سم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
Yang Awal Dan Akhir
Sedarkan Kami Dengan PetunjukkMu
Bimbing Kami Dengan HidayahMu
Agar Kami Bersedia Menghadap Pengadilan.
Kiamat Sudah Dekat
Persis tajuk sebuah filem indonesia,(memang tajuk filem pun) eemm.. kisah itu pun memberi peringatan bahawa masyarakat sekarang sudah korup dan perlu sedar dan segera berubah sebelum tibanya hari kiamat.
Ketahuilah dahulu para sahabat pernah bertanya kepada nabi, Bilakah akan berlaku kiamat itu, dan nabi menunjukkan isyarat dua jari, Nabi berkata kepada sahabat2 bahawa itulah jarak masa antara hayat dunia dan hari kiamat. Ya Allah, dekatnya, cuba kita bayangkan jika zaman nabi dahulu jaraknya diibaratkan antara 2 jari, itu berapa ribu tahun dahulu, jika ditambah, berapa lama lagi yang tinggal??
Kiamat 2012??
Dahulu Gempar seluruh dunia yang menyatakan Kiamat bakal berlaku pada tahun 2002 (kalau xsilap) mengikut ramalan puak Maya. Dan sekali lagi Puak Maya berkuasa menentukan tarikh kiamat (astaghfirullah) iaitu pada 2012. Kepada sahabat2 sekalian, adakah kita percaya ketika Allah dan Rasulullah sendiri menyatakan hanya Allah sahaja tahu kapan Kiamat akan berlaku. Dan waktu kiamat itu adalah rahsia Allah semata. Tetapi ada juga yang percaya, Sebagai Seorang muslim, apa yang perlu kita lakukan adalah bukan menunggu waktu tamat tempoh, tetapi bersiap dari awal. apa orang cakap Pasankan enjin sebelum menghadapi hari itu, kerana dikhabarkan hanya mereka yang betul2 bersedia sahaja yang mampu untuk 'survive'.
Tanda kecil sebagai peringatan
Disini sy nak berkongsi mengenai tanda2 kecil kiamat (tanda sebelum berlaku kiamat sebenar) Ini sy copy paste dari sebuah website, xingat dari mna sbb sy dah transfer dlm komputer, apa-apa pon semoga menjadi iktibar kepada sy dan sahabat2 semua...
Telah dinyatakan bahawa tanda-tanda kiamat adalah petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya hari kiamat dan bakal
menyusul pula tanda-tanda kiamat besar. Sebahagian ulama telah
mengira tanda-tandanya dan menemui lebih 90 tanda walaupun berbeza menurut para
penghitungnya.
Didapati kini bahawa
seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan
dalam hadis iaitu sabda Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.
§
Penaklukan Baitulmuqaddis
“
|
Dari Auf b. Malik
r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung
enam perkara menjelang hari
kiamat." Baginda
menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." -
Sahih Bukhari
|
”
|
§
Zina bermaharajalela
“
|
"Dan tinggallah
manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar
(keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih
Muslim
|
”
|
§
Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
§
Bermaharajalela alat muzik
“
|
Pada akhir zaman akan
terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya
kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda
menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah
|
”
|
§
Menghias masjid dan membanggakannya
“
|
Di antara tanda-tanda
telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan
masjid" - Riwayat Nasai.
|
”
|
§
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan
tetangga tidak baik
“
|
Tidak akan datang
kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan
silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan
Hakim
|
”
|
§
Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
§
Ramai orang soleh meninggal dunia
“
|
Tidak akan datang hari
kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama
dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali
orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak
mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad
|
”
|
§
Orang hina mendapat kedudukan terhormat
“
|
Di antara tanda-tanda
semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang
yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang
beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani
|
”
|
§
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“
|
"Sesungguhnya di
antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu
mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -
Riwayat Ahmad
|
”
|
§
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
“
|
Diriwayatkan dari Abu
Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." |
”
|
§
Bulan sabit kelihatan besar
“
|
Di antara tanda-tanda
telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
|
”
|
§
Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“
|
Pada akhir zaman akan
muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa
berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh
bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar
mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim
|
”
|
§
Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
“
|
Sesungguhnya sebelum
datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian
yang benar" - Riwayat Ahmad
|
”
|
§
Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
“
|
Tidak akan datang hari
kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan
sungai-sungai." - Sahih Muslim
|
”
|
§
Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
§
Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya
kegiatan perdagangan)
“
|
Banyaknya sifat
bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." -
Riwayat Bukhari
|
”
|
§
Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya
kelihatan muda
“
|
Pada akhir zaman akan
muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti
'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih
Abu Daud & Nasai
|
”
|
§
Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa
rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
-hadis bawah-
§
Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang
dan pengejek dalam masyarakat.
-hadis
bawah-
§
Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan
memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
-hadis
bawah-
§
Orang akan melakukan homoseksual.
-hadis
bawah-
§
Akan terdapat ramai anak luar nikah.
- Abdullah Ibn Mas'ood
(R.A.)
§
Berkurangnya sifat amanah
-hadis bawah-
§
Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
-hadis bawah-
§
Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
-hadis bawah-
§
Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
-hadis bawah-
§
Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
-hadis bawah-
§
Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah
fasik
-hadis bawah-
§
Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana
takut akan kejahatannya
“
|
Dari Ali dan Abu Hurairah
r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir
orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati
isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat
kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi
pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat
keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah)
adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut
jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki),
munculnya penyanyiperempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan
melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu
kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau
tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara
berterusan". - Riwayat Tarmizi
|
”
|
§
Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak
kerosakan
-hadis bawah-
§
Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana
suara...
-hadis bawah-
§
Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
-hadis bawah-
§
Memandang rendah kepada darah
“
|
Rasulullah bersabda:
"Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam
perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis,
penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim,
orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka
mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya
walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani
& Ahmad
|
”
|
§
Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah
isteri berpangkat lebih besar)
“
|
Dari riwayat Ibnu
Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari
kiamat: Salam hanya kepada
orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan
sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi
Riwayat Ahmad
|
”
|
§
Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“
|
”
|
§
Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat
direndahkan
“
|
Sungguh hebat dia,
sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya
tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi,
Ibnu Majah
|
”
|
§
Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan
ataupun kesengsaraan
“
|
”
|
“
|
"Kiamat tidak
akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa
bumi, timbulnya huru-hara
dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari
|
”
|
§
Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
-hadis bawah-
§
Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa
melakukan solat
“
|
Masjid dijadikan
sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy.
|
”
|
Penutup: Adakah Allah itu Zalim Keatas Kamu??
Setelah banyak tanda-tanda yang Allah sudah tunjukkna, adakah masih kamu mahu katakan yg Allah itu zalim tidak memberitahu hari kiamat itu kapan, Sedangkan itulah tanggungjawab kamu sebagai hamba mempersiapkan diri menghadapi hari itu, Tugas kita, tegur dan terus menegur. Betulkan diri dan sahabat2 kita. supaya kita sama-sama mengingati.Wallahualam. Maaf sbb artikel ini hanya copy n Paste, xsempat nak edit. byk urusan nak kena buat.
No comments:
Post a Comment