سم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
Yang mengutuskan Nabi,
diwarisi oleh sahabat,
tertaut oleh ulama,
lahirkanlah dia dari kalangan kami,
agar sampai ayatmu kepada kami.
Imam Muda, Impak Nasional
Bila sebut sahaja akademi fantasia, semua orang tahu yg tahun ini adalah tahun terakhir penyiarannya, tetapi sekarang, bila sebut imam muda (IM), orang selalu bertanya, BILA LAGI???haaa...nampaknya bukan program realiti hiburan sahaja yang berjaya menambat hati penonton, tetapi program keagaan seperti ini juga sudah berjaya mencuri hati-hati sahabat-sahabat kita dekat luar sana. Alhamdulillah...
siapa yang tidak kenal dengan Juara IM musim pertama, Asyraf..hehehe(tetiba terbangga) impak beliau pada negara agar mengejutkan, daripada rating program-program keagamaan yang agak rendah, selepas munculnya program IM dan hhosnya adalah imam muda sendiri, rating meningkat, Alhamdulillah, namun bukanlah disebabkan IM Asyraf yang meningkatkan minat masyarakat, tepi HIDAYAH Allah S.W.T.
IM Musim Ke2, berminat?
Alhamdulillah, rupa-rupanya program realiti ini tidak lah terhenti kepada IM Asyraf dan IM HIzbur sahaja, tetapi, program mencari Daie terlatih ini bakal membuka tirai musim keduanya tidak lama lagi, wah makin ramailah pendakwah2 muda kita nanti, Alhamdulillah....
anda berminat ka???kalau berminat boleh la pergi ke ujibakat pencarian IM musim ke 2 di lokasi-lokasi berikut:
22 –23 Januari: Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Baru.
28 –29 Januari: Balai Islam Lundang, Kota Baharu, Kelantan.
11 –12 Februari: Masjid Zaher, Alor Setar, Kedah.
19 – 20 Februari: Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang.
26 – 27 Februari: Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah.
05- 06 Mac: Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.
wah, menarik ni, bermula 22 haribulan 1 ini sehinggalah 6 mac...eermm kalau sahabat-sahabat rasa layak dan berminat, boleh pergi ke ujibakat ini, xdapat di johor, pergi ke kelantan pula, kalau xsangkut, kita pergi ke kedah, kalau xdapat juga, kita pecut ke pahang, xjuga dapat, kita naik belon ke sabah pula bah...kalau juri xpilih juga kita pergi ke KL...kalau semua xdapat..eemm nak buat mcm mna, mungkin kita masih belum cukup persediaan dan mungkin Allah mahu kita tambah ilmu dahulu...tapi kalau nak masuk juga, buat program sendiri lah eekk..heheh(gurau2 ja...)
Syarat-syaratnya adalah...
nak masuk IM bukan suka-suka boleh masuk, ada gak syarat-syarat yang perlu dipatuhi, antaranya adalah..jeng..jengjeng...
- semua lelaki beragama Islam yang fasih berbahasa Melayu dan boleh menguasai lebih dari satu bahasa.
- berusia di antara 18 hingga 27 tahun serta sihat tubuh badan.
- Sila bawa bersama salinan kad pengenalan beserta dua keping gambar 4R
- boleh membaca Surah Al-Fatihah, Surah Lazim, mempunyai pengetahuan agama Islam dan mempunyai pengetahuan umum serta hal ehwal semasa yang cukup baik.
- Hanya 10 peserta bertuah dipilih untuk menjalani cabaran yang ditetapkan yang akan bersiaran pada 25 April 2011 di Astro Oasis.
Terbuka nusantara?Sengit ni..
Dikhabarkan format IM musim baru ini agar berbeza dari yang lepas, antaranya pengisian ditambah seperti berdakwah kepada masayarakat orang asli, perubatan islam, dan sukan dalam islam. tetapi itu tidak cukup hebat lagi, ni sy nak cerita yang hebat sket...
IM musim ke2 ni bercadanga membuka penyertaan kepada semua orang didunia ini!!!!wow...mcm mna tu, haa,,,siapa-siapa sahaja boleh masuk, asalkan dia fasih berbahasa melayu, dan mempunyai pengetahuan dalan bidang agama dan hal ehmal semasa (ikut syarat yg dekat atas tu jugak...)
eemmm,,ini satu petanda baik ni, sekurang-kurangnya IM dapat bersaing secara sihat, dapat berkongsi ilmu dengan peserta dari luar malaysia, seperti kita tahu Indonesia dan brunei mmg terkenal dengan kuatan agama mereka, jadi kebaikan juga kepada kita kerana dapat sama-sama mengaut ilmu dripada mereka (xpayah nak ke luar negara sudah...)
Penutup:IM untuk IMAN
kepada sahabat-sahabat, jangan jadikan program IM ini sekadar hiburan atau program cuci mata (mentang2 la yang masuk ni muda2...huh)..tetapi jadikan IM sebagai medium untuk kita tambahkan pengetahuan, dan mengisi kekosongan jiwa kita ini dengan IMAN..semoga Allah memberkati sessiapa yang ikhlas dalam berdakwah dan berusaha mencari ilmu..wallahualam
Abg Man: Setiap daripada kita adalah Daie kerana kita disarankan agar menyuruh kepada makruf dan mencegah daripada kemungkaran..
No comments:
Post a Comment