...السلام عليكم
..بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Allahumma Solli Wa Sallim Wa Baarik a'ala Saiyyidina Muhammad.. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Ummat Manusia, Kekasih Allah Rasulullah saw yang telah banyak berkorban demi memastikan kita ummat nya hidup dalam keadaan AMAN dengan IMAN. Agar tidak lagi menjalani kehidupan jauh dari jalan yang mengingatkan kepada sang Pencipta, Allah swt.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana masih memberi saya ilham untuk terus mencoretkan entry di sini sebagai perkongsian dari saya buat tatapan dan santapan rohani sahabat-sahabat Secerah NurRaHman. Harapan saya, mudah-mudahan coretan saya ni dapatlah sedikit sebanyak menambahkan koleksi pengetahuan dalam diri kalian. Semoga dengan perkongsian ini bisa dijadikan bekalan dan pegangan buat para sahabat saya dalam mengharungi dunia sementara yang penuh dengan ujian dan pancaroba.
Ok, cukuplah intro banyak tu, lebih-lebih nanti takut termelalut pula. Kita 'shoot' terus kepada topik yang nak dibicarakan dalam entry kali ni. Sebenarnya dalam setiap diri manusia yang lemah lagi hina seperti kita ni seharusnya ada sifat rendah diri sepenuhnya. Kerana, setiap dari kalangan kita adalah sama asal usul nya, tujuan kita juga sama yakni menuju Allah yang Esa. (ter'intro' sebelum masuk tajuk plak. sorry >.<)
Jika kita cakna dengan situasi dan keadaan negara kita sekarang ni, banyak dalam kalangan insan yang dulu nya boleh di kategorikan sedikit terleka dengan dunia kini telah sedar dan sedang memperbaiki diri dan mengkoreksi IMAN kerana Allah.. (penghijrahan artis Malaysia ke arah kebaikan, khususnya)
Namun, setelah mereka melakukan perubahan ke arah kebaikan demi Islam yang dijunjung, muncul pula pelbagai tohmahan dan ramai pula yang memandang serong dengan penghijrahan yang telah mereka lakukan demi agama yang suci jua satu-satunya agama yang diredhai Allah diatas muka bumi ini. Pelbagai pendapat dan tuduhan yang telah dilemparkan kepada mereka, ada yang berkata "alaa, nak tunjuk alim lah tu..nak cari publisiti.." "tak payah nak bajet berubah sangat lah, dulu bukan main teruk.." Apakah layak bagi kita sebagai ummat Nabi Muhammad saw yang sama seperti mereka serba kekurangan ni nak menghina mereka yang sedang mencari kehidupan yang lebih baik berbanding dahulu? Hebat sangat kah kita? Tinggi sangatkah darjat kita disisi Allah swt sehingga melayakkan kita memperlakukan mereka sebegitu? Fikirkan semula siapa kita sebenarnya?? astaghfirullah...
Sepatutnya kita yang mengaku sebagai saudara sefikrah, saudara seIslam, wajib bagi kita untuk membimbing insan yang ingin berubah seperti mereka ini agar terus yakin dan kuat untuk berubah ke arah kebenaran. Kalau pun kita tidak mampu untuk membimbing mereka, cukup lah dengan sekadar memberi semangat kepada mereka untuk terus berjuang dalam mencari kebenaran dalam mendalami agama Allah yang indah ini. Ya, benar mereka dulu banyak melakukan perkara yang Allah larang, tapi kita tiada hak untuk menghukum mereka seperti tiada lagi ruang untuk mereka berubah untuk memperbaiki diri.
Buka lah seluas-luasnya pintu hatimu, renungkanlah sedalamnya, jangan terlalu mudah menghukum kesalahan orang lain, jangan menghukum seolah-olah kita langsung tidak pernah melakukan kesalahan atau dosa didalam hidup. Beri peluang kepada insan yang inginkan perubahan seperti mereka (khususnya). Elakkan dari memfitnah yang bukan-bukan terhadap mereka. Mereka juga layak mendapat kehidupan yang terbaik diatas muka bumi pinjaman Allah yang sementara ini.
Selain itu, pihak media seharusnya berhenti dari menayang/memainkan cerita atau filem
yang berkaitan diketika mereka masih belum menutup aurat mereka sebaiknya. Pihak media perlu memainkan peranan yang penting dalam usaha menjaga aib orang lain. Jangan pula dikerapkan lagi menayangkan aurat-aurat mereka ini dikhalayak ramai. Ya, memang diketika itu mereka yang rela utnuk beraksi seperti itu, namun hormatilah hak mereka setelah mereka mengambil jalan untuk berubah ke arah kebaikan.
Semoga Allah terus beri kita kekuatan untuk sentiasa kuat dalam berpegang dan berjuang mengakkan aqidah Islami disamping membantu saudara-saudara kita yang lemah, bukan pula mencerca dan menghina mereka. Jika mereka melakukan kesalahan, betulkan mereka dengan berhikmah. Jika ada yang tak betul, sama-sama kita perbaiki, elakkan diri dari memaki sesama ummat.
wallahu a'lam..
p/s;- segala salah kata terkasar bicara yang mengguris jiwa mohon maaf saya pinta.. jika ada yang ingin memberikan cadangan penambah baikan penulisan saya, comment dari pihak anda amatlah dialu-alukan.. Jazakumullah khair kathir.. ^_^
"Pertahankan agama Allah seikhlas mungkin, nikmat kurniaan dari-Nya, bukan manusia.."
kenalkah kalian dengan mereka? sekarang:- al-Mawlid dulu VE/Ruffedge |
Buka lah seluas-luasnya pintu hatimu, renungkanlah sedalamnya, jangan terlalu mudah menghukum kesalahan orang lain, jangan menghukum seolah-olah kita langsung tidak pernah melakukan kesalahan atau dosa didalam hidup. Beri peluang kepada insan yang inginkan perubahan seperti mereka (khususnya). Elakkan dari memfitnah yang bukan-bukan terhadap mereka. Mereka juga layak mendapat kehidupan yang terbaik diatas muka bumi pinjaman Allah yang sementara ini.
Diana Amir - gambar hiasan |
Selain itu, pihak media seharusnya berhenti dari menayang/memainkan cerita atau filem
yang berkaitan diketika mereka masih belum menutup aurat mereka sebaiknya. Pihak media perlu memainkan peranan yang penting dalam usaha menjaga aib orang lain. Jangan pula dikerapkan lagi menayangkan aurat-aurat mereka ini dikhalayak ramai. Ya, memang diketika itu mereka yang rela utnuk beraksi seperti itu, namun hormatilah hak mereka setelah mereka mengambil jalan untuk berubah ke arah kebaikan.
Semoga Allah terus beri kita kekuatan untuk sentiasa kuat dalam berpegang dan berjuang mengakkan aqidah Islami disamping membantu saudara-saudara kita yang lemah, bukan pula mencerca dan menghina mereka. Jika mereka melakukan kesalahan, betulkan mereka dengan berhikmah. Jika ada yang tak betul, sama-sama kita perbaiki, elakkan diri dari memaki sesama ummat.
wallahu a'lam..
p/s;- segala salah kata terkasar bicara yang mengguris jiwa mohon maaf saya pinta.. jika ada yang ingin memberikan cadangan penambah baikan penulisan saya, comment dari pihak anda amatlah dialu-alukan.. Jazakumullah khair kathir.. ^_^
"Pertahankan agama Allah seikhlas mungkin, nikmat kurniaan dari-Nya, bukan manusia.."
No comments:
Post a Comment