Dengarkan Evolusi Nasyid Malaysia!!
Fenomena Nasyid sudah bermula!!!
Kalau dulu kita dihidangkan dengan alunan lagu2 munajat daripada kumpulan The Zikr, Qartunnada, Nada Murni, Lalu datang pula kumpulan2 nasyid daripada nusantara seperti aljawahir, ElSuraya, AlMizan dan banyak lagi. Mereka ini lebih tertunpu kepada rentak2 masri dan qasidah. senang cerita, lagu2 berirama padang pasir...
Namun arus muzik negara sungguh cepat berevolusi. Maka satu anjakan paradikma nasyid pon sama2 bergerak ke demensi baru. Maka wujudlah pula nasyid moden. kumpulan2 seperti raihan, Rabbani, Hijjaz, saujana, Huda dan banyak lagi mula wujud. Dan untuk pengetahuan sahabat2 sekalian. sebahagian daripada mereka ini adalah asalnya daripada kumpulan nasyid generasi pertama yg saya sebutkan sebelum ini (nun kump kat atas tu...) mereka beralih kepada muzik moden demi memastikan mesej dapat diteruskan dan diteima umum.
namun begitu, kegilaan masyarakat sering kali berubah2, kemunculan kumpulan2 remaja (band2 pon dan pop rock ketika tu) mmg menjadi2. Untuk pastikan nasyid tidak dipinggirkan. mAka wujud pula kumpulan nasyid generasi 3 seperti Inteam, UNIC, Mestica, Far East, Mirwana dan ramai lagi.
Namun begitu, kebanjiran artis2 melimpahi industri nasyid, kemunculan program realiti yang menjadi2 menenggelamkan kumpulan2 nasyid, mau tak..berapa ramai yg nayi lagu2 selain nasyid, orang yg mengalunkan nasyid plak boleh dibilang dengan jari...huhu.
satu langkah drastik telah diambil kumpulan2 nasyid ini dengan masing2 berpecah membawa haluan sendiri. ada yang bergerak solo, dan ada yang menubuhkan kumpulan yang baru. dengan satu tujuan, menambahkan bilangan penasyid2 di Malaysia.kebetulan pula pada masa tu artis nasyid solo dapat perhatian pulak contoh seperti AMAR, Akhil Hayy dan Muad'z. jadi antara yang bergerak solo sekarang. Suhaimi (Inteam), Fitri (UNIC), Hafiz hamidun(UNIC) Nazri Johari (Raihan).
Irama Nasyid Mula Berubah!
menyedari irama nasyid sudah sukar untuk menembus minat masyarakat. satu revolusi irama nasyid dengan beraninya membawa rentak2 terkini. Bermula dengan kumpulan seperti Rabbani, bergabung dengan irama daripada KRU iaitu Rap tetapi masih membawa lirik2 dakwah penuh. dan diikuti dengan Raihan, membawa irama2 global seperti rentak2 dari China India dan Negara2 asia lain.
Lalu datang MIrwana, membawa irama Pop dalam nasyid, UNIC menyelitkan Rapping hiphop dlam lagu mereka. hAfiz Hamidun lebih bayak menggunakan irama Jazz dalam lagu2 nya. Akhbar, memegang irama Hip Hop dalam irama nasyidnya..dan banyak lagi yang sudah mengikut jejak mereka.
menyedari irama nasyid perlukan pelapis yang baru, satu program telah dilaksanakan iaitu, Akademi Nasyid. maka lahirlah pula kump Muslim Voice, kump.Voice of Men, Aiman, Azhan Atan dan beberapa orang lagi. ini sedikit sebanyak merancakkan lagi industri nasyid Malaysia.
Tidak cukup dengan itu, menyedari ramai pengamal nasyid (betoi ka ayat sy guna nih..???) yg menyayikan lagu2 nasyid di Myspace, Youtube, Facebook yg terbaru, membolehkan para penerbit nasyid menarik mereka keluar dari kepompong mereka untuk tampil ke dunia nyata..(haha ayat xbleh blah)lahir pulak kumpulan seperti Demascus (anak didik Mirwana) Nice (kalau xsilap dibawah Inteam).Muadz jugak lahir dari youtube. dan ada la beberapa lagi, xingat pulak sy..hehe
dan baru2 ini tahun 2010, pertandingan NAsyid Underground telah diadakan, bagi mengenegahkan kumpulan2 ini, tetapi mereka ini lebih 'brutal' heheh sebab apa...mereka hampir kesemuanya menggunakan instument2 moden besertakan percussion2 yang banyak. waahh...maka lahirlah antaranya kumpulan FRENZ ,SaLJUK [ Vocal Group ] ,Divinite vocal group and SixThirty.
Penutup:dakwah diutamakan
tidak kesah la apa pon irama nasyid sekarang, asalkan ianya mngutamakan dakwah islamiah dalam bait2 lirik mereka. Lagu-lagu mereka mestilah tidak melalaikan pendengar dan yg paling penting, mampu menarik minat pendengar dan secara tidak langsung mengajak masyarakat untuk brubah kearah kebaikan.
Tahniah kpd akh asyraf d atas entri nie...semoga mnjadi pndukung smgat dakwah kpd remaja2 masakini dlm bidang nasyid ini,,insyAllah..
ReplyDelete@M A Nabeel Ismailxlayak rasanya tuk jadi pendukung dakwah..rasa diri ni banyak lagi kekurangan
ReplyDelete