Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Assalamualaikum, "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara", hari ini artikel ini ditulis, 16 mei 2012, hari keramat menjulang hormat kepada semua para guru- guru di Malaysia.. bukan setakat guru sahaja
malah, insan yang dipanggil murid sebagai cikgu, guru besar, pengetua, ustaz, ustazah, murshid, mudir, tok imam masjid, pensyarah, jurulatih malah tidak kira apa status dia, asalkan dia seorang pendidik maka dia adalah seorang Guru.
malah, insan yang dipanggil murid sebagai cikgu, guru besar, pengetua, ustaz, ustazah, murshid, mudir, tok imam masjid, pensyarah, jurulatih malah tidak kira apa status dia, asalkan dia seorang pendidik maka dia adalah seorang Guru.
Bila terbaca sajak di atas (sajak Guru 0h Guru karya Usman Awang) menyebabkan aku sebak mengingatkan betapa sukarnya guru-guru medidik anak-anak muridnya. seorang jurutera modal insan, membentuk manusia menjadi 'manusia' seorang arkitek bangsa membentuk ummat mejadi hebat. seorang juru ukur maruah bangsa membentuk pahlawan gemilang bangsa. Lantas aku terharu, betapa tabahnya seorang guru mengajar aku yang dahulunya nakal bagai nak gila. Mesti guru tu stress separuh mati melayan karenah aku dulu. (tiba-tiba nak nangis pula... :'( Ya Allah muliakan guruku)
Mulianya seorang berstatus guru mendorong aku untuk membalas jasanya? tapi bagaimana? mengajar dia semula sudah pasti ku tak mampu. mengajar anaknya bukan tentu, jadi apa yang patut aku lakukan? hhurrmm betul juga? jadi bagaimana??
"Dalam sujudku, kuDOAkan PENGAMPUNAN dosaku, dosa ibu bapaku, dosa GURU-GURUku dan dosa muslimin muslimat, limpahkan lembayung rahmat kepada MEREKA yang banyak BERJASA kepadaku. Kau tuhan yang maha esa, MULIAKAN lah mereka kerana mereka insan MULIA...Amin"
Doa, itulah hadiah yang tidak ternilai bagi seorang guru. bukan hadiah yang diberikan murid di setiap sambutan hari guru itu yang dikejar seorang guru. tetapi INGATAN seorang murid dalam setiap sujud dan doa. itu lebih bernilai.
Tahukah Anda?Peranan guru amat penting. dan betapa Allah dan rasul memuliakan seorang yang bernama GURU? Kenapa? kerana peranannya dalam mendidik dari satu perkara yang tidak kita ketahui kepada kita menjadi tahu.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:“Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta ORANG ORANG BERILMU (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”(Surah ali-‘Imran:18)
Subhanallah, kalian juga pernah dengar kisah mengapa imam Syafie yang tinggi ilmunya tetapi masih memeluk erat seorang badwi yang kotor dan comot. Anak murid imam Syafie pun kehairanan dengan kelakuan gurunya, lantas bertanya kenapa guru memeluk badwi yang kotor dan comot itu? tahu tak kalian apa jawapannya. KERANA DIA ADALAH GURUKU. Walaupun badwi itu hanya menceritakan padanya bagaimana mahu mengenali anjing yang cukup umur. tetapi bagi imam syafie, kemuliaan insan yang memberikan ilmu walaupun sikit adalah lebih tinggi dam perlu dihormati."Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan orang alim (ulama) atas ahli ibadat adalah seperti kelebihanku ke atas orang yang paling rendah di antara kamu. Kemudian Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya para malaikat dan penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam lubangnya berserta ikan bersalawat (berdoa) untuk orang-orang yang mengajar kebaikan kepada manusia.”(Hadits riwayat At-Tirmidzi)
Oleh itu wahai kawan, sahabat-sahabat dan adik adik sekalian, muliakanlah guru anda, kerana insan itulah yang mengajar kamu kepada ABC menjadi karangan yang berisi, daripada 1 2 3 kepadalah kamu pandai menjawab Algebra. Hebat bukan? ucapkanlah terima kasih atas segala ilmu yang dia curahkan.
GURU SEMOGA ALLAH MERAHMATIMU DAN MENEMPATKAN KAMU DISYURGA YANG SEPATUTNYA. AMIIN..
*Dedikasi kepada
- Guru (cikgu Bedah) Tadika islam Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak
- Guru2 SK Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak
- Ustaz ustazah SRA AtTaufiqiah, Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak
- Guru2 SMKA Kerian, Semanggol, Perak
- Pensyarah2 Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng, Perak
- Pensyarah2 Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak
- Semua Warga Pendidik di Perak
- dan Semua Warga Pendidik di Malaysia
- kepada sahabat2 ku, kalian juga guru aku! Mengajar sesuatu yang aku tak tahu
- kepada IBU BAPAku, kalian guru paling besar dalam hidupku LOVE you so much!!
*Sedikit perkongsian dibawah, seorang Guru sanggup buat apa sahaja asalkan anak muridnya faham sesuatu ilmu walaupun caranya dilihat bodoh oleh pelajar.
No comments:
Post a Comment