sampaikan seni dakwah dgn seninya |
بسم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
Yang mencipta 7 petala langit
dan 7 petala bumi
Dengan Nama Allah
Yang mencipta 7 petala langit
dan 7 petala bumi
Dengan dakwah itu seni ,
maka keindahannya disampaikan,
dengan indah juga disebarkan,
agar dekat dgn hatiku dan dia,
agar terang suluh cahaya.
Siapa tidak suka seni?
sebut sahaja lagu, nyanyian, lakonan, cerita, kartun...eermm sapa yg xsuka?? tambah2 yg mmg terlibat dlm bidang2 ini, sekarang ini pon, kegiatan seni ini sudah menjadi mata pencarian masyarakat. Ada yg jadikan seni ini sekadar hiburan semata2. Tidak kurang juga yg jadikan seni2 ini sebahagian dari hidup depa. Xada lagu xleh hidup, xda 'movie' hidup aku sunyi, xbaca 'anime' hidup xtenang. pegh..bahaya..bahaya..bahaya..
Dakwah itu sendiri seni.
Dakwah juga adalah seni, tetapi bukanlah seni yang fizikal, maksud seni untuk dakwah ini adalah, ianya satu bentuk yg mikro, halus, teliti, terperinci, dan amat sukar. Ya satu benda yg seni bukanlah satu benda yg senang lagi menyenangkan, xada paket segera untuk Dakwah, sedangkan nabi sendiri terpaksa berhijrah ke Madinah, menyampaikan dakwah, sebelum peristiwa itu, nabi didera, dicaci, dihina, oleh masyarakat arab jahiliah ketika itu. lebih menyedihkan yg paling kuat menentang Rasulullah adalah darah daging baginda sendiri (bapa2 saudara baginda). Oleh kerana seninya dakwah ini, baginda Nabi bersabar, atur strategi, cuba selitkan kesenian dakwah dalam hati2 masyarakat arab ketika itu.
Seni & Dakwah
Sahabat2 mesti pernah mendengar kisah bagaimana Saidina Umar boleh memeluk islam.Keindahan ayat-ayat alQuran yg didengar dan dibacanya berjaya mencairkan tembok besi yg teguh dalam hati saidin Umar. Bismillahirrahmanirrahim. Kemudian beliau berkomentar: “Ini adalah nama-nama yang indah nan suci”
Kemudian beliau terus membaca :
طه
Hingga ayat :
إنني أنا الله لا إله إلا أنا فاعبدني وأقم الصلاة لذكري
“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku”
(QS. Thaha : 14)
Beliau berkata : “Betapa indah dan mulianya ucapan ini. Tunjukkan padaku di mana Muhammad”. Peeghh!! betapa kesenian AlQuran telah berjaya menerobos kedalam hati pemuda paling gagah masyarakat arab Jahiliah. banyaklah lagi kisah2 dimana bagaimana dakwah islamiah itu, antaranya strategi Rasulullah menyatukan kaum arab yg amat kuat pertelingkahannya (Aus dan Khasraj) melalui persaudaraan islam..Subhanallah, Seninya Dakwah para sahabat. oleh kerana seninya dakwah tertanam didalam sanubari masayarat ketika itu, maka sampailah ISLAM itu dalam kita.
Kemudian beliau terus membaca :
طه
Hingga ayat :
إنني أنا الله لا إله إلا أنا فاعبدني وأقم الصلاة لذكري
“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku”
(QS. Thaha : 14)
Beliau berkata : “Betapa indah dan mulianya ucapan ini. Tunjukkan padaku di mana Muhammad”. Peeghh!! betapa kesenian AlQuran telah berjaya menerobos kedalam hati pemuda paling gagah masyarakat arab Jahiliah. banyaklah lagi kisah2 dimana bagaimana dakwah islamiah itu, antaranya strategi Rasulullah menyatukan kaum arab yg amat kuat pertelingkahannya (Aus dan Khasraj) melalui persaudaraan islam..Subhanallah, Seninya Dakwah para sahabat. oleh kerana seninya dakwah tertanam didalam sanubari masayarat ketika itu, maka sampailah ISLAM itu dalam kita.
Dunia sekarang dan Dakwah
Menyedari hakikat pentingnya dakwah, maka walaupun nabi xada, usaha dakwah perlu diteruskan. tetapi mampukah kita?dengan hiburan yg melampau tersemat dlm hati masayarat kini, mampukah dakwah yg seni ini menebusi atmosphera jiwa2 mereka.
Maher Zain: InsyaAllah |
- Suka hiburan, berdakwah dgn hiburan;
- jika kita rasakan dgn hiburan lebi mudah untuk mendekati masyarakat, dibolehkan kita berdakwah dgn hiburan. contohnya, dgn lagu2 nasyid;Maher zain, Rabbani, Inteam, antara kump nasyid yg berdakwah dengan lagu2 mereka, dan bagi memastikan irama mereka dapat diterima masyarakat, maka muzik yg dibawa mereka juga seiring dgn perkembangan minda masayarakat. melalui lirik2 nasihat, teguran dan penjelasan. insyaAllah dapat disampaikan kepada masyarakat.
- xsuka serius2 ni, tention aa!!!
- ooo xsuka serius2 eekk, xpa..tambahkan la sedikit elemen2 humor dalam dakwah, bukan lawak2 kosong xmemberikan apa2 makna, tetapi jadikan humor itu sebagai satu perlian bahaawa benda yg dilakukan itu salah dan penegasan mengenai satu2 hukum itu agar penerimaannya mudah. jika kalian mengenali us. Jamnul Azhar ataupun us Kazim. leihat cara mereka berceramah.. jika penyampaian kita tengking2..nih semangat ni..nak bgtau itu ini salah..rasa2 ada ka yg nak dengar??
- Ala..apa yg dia cakap aku xpaham apa2 pon..
- eeeehh..byk songeh tol aaa, xpa kita buatkan penjelasan dalam bentuk grafik ataupon video. kajian mengatakan dengan kaedah gambaran adalah lebih mudah difahami dari bentuk penjelasan dan tulisan. nah tunjuk kat dia gambaran hari kiamat mcm mna, nak kau gambaran bila kena azab kubur? nak buat maksiat lagi??
Penutup:Dakwah wajib keatas kita
mengenai kewajipan dakwah, perlukan penghuraian yg panjang, jd saya tiipkan satu lin disini. lapang2kan masa untuk membaca: blog ni best: Langit ILahi disini saya selitkan satu daripada dalilnya
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi(faedah) umat manusia (Kerana) kamu menyuruh membuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah.” Surah Ali-Imran ayat 110.
Wallahualm...
No comments:
Post a Comment