Mencari sesuatu?

Thursday 23 December 2010

Nasyid: Devotees-Sahabatku

 
 Sahabatku

Kulayarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat
kau sesungguhnya
Temanku di kala suka dan lara

Tika ku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman
Bagaikan embun hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha yang ESA

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hati ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih
Biarlah waktu menentukan
Nilai ukhwah yang terjalin
Terusakanlah perjuangan
Hingga ketitisan darah yang terakhir

Dan aku...masih di sini
Terus mendaki puncak tertinggi hidupku
Dan aku...terus menanti
Saat yang manis akan berulang kembali
Sahabat...


Sahabat, Apa ertinya
Jika kita hayati lirik lagu ni, terselit makna persahabatan itu, bagi sy persahabatan adalah ikatan atau hubungan antara dua atau lebih (kalau sorang2 tu kawan dengan sapa??). itu kalau dari segi perkataan, kalau makna yg tersirat plak, Mcm boleh ditafsirkan.

Bagi sy Sahabat ini, bila kita susah dia ada, bila kita senang, dia xmintak balas jasa, bila dia susah dia xsusahkan orang keliling dia, bila dia senang, dia berkongsi. bila berpisah dia redha, bila bertemu dia bersyukur, bila kita berjaya, dia yang paling gembira (xtau sbb apa) bila kita tewas, dia yang ceriakan. bila kita buntu dia lah kepala otak kita. bila kita. adakah orang mcm tu kat keliling kita, Harap2 ada la...

Sahabat, cerminan kita
Ada satu kata pujangga yang pernah saya dengar, Sahabat itu cerminan Diri kita, baik sahabat yang kita pilih, baiklah kita. Dan ada satu kata hikmah daripada sabda Rasulullah s.a.w;
“Sesungguhnya sahabat yang soleh itu umpama penjual minyak wangi. Jika kita tidak membeli darinya, tetap kita akan menghidu bau wangi darinya. Sedangkan sahabat yang jahat pula, umpama tukang besi. Walaupun  tidak terkena percikan api, tetap kita merasai bahang panas dan terhidu bau busuk darinya”.
Nah sahabat2 sekalian, Rasulullah antara icon seorang sahabat yang baik, lihatlah sesiapa yang bersahabat dengan Rasulullah, Bagaimana keimanan dan akhlak mereka, budi pekerti mereka, tingkah laku dan adab mereka, Merekalah sababat2 yang terkena 'wangian' daripada Rasulullah. Jadi, carilah sababat yang baik.

Dapat Naungan kerana sahabat?
Sahabat2 esti tahu antara golongan yang akan mendapat naungan arash Allah dihari akhirat kelak kan..? antaranya adalah Mereka yang bertemu dan berpisah Kerana Allah, yang redha dengan pertemuan, dan redha dengan perpisahan.sabda Rasulullah s.a.w;
“Pada hari kiamat Allah akan berfirman: Di manakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Hari ini Aku akan melindungi mereka, sebab hari ini tidak ada perlindungan selain daripada perlindunganKu.” (HR Muslim)

Penutup:sahabat xsemestinya sama umur
Selalu disalah tafsirkan, sahabat it hanya umur sebaya dengan kita, Ya dulu saya pon beranggapan begitu, semasa di sekolah, terasa mereka yang lebih muda, dan yan tua itu bukan dalam kalangan kita, tapi baru sy sedar yang sahabat itu boleh jadi sesiapa sahaja. Seperti Rasulullah dan Saidina Abu bakar, Dua generasi yang berbeza, Hakim ibn Hazm, Ali bin Abi Talib. Dua generasi cilik sewatu kerasulan nabi, juga bersahabat dengan nabi. Jadi adakah kita hanya memilih bulu untuk dijadikan sahabat??

rujukan:
http://www.haluan.org.my/v3/index.php/sahabat-yang-baik-penyelamat-bencana.html

Abg Man: "dua hari lepas abg man berjejak kasih dengan sorang sahabat lama yang dah 3 tahun xjumpak. walaupon 3 tahun dia still ingat sapa nama Abg Man, n apa yg abg Man dah baut kat dia..terharu2 :'). Semoga Allah menjaga hubungan persahabatan antara kami berdua (n_n)v. Bertemu xjemu, berpisah x gelisah..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan