Mencari sesuatu?

Saturday, 27 November 2010

Kongsi:AQ memupuk insan cinta Alquran

Akademi Alquran sudah masuk musim ke 5

بسم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
Mencipta Segala dilangit.
dan dibumi juga diantaranya,
Tanamkan cahaya Alquran itu,
Dlm benak hati2 kami,
Agar denyutannya untukMu semata.


Program Realiti Tunggal
Selalu kita dengar, Akademi Fantasia, akademi nasyid,akademi bolasepak, tetapi ini Akademi Alquran, program tunggal yg mengumpulkan pelajar2 didalamnya dan diajar cara bacaan(qiraat) tajwid, kelancaran (fasahah), lagu Alquran (tarranum) dan pengajian tafsiran Alquran. Jelas matlamatnya adalah untuk menyemaikan isi Alquran kepada bukan sahaja peserta, tetapi kepada semua golongan masyarakat.

Sedikit mengenai AQ
Akademi Al-Quran (AQ), sebuab program mendidik generasi Islamik dan celik Al-Quran. Seramai 10 peserta yang benar-benar memenuhi kriteria sebagai peserta akan dipilih untuk menunjukkan kebolehan mereka.
Kelahiran program realiti Akademi Al-Quran terbitan TV9 sejak 2006 ini telah berjaya meningkatkan kualiti bacaan Al-Quran secara taranum dengan bimbingan daripada mereka yang pakar dalam bidang tajwid dan qiraat. Selain daripada peserta dapat mendalami ilmu Al-Quran, para penonton juga bertuah kerana dapat berkongsi pembacaan Al-Quran menerusi penerangan dan bimbingan tenaga pengajar dan juri dalam setiap rancangan tersebut. 

Sehingga kini, 4 qari hebat telah ditemui iaitu Anuar Hasin yang dinobatkan sebagai Juara bagi AQ1, Abdullah Fahmi Che Nor sebagai Juara AQ2, Fakhrul Radzi Khamaruddin sebagai Juara AQ3 dan baru-baru ini Juara AQ4 menjadi milik Ahmad Tirmizi Haji Ali.

Siapa pula bakal bergelar Juara AQ5? Adakah anda bakal Juara AQ5? Jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai ujibakat Aakdemi Al-Quran musim 5
harini bermula sesi terakhir ujinakat(27 – 28 November - Muzium Kesenian Islam, KUALA LUMPUR) jadi kalo ada yg masih berminat untuk masuk, sempat agi nih...pergi cepat!!!
Qari & Qariah AQ termuda
Bermula dari AQ4, syarat kemasukan pelajar AQ sudah berbuah sedikit, antaranya adalah had umur penyertaan, daripada 18 tahun kepada 13 tahun. apa yg menyentuh hati apabila melihat kelibat sahabat2 kita, adik2 kita yang berumur belasan tahun, bersemangat untuk sama2 mencuba nasib dalam program realiti ini.
Apa yang membanggakan sy golongan muda, ada juga yg terpilih dlm 10 finalis AQ4. Iaitu Siti Aishah binti Baain 13 tahun dari Pahang dan Mohd bin Ahmad Zahid 15 tahun Kuala Lumpur. seorang lagi remaja belasan tahun iaituMohd Nazif bin Zuhairi 17 tahun Kedah. Subhanallah, dalam usia yg muda, hati mereka sudah dekat benar dengan AlQuran.

Siti Aishah binti Baain 13 & Mohd bin Ahmad Zahid 15
Aquran dekat dimata lekat dihati
Allah berfirman, 
"Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan padanya (tentang datangnya dari Allah dan sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa". (al-Baqarah: 2)
Allah sebagai pencipta makhluk termasuk manusia sudah tentu arif dan amat mengetahui apakah keperluan manusia. Sebab itu kita perlu menjadikan al-Quran sebagai manual kehidupan. Manusia yang semata-mata bergantung kepada logik akal tidak semestinya akan betul .

Dijadikan AlQuran sebagai Nur di dada Manusia, jelas Alquran itu membawa rahmat yg besar untuk sekian alam sehingga ke akhir zaman.Allah berfirman yang bermaksud:
“Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)
Sedarlah, setiap ayat yang dibaca didalam Alquran akan mendapat ganjaran pahala tersendiri. Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda,
" Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."

p/s: Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”

kredit:
  1. http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-51697.html  
  2. http://www3.pmo.gov.my/webNotesApp/RqrMainM.nsf/WebQuranBannerMalay?OpenFrameSet
  3. http://soaljawab.wordpress.com/2008/01/01/jadikan-al-quran-dekat-di-mata-lekat-di-hati/ 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan