Mencari sesuatu?

Monday 13 December 2010

Diari:Ujian si Penulis

Ujian Allah xada kaitan dgn kertas OMR dan Pensel 2B
سم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
Yang Maha berkuasa
Keatas apa yang dikehendakiNya,
UjianNya Bukan Siksakanmu,
Bukan Membenci Kamu,
Tetapi Untuk Kebaikkanmu.

Ujian Pertama
Assalamualaikum sy dahulukan, ye la, kan dah lama sy x mucul dgn post yg baru, bukannya sy terlupa @ malas @ putus asa, tp itulah ujian yang pertama, Yang Allah turunkan kepada sy sejak mula cuti semester baru-baru ini. Online…

Masa dekat kolej, sy boleh post 2 entry paling kurang dalam satu hari (awal pagi dan tengahari), sbb kat sana mudah sket nak online waktu2 mcm tu, free pon free..hehehe, tp pas balik becuti, agak susah la nak online, kena pergi cc, pastu nak tulis entri baru, sy kena wat research dulu, takut apa yg sy tulis tu salah fakta atau x, dah makan banyak masa, hipotesisnya: semakin banyak masa digunakan di Cybercafe, Semakin Banyak wang diperuntukkan. 

Itulah ujian Allah berikan kepada saya, Dalam menyampaikan sesuatu perkara makruf@kebaikan ini, bukan mudah, dan jalan dakwah itu sentiasa penuh dengan cabaran dan dugaan, setiap cabaran dan dugaan itu adalah tapisan untuk dilihat sejauh mana kesungguhan manusia itu nak menyampaikan kalimah thaibah, kalam dari Allah.

Ujian Berterusan.
Sepanjang minggu cuti ini, terasa benar2 teruji, seakan Allah mahu uji, apakah yg sy tulis di blog ini adakah sy amalkan, ataupun sy hanya ‘cakap x serupa bikin’. Dan disitulah hikmanya, kenapa kita disuruh sampaikan pesanan walaupun ianya hanya satu ayat. Kerana kita sendiri perlu patuh akan apa yang kita katakan.
Dalam Alquran Allah berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! " (As Saff ayat 2)
Setiap Apa yg sy tulis di blog ini, Allah uji sy, Dan Alhamdulillah, setiap apa yg sy tulis ini muncul apabila sy terleka (walaupon kadang2 sy tewas juga),tetapi apabila saya hampir melakukan kesalahan, sy teringat yg sy pernah menulis tentang peringatan sekian-sekian. dan wujud rasa gerun Dan teringat saya akan penegasan Allah dalam ayat diatas, Ini menyebabkan sy rasa lebih terpandu untuk terus istiqamah melakukan amalan kebaikkan, sy harap sahabat2 juga mcm tu.

Penutup: Allah pandukanlah aku
Sebenarnya, sy menulis blog ini bertujuan sebagai peringatan kepada diri sy, dan blog ini juga wasilah untuk sy rajin membaca, menelaah, mengkaji, dan bersoal jawab mengenai agama@ amalan kebaikan @ info2 disekeliling sy, semoga Allah pandu sy kearah yang lebih baik untuk kita kongsi bersama. sekian Wallahualam..~~


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan