Dengan Nama Allah,
Yang menguasai Jiwa ini,
Tetapkan ia dalam Iman,
Matikan ia juga dalam iman.
M.A.T.i
Bila disebutkan kalimah M.A.T.I ini ramai yang memebri respon, ada yang takut mati, ada yang berani mati, ada yang mati akal, tak kurang juga ada yang menghor'mati' mati. Setengah dari kita bila berceritakan tentang mati, mereka amat xsuka, sbb apa, bagi mereka masih terlalu awal untuk berceritakan mengenai mati.
Nmaun hakikatnya setiap yang hidup pasti akan menemui ajal masing2, hatta semut pun akan mati, kerusi boleh patah, batu boleh pecah, nasik abis dimakan. Firman Allah
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali Imran: 185).
Ingat Mati vs Ingin Mati
dua kalimat diatas seakan sama sahaja dari segi ejaan, namun ianya secara totoalnya adalah lain dan amat berbeza. 1-Ingat Mati iaitu memikirkan akan hal2 kematian, dan yg ke 2-Ingin Mati iaitu kehendak untuk menamatkan riwayat dan mahu mati. walaupun hakikatnya, kedua-duanya berkisar mengenai mati tetapi kita perlu selami apa makna disebalik kalimat ini
Lazimnya orang yang nak sangat mati ni orang yang strees..yang ada banyak masalah..tertekan yang teramat, sampai satu tahap yang dia rasakan mati adalah jalan penyelesaian, bagi menghentikan masalah yang dia hadapi. Pernah x sahabat2 terpikir macam tu.
Jika sahabat2 perasan perasaan ini amatlah bahaya, terutama golongan remaja, sebab sapa2 yang ada keinginan untuk mati, akibat daripada tekanan persekitaran dia, maka risiko untuk dia menghadapi maut adalah sangat tinggi, Ya betul ajal maut ditangan Allah, tetapi kehendak ke arah itu menjadi asbab maut datang menjelang.
Orang yang 'ingin mati' ini kebanyakkannya akan mengambil langkah yang amat mengejutkan, iaitu dengan membunuh diri, tak kiralah dengan cara tragis ataupun secara aman (aman ka??). bagi yang sukakan gaya mati versi exstream, mereka akan menggunakan cara bunuh diri versi terjunan bebas ala2 brian nikson lomas, tp bukan dalam air, bila terhentak jasat bumi maka terputus semua urat2 saraf dan puff!! selamat~~
xcukup dengan tu, ada yang cuba membunuh dengan cara yang lebih sentimental, slow n steady ja gaya mati dia, samada makan panadol mcm makan nasik, ataupun hidu gam secara berlebihan. dan dalam kiraan jam... mereka terlena buat selamanya.
Hukumnya
مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ تَحَسَّى سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا
Maksudnya: “Sesiapa
yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam
neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum
racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia
akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya
selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu
akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di
dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
kita dilarang sama sekali membunuh diri, hatta ingin matipun tidak dibenarkan
Anas bin Malik radhiallahu’anhu mengatakan: “Seandainya
aku tidak mendengar Nabi SAW pernah bersabda
‘Janganlah mengharapkan kematian’, tentunya aku sudah mengharapkannya.” (HR. Bukhari, no. 7233)
“Janganlah mengharapkan kematian, dan jangan pula berdoa
memohon kematian sebelum datang waktunya! Kerana amalnya akan terputus
jika ajal menjemputnya, dan kaerana umur seorang mukmin tidak akan
menambah keculi kebaikan baginya.” (HR. Muslim, no. 2682)
Jelas??Tahu tak sahabat2 semua yang jenazah orang yg bunuh diri ini tidak layak untk disembahyangkan, dan dikhabarkan tidak layak juga dikuburkan di perkuburan islam
أُتِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ بِمَشَاقِصَ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ
Maksudnya: “Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya.” (Muslim)
Sumber:
- http://soaljawab.wordpress.com/2008/07/31/hukum-bunuh-diri-dan-menyembahyangkan-jenazahnya/
- http://konsultasisyariah.com/apa-hukum-bunuh-diri
2-Ingat Mati
Lain plak dengan ingat mati, ini perkara yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW. Sabda baginda
Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah).
Kenapa eekk??kalau mcm tu xpayah pergi sekolah la eekk?? ingat mati dah jadik cerdik, Adeh3..jagan salah sangka, cerdik disini bagi saya kerana, dengan 1 cara ini (ingat mati) semua perkara yang kita buat akan teratur, terpandu, dan mempunyai matlamat, Lillahita'ala
Mengingati kematian juga boleh mendatangkan ketenangan jiwa seseorang sedang menghadapi kesulitan hidup.Ia menimbulkan kesedaran dunia bukan segala-galanya dan selepas kematian ada alam yang kehidupan serta kenikmatannya abadi. Dengan Ingat mati juga, dapat membimbing amalan kita agar dilakukan sebaik mungkin demi bekalan kita ke akhirat. Dengan ingat mati juga, manusia xakan terkejar-kejar kenikmatan dunia semata, malah seimbang dunia dan akhirat kerana, bersedia menghadapi mati dengan bekerja bersungguh2 di dunia.
Tidak cukup dengan itu, dengan imngat mati. kita akan memanfaatkan masa hudup kita ini dengan amal ibadat sebagai bekalan, manalah tahu, nnt satu masa akan ditimpa keuzuran, jadi ini seperti satu warning kepada kita, ataupun dalam bahasa standartnya kesedaran kendiri..waaahhh...lihat, tidakkah itu dikatakan tindakan yang bijak, ingat satu maka semuanya berjalan.Bijak..Memamng bijak!!
Dengan Menziarahi orang sakit, menghadiri pengkebumian, mendengar bacaan talkin, dan menziarahi kubur dapat menguatkan ingatan kita kepada mati.
Penutup:Takut mati
takutlah mati kerana amal yang sikit untuk dibawa, takutlah mati bagi memastikan jiwa tetap padaNya. jaganlah takut mati kerana masih belum puas bersuka, janganlah takut mati kerana belum cuku
p mencari harta. Ingat Syurga kampung kita, dengan MATI sahaja tiket untuk kesana, tetapi sanggupkah pulang ke kampung halaman dengan muka yang penuh dosa??wallahualam
Mati adalah pasti, Hidup InsyaAllah~~!!
ReplyDeleterasanya ini adalah satu baris daripada satu lirik lagu nasyid kan?
anyway, this is very gud n3. Nak share boley. Suka sgt ngn ayt2 nya yg santai relax...
@raudhah a'aah...tp ini adalah kata2 sorang sahabat, tp pernah dinasyidkan...
ReplyDeletenak share??silakan, tp kalau ada salah bahasa salah fakta salah skema ayat, edit2 la eekk??