Mencari sesuatu?

Friday 6 December 2013

Aku Bukan Ahmad Ammar, tapi...

Jika engkau mahukan teman,cukuplah Allah sebagai teman.
Jika engkau mahukan musuh,cukuplah nafsu sebagai seteru.
Jika engkau mahukan hiburan,cukuplah Al-Quran sebagai bacaan..
Jika engkau mahukan nasihat,cukuplah mati sebagai penasihat..
 Alfatihah
Buat Ahmad Ammar b Ahmad Azam
Semoga Allah Membariskanmu
Dalam barisan orang orang yang berjiad di jalannya

Assalamualaikum, Salam Jumaat penuh Barakah
Menyingkap akbar, mencari berita, terbaca satu kisah pemergian satu permata agama yang gemerlapan, kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalanraya. Nama Ahmad Ammar B Ahmad Azam kembali ke rahmatullah pada 2 Novermber 2013 yang lalu akibat kemalangan dilanggar ambulan ketika melintasi jalan di Istambul. Pelajar cemerlang pengajian sejarah di Universiti Marmara, Istambul, Turki ini juga merupakan seorang aktivis dalam bidang keagamaan, dakwah dan kemanusiaan. 

Sesuai dengan maksud namanya AMMAR = kuat iman, lemah lembut dan memakmurkan orangnya, Dia diangkat sebagai permata yang bersinar di bumi turki atas usaha dakwah dan kemanusiaan yang dia sumbangkan demi memartabatkan agama suci ISLAM. Kematiannya digelar SYAHID yang tertangguh. kerana keinginannya yang sangat tinggi untuk mati syahid di jalan Allah.

Aku Bukan AMMAR!
Bagi aku, kisahnya menjadi inspirasi kepada para da'ie di Malaysia terutamanya. Kegigihan Ammar dalam merentas batasan adat, budaya dan bangsa demi menyahut seruan dakwah dalam masa yag sama tidak meminggirkan akademik dan ilmu dunia, patut dijadikan contoh.

Ya, kita bukan Ammar, yang hebat menangkis segala mehnah dan tribulasi dalam dakwah, dalam masa yang sama berjaya dalam pembelajaran. Namun istiqamahnya dia dalam perjuangan dan kecekalannya dalam pendidikan, itu yang patut kita contohi.

Saya menulis mengenai Ammar, supaya ia menjadi pembakar semangat kepada kita, beramal demi islam hingga Allah tarik nyawa kita.

Akan Tiba Saat Kita
Semasa membaca kisah saudara Ammar ini, satu perkara yang bersarang di kepala saya, adakah AKU akan MATI selepas AKU BERBUAT AMAL kepada agama ISLAM?. Jika tidak, adakah AKU punya BEKAL yang CUKUP jika ditakdirkan aku MATI kelak?

Ya Allah, kekalkan DAKU dalam ISLAM, KUATkan DAKU untuk AMALkan ajaran ISLAM, BIMBING DAKU pada sebarang UJIANmu. JANGAN kau lemahkan DAKU ketika aku belum BERJUANG.
Bacaan Lanjut mengenai Saudara Ammar : http://cikgushamsudin.blogspot.com/2013/11/ahmad-ammar-ahmad-azam-pelajar-malaysia.html

Takziah buat keluarga Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman adalah bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan