Mencari sesuatu?

Wednesday, 29 December 2010

Diskusi:Hati-hati, hati mati

 سم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
Yang membolak balikkan hati, 
Kekalkan hati kepadaMu 
kuatkan hati dengan takut padaMU 
bimbinglah hati agar dekat denganMu 

Hati.Power supply manusia
Bila sebut pasai hati, orang akan bayangkan bentuk love,xtau sebab apa. tapi kalau kita ad abelajar pasai hati dalam kelas sains @ Biology, hati manusia xdak la berbentuk love tu betul x? tapi bukan tu yg jadi persoalannya.

Ramai yang cakap, dalam badan manusia ni, otak yang memainkan peranan dalam semua tingkah laku manusia sehari-harian. tapi Ustaz saya bagitau, hatilah yang mengawal semua anggota manusia. daripada hati, membawa kepada otak, lalu pergerakannya itu berlaku.

Tahu x, yang bila hati dah rosak, maka diri manusia itu pun rosak jugak. rasa sahabat mesti sudah biasa dengar dengan kalimah ni, jika kita berbuat satu dosa, maka timbul satu titik hitam pada hati kita, dan apabila banyak titik hitam. hati kita akan jadi kotor dan hitam (gelap) maka lepas itu susahlah nak terima apa sahaja kebaikan pada diri kita

Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah).

dan bila hati dah hitam.Itulah yang dikatakan hati sudah MATI

Hati mati? sebab apa?
Pertama:Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud 
"Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar, ayat 22).

Kedua :Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.

Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud 
"Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd, ayat 2

Firman-Nya lagi bermaksud 
"Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura, ayat 88 - 89)
 Hati aku, Mati ka hidup lagi nih??
Hello hati, sihat ka??kalau hati jawab sihat maka...eerr...oopss..jangan merepek..back to topik..
nak tau hati mati atau tidak, kita boleh check sendiri, (tapi kalau hati sakit, jumpak doctor). Antara tanda-tanda hati seseorang itu mati;

1. Kita mengaku kita kenal Allah,tetapi kita tidak mahu menunaikan hak-hakNya.
2. Kita mengaku cintakan Rasulallah,tetapi kita mengabaikan sunnah-sunnahnya.
3. Kita membaca Al-Quran,tapi kita tidak mahu beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Kita menggunakan segala nikmat Allah,namun kita tidak bersyukur.
5. Mengaku syaitan itu musuh yg nyata tetapi kita tidak berusaha menentangnya.
6. Kita mengaku ada siksa neraka tetapi kita tidak berusaha menjauhinya.
7. Mengaku ada nikmat syurga tapi tak mahu berusaha mendapatkannya.
8. Mengaku kematian pasti tiba tetapi kita tak berusaha menghadapinya.
9. Kita sibuk membuka aib org lain,tapi kita lupa akan aib kita sendiri.
10. Kita hantar dan kuburkan mayat,namun kita tidak mengambil ikhtibar dr kematian.

eerr...mcm mna??hati kita ni masih hidup atau dah kembali kerahmatullah??

ubat hati rawat jiwa
banyak cara nak ubat hati nih, xperlu pakai tonik hati dr jabbar (yg tu untuk sakit fizikal boleh la). banyak yg kit aboleh buat antara yang selalu di suggestkan ustaz dan kebanyakan penulis

* Baca Al-Quran beserta maknanya
* Dirikan solat malam(tahajjud)
* Selalulah bercampur dgn org-org soleh
* Banyakkan berpuasa
* Memperbanyakkan zikrullah

xsemestinya kena fokus pada perkara diatas sahaja. cara mudah untuk rawat hati adalah dengan selalu buat kebaikkan, selalu beristighfar, dan sentiasa ingat Allah. InsyaAllah hati kita akan bernafas dengan cergas!!

Penutup:Jiwa2 yang tenang 
saya ada terbaca ini di blog sorang sahabat, dan sy kongsikan bersama sahabat2 sekalian.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

wallahualam
sumber:

4 comments:

  1. @BeTuLkAh CaRa HiDuPkuhhhmmmmmmmmmmmmmmmmmm... u r welcome...for that..
    (panjangnya hhhmmmmmm)

    ReplyDelete
  2. satu peringatan . tq2 . :) sgt berguna .

    ReplyDelete
  3. @yana :) peringati diri sendiri, untuk perkongsian bersama..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan