Mencari sesuatu?

Monday 28 December 2015

Sudut SIHAT

Dengan Nama Allah yang Menguasai

Seluruh Hati-Hati Insan

Gelagat manusia sejagat. Ada yang sihat, sakit dan semakin tenat. Namun begitu, sakitnya tidak pula diendah kerana nikmatnya kesenangan dunia itu mampu melekakan setiap dari penghuninya yang mudah terbawa-bawa dengan keindahan hiasan mata kasar yang bersifat sementara.

Terlihat pada mata insan, ada yang hidupnya boleh dikategori dalam lingkungan senang, tidak susah, sukar hingga kereta dirumahnya tidak lagi muat nak diparking  dalam kawasan garaj rumah. Secara zahirnya, tubuh badan masih lagi gagah, cukup kuat untuk melakukan kerja-kerja lapangan sehebat buruh-buruh binaan yang cuma berteduh dibawah sehelai baju lusuhnya, atau cuma mungkin teduhannya cuma pada lapisan nipis kulit yang dibiar terus dimamah terik mentari yang menusuk.

Begitulah suasana sebenar dalam keramaian jagat manusia yang perlbagai peringkat dan golongan, Bagi sesetengahnya, berpendapat bahawa darjat dan kedudukannya cukup tinggi untuk dijadikan sebagai tiket bagi membenarkan dia menghina dan mengherdik orang lain sesuka hati gilanya. Dan itulah salah satu penyakit yang sinonim dan sering membarah dalam kalangan mereka yang boleh dikategorian dalam golongan yang berkedudukan dan senang namun sakit. Hakikatnya hati dan nurani nya tenat. Hati mereka ini memerlukan ubat, perlu segera dirawat supaya tidak lagi terus-terusan melarat. Hati mereka ini tidak lagi dihuni rasa belas dan kasih sayang sesama makhluk sebaliknya telah penuh diisi dengan sifat sombong dan bongkak dengan harta dan kesenangan yang diberi pinjam buat sementara. Apa mungkin dia tidak lagi sedar bahawa harta kekayaan itu cuma bersifat sementara karena setelah kematiannya kelak, harta yang menggunung tidak lagi ada gunanya melainkan cuma 3 perkara yakni, sadaqah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak-anak soleh/solehah.

Lalu apa jaminannya dengan kekayaan yang menggunung itu akan membahagiakan kita sampai kapan pun. Atau mungkin dengan wang yang berkepuk-kepuk tersebut kita mampu menyogok empunya nikmat bagi memberatkan mizan kebajikan kita kelak. Mampu?

Namun begitu, sakit yang seperti ini tidak hanya melekat pada golongan mereka yang berada dan berkedudukan cuma, malah ada juga kerak-keraknya menempel dalam kalangan mereka yang biasa-biasa. Bagi mereka, kerja label-melabel orang lain itu merupakan suatu pekerjaan yang berjaya dan bergaya. Mungkin pada hematnya mereka akan lebih terlihat gah bila sering melabel orang lain dengan labelan itu dan ini, begitu dan begini. Apa mereka fikir segala yang Allah aturkan dalam hidup hambaNya ini semuanya sia-sia belaka? Jika tidak, mengapa dipertikai kuasaNya?
Kau buat sesuatu pasti ada sebabnya dan musababnya. Dia buat sesuatu, dia juga ada alasan dan penjelasannya. Takyah nak sibuk-sibuk mereka drama cerita. Ngomong kosong. Cakap banyak, busuk mulut. herrr

Situasi. Bila ada yang bermurah hati untuk menderma atau menyampaikan sumbangan kepada mana-mana agensi yang memerlukan, pasti ada dalam kalangan mulut-mulut busuk yang berbunyi. Pelbagai tajuk, pelbagai bau. Busuk.

Dikatanya, "Eh, si Mamat tu. Tahu la duit banyak. Duk derma masjid sana, masjid sini. Nak menunjuk kat orang yang dia berduit laa tu."

Ada juga yang bunyi " Alaaaa, Abu tu buat tawaran nak hantar orang kampung yang terpilih pegi buat umrah. Saja la tu nak tunjuk yang dia tu pemurah. Nak jadi ketua kampung la tu,"

Erghhh.. Pelbagai sangat perangai pun. Dah macam pelangi. Meriah sangat dengan warna. Pelangi takpa la lawa warna-warni. Ni kalau hampa duk buat perangai haru biru gitu huduh tadak arah dah orang tengok. Orang kata kalau tak boleh nak senangkan orang janganlah pulak kita menyusahkan orang. Duk diam-diam pun boleh kan. Pilihan ditangan kita. Yang duk gagah pi buat perangai bukan-bukan tu buat apa. Mau duk relaks sudah laa. Haihhh

Akhir sekali, kita simpul la kot. Simpul kasih, simpul mati hidup semula. (okay, merapu ja. maaf). Tulis panjang berjela-jela pun satgi awok-awok cemuih pulak nak baca.
Yedak?
Gini laa, mudahnya yang boleh saya simpulkan berkenaan entry santai kali ni adalah seperti yang berikut. (sat santai, sat formal. Gaya tulis pedia pon taktau laa)

Dalam hidup ni tak perlu lah kita nak all out sangat duk mengata, label orang sana sini. Cukup lah orang dah benci tengok label-label harga barang kat kedai yang berangka 'gemok' tu. (paham-paham sniri la 'gemok' tu pedia.tak larat nak sara.) Sudah lah, tak perlu lah awok-awok nak buang masa duk canang cerita yang tak punya faedah untuk membangunkan negara dan ummah khususnya. Satgi kot malaikat catat amalan buku kiri hangpa sampai out of service tak ke naya. Melarat, tak tenang dunia, tak harmoni suasana.

Kalau lah kita benar-benar sedar dan hayati yang betapa tugas kita terlahir didunia ini bukan cuma untuk memeriahkan ruangannya cuma. Namun, kita dicampakkan disini untuk mengimarahkan setiap sudut ruang ini dengan amal kebajikan. Tak mengira siapa dan apa-apa pun. Maka dengan itu, kehidupan sejagat bakal menjadi lebih teratur, aman, harmoni, bahagia dan sejahtera. Bahtera merdeka. Ehh.

Seterusnya, harapan saya selaku penulis di ruangan ini dan pengkerapu di entry yang ni pastinya saya mahu saya dan kita semua agar sedaya upaya cuba untuk mengamalkan gaya hidup sihat yang sebenarnya. Tidak cuma menjaga diet pemakanan harian, malah turut menjaga diet dalam mengeluarkan hujah yang tak berapa nak macam hujah sangat. Mungki lebih kepada meludah. Kan tak beradab gitu. Tak baik.

Jadinya, sampai sini dulu kot saya berceloteh dengan awok-awok seme. Selebihnya, macam biasa kalau ada apa-apa cadangan atau komen mengenai gaya penulisan atau isi yang saya sampaikan tak berapa nak kena, mohon kalian tak segan silu memberi komentar terus kepada saya. InsyaAllah saya baca dan terima dengan hati, dada, jantung yang terbuka.
Tambahan. Mohon doa dari kalian pembaca-pembaca Secerah NurRahman yang soleh dan solehah sekalian agar kita sama-sama dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat.

Sekian.. Jumpa lagi. Walau tak tau lagi bila. Doakan. :D

Assalamualaikum.

Thursday 10 September 2015

'Bareh'. Kredit. Pinjaman. Tunggakan. Hutang...

Dengan Nama Allah,
Dia lah Pemilik seluruh harta kekayaan
disini jua disana..

Dalam kehidupan yang serba mencabar. Diuji dengan pelbagai perkara luar dan dalam. Menempuh, meredah onak duri yang tersedia tajam. Semuanya telah diatur, dirancang sempurna oleh Dia empunya alam. Yang pastinya apa yang terbentang hanyalah untuk mematangkan hamba bukan mengganggu gugat tenteram. Percayalah, sesungguhnya setiap yang menimpa kita punya hikmah yang perlu diselam bagi menzahirkan segala yang terpendam. Pada setiap masalah yang mencengkam, pasti diserta dengan jalan keluar. Allah tidak zalim...

Dunia kian tua bertambah usang, negara kian maju bertambah gemilang, manusia kian lupa bertambah lancang. Leka, lena dalam mudah dan senang. Semakin lalai, terbuai bersama ayunan kebejatan teknologi yang membuai angkuh, menyemai malas, ukhwah sesama ummah kian terabai terbiar lemas.

Entry saya yang ini tidak lah berkisar tentang perkara dan informasi yang berat untuk kita sama-sama
fikir dan cerna. Setiap perkataan yang saya sematkan pada ruangan tajuk untuk entry yang ini semuanya berkisar pada satu makna yang sama, iaitu HUTANG. Jadi, untuk entry saya yang ini ingin saya kongsikan serba sedikit berkenaan tips-tips untuk kita membebaskan diri dari belenggu HUTANG yang pastinya memberatkan langkah kaki, memperlahankan pertumbuhan sistem kewangan sendiri.

Takmau celoteh pepanjang. Jom sama-sama kita selidik dan baca butir-butir perkongsian saya dibawah.

 Semoga ianya membawa berjuta manfaat untuk kita amalkan dalam menempuhi liku-liku hidup yang kian sukar dan menekan rohani dan jasmani ini.

Selamat membaca, dan jangan lupa berkongsilah jika ianya benar bermanfaat untuk kita semua... :)

Tips Bebas Hutang:

1. Doa pada Allah usah jemu, jangan berhenti. Selalu!
Doa itu senjata paling ampuh bagi sekalian mukmin. Mereka yang berIMAN percaya dengan yakin bahawa Allah adalah sebaik-baik penolong dalam setiap permasalahan dan kesulitan yang dialami. Walau seberat mana, meski sesukar apa pun ujian yang singgah dalam hidup mereka, mereka percaya bahawa Allah pasti akan melorongkan jalan keluar, memberikan solusi agar hamba-hambaNya tidak terus ditekan dan terbeban dengan ujian. Justeru, sentiasalah berdoa kepada Dia agar sentiasa dijaga kesucian IMAN, dipermudahkan segala kesulitan, dilancarkan segala permasalahan, diselamatkan sepanjang perjalanan dalam meneruskan kelangsungan kehidupan. Sesungguhnya Dia sentiasa mendengar rintihan hamba, malah sentiasa rindu mendengarkan doa dan rintihan kita. Semoga kita sentiasa dalam jagaan Tuhan..

2. Islam mengajar supaya tanamkan azam untuk bayar.
Sebagai seorang Muslim, Islam mewajibkan kepada setiap ummatnya agar membayar semula hutang, jika pernah berhutang. Berusaha untuk melangsaikan hutang yang pernah diwujudkan. Hal ini kerana bagi menjaga hak pihak yang telah memberi hutang, supaya tidak teraniaya. Justeru, Islam menganjurkan agar ummatnya yang berhutang supaya menanamkan azam dalam diri bahawa akan sedaya mungkin cuba untuk membayar hutang tersebut.

3. Bayar walau sedikit demi sedikit. Cuba!
Walau apa pun keadaan kita, sebolehnya ajar diri untuk terus bayar tanpa tertinggal walau sebulan atau sehari. Cuba sedaya mungkin, usaha dengan penuh yakin, nescaya Allah akan bantu. InsyaAllah! Bayarlah hanya cuma sedikit, mudah-mudahan dengan istiqomah hutang akan langsai dengan mudah, walau awalnya terasa sedikit sukar dan susah.

Dalam hal yang ini, si pemiutang janganlah pula kejam. Berikan masa kepada si penghutang. Hargai usaha dia (penghutang) untuk melangsaikan semula hutang-hutangnya, walaupun cuma dengan cara bertatih sikit demi sedikit. Raikan usaha orang, insyaAllah, hidup bertambah tenteram, aman dan damai. :)

4. Bantu membayar hutang rakan kala mana kita tidak terikat dengan bebanan hutang.
Antara sunnah baginda Rasulullah SAW adalah saling bantu membantu. Baginda sangat gemar membantu mereka yang dalam kesusahan atau kesulitan tanpa mengira warna kulit, kaum, ataupun agama seseorang. Sungguh mulia sifat baginda.

Tiada salahnya jika kita yang dalam kondisi sedikit senang untuk menghulurkan tangan memberi bantuan kepada rakan yang dalam kesempitan hidup umumnya, dan mereka-mereka yang tersepit dalam tanggungan hutang khususnya.
"Tangan yang diatas lebih baik daripada tangan yang dibawah"
Siapa tahu hari ni hidup kita senang, kita bantu orang yang kurang senang, belakang hari kita susah orang pula bantu kita agar bebanan yang ditanggung menjadi lebih mudah.
Aman, Damai dan Harmoni.. Tak gitu?

5. Utama melangsaikan hutang daripada bersedekah harta.
Dilema antara tuntutan sunnah dan kewajiban sebagai seorang peminjam wang kepada seseorang atau sesebuah institusi yang perlu diperjelaskan selantas dan sekilat mungkin mengikut aturan ketetapan yang telah dipersetujui antara dua pihak. Antara 'penghutang' (orang yang berhutang) dan 'pemiutang' (orang yang memeberi hutang).

Konteks sedekah didalam point yang ini tidak lah merujuk kepada sedekah harian kita seperti mengeluarkan wang saku berjumlah ringgitan cuma untuk tabung masjid, tabung madrasah dan sebagainya. Ia berikutan sejumlah wang yang besar seumpama kita mengeluarkan ribuan wang untuk diinfakkan kepada mana-mana badan kebajikan atau yang sewaktunya. Maka, untuk hal yang ini tidak lah digalakkan melainkan perlu didahulukan yang aula yakni melangsaikan hutang-hutang kita, itu yang utama.

Hal ini kerana melangsaikan hutang itu adalah WAJIB, dan bersedekah itu adalah SUNAT.

6. Sambungkan silaturrahim
Menurut point perkongsian dari Ustaz Ahmad Dusuki mengenai tips bebas hutang yang ini. Katanya,  "..percepatkan melangsungkan perkahwinan, kerana dengan perkahwinan itu mampu menambahkan rezeki.." 
Untuk yang belum kahwin, boleh lah cuba try test searching calon siap-siap. Bagi yang dah kahwin pun boleh jugak. Kalau berani, seaching lagi satu cawangan. Ehhh! (kalau berani laaaa..haha)

Info tambahan: Mudah dalam urusan dan murah dalam hantaran. (hahaha :P)

7. Lazimkan solat sunat dhuha dan membaca surah al-Waqiah
Umumnya, dengan mendekatkan diri kita dengan Sang Pencipta, Allah SWT secara tidak langsung dapat membawa dan memberikan kita ketenangan dan dipermudahkan dalam setiap urusan yang kita ingin jalankan. Hal ini termasuklah urusan harian kita ataupun urusan-urusan lain yang berkepentingan dan memerlukan kudrat tulang empat kerat kita ini.

Namun, dalam point saya yang ini ada sedikit perkongsian amalan yang lebih spesifik dan berkaitan dengan urusan menjemput rezeki dan memudahkan segala urusan harian kita khususnya. Apakah amalan yang saya maksudkan itu? (baca baliklah main point kat atas tu. takdak qeja aku nak tulis bebanyak kali.heheh)

Sedikit maklumat mengenai solat sunat dhuha menurut petikan hadis Nabi Muhammad SAW.
Sabda Nabi yang bermaksud,
"Barangsiapa yang menjaga solat Dhuhanya, nescaya diampuni Allah baginya segala dosa walaupun banyaknya seperti buih-buih dilautan." (HR Ibn Majah dan At-Tirmidzi)

Dalam suatu riwayat yang lain, Nabi bersabda yang bermaksud,
"Dua rakaat Dhuha itu menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Info berkenaan Surah Al-Waqiah. Surah al-Waqiah merupakan surah yang ke-56 di dalam al-Quran, terletak pada juzuk 27 dan terdiri daripada 96 ayat. Surah al-Waqiah, antara nama lainnya juga dikenali sebagai Surah Kekayaan.
Berkaitan surah ini, terdapat juga hadis-hadis Nabi yang menceritakan berkenaan fadhilat atau kelebihan surah ini. (saya tak nyatakan kat sini. malas nak suap banyak sangat. usaha cari sendiri.hurrrr)

Justeru, amalkan amalan ini dengan hati yang ikhlas memohon rezeki dari-Nya. Jangan pula kita berniat untuk semata kaya di dunia, namun biar jauh dilubuk hati kita mahukan rezeki agar dapat kita melakukan ibadat kepada-Nya dengan mudah dan tenang serta dapat melakukan amal jariah dengannya. Semoga Allah memperkenankan doa-doa dan menerima setiap dari amalan-amalan kita.

*Info tambahan:- adalah lebih baik meringankan tubuh badan kita untuk bangun berthajjud dikala sepertiga malam. Kerana padanya punya suatu nikmat kekuatan yang buktinya ada pada mereka yang telah mengamalkannya. (Pastinya, buktinya bukan pada saya. Saya sendiri belum istiqamah untuk yang ini. InsyaAllah kita usaha sama-sama.amiin.) -_-"

8. Sedekahkan kepada anak-anak yatim. Minta doa mereka untuk kita.
Walaupun point ini merupakan pecahan kelapan dari sembilan, tapi point ini merupakan yang terakhir saya tulis dalam entry yang ini. (saja nak ja nak habaq)

Mengenai point yang satu ini, saya punya satu kisah untuk dikongsi bersama kalian pembaca yang budiman, hensem, cantik, kacak, bergaya, muda, remaja semuanya. hahaha

Kisahnya berkenaan seroang hamba Allah yang mempunyai jumlah hutang yang agak tinggi juga jumlahnya. Bukan 'agak tinggi' sebenarnyam tapi memang tinggi sangat-sangat lah kalau dah kredit sampai RM65 Juta.(hutang sebab apa takyah tahulah. maybe sebab business atau sebagainya lah kot.)

Utamanya, apa yang saya nak ceritakan disini adalah mengenai kisah bagaimana beliau membuat persiapan bagi melangsaikan hutang-hutang yang menggunung tersebut.

Antara amalan yang beliau lakukan sebagai persiapan dan 'asset' untuk melangsaikan hutang-hutangnya bukanlah hanya sekadar mengumpul harta, wang, atau asset pegun atau bergerak dan sebagainya. Sebaliknya, beliau mengamalkan solat Tahajjud, solat sunat Dhuha, istiqamah dalam mewirid al-Waqiah sebagai pemula hari-harinya. Semua amalan sunat tersebut dilakukan selama 41 hari tanpa putus.
Selain itu, beliau juga ada melakukan sedikit amal jariah kepada anak-anak yatim yang berdekatan dan memerlukan bantuan dari orang yang seakan senang sepertinya. Disamping itu, beserta dengan sedekah yang diberikan tersebut, beliau tidak lupa berpesan kepada anak-anak tersebut agar menyediakan suatu sesi dalam tadahan doa mereka untuk dirinya agar diampunkan dosa-dosa dan dipermudahkan segala urusannya didunia juga akhirat kelak. Bermula sejak dari itu, anak-anak itu tidak henti bangun berdoa diketika hening pagi memohon doa kepada Tuhan Rabbul 'Izzati. Pada setiap lirik doa mereka, tidak pula ketinggalan bahagian buat si penderma yang bermurah hati(Penghutang tadi laa).
Maka diringkaskan ceritanya, kurang lebih dua minggu, hutang-hutang tadi berjaya dilangsaikan. AJAIB. Sangat ajaib andai ditekuni menurut akal dasar, namun tidak pula mustahil jika diteladani menggunakan IMAN yang telus dan murni.

Apa yang nak disampaikan melalui kisah ini bukanlah mengenai keajaiban yang terjadi. Tapi mengenai kuasa doa dan amalan yang mendekatkan diri kepada Illahi. Dan jika kita mengimani bahawa Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, maka apakah mungkin Allah tega melihat hambanya parah didera sempitnya ditekan hidup yang sukar dan mencabar. (*kisah seorang Dato' Seri)

Semoga terinspirasi! ;)

9. Tinggalkan maksiat kepada Allah.
Berkaitan MAKSIAT, menurut perbincangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-39 yang bersidang pada 21 Sep 1995:

"Maksiat dari segi bahasa bermakna derhaka manakala dari segi istilah merupakan perbuatan yang membawa dosa iaitu yang bertentangan dengan akidah, syariat dan ajaran Islam sama ada dengan melakukan larangan Allah dan Rasul atau meninggalkan suruhan Allah dan Rasulnya, dengan kata lain melakukan yang haram dan meninggalkan yang wajib. Perbuatan tersebut memberi kesan kepada kehidupan seseorang dalam akidah, syariat mahupun akhlak." (Dipetik dari Portal Rasmi Fatwa Malaysia)

Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, maksiat membawa maksud:

"Perbuatan yang melanggar perintah Allah, perbuatan yang berdosa (yang keji)."

Jadinya, kita balik kepada definisi-definisi MAKSIAT yang telah saya ketengahkan diatas tadi. Semuanya berkait rapat dengan perbuatan kita sebagai manusia juga hamba yang seakan terlupa tentang tugas dan tujuan sebenar hidupnya kita dimuka dunia. Kita seakan terlalu berbangga dan leka dengan kesenangan hidup yang sementara. Leka dalam angan yang indah, lena dalam sesat yang semakin parah.

Justeru, merujuk kepada makna-makna maksiat tersebut. Mana mungkin, seorang hamba yang ingkar kepada Tuannya akan dikasihi dan dibantu tolong pada ketika waktu dia ditimpa kesusahan. Ironinya, manusia sering mengambil mudah tentang kelangsungan hidup mereka seharian. Sehingga mereka tidak lagi mengambil kisah berkenaan keRedhaan Dia Sang Pencipta nyawa dan udara. Mudahnya, tanpa keredhaan Allah kehidupan kita, ia secara tidak langsung mengurangkan keberkatan dari Allah kepada kita.

Mungkin ada yang berkata, "Eleehhhh, aku tak pernah solat pun. Tapi boleh je jadi kaya. Senang lenang je hidup aku." "Alaaaa, buat ape nak buat baik. Aku tengok orang baik asyik kena tindas je."
Kepada mereka yang punya rasa seperti ini didalam diari hatinya, yang terdetik begini didalam kotak fikirnya. Tahukah anda, bahawa didalam hidup manusia, antara dia dan Pencipta wujud satu anugerah yang bernama  ISTIDRAJ. Istidraj ni mudah cerita dia macam anugerah Allah kepada untuk menambahkan lagi kesesatan, kesombongan, keingkaran hamba kepadaNya. Kalau nak tau lebih lanjut lagi pasal istidraj ni, boleh lah kot pi cari/tanya kat ustaz mana-mana. Belajaq lah mencari sikit. Jangan dok harap orang suap ja. Besaq dah kann.. :P
-MYR- CONTOH-

Dan itulah serba sedikit perkongsian dari saya berkenaan tips untuk kita membebaskan diri dari hutang piutang dalam hidup ini. Benar, hutang mampu menjadikan manusia jadi lebih kejam dari binatang. Betul, kredit boleh tukarkan manusia dari bersih jadi kotor dengan cairan merah dik turutan nafsu amarah yang gagal disanggah. Naudzubillah. Moga kita terhindar. insyaAllah.

*Akhir Kalam. Dalam Entry saya yang ini bukanlah niat saya sebagai penulisnya untuk menampakkan saya sebagai seorang cerdik pandai dalam bidang yang satu ini. Namun, ianya cuma sekadar buah tangan yang berupa perkongsian terbuka dari saya selaku penulis diruangan ini untuk kalian si pembaca yang setia dan sentiasa mahukan input-input positif yang berguna demi kelangsungan hidup semasa yang lebih seimbang dan saksama.

Namun begitu, saya amatlah berbesar hati kiranya ada dari kalangan kalian yang mempunyai & sudi memberi pandangan dan saranan berkenaan cara penulisan dan pengutaraan topik dari saya (khususnya) dalam menyampaikan sesuatu perkara didalam ruangan ini. Siapa tahu, dengan bantuan dan cadangan dari pihak kalian bisa membantu dan memperbaiki gaya bahasa dan penyampaian saya dalam ruangan ini agar menjadi lebih baik dan menarik untuk tatapan semua. Kerna pastinya, setiap daripada kita itu sudah dikurniakan kelebihan dan kekurangan dalam dirinya oleh Tuhan yang Maha Mencipta.
Atas segala sokongan dan dorongan daripada kalian sang pembaca dan pencinta ilmu yang setia, dengan ini saya dahulukan ucapan jutaan terima kasih yang tak terhingga diatas perhatian kalian kepada kami semua penulis di ruangan ini umumnya.
SYUKRAN JAZILAN!!  =)



**Setulusnya hati ini menulis dengan penuh rasa kecintaan. Setelah sekian lama menyepi, mengejar masa untuk menghabiskan sisa-sisa pengajian disini. Semoga Allah Redha.. Tutup. :)

Semoga bermanfaat... ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan