بسم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
Pencipta Manusia sebaiknya.
dan segala makhluk yg taat,
Taatkan jua kami yg lemah ini,
agar tidak meninggalkan ibadah,
kewajipan sebagai hamba.
Taatkan jua kami yg lemah ini,
agar tidak meninggalkan ibadah,
kewajipan sebagai hamba.
Sakit Bukan Halangan
Aduuhh..sakitnya kepala!!xlarat nak bangun solat..adeh3!! belakang aku sakit..camna nak sujud nanti...huh~~demam la..sejuk nak amik wuduk: ada lagi x alasan2 yg anda dengar dari orang yg sakit??
Sesungguhnya ibadah solat itu wajib bagi seluruh manusia yg bergelas muslim. Dengan solat, membezakan kita dengan kafir. Tetapi sayangnya, diantara kita berusaha sedaya upaya untuk meninggalkan solat. Nauzubillah min zalik..Lazimnya akan memberi alasan sakit atau tidak larat untuk tidak menunaikan solat. walhal, kesakitan itu adalah nikmat daripada Allah. NIkmat apa kalo sakit??
Sakit itu adalah satu nikmat kerana Allah yang kurniakannya. Analoginya bergini, seorang ibu, jika dia mahu melihat anaknya menjadi matang, dia mesti sentiasa mengawasi, menegur dan sampai satu ketia sehingga memarahi, supaya dengan segala perhatian yg diberkan si ibu kepada anaknya, dapat menjadikan anaknya taat dan berdisplin dalam satu2 perkara. Nah..begitu juga Allah, memberikan kesakitan@musibah kepada hambanya sebagai satu peringatan agar kembali kejalan yang benar dan mematangkan kita dalam satu2 urusan.
“Tidak ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya yang mengadakan demikian(kesakitan, cubaan, bencana) itu, adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada pada diri kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang takabbur lagi membanggakan diri” Surah Al-Hadid ayat 22-23.
Solat Ketika Sakit
didalam satu blog, sy terbaca soalan ini, jika orang sakit,yang manakah patut dilakukan? (situasi utk solat maghrib)
i) tangguhkan solat dan qadha' ketika bangun waktu mlm (utk khusyuk).
ii) gagahkan diri utk solat (utk solat dalam waktunya-wlpn sakit, dan xda dalil mengharuskan dilewatkan maghrib: betul ke?)
ii) gagahkan diri utk solat (utk solat dalam waktunya-wlpn sakit, dan xda dalil mengharuskan dilewatkan maghrib: betul ke?)
Dalam hal sakit yang teramat sangat, sehingga tidak terdaya untuk bergerak, walaupun seinci (ini dah kes teruk dah ni,mcm lumpuh). Dia tetap juga WAJIB Solat.
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : صلِّ قائماً فإن لم تستطع فقاعداً ، فإن لم تستطع فعلى جنب
"Rasulullah saw bersabda kepadaku : Solatlah sambil berdiri, jika tidak mampu solatlah secara duduk, jika tidak mampu, solatlah secara mengiring" [Hadith Riwayat al-Bukhari #1117]
Persoalan mengenai wudhuk
"Tangan bersimen, berbalut, luka parah, teruk!!! tangan kaki penuh besi, biasalah mat rempit sejati, tp gua dah insaf..nak solat, mntak ampun, mcm mna nak amik wudhuk??"
berdasarkan pembacaan saya:
- pada asalnya wajib bersuci dengan air sekiranya mampu berbuat begitu samada dengan sendiri atau bantuan orang lain
- jika air dapat memudaratkan kesihatan pesakit (cth;luka parah kena air, nnt jadi nanah) guna kaedah tayammum (rujuk: http://kias.edu.my/tayamum.htm )
- Jika xmampu kedua2 maka bersolatlah mengkut kemampuan dan keadaan. walaupun tanpa berwuduk (rujuk : http://soalsolatumum.blogspot.com/2009/01/soalt-tanpa-wuduk.html )
Kaedah Solat
"sakit2 mcm ni nak solat mcm mna??nak angkat tangan pon xmampu"... eeehhh banyak la alasan dia nih..
hakikatnya, rasulullah sudahpon menenrangkan bagaimana solat ketika sakit. Dalilnya seperti diatas. untuk menrangkan kaedahnya pergi ke link ini (Solat Ketika Sakit )
Solatlah, Allah tahu..
"Allah terima ka kalo solat dlm keadaan xsempurna mcm nih, berbaring, terbongkok2, duduk xsempurna.."
Xpayah la risau,Ketahuilah Allah tahu apa yg kamu lakukan, solatlah bagaimana gaya sekalipon (ketika sakit) sbb Allah tahu.
"Allah tidak memberatkanseseorang melainkan apa yg terdaya olehnya..." (surah Al Baqarah 2;286)
Penutup: Sakit itu kasih sayang Allah
Setiap kesakitan itu adalah peringatan dari Allah. Allah amat kasih kepadamu, kerana menurunkan sedikit ujian agar kamu segera kembali kepadaNya. Tidakkah kamu tahu, Allah amat mengasihi hamba2Nya, walaupon bagaimana balasan hambaNya kepada Pencipta Rabbul Izzati. Jangan kamu kata Allah itu zalim kerana menghantarkan kesakitan kepada kamu, tetapi kamulah yg zalim kepada Allah.
Buku "Denyut Kasih Medik"; Dr Farhan Hadi; (2010)Telaga Biru
p/s: Solat itu tiang Agama, Mendirikan solat=mendirikan agama, meninggalkan solat=meruntuhkan agama
renung2kan...
solat adalah membezakan agama Islam dengan agama2x lain yg ada dlm dunia...kewajipan menunaikan solat amat dituntut,,sehinggakn mata tertutup kita disuruh menunaikan solat,namun,Islam itu tidak membebankan umatnya,,jd adanya ru'sah(keringanan bg yg tidak mampu tunaikan secara normal,,wallahualam
ReplyDelete@kak bi
ReplyDeleteemmm betul tu, dgn itu, xada alasan la untuk bersolat kerana Allah sendiri telah mempermudahkannya...
peringatan untk diri ini juga..