Mencari sesuatu?

Monday 28 December 2015

Sudut SIHAT

Dengan Nama Allah yang Menguasai

Seluruh Hati-Hati Insan

Gelagat manusia sejagat. Ada yang sihat, sakit dan semakin tenat. Namun begitu, sakitnya tidak pula diendah kerana nikmatnya kesenangan dunia itu mampu melekakan setiap dari penghuninya yang mudah terbawa-bawa dengan keindahan hiasan mata kasar yang bersifat sementara.

Terlihat pada mata insan, ada yang hidupnya boleh dikategori dalam lingkungan senang, tidak susah, sukar hingga kereta dirumahnya tidak lagi muat nak diparking  dalam kawasan garaj rumah. Secara zahirnya, tubuh badan masih lagi gagah, cukup kuat untuk melakukan kerja-kerja lapangan sehebat buruh-buruh binaan yang cuma berteduh dibawah sehelai baju lusuhnya, atau cuma mungkin teduhannya cuma pada lapisan nipis kulit yang dibiar terus dimamah terik mentari yang menusuk.

Begitulah suasana sebenar dalam keramaian jagat manusia yang perlbagai peringkat dan golongan, Bagi sesetengahnya, berpendapat bahawa darjat dan kedudukannya cukup tinggi untuk dijadikan sebagai tiket bagi membenarkan dia menghina dan mengherdik orang lain sesuka hati gilanya. Dan itulah salah satu penyakit yang sinonim dan sering membarah dalam kalangan mereka yang boleh dikategorian dalam golongan yang berkedudukan dan senang namun sakit. Hakikatnya hati dan nurani nya tenat. Hati mereka ini memerlukan ubat, perlu segera dirawat supaya tidak lagi terus-terusan melarat. Hati mereka ini tidak lagi dihuni rasa belas dan kasih sayang sesama makhluk sebaliknya telah penuh diisi dengan sifat sombong dan bongkak dengan harta dan kesenangan yang diberi pinjam buat sementara. Apa mungkin dia tidak lagi sedar bahawa harta kekayaan itu cuma bersifat sementara karena setelah kematiannya kelak, harta yang menggunung tidak lagi ada gunanya melainkan cuma 3 perkara yakni, sadaqah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak-anak soleh/solehah.

Lalu apa jaminannya dengan kekayaan yang menggunung itu akan membahagiakan kita sampai kapan pun. Atau mungkin dengan wang yang berkepuk-kepuk tersebut kita mampu menyogok empunya nikmat bagi memberatkan mizan kebajikan kita kelak. Mampu?

Namun begitu, sakit yang seperti ini tidak hanya melekat pada golongan mereka yang berada dan berkedudukan cuma, malah ada juga kerak-keraknya menempel dalam kalangan mereka yang biasa-biasa. Bagi mereka, kerja label-melabel orang lain itu merupakan suatu pekerjaan yang berjaya dan bergaya. Mungkin pada hematnya mereka akan lebih terlihat gah bila sering melabel orang lain dengan labelan itu dan ini, begitu dan begini. Apa mereka fikir segala yang Allah aturkan dalam hidup hambaNya ini semuanya sia-sia belaka? Jika tidak, mengapa dipertikai kuasaNya?
Kau buat sesuatu pasti ada sebabnya dan musababnya. Dia buat sesuatu, dia juga ada alasan dan penjelasannya. Takyah nak sibuk-sibuk mereka drama cerita. Ngomong kosong. Cakap banyak, busuk mulut. herrr

Situasi. Bila ada yang bermurah hati untuk menderma atau menyampaikan sumbangan kepada mana-mana agensi yang memerlukan, pasti ada dalam kalangan mulut-mulut busuk yang berbunyi. Pelbagai tajuk, pelbagai bau. Busuk.

Dikatanya, "Eh, si Mamat tu. Tahu la duit banyak. Duk derma masjid sana, masjid sini. Nak menunjuk kat orang yang dia berduit laa tu."

Ada juga yang bunyi " Alaaaa, Abu tu buat tawaran nak hantar orang kampung yang terpilih pegi buat umrah. Saja la tu nak tunjuk yang dia tu pemurah. Nak jadi ketua kampung la tu,"

Erghhh.. Pelbagai sangat perangai pun. Dah macam pelangi. Meriah sangat dengan warna. Pelangi takpa la lawa warna-warni. Ni kalau hampa duk buat perangai haru biru gitu huduh tadak arah dah orang tengok. Orang kata kalau tak boleh nak senangkan orang janganlah pulak kita menyusahkan orang. Duk diam-diam pun boleh kan. Pilihan ditangan kita. Yang duk gagah pi buat perangai bukan-bukan tu buat apa. Mau duk relaks sudah laa. Haihhh

Akhir sekali, kita simpul la kot. Simpul kasih, simpul mati hidup semula. (okay, merapu ja. maaf). Tulis panjang berjela-jela pun satgi awok-awok cemuih pulak nak baca.
Yedak?
Gini laa, mudahnya yang boleh saya simpulkan berkenaan entry santai kali ni adalah seperti yang berikut. (sat santai, sat formal. Gaya tulis pedia pon taktau laa)

Dalam hidup ni tak perlu lah kita nak all out sangat duk mengata, label orang sana sini. Cukup lah orang dah benci tengok label-label harga barang kat kedai yang berangka 'gemok' tu. (paham-paham sniri la 'gemok' tu pedia.tak larat nak sara.) Sudah lah, tak perlu lah awok-awok nak buang masa duk canang cerita yang tak punya faedah untuk membangunkan negara dan ummah khususnya. Satgi kot malaikat catat amalan buku kiri hangpa sampai out of service tak ke naya. Melarat, tak tenang dunia, tak harmoni suasana.

Kalau lah kita benar-benar sedar dan hayati yang betapa tugas kita terlahir didunia ini bukan cuma untuk memeriahkan ruangannya cuma. Namun, kita dicampakkan disini untuk mengimarahkan setiap sudut ruang ini dengan amal kebajikan. Tak mengira siapa dan apa-apa pun. Maka dengan itu, kehidupan sejagat bakal menjadi lebih teratur, aman, harmoni, bahagia dan sejahtera. Bahtera merdeka. Ehh.

Seterusnya, harapan saya selaku penulis di ruangan ini dan pengkerapu di entry yang ni pastinya saya mahu saya dan kita semua agar sedaya upaya cuba untuk mengamalkan gaya hidup sihat yang sebenarnya. Tidak cuma menjaga diet pemakanan harian, malah turut menjaga diet dalam mengeluarkan hujah yang tak berapa nak macam hujah sangat. Mungki lebih kepada meludah. Kan tak beradab gitu. Tak baik.

Jadinya, sampai sini dulu kot saya berceloteh dengan awok-awok seme. Selebihnya, macam biasa kalau ada apa-apa cadangan atau komen mengenai gaya penulisan atau isi yang saya sampaikan tak berapa nak kena, mohon kalian tak segan silu memberi komentar terus kepada saya. InsyaAllah saya baca dan terima dengan hati, dada, jantung yang terbuka.
Tambahan. Mohon doa dari kalian pembaca-pembaca Secerah NurRahman yang soleh dan solehah sekalian agar kita sama-sama dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat.

Sekian.. Jumpa lagi. Walau tak tau lagi bila. Doakan. :D

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan