Mencari sesuatu?

Sunday, 2 January 2011

Diari: "La..Baru 20" atau "Alamak!!sudah 20""??

Teen Titan
سم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
Yang menghidupkan aku,
Jadikan hayatku bermakna,
Jadikan hidupku berguna.
Untuk Dia Dan Negara

masih sempat atau sudah suntuk?
Menjengah 2011, Bertambah satu gi tahun dalam diari, hidup NurRahman...

Selepas sy membaca artikel di blog HilalAsyraf baru-baru ini, terjentik jiwa saya, betul apa yang dia katakan, adakah kita merasakan kita ini masih 'muda' atau sudah sampai masa keluar dari kepompong remaja 'manja'. 

Tanpa saya rasa segan, taun depan usia sy sudah memasuki angka 20 (walaupun lambat agi birthday..dekat2 ujung tahun..hehe) tapi kalau diikutkan putaran tahun, ya sudah 20 tahun menjelang 2011. Adeh3..adakah saya dan sahabat2 yg senasib dengan sy sudah bersedia melangkah ke usia puluhan??

Mereka, Tidak pernah fikir masih muda
Lazimnya kita bila berkata mengenai umur, 20 tahun itu kira masih lagi muda, "ala releks la..dah masuk 20 ni kita bebas buat apa..." iissshh...ialah tu...bila saya terbaca artikel Hilal, ya betul apa yg di pekatakan. sepatutnya usia sebegini yang berjuang dalam agama. kekuatan kita masih lagi banyak. idea kita masih lagi segar...sumbangkan lah sesuatu..betul x??

Abdullah ibn Umar RA.
Beliau telah duduk di tengah-tengah majlis Rasulullah SAW bersama-sama orang tua yang lain, saat usianya masih teramat muda. Dilihat selepas itu beliau adalah yang paling bersungguh-sungguh dalam mengikuti sunnah Rasulullah SAW hingga diriwayatkan, beliau berusaha untuk memijak di mana tapak-tapak kaki Rasulullah SAW berpijak ketika berjalan. Beliau pernah pergi ke pasar, semata-mata untuk menyebarkan salam, salah satu sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Akhirnya apakah yang berlaku kepada Abdullah ibn Umar RA ini? Beliau menjadi rujukan ummat. Bahkan para sahabat pernah mencalonkan beliau sebagai calon terbaik untuk menggantikan ayahandanya, Umar Al-Khattab RA. Sedang usianya adalah usia pemuda ketika itu.

Usamah bin Zaid RA.
Sedangkan, beliau baru sahaja berusia 18 tahun ketika diangkat oleh Rasulullah SAW sebagai jeneral perang menentang Rom ketika itu. Tidak pula dia menyatakan: “Aku baru 18 tahun ya Rasulullah.”

Bahkan, mengikut sejarah, beliau telah hendak menerjunkan dirinya ke medan Uhud, tetapi Rasulullah SAW melarang kerana usianya masih terlalu kecil ketika itu. Dan akhirnya pada usianya 15 tahun, dia mula berperang di sisi Rasulullah SAW, dan Usamah bin Zaid RA adalah antara yang tidak terganggu dengan serang hendap pada Perang Hunain, menjadikan dia dalam golongan yang sedikit dalam mempertahankan Rasulullah sebelum tentera muslimin bersatu semula ketika itu. Pastinya, ketika itu usianya lebih muda daripada 18 tahun.

Sultan Muhammad Al-Fateh
 kita jenguk sebentar Sultan Muhammad Al-Fateh yang baru berusia 22 atau 23 tahun ketika menawan Konstantinopel. Sedangkan dia masih muda, dan dia juga mengetahui bahawa Konstantinopel tidak pernah ditembusi oleh sesiapa semenjak 800 tahun sebelumnya. Mengapa dia, seorang sultan, masih muda, tidak berlibur dan bersenang lenang sahaja di dalam istana?
 
Sebab Sultan Muhammad Al-Fateh tidak menganggap dia ‘baru 22 atau 23 tahun’. Tetapi dia merasakan, dia ’sudah 22 atau 23 tahun’. Masa untuknya semakin sedikit. Sedang dia tidak tahu bilakah Konstantinopel baru boleh dijatuhkan. Maka dia perlu berusaha keras, bersegera mendapatkan kemenangan.

Muda, waktu berhibur
jika kita abaikan kisah-kisah tokoh2 di atas, mungkin kita akan beranggapan, "relek aa bro...gua uda lagi.."
tapi rasa-rasa, pemuda yg sy nyatakan diaatas ada ka kata mcm tu..walaupun mereka tak la gunakan 'bro' 'gua' mcm kita guna.

sudah la pemuda harapan bangsa, jangan la duduk sahaja, mari kita buat sesuatu, sesuatu yang boleh menaikkan martabat dan imej islam, menyebarkan kaliamah2 islam, kita kan kreatif, kita kan bijak, kita kan moden, jadi gunakan kelebihan itu untuk ISLAM boleh?? boleh x?? sy bertanya kepada diri sy dan anda sahabat2 yang dirahmati Allah..boleh x???

Penutup:Jangan tunggu tua la der...
jom jemaah kat surau;"ala der, aku sebok la...lagipon muda2 mna ada orang duduk surau"
jom dengar ceramah; "ala der, ceramah untuk orang2 yg xsempat bejar masa muda la..."
jom berdakwah; "aku muda lagi der, ilmu xbanyak agi.."
kalau la kita tunggu tua baru kita nak bergerak sampaikan ajaran islam, nak amalkan ajaran islam, rasa2 kalau kita mati waktu muda mcm mna?? sempat?? ataupun kalau la kata sempat tua, tp sakit mcm mna??kuat ka lagi nak berjuang. Tua bukan syarat untuk mati, Muda bukan lesen untuk berhibur.

3 tokoh diatas yang kita dah baca tadi, dipilih menjadi pemimpin dalam perang @ urusan agama kerana mereka masih muda, mempunyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri. tak beeerti kita yang muda ni kena pergi berperang (nnt pakat semua masuk askar plak..hehe) tapi dengan kekuatan kita, gunakkan kejalan kebaikkan.wallahualam

 
Abg Man: nak tau umur abg man??xboleh, tp yang pasti usia hanya satu angka, umur hanya satu nombor. Yang menentukan hanya Amal kita... Apa2 pun selamat Tahun Baru 2011, semoga Azam yg acap kali dibuat setip tahun terlaksana.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan