Assalamualaikum
Tik tok tik tok, kita sedang mengira hari hari terakhir sebelum masuk tahun baru masihi. maam biasa, kalau masuk tahun baru mesti ramai yang dah mula fikir apa azam aku tahun depan. kurang ramai yang fikir adakah azam aku tahun ni tercapai, sikit sangat yang tak fikir langsung pasai azam. Dan yang paling teruk sekali, ramai yang tak tahu azam tu apa, Haha..ada ka orang macam tu?
Tapi untuk kes pewarisan azam (ada ka istilah camtu?) pernah tak terfikir kenapa azam kita tak terapai? Azam terlalu tinggi? Kurang usaha untuk realisasikan azam tu? azam yang melampau untuk dicapai? atau ada satu hijab yang menghalang kita untuk melaksanakan azam tersebut?
Pertama sekali, kita kena tahu yang azam kita hanya kita sahaja yang boleh laksanakan, orang lain hanya boleh bantu, kenapa? sebab Allah dah berfirman "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya” (Ar-Ra’d:11) Jadi logik la kan kalau usaha kita tak setimpal untuk laksanakan azam, sebab kita tak mampu nak ubah hidup kita.
Tapi saya dah berusaha gigih, semua cara saya dah lakukan, tapi kenapa masih tak terlaksana?
ini perkara yang paling menakutkan, bukan cerita seram tapi, segala usaha yang kita lakukan ini tidak diterima Allah, sebab tu azam kita tak tercapai. mAri bermuhasabah semula, adakah hari hari kita ini bergelumang dengan dosa? atau ada khilaf yang kita tak sedari. Dalam sebuah buku ada menyenaraikan 5 perkara terhijabnya rezeki.
- Hilang tawakal kepada Allah
- Bergelumang dengan DOSA
- Maksiat dalam PEKERJAAN
- Bekerja sehingga LALAI mengingati Allah
- Sifat BAKHIL
Yang paling kita takuti adalah DOSA, kerana dosa ini sesuatu yang tidak nampak dan tidak jelas, kadang kala kita tidak sedar pun yang kita berbuat dosa, jika kita berbuat dosa kepada Allah itu mungkin dapat Allah ampunkan jika kita bertaubat, Kalau berdosa dengan manusia? Bagaimana?
Tapi apa kaitan azam dengan rezeki? Rezeki kan nikmat Allah, Azam tu apa yang kita mahu, dan apa yang kita mahu itu datang dari Allah, dan apa yang Allah beri itu adalah rezeki. Tapi macam mana Allah nak bagi rezeki kalau kita sendiri menghalang rezeki
Penutup: Hapuskan Hijab yang menutup
Ramai yang sudah memasang azam, tetapi ramai yang tidak merancang azamnya dengan betul. Ramai yang punyai azam yang tinggi namun tidak meletakkan Allah sebagai yang tertinggi. Sentiasa pasang azam yang membawa kebaikkan kepada Agam, insyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita melaksanakan azam kita.
Banyakkan solat rawatib (solat sunat sebelum dan selepas solat fardu) supaya perkara wajib yang terlompong dapat ditampung. Banyakkan solat Dhuha, supaya murah rezeki dan dikurniakan anugerah yang tidak diduga Dari Allah. Kerjakan juga Solat hajat, memohon Allah permudahkan urusan kita sehari harian. Kesimpulannya jangan pernah asingkan Allah dengan segala urusan kita. Semoga Allah permudahkan kita mengerjakan Azam untuk tahun 2013 ini!! InsyaAllah

No comments:
Post a Comment