Mencari sesuatu?

Thursday 2 December 2010

Diari:Seminggu yg mencabar

Logo Sementara Nurrahman
سم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah,
Pemilik Hati-hati,
Dan Membolak Balikkannya,
Tetapkanlah Hati Kami,
Dalam Nur Mu,
Dalam Sinar Menuju Jannah.

Genap Seminggu
Hari ni (2 dec 2010) genap la seminggu usia blog sy (NurRaHman), Alhamdulillah, penerimaan minggu pertama daripada sahabat2 amat menggalakkan, dengan kehadiran mencecah 200 orang serta 9orang follower (sblm entri ini ditulis) membuatkan sy rasa nak nangis..huhu :') menangis kegembiraan. Ada juga yang sudi membacakan ayat2 yg dititipkan oleh si Tinta ini (online username). Dan ini entri yg ke 15, Anda lah pemberi semangat!!arigato!!

Alhamdulillah, feedback daripada sahabat2 juga, sy ucapkan terima kasih, terutama yg memberikan kata2 semangat, teguran dan nasihat, xkurang juga ada yg share artikel yg sy postkan (tisu2..nak nagis dah nih..). Syukran jazillan, semoga Allah membalas budi sahabat2.

Namun begitu, usia seminggu ini masih baru bagi seorang blogger seperti sy untuk terus berasa gembira dan berpuas hati. walaupun dapat perhatian sahabat2, namun tujuan sy ber blog ini adalah untuk menyedarkan diri sendiri terutamanya, dan sahabat2 yg tidak pernah pun ambil berat mengenai fikrah islamiah. Jadi, dengan izin Allah, sy akan cuba sedaya upaya agar penulisan sy ini dapat menarik sahabat2 sy agar berubah. Tidak lah sy katakan sy seorang yg sempurna ,namun berdasarkan hadis Rasulullah
عن أنس بن مالك قال قال رسول الله صلى الله عليه والسلام لاَيُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتىَّ يُحِبَّ ِلأَخِيُهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Dari Anas bin Malik RA katanya:
“Rasulullah SAW bersabda: “Tiada sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga ia mengasihi saudaranya seperti apa dia mengasihi untuk dirinya sendiri.”

Hadis ini yg menjadi pendorong sy dalam berblog, semoga kita dapat manfaat daripada apa yg tertulis di kitabNya.

Masih Belum Sempurna
Jika dibandingkan blog NurRaHman dengan blog sahabat2 lain, sudah semestinya masih jauh terkebelakang lagi, biasalah, baby baru la katakan..hehehe, dalam mengahrungi dunia yg mencabar ini, baby ini perlulah dididik dengan sebaiknya, dan say maohon jasa baik anda sahabat2 sekalin, didiklah sy untuk memantapkan penyampaian di blog ini,

Anda sahabat2 sy boleh memberikan apa jua cadangan dan pandangan, komen dan kritikan, idea dan sumbangan, atau apa juga, untuk sy memantopkan lagi blog ini. Anda boleh berinteraksi dengan sy di email ini acabsmka@gmail.com atau melalui skype ahmad.asyraf14 . semoga idea2 bernas daripada anda dapat menaikan blog NurRaHman. hanya Allah yg dapat membalasnya.

Mencari Identiti
Hari ini juga adalah peperiksaan kenegaraan bg pelajar2 UPSI (sekejap lagi nak siap2 lah..heheh). apa yg menarik perhatian sy apabila membaca mengenai Identiti Negara, iaitu bunga raya, Jalur Gemilang, Lagu Negaraku, Jata negara M'sia, Bangunan Parlimen, dan Banguna Putra (pusat pentadbiran negara) di putrajaya.

Jadi sy rasa, blog NurRahman Juga perlu ada identiti, supaya bila satu masa nnt, orang terpandang satu2 gambar, terbaca satu2 artikel, mereka akan kata..oohh ini dari NurRahman ni..hehehe..bukan nak riak atau berbangga, ttp ini dpat memberikan satu ingatan yg kuat mengenai apa yg st tuliskan, bila orang terpandang satu2 gambar, mesti orang akan teringat, Eehh...aritu ada terbaca mengenai Tidur dlm blog nurrahman, Haaa.. itu lah tujuan dia...dengan bantuan sahabat2 daripada MyTinta Production, sy sudah mendapatkan Blog Header yg baru..heheh..ok x..(walaupun xada beza sangat dari yg lama).

web Header lama yg tambah baikkan, Cantik x??
NurRahman juga berbesar hati untuk memperkenalkan maskot untuk NurRahman, Kira dia ni mcm duta dlm Blog la kiranya kot..heheh, Kami dah sepakat beri dia nama Abg Man, nama penuh, eerrr..eemm.. xjumpak plak surat beranak dia..kui3....
Fesyen Arab Padang Pasir..hehe
Ni fesyen moden sket, dah mcm baju Naruto pon Ada gak..hehe
InsyaAllah selepas ini, Kebanyakkan entri2 sy akan ditemani oleh Abg Man, heheh.....

Penutup: Doakan Kejayaan.
Dalam sesuatu misi yg diusahakan, pastikan ingin satu kejayaan, sebelum satu kejayaan itu dikecapi, usaha dan usaha perlu dilipat gandakan, Meminjam kata2 dari sahabat blog (kalo salah mintak maap la eekk), Jika Mahu MELANGITKAN Kejayaan, Maka BUMIkan lah usaha dan semangat.

Sahabat2 adalah sumber kekuatan bg sy, 200 pengunjung, 9 follower ini adalah nadi permulaan sy, kehadirian mereka menambahkan sinar dlm semangat sy, jadi apayg sy mohon sahabat2 agar mendoakan sy, dapat berterusan menyampaikan risalah2 agama, dan peringatan, bukan untuk dibanggakan, tp bg saya itulah tanggungjawab sy, sy bukan Pemimpin untuk memberi arahan, Sy bukan pemidato untuk bersyarah, namun Iman sy masih lemah dan goyah, Ini sahaja yg saya mampu untuk menyampaikan dakwah islamiah kepada masyarakat,

sy harap doa kalian dapat mengiringi sy untuk terus menulis, kerana ilmu Allah itu luas, byk lagi yg saya perlu belajar, sy harap sahabat2 sekalian dapat menjadi penyokong sy, Wallahualam.

Abg Man kata:sabda Rasulullah S.A.W berbunyi:
Sekiranya kamu melihat berlakunya kemungkaran,maka cegahlah ia dengan tangan (kuasa),jika kamu tidak mampu cegahlah dengan lisanmu (tegur) dan jika tak mampu juga,memadai dengan membenci perbuatan tersebut dalam hatimu.Dan ia adalah selemah lemah iman.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan