Mencari sesuatu?

Friday, 3 December 2010

Diskusi:Makan+ sedap = Senang Hati?

سم الله الرحمن الرحم 
Dengan Nama Allah,
Yang mengurniakan rezeki,
jadikan kami insan yg suci,
Darah dan daging kami, 
Dan zuriat-zuriat kami,
Agar kami bertaqwa.

Makan+sedap=kenyang
Makan, eemm terasa lapaq la plak..hehe itulah selalunya tabiat kita manusia, sembang pasai makanan sedap..automatik lapar..(samalah dgn sy pon). itulah peranan makan, memenuhkan perut yg terasa lapar. Hakikatnya kita makan untuk hidup (Nyawa milik Allah). tetapi kita jarang ambil tahu, apa yg kita makan, yg kita tahu kenyang..

Namun hakikatnya makanan itulah yg membentuk diri kita, makanan itulah yg menentukan sifat dan tingkah laku kita, Pernah dengar "You are what you eat", hahah..xpenah dengan mmg na kena tumbuk, ini adalah kata-kata dari seorang pakar nutrisi barat Victor Lindlahr, ayat penuh dia mcm ni
"Ninety per cent of the diseases known to man are caused by cheap foodstuffs. You are what you eat."( Bridgeport Telegraph,1923).

Tetapi sebelum mat saleh ni cakap mcm ni, Allah sudah lama memberi peringatan mengenai makan.
Surah Al-Baqarah ayat 168 :
Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

Allah sudah menyuruh kita agar memilih makanan yang HALAL dan YANG BAIK, sebab apa, setiap apa yang dimasukkan kedalam mulut kita, akan membentuk peribadi kita, baik yang dimakan, maka baiklah kita. buruk yg kita makan (bukan kuih batang buruk!!) maka buruklah jadi kita.
Tahukan sahabat2 yg makan yang diproses akan sampai juga kehati. sabda nabi Muhammad S.A.W 
"Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuh badan (jasad), dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad, sesungguhnya ia adalah hati". (Hadis riwayat Bukhari).
Jadi, hati- semasa makan, pastikan yang masuk kedalam tubuh sahabat2 itu adalah yang HALAL, dan YANG BAIK!!.

Info MAKAN Dan MAKANAN
  1. Jom Makan Cara Nabi!!!

    • Memulai makan dengan mengucapkan Bismillah.

    • Hah lupa nak baca?? adeh3 xpa2 nabi cakap 
      • “Apabila salah seorang diantara kalian hendak makan, maka ucapkanlah: ‘Bismilah.’ Dan jika ia lupa untuk mengucapkan Bismillah di awal makan, maka hendaklah ia mengucapkan ‘Bismillahi Awwalahu wa Aakhirahu (dengan menyebut nama Allah di awal dan diakhirnya).’” (HR. Daud Dishohihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shohih Ibnu Majah: 3264)

    •  Makan Dengan Tangan kanan (kalo xada tangan baru guna kaki).
      •  daripada Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah SAW ada bersabda “Apabila seseorang kamu makan, maka hendaklah dia menggunakan tangan kanannya. Ini kerana, Syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya."

    • Makan Dengan 3 jari
      • Kalau makan roticanai boleh la 3 jari, kalau makan nasik mcm mna??
      • Kalau orang cina boleh makan dengan dua batang chopstik, kalo kita pakai 3 jari, mesti boleh pya la..

    • Menjilat jari setelah selesai makan.
      • ada kajian mengatakan, pada tangan @ jari2 terdapat enzim yg 10 kali lebih banyak dari air liur. enzim ni untuk pencernaan makanan, kalo nak cepat cerna, jilat la jari...

    • Duduk seperti duduk antara dua sujud, tapi duduk atas kaki kiri, lutut kanan dia naik huh mcm mna tu??mcm gambar ni --->

    • Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas.
      • Berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
        “Tidak ada bejana yang diisi oleh manusia yang lebih buruk dari perutnya, cukuplah baginya memakan beberapa suapan sekedar dapat menegakkan tulang punggungnya (memberikan tenaga), maka jika tidak mau, maka ia dapat memenuhi perutnya dengan sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafasnya.” (HR. Ahad, Ibnu Majah)
         
    • Hendaknya tidak meniup pada makanan@minuman atau bernafas ketikanya.
      • hadits dari Ibnu Abbas Radhiyallahu’anhu: “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah melarang untuk menghirup udara di dalam gelas (ketika minum) dan meniup di dalamnya.” (HR. At Tirmidzi)
         
    •  Hendaknya mengakhiri makan dengan pujian kepada Allah (Alhamdulillah...) 
Penutup:Ukhwah + kenyang
Dalam satu hadis, daripada Wahsyi bin Harb, daripada bapanya dan daripada atuknya berkata;
أن أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم قالوا : يا رسول الله إنا نأكل ولا نشبع قال : فلعلكم تفترقون قالوا : نعم ، قال : فاجتمعوا على طعامكم ، واذكروا اسم الله عليه ، يبارك لكم فيه

Maksudnya;
“Sesungguhnya para sahabat nabi SAW bertanya, “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya kami makan, tetapi kami tidak pernah merasa kenyang”. Berkata Nabi SAW, “mungkin kamu makan bersendiri-sendirian?”. Jawab sahabat, “benar”. Bersabda Nabi SAW, “berhimpunlah atau berjemaahlah pada makanan kamu, dan sebutlah nama Allah atasnya, mudah-mudahan Allah memberi keberkatan kepada kamu pada makanan tersebut
”. 

Jadi Kalo xmau rasa lapar walaupon makan banyak mna sekalipon, makanla bersama kawan2. dan mulakannya dengan doa.

rujukan:
  1. http://g-82.blogspot.com/2010/02/adab-makan-dan-minum-cara-nabi-saw.html 
  2. http://muslimah.or.id/akhlaq/adab-adab-makan.html 
  3. http://donzaini-hpa.webs.com/apps/blog/show/244313-makanan-haram-gelapkan-hati-  
Abg Man Cakap: Jangan Lupa Baca doa Makan dan selepas makan, Takut2 nnt syaitan makan makanan kita, nak ka???


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan