berdua
Mengasihiku sewaktu kecilku...

C/O:
Kau buktikan keikhlasan
Sucinya pengorbanan
Kan ku junjung sentiasa jadi pedoman
Kota harapan jua impian

 Utusan Dimuka bumi
Ibu bapa kita adalah insan yang Allah angkat darjat kemuliaannya. Ibu bapa dengan kita sebagai anak, kita ibarat rakyat kepada raja. wajib patuh kepada 'King' dan "Queen'. Bukan bermaksud, ibu bapanya adalah kerabat diraja. tetapi berdasarkan ayat ini:Firman Allah yang bermaksud: 
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” (Surah al-Ahqaf ayat 15).
 Adab dengan Ibu Bapa

SEORANG anak perlu menghormati ibu kerana ibu begitu berkorban dan susah menjaga mereka ketika kecil. Selain kasih kepada ibu, anak mesti juga memberi kasih sayang yang sama kepada bapa.
Bapa pula bertanggungjawab terhadap makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan lain-lain keperluan keluarga.Oleh itu beberapa Adab perlu dijaga seorang anak;

1. Berbuat baik kepada kedua ibu bapa

Maknanya, ihsan atau berbuat baik kepada kedua ibu bapa adalah sifat Muslim yang mulia. Banyak nas dan yang menyuruh seseorang itu berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Firman Allah yang bermaksud:
"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibu bapa." (Surah an-Nisaa', ayat 36).
Tidak ada jalan lain untuk membahagiakan ibu bapa melainkan dengan berbuat baik kepada mereka.


2. Menghargai dan menghormati mereka

Sebagai menghargai jasa kedua ibu bapa, Islam mengangkat tinggi darjat keduanya, iaitu selepas darjat beriman kepada Allah dan beribadat kepada-Nya.

Al-Quran memandang mulia konsep ihsan terhadap kedudukan ibu bapa. Sebagai seorang anak, penggunaan tutur kata haruslah lemah-lembut.Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku ketika aku kecil." (Surah al-Isra', ayat 24).

3. Merendahkan suara ketika berbicara dengan ibu bapa

Apabila berbicara dengan ibu bapa, janganlah sesekali mengeluarkan perkataan yang tidak menyenangkan dan boleh menyinggung perasaan, umpamanya dengan suara tinggi.
Firman Allah:
"Maka sesekali janganlah kamu mengucapkan ah kepada keduanya." (Surah an-Nisaa', ayat 23).

4. Berdoa untuk kebahagiaan ibu bapa

Seseorang anak hendaklah sentiasa mendoakan ibu bapa sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.
Sebagai seorang anak salih, tidak seharusnya melupakan ibu bapa begitu saja.Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan ucapkanlah wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua mendidik aku waktu kecil." (Surah al-Isra', ayat 24).
DOA UNTUK AYAH-IBU
"Allaahummaghfir lii wa liwaalidayya warhamhumma kamaa rabbayaanii shaghiiraa "

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihiku pada waktu kecil


5. Jangan menderhaka kepada ibu bapa

Seorang anak dilarang sama sekali menderhaka ibu bapa. Sesungguhnya, derhaka kepada ibu bapa adalah dosa paling besar dan keji.

6. Hormat kepada ibu bapa bukan Muslim

Seseorang anak harus juga berbakti dan menghormati ibu bapa sekalipun mereka bukan beragama Islam. Asma Abu Bakar pernah berkata, aku pergi kepada ibuku padahal dia masih musyrik, lalu aku meminta fatwa daripada Rasullah
Aku berkata: "Aku bertemu dengan ibuku dan dia meminta sesuatu kepadaku, adakah aku boleh menghubungi dia?"

Jawab Baginda: "Ya, hubungilah ibumu, ini bererti berbaktilah kepadanya." (Muttafaq Alaihi).


Penutup:Ayah dan Ibu wali keramat
Pernah dengar lagu ayah dan ibu dendangan sudirman, lagu tu betul2 tangkap shahdu, kadang2 sampai xtahan air mata ni nak keluar..sedey teringatkan ibu bapa. Sebab apa, syurga itu dibawah telapak kaki ibu, dan ayah pula wali kehidupan anak2. Dengan izin dari Allah, ada nya kedua mereka, maka lahirlah kita, abu ali minah ahmad ismail, rogayah, rohana,..bla..bla..bla...dan KEREDHAAN ALLAH TERLETAK PADA KEREDHAAN AYAH IBU


Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.


Rujukan:
  1. http://melayuboleh.8forum.net/t296-adab-dengan-ibu-bapa
  2. http://hafizfirdaus.com/ebook/Ayah_Ibu/ibubapa%20sunnah%201.htm

2 comments:

  1. salam..Urusan ibubapa adlh lebih pntng drpd urusan beribadah, lebih2 lagi jika ibadah yg sedang dilaksanakan hukumnya adlh sunat. Jika ia adalah ibadah wajib, maka hendaklah diperhatikan sama ada ia boleh ditangguh atau diringkaskan ibadah tersebut..wallahualam

    ReplyDelete
  2. @hikmahalhamdulillah..terimakasih atas perkongsian ilmu.betul2 ada kisah mengenai keutamaan kepada ibu bapa..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan