Mencari sesuatu?

Monday 24 June 2013

Oh Jerebu


Alhamdulillah....

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 
                                                                  Surah An-Nahl : Ayat 18

(。◕‿◕。) 

Banyakkan nikmat yang Allah bagi kepada kita?
Allah sangat sayangkan kita kan? Sehinggakan kalau kita buat dosa pun Allah masih bagi peluang dan ruang kepada kita untuk berubah. Cuba bayangkan kalau setiap kali kita buat 1 DOSA, Allah tarik 1 NIKMAT. Allah............................ tak terbayang.

Hari ini, kita sibuk dengan JEREBU yang melanda rata-rata negeri di Malaysia kesan daripada jiran kita. Alhamdulillah, Tanjung Malim masih terkawal jika nak dibandingkan dengan KL sehingga terpaksa mengumumkan cuti sekolah kerana bimbangkan tahap kesihatan dan keselamatan pelajar. 

Kalau jerebu diluar kita boleh pakai MASK sebagai langkah pencegahan tapi kalau JEREBU dalam hati, nak pakai apa sebagai langkah pencegahan??Kalau jerebudiluar kita boleh tutup umumkan cuti, tutup sekolah buat sementara. Tapi kalau jerebu dihati kita nak tutup apa?Tepuk dada tanya iman.Kalau dulu masa kecik-kecik selalu je dengar tepuk dada tanya selera la, tanya hati la,ikut rasa la...macam2x ada. Dah besar-besar macam ni tak boleh dah guna ayat tu. Jangan tanya hati nanti mati dan jangan ikut rasa nanti binasa. Haaa...itu yang sebetulnya. Kita kan ada IMAN, itu yang membezakan orang Islam dengan orang bukan Islam lagi. Apa jua yang berlaku, apa jua keadaan KEMBALILAH KEPADA ALLAH.

Jerebu
Jika jerebu yang melanda sekarang ni diukur dengan nilai indeks pencemaran udara (IPU) untuk melihat teruk atau tidak tahap jerebu yang berlaku. Bagaimana pula dengan jerebu dalam hati? Bagaimana nak tahu jerebu dalam hati teruk atau tidak? Entah dah kelam menutupi hati..nauzubillah. Perbanyakkanlah istighfar untuk membuang debu-debu yang singgah di hati. 

Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w melihat bumi seperti orang tua yang sangat uzur. Itu zaman Nabi yang beribu tahun dahulu bumi sudah kelihatan sedemikian. Ini kan pula diwaktu ini. Dunia sudah semakin tua, semakin uzur, semakin tak larat. Sudah tidak mampu untuk menampung segala benda yang berada diatas bumi. Menunggu masa untuk hancur dan berkecai. Menunggu masa untuk tiba saat yang dijanjikan oleh Allah iaitu KIAMAT. 

Moh kita koreksi diri, perbaiki diri. Jangan didunia kita seronok tapi merana didalamkubur. Kubur adalah tempat paling sunyi dan menakutkan. Boleh jadi ianya cabang-cabang syurga dan boleh jadi cabang-cabang neraka. It all depends on you. No body can change its except our own self. Selagi mana nyawa masih bersatu dengan jasad, TIADA ISTILAH TERLAMBAT.

Siapa pun kita pada hari ini tidak akan menentukan kita pada masa akan datang. Sesungguhnya Allah yang memegang hati-hati kita yang sentiasa berbolak-balik seperti air yang sedang mendidik kata ustaz Ahmad Dusuki. Perubahan yang berlaku terlalu cepat untuk berubah menjadi sebaliknya. Oleh itu, kita perlu sentiasa berdoa kepada Allah supaya TETAPKAN NIKMAT IMAN DAN ISLAM yang kita perolehi sejak daripada kecik. Kena selalu berdoa supaya Allah jaga kita walau apa jua keadaan supaya kita tidak tergelincir daripada jalan yang kita lalui untuk bertemu dengan Allah kelak.

|| Fafirru ilaallah! Segeralah kembali kepada Allah! ||
















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan