Mencari sesuatu?

Monday, 8 July 2013

Kali Pertama


Bismlillah wal hamdulillah…
                           Maka nikmat Tuhan mu yang mana kamu dustakan?
                                                     ar-Rahman : 13                                  
Alhamdulillah…hari ini 8 julai 2013, seronok sangat sebab hari ini adalah hari pertama aku keluar dengan motor sorang-sorang. Sebelum ni aku memang tak pernah keluar sorang-sorang. Nak tunggu adik balik daripada asrama lambat lagi. Katanya seminggu sebelum raya baru balik. So hari ini nekad nak keluar, nak mengenali jalan. Al maklum, praktikum tak sampai seminggu je lagi. Aku tak dibesarkan disini(port klang) tapi dah besar baru ada disini. Kalau dulu sebelum pindah, masa kat langkawi memang aku ingat jalan. Pulau langkawi tak sebesar sini. Sini dengan jalan yang sibuk, lori lalu lalang….fuhh,menggigil. Tapi aku yakin, Allah tidak akan mempersiakan segala usaha yang hambaNya lakukan. Allah sentiasa bersama dengan aku.

Untuk dapatkan sesuatu mestilah dilakukan sesuatu untuk mendapatkannya. Bak kata pepatah "yang bulat tak kan datang bergolek dan yang pipih tak kan datang melayang" dan satu lagi "kalau tak dipecahkan ruyungnya manakan dapat sagu nya". Oleh itu, kelemahan dan kekurangan ini perlu diatasi. Nanti praktikum aku kena pergi sendiri. Dah tak ada orang hantar dan dah tak ada orang ambik. Teringat dulu masa kat sekolah rendah kebangsaan bayas. Nak pergi sekolah aku naik van. Masa sekolah menengah kebangsaan mahsuri pulak memang tinggal di asrama daripada tingkatan 1 hingga 6. Jadi bila barang habis ke, nak balik ke, ape ke….aku Cuma dial je. Antara dialog yang selalu digunakan :
                  “Mak, bi balik minggu ni”
                  “Mak, dating tak minggu. Nak keluar outing”
                  “Mak, barang mandian dah habis”
                  “Mak, ada barang tertinggal kat rumah”
Mak itu ini……pernah mak cakap,
Mak : bi, ambik la lesen.
Aku : tak nak la…bahaya la mak, kan dah ada abang ambik dan hantar.
Mak : Sampai bila?nanti dah kahwin,tak kan nak susahkan suami.
aku : Tak pa la mak, kalau dia sayangkan bi dia tak kan rasa susah.

Macam-macam alasan aku kalau disuruh ambik lesen. Entah, aku tak rasa satu kepentingan pun untuk ambik lesen masa tu. Padahal kawan-kawan sekolah semua dah pandai bawa kenderaan dan dah ada lessen. Aku selamat. Relevannya adalah tak la aku bebas keluar rumah. Mana tak nya nak pergi mana-mana mesti kena hantah kalau tak hantar pun kawan akan pergi ambik kat rumah. Bila kawan pergi ambik kat rumah memang la keluarga akan kenal dengan siapa kita berkawan.
Perangai tu terbawa-bawa sampai ke universiti. Just call atau mesej kalau nak balik. Sampai la semester 3 baru la aku rasa nak belajar motor. Itu pun entah berapa kali jatuh. Malu……tapi tak kisah la.hehehe…..seronok pulak belajar waktu macam ni. Sebab semua tu jadi kenangan. Esok lusa nak pergi sekolah. Abang nak tunjukkan jalan dari rumah. Katanya ada banyak jalan untuk pergi….aduhh…aku dah berdebar…..Berusahlah untuk lakukan yang terbaik kerana disitu ada keberkatannya.

Usaha memujuk untuk bawa motor berjaya dengan beberapa alasan yang berjaya aku kemukakan. Abang aku senyum ja bila dengar alasan yang tak berapa nak logik. Biarlah, asal mak bagi. Aku risau jugak sebenarnya, tapi disepanjang hidup kita adalah tarbiyah. Tarbiyah daripada Allah untuk melihat sejauh mana hambaNya berusaha untuk melepasi sesuatu ujian dan cabaran selari dengan syariat yang ditetapkan. Lagipun tugas seorang guru bukan sahaja mengajar tetapu mendidik. Rosak anak muda pada hari ini, rosak lah negara pada masa akan datang. Saidina Ali pernah mengungkapkan bahawa "JIKA KAMU INGIN LIHAT MASA DEPAN SESEBUAH NEGARA, MAKA LIHATLAH PEMUDA-PEMUDA PADA HARI INI". 


|| Ikhlaskan niat kerana Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan ||

3 comments:

  1. Replies
    1. InsyaAllah,doakan ya.Masih bertatih dalam dunia penulisan.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan