Sekadar Gambar |
سم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
Yang berkuasa atas HambaNya
Yang menguasai nyawa2 mereka,
Hanya Dia yg layak mematikan.
Mati Adalah Pasti
Lemah kakiku, Makin Longlai... Cara hidup dipadang pasir...Mati adalah pasti, Hidup InsyaAllah...(2x)..
kepada sahabat2 yang biasa mendengar kalimat diatas dialunkan, pasti terasa betapa syahdunya tika mendengarnya, key suara yang dibawa ketika lagu amatlah lemah, seakan2 tidak terdaya lagi, namun terselit kekuatan untuk terus bertahan, kerana Allah yang memegang MAUT itu.
Mcm tu la lebih kurang maknya disebalik lirik tadi, Sebenarnya entri kali ni sy nak ceritakan pasal "Ajal Maut Ditangan Allah" maknanya, kematian seseorang bukan disebabkan apa yang berlaku kepada dia, tetapi ketentuan Allah yang mematikan dia. Namun tidak dapat di nafikan kematian pasti akan berlaku apabila terjadinya asbab yang amat jelas untuk sesuatu kes (paham x??)
Maut datang Menyapa
sebenarnya, sy baru sahaja mengalami satu 'peringatan' itu, Baru ja sbentar sebelum entri ni ditulis (tengah hari) waktu sy membawa kereta, melalui satu jalan kampung (agak kecik gak la..) sy ingat jalan kampung, mesti la xada kenderaan besar yg keluar masuk (waktu tu sy bawak van). jadi sy bawak la dengan agak laju (lebih kurang 50km/h) untuk jalan kampung, xtau dari mana datang, satu lori pickup putih datang dari arah depan, apa lagi..mengelabah la saya, kedebush..masuk semak (masa tu kiri kanan kebun kelapa sawit)..apa lagi..gelabah punya pasai..melelong, dan hampir3 ja langgar pokok kelapa sawit, Maut datang menyapa seketika tanpa sy sedari.
Keadaan aman sebentar, sy meneruskan perjalan...tiba2 sekali lagi sy gelabah, xtau kenapa..satu kereta GEn2 datang, saya ketepi jalan la sikit, dan sekali lagi keadaan yg sama berlaku pada van yg saya bawak..seolah2 van tu dah 'mereng'. Habis tumpah Chemical yg saya bwak, Nasib baik la chemical tu wangi..kalau x abih mati keracunan sy dalam tu, sekali lagi Maut datang menyapa.
Kehidupan,Satu peringatan
Pernah dengar x yang sesuatu perkara yang berlaku terutamnya musibah atau ujian, adalah satu peringatan, dan kehidupan itu adalah waktu pembetulannya, Ya Kehidupan itu satu peringatan, sbb kalau dah mati xdapat nak betulkan kesilapan.eermm...
Firman Allah
“Dijadikan mati dan hidup kepada kamu untuk menguji siapakah yang terbaik amalannya.”(Surah al-Mulk: 3)firman Allah lagi
“Dan Kami (Allah) timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar.” (Surah al-Zukhruf, 43: 48)Dan kehidupan itulah waktunya, selagi kita hidup, Maka perbetulkanlah (cakap kat orang, diri sendiri pon sma!!) Ingatlah, Kita asalnya dari syurga, dan Allah juga yg berhak mengembalikan kita ke kampung kita, jadi, Allah sentiasa membuka jalan untuk kita membetulkan, Hanya kita sahaja yg "LIAT NAK MAMPOS" untuk berusaha kembali ka Kampung Halaman kita, Jannah!!.
Penutup: Ujian Satu Nikmat.
Kenapa pula ujian satu nikmat??? ye la kan, kalau tiada ujian mcm mna kita nak tau tahap kekuatan iman kita?? dan tanpa ujian, mungkin kita akan lalai dalam kehidupan kita, sekali diri ini diuji, kita akan terus ingat kepada Rab pencipta hati2 ini.
Firman Allah swt:
“Dan kami bagi mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan. Di antara mereka ada yang soleh dan di antara mereka ada yang tidak demikian. Dan Kami cuba mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk, agar mereka kembali kepada kebenaran.” (Al A’raf 168).selagi ada waktu selagi itu kita disuruh berusaha untuk membetulkan diri, Belajar lah dari musibah agar diri ini lengkap dan layak untuk kembali ke kampung halaman
Abg Man: Hati-hati ketika memandu, Ingatlah orang yang tersayang, sebelum memulakan perjalanan, mulakan dengan kalimah Allah, :Bismillahirrahmanirrahim..."
No comments:
Post a Comment