سم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah,
Dengan Nama Allah,
Yang Cantik dan suka akannya
Cantikkanlah akhlakku,
seperti cantiknya penciptaanku,
Jadikan aku insan bersyukur.
Menjelang Tahun Baru
sedar tidak sedar, sudah masuk bulan terakhir dalam kalender hijrah ini, dalam kalender Hijrah juga, bakal menghapiri tahun baru, maka bertambahlah satu tahun dalam lipatan sejarah kita. Dan akan menjadi kelaziman, sambutan tahun baru pasti akan diadakan, secara kecil-kecilan( dok depan TV sambil counting2) ataupon secara besar-besaran(gi kat mana2 event ramai2).
Dan Menjelang tahun baru juga, semua orang akan menanamkan azam baru (bukan tanam orang nama azam). Ada Azam yang baik, ada jugak tanam azam buruk (mungkin xdak azam yg baik dah kot dlm kepala depa nih). Dan yang menjadi kebiasaan bari remaja (lazimnya remaja ISLAM) adalah menukar personaliti @ fesyen. Kalau fesyen yang baik dan mengikut syarak xkesah lagi la..ini...MASYA ALLAH..tuhan sahaja yang tahu.
Mewarnakan rambut. Bolehkah??
Saya dapat idea untuk membincangkan fasal mewarnakan rambut ni petang tadi, masa saya menonton satu rancangan di Astro Oasis, Soal Asyraf (bukan rancangan saya tau), Juara Imam muda, Best ni..santai ja dia kupas tajuk nih...tengok la..xrugi pon...
Kembali kepada tajuk, Bolehkah mewarnakan rambut nih, Kenapa nak warnakan rambut eekk?? cantek ka?? nak bagi sama mcm Paris Hilton kot, Ke nak bagi sama mcm Lady Gaga, rambut warna merah..Hijau..biru..pink..eee..pink??hahah..adeh3..
Hukum dari Meja Fatwa
merujuk kepada majlis Fatwa Negeri sembilan [ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK(NEGERI SEMBILAN) 1991(Enakmen No. 1 Tahun 1991)Dan Jugak kalo rajin search dekat http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-mewarna-rambut-0, Hukum mewarnakan rambut ini terbahagi kepada
Sunat :
Mewarnakan rambut kerana uban dengan apa-apa warna selain dari warna hitam.
Mewarnakan rambut kerana uban dengan apa-apa warna selain dari warna hitam.
Harus :
a) Mewarna rambut dengan warna hitam untuk tujuan jihad. (nak bg msuh nampak gerun dgn kita, cuba bayangkan kalo pergi berjuhat, tp rambut putih mcm orang yg dah berusia...)
a) Mewarna rambut dengan warna hitam untuk tujuan jihad. (nak bg msuh nampak gerun dgn kita, cuba bayangkan kalo pergi berjuhat, tp rambut putih mcm orang yg dah berusia...)
b) Mewarna rambut bagi isteri dengan warna hitam untuk tujuan berhias bagi suami. (kecantikan isteri hanya untuk suami,,hak mutlak suami)
Makruh :
a) Mewarna rambut supaya kelihatan seperti orang soleh.
a) Mewarna rambut supaya kelihatan seperti orang soleh.
b) Memutihkan rambut dengan apa juga bahan bagi tujuan untuk
kelihatan tua atau mendapat kedudukan dalam masyarakat, atau diterima
percakapannya
Haram :
a) Mewarna rambut dengan warna hitam kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2(a) dan (b).
a) Mewarna rambut dengan warna hitam kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2(a) dan (b).
b) Mewarna rambut sehingga menyerupai (tasyabbuh) perlakuan orang bukan Islam.
* ulasan dalam kurungan ( ) itu adalah ulasan dari sy sendiri
Menutup Uban dengan Warna Hitam
Pada masa kini, ramai yang 'takut' kelihatan tua, betul x?? tambah kalau dia mmg muda adri segi umur tapi keliahatn tua dari segi fizikal, kalo begitu mcm mna eekk???
Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-
Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.
Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.
Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : “Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam” (Shohih Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra : “Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar” (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)
c) Nabi SAW bersabda : “Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan
warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak”
(Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah,
bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai’en dan Imam
Ahmad)
d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.
Haram
Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.
Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.
Harus tanpa Makruh
Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.
Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.
Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : “Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri-isteri kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh” (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
b) Diriwayatakan bahawa sahabat dan tabi’ein ramai juga yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam. Antara Sa’ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma’ az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)

Boleh tapi.....
Berdasarkan fatwa diatas, terdapat kelonggaran untuk mewarnakan rambut samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak,TETAPI...
1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhadap kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau alergik ataupun mudarat terhadap janin akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.
Penutup:bukan membenarkan
berdasarkan Fatwa dan beberapa hadis diatas, menunjukkan, mewarnakan rambut itu bukanlah untuk KECANTIKAN, tetapi ianya dibolehkan mewarnakan disebabkan faktor tertentu. Hakikatnya, mewarnakan rambut ini adalah satu budaya yang diluar budaya melayu kita (maksud sy mewarnakan dengan warna merah, hujau biru kunih..bla..bla..bla..) jika kita perhatikan sekalipun, mewarnakan dengan warna2 sebegini, tidak ubah seperti haiwan..setuju dengan sy???
Hakikatnya Allah sudah menjadikan sesuatu itu adalah sempurna, dan tiada yang lebih sempurna melainkan ciptaan Allah, Maka bagi sy sememangnya tidak wajar untuk mengubah ciptaan Allah yang maha sempurna ini.sabda nabi SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan“.wallahualam
Rujukan;
- http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-mewarna-rambut-0
- http://ohislam.com/hukum-mewarnakan-rambut-dalam-islam/
- http://www.muftins.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=140:hukum-mewarna-rambut&catid=39:fatwa-mufti-negeri-sembilan
Abg Man cakap: Jika mahu melihat masa depan sesebuah negara maka lihatlah para pemuda pemudinya“.
No comments:
Post a Comment