Mencari sesuatu?

Saturday 2 November 2013

Malam yang Sepi dan Dingin

Saat diri tersungkur,
Rebah tidak berdaya,
Mulut barulah terkumat kumit mengingati Allah,
Betapa diri ini lalai,
Dihembus sedikit angin kemewahan aku sudah lemas terkapai-kapai,
Mencari pelampung yang hanya bila ku ingat saat diuji.
Itulah insan yang bernama manusia.

Allahurabbi...
Layakkah aku memasuki syurgaMu ya Allah.
Terlalu banyak dosa yang telah ku lakukan,
Hati mula gusar dengan keadaan sekarang,
Betapa perasaan malas mula menghimpit.

Suatu malam saat terjaga daripada lena,
Aku masih berkira-kira untuk bangun,
Terasa berat untuk bangun,
Jam menunjukkan pukul 4.00 pagi,
Dengan keadaan cuaca yang dingin,
Seolah-olah mengejek aku yang dihimpit kesejukan,
Rasa dingin yang mencengkam dihati,
Ditambah dengan monolog dalaman yang berperang,
"Jom bangun,tahajud dulu baqu tidoq semula".
"Tapi sejuk la,esok ja la
"Kalau tak sempat macam mana"
"Allah tau aku nak bangun tapi tak boleh sangat"

Saat monolog dalaman yang berperang hebat untuk bangun tahajud,
Mata mula tertutup rapat,

Saat tersedar....
Allah....betapa aku teruknya,
Malam yang hujan itu seolah-olah menangis kesal dengan pilihan yang aku buat.
Betapa lemahnya aku dengan hanya sedikit ujian yang Allah berikan aku telah mula goyah.
Malu rasanya nak mengaku diri ini umat Muhammad.

Bila perasaan malas menyapa dek kerana cuti yang Allah bagi panjang telah menyebabkan aku longlai. Sukarnya untuk melawan musuh yang tidak nampak ini.

YaAllah,pimpinlah aku untuk menuju kearah Mu ya Allah. Jangan biarkan aku terus tergelincir mengikut nafsu serakah yang bermaharaja lela dalam diri ini. Hadirkan insan-insan yang mengingatkan aku kepada Mu Ya Allah.Agar diri ini tidak terus hanyut dek ombak yang bergelora.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan