Mencari sesuatu?

Monday 15 July 2013

Ayunkan Langkah MU

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Malam suram tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitu aturan TUHAN
Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak lurut dipukul ribut
Jadilah karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai,dalam sukar -->Hijjaz

Potret kehidupan yang terbentang luas.Mempunyai 1001 macam tafsiran.Trilogi yang tersusun rapi oleh Sang Pencipta.Dahulu masih terngiang-ngiang dalam ingatan waktu dipersekolahan.Bunyi loceng,beratur,sembang,kalau ada homework tak siap mesti bergegas masuk kelas awal sebelum perhimpunan mula untuk meniru(amalan yang tak patut dicontohi).Kalau bab datang lambat ke sekolah belum ada dalam kamus hidup.Aku dibesarkan diasrama,setiap pagi ada rokol.Itulah hikmahnya tinggal diasrama.Tinggal di asrama banyak mengajar erti kehidupan.Pahit,manis,masin,masam semua ada.Cerita suka duka berhadapan dengan benda yang diluar jangkaan.Itu semua lukisan alam yang mempunya kepelbagaian cerita dan warna yang menyerikan kehidupan.Semua tu menjadi kenangan kini.

Firman Allah dalam surah al-a'sr yang bermaksud : "Demi masa,Sesungguhnya manusias berada dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang berimnan dan mengerjakan kebajikan serta saling menasuhati untuk kebenaran dan saling nasihat menasihati untuk kesabaran".
Firman Allah swt mengajar kita tentang untung dan ruginya seseorang.Sangat beruntung bagi mereka yang memanfaatkan masa yang ada dengan perkara yang berfaedah.Kerana masa itu seperti pedang.Masa tidak dapat diputarkan kembali seperti video yang boleh playback dan boleh edit.

Dulu aku berdiri di halaman sekolah sebagai seorang pelajar.Tapi kini aku berdiri sebagai seorang pengajar/pendidik.Mampukah aku?? Siapalah aku untuk melontarkan persoalan mampu ke tak mampu.Sebab Allah dah nyatakan bahawa Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286).Jadi tak perlu risau .Bila sampai masanya engkau pasti boleh melakukannya.Jika kau fikirkan boleh,kau pasti boleh melakukan.Jika kau fikirkan ragu-ragu,usahamu tidak menentu.

Melihat wajah pelajar yang berada dihadapan,aku rasa sebak.Hati kecil terdetik,bagaimana aku nak didik mereka supaya ikut acuan al-Quran ?? Sesak nafas bila difikirkan kerana mendidik ini suatu perkara yang sangat sukar.Kita boleh heret kuda untuk minum air tapi kita tidak boleh memaksa kuda tersebut untuk minum air.Begitu jugalah keadaannya dengan pelajar.Allah............Membuka lembaran buku "Dimana Dia Dihati Ku" membuatkan hati kian merudum.Setiap amanah dan tanggungjawab yang diberikan akan disoal oleh Allah.Mampukah aku jawab dihadapan Allah tentang amanah yang diberikan?

Terngiang-ngiang kata-kata Murobbi ku yang kini berada di Jordan."Perjuangan itu tak mudah.Dipenuhi dengan kawat yang berduri.Kadang kala ribut taufan datang tanpa diundang.Oleh itu bersiap sedia lah dari segenap penjuru.Andai perjuangan itu mudah pasti ramai yang nak berjuang".Ya,aku sedang berjuang.Aku sedang berjuang untuk mendidik anak bangsa.Aku sedang berjuang untuk sampaikan agama Allah dalam bidang IT.Oleh itu aku perlu kuat untuk menongkah arus badai yang datang.Bersiap dengan segala kemungkinan perkara yang bakal berlaku.Kerana Syurga sedang menanti mu.Ikhlaskan niat.Ikhlaskan hati walaupun perit.Kerana keikhlasan itu ubat kepada segala kesakitan.Hati yang ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara tidak akan tercalit sedikit luka pun yang akan tinggal kerana yakin dengan janji Allah.

Pesanan buat diri ini yang sentiasa alpa.Contohilah mereka yang telah berjaya dalam pelbagai bidang seiring dengan agama.Contohnya Ibn Sina yang hebat dalam ilmu kedoktoran.Keilmuan dalam bidang perubatan sangat tinggi namun siapa sangka disebalik susuk tubuh ini beliau telah hafaz al-Quran 30juzuk.MasyaAllah,Tabarakallah.Hebat bukan...........Aku kagum.Kagum kerana ilmu dunia yang dicari membawa kepada cinta kepada Allah.Membawa manusia dekat dengan Allah.Hidup biar seperti padi.Semakin berisi semakin tunduk sujud kebumi.Itulah juga impian ku.

Inilah masanya.Inilah tempatnya.Aku perlu mengorak langkah yang pertama untuk mendapatkan langkah seterusnya.Aku perlu memulakannya terlebih dahulu.Perubahan itu perlu dilakukan.Jangan tunggu waktu terdesak baru nak berubah.Sayangi mereka.Kasihkan mereka.Didiklah mereka supaya mereka mengenal apa erti berTuhan.Ajarlah mereka ilmu apa pun.Supaya ilmu yang diajar itu mampun mengenal Allah swt.Ingat,Matinya anak adam semua perkara akan terpetus kecuali 3 benda iaitu doa anak yang soleh/ah,sedekah jariah dan juga ilmu yang bermanfaat.Anak tak tahu bila.Sedekah jariah aku tak sehebat Siti Khadijah yang sanggup menginfa'kan seluruh harta dan juga jiwa raga untuk Islam.Aku cuma mampu mengikut serpihan srikandi Islam ini.Siti Khadijah adalah idola ku.Ya....aku sangat mengkagumi susuk tubuh ini.Yang aku mampu sata ini,ketika ini adalah ilmu yang bermanfaat.Kerana aku berada dalam bidang pendidikan.Oleh itu,aku perlu ayunkan langkah supaya tidak terus menunggu.Aku perlu bertindak.Kutip setiap helaian pengalaman yang diperolehi disepanjang jalan ini.InsyaAllah.....dengan Izin-Nya tiada yang mustahil.

In life,what sometimes appears to be the end is really a new begining

#Cita-cita terbesarku adalah mati syahid.
#Cita-cita sampingan ku banyak.termasuk menjadi suri rumah juga adalah cita-cita ku.Kerana Madrasah dirumah itu lebih dahagakan perhatian dan tumpuan.Segalanya bermula dirumah.Anak-anak yang baru lahir itu umpama kain putih bersih.Ibu bapa lah yang mencorakkan anak tersebut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan