سم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
Yang menguasai hari-hari
serta mengatur edaran bulan dan mentari
Semoga kematangan seiring usia.
Usia Menjangkau sebulan
Alhamdulillah, sudah sebulan blog NurRahman ini, Pejam celik-pejam celik..dah menjangakau satu usia sebulan. Terima kasih kepada sahabat yang memberi semangat dan galakkan kepada admin, dan Abg Man untuk terus bertahan (walaupun baru sebulan..hehehe). Kalianlah sumber kekuatan NurRahman.
Alhamdulillah, dalam usia sebulan ini, Follower dah bertambah menjadi 20 orang (suka2..) pengunjung pon dah masuk 590+- (senyum lebar..:D) dan entri plak dah cecah angka 30!!!(gembira2) walaupun agak menurun sedikit (kalau ikutkan dulu 1hari 2 post) akibat keterbatasan waktu penulis dan kepayahan capaian internet. jadi, sy dan admin yg lain hanya postkan yang termampu sahaja.Harap2 tidak mengurangkan minat anda semua kepada blog NurRahman eekk...
Masih Mencari Identiti
Walaupun sudah genab sebulan, Blog NurRahman masih sedang berusaha mencari identiti sendiri, sbb itu kami menggunakan perkhidmatan daripada MyTinta Production dalam membantu menceriakan, dan sumbagan idea2 menarik dalam Entri2 kami. Sekarang kami sudah pon menambah lagi rakan kongsi (dah mcm buat bisnes plak..heheh) iaitu crew2 LenzaRetak Creativ. Peranan mereka ni menyediakan gambar yang menarik dan bertepatan dengan entri yang hendak ditulis sama Ada buat sendiri, snap guna kamera sendiri @ carian di internet. Jadi mudah la sikit kerja kami di eja penulis..(hehehe..beria)
Kalau kalian perasan, Entri2 yang dipostkan di blog agak berterabuk kan?? jadi saya mintak jasa baik anda sahabat2 yg saya kasihi sekalian agar memberikan sebeberapa banya idea yang bernas untuk kami menambah baik blog kami ini, terpulanglah apa2 pon yang sahabat sekalian rasa boleh menaikkan rating (dah lain dah niat nih...adeh3) dan memantopkan lagi blog ni.
Penutup:Terus Menulis
Sy mengaku, mmg susah untuk kekal maintain post entri pada setiap hari (orang lain xbuat pon mcm tu...) tapi, InsyaAllah semoga Allah berikan kekuatan pada diri ini dan sahabat2 juga untuk terus menyampaikan seberapa banyak kalimah Allah, untuk dijadikan pengisian jiwa2 kita.
saya berpegang kepada kata2 Rasulullah SAW. "sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat"
walau pon ia hanya sepotong ayat (sedikit) insyaAllah akan saya cuba usahakan untuk menyampaikannya. Kerana gersang hati tanpa ilmu, gersang jiwa tanpa amal, gersang minda tanpa berfikir, gersang rohani tanpa keinsafan, gersang jasmani tanpa perubahan,gersang sanubari tanpa kesedaran, Wallahualam..
InsyaAllah blog Nurrahman akan berubah wajah di tahun 2011 nnt...tunggu..
No comments:
Post a Comment