Mencari sesuatu?

Tuesday, 3 December 2013

Pergi Tak Kembali

Bismillah, walhamdulillah....

Rasa diri ini begitu lama tidak "menaip" untuk blog ni.
Baru kini berkesempatan dan mempunyai idea untuk menaip.
Sejak minggu lepas, di wall FB banyaknya terpapar berita kematian.
Sedih....
Tambah-tambah bila memikirkan orang yang kita sayang juga akan dipanggil pada bila-bila masa. Bersedia atau tidak, apabila Allah mengatakan 'kun fayakun'. Tidak ada satu mahkluk pun yang boleh menghalang kehendak Allah. Kita tidak akan rasa terkesan dalam hati jika sekadar....'oooo, mati'. Tapi hayatilah makna kematian itu.

Saya tidak boleh bayangkan jika Ayah atau Mak atau Abang atau adik-adik atau orang yang kita sayang dijemput terlebih dahulu. Saya tidak boleh untuk membayangkan jika mak saya dijemput terlebih dahulu. Tidak tahu bagaimana kehidupan tanpa seorang wanita bergelar mak. Allahurabbi. Jadikan saya seorang anak yang mampu membahagiakan keluarga dan ummat ya Allah. Tidak kuat untuk menulis lebih panjang.

Tidak tahu dan tidak boleh untuk bayang.
Betul lah kata Rasulullah....Kalau hati keras, pergi kubur. Supaya kita ingat mati. Apabila kita ingat bahawa mati itu pada bila-bila masa dan ketika dan keadaan. Sudah pasti kita tidak berani untuk menderhaka kepada Allah. Sudah pasti kita tidak berani untuk melanggar syariat yang telah ditetapkan oleh Allah.

Sering kali mulut menyebut berTuhankan Allah tapi hakikatnya?
Tepuk dada tanya iman.
Jangan ditanyakan pada hati nanti mati.
Jangan ditanyakan pada rasa nanti binasa.

Hiduplah untuk Allah.
Bukan untuk manusia.
Hinanya kita pada manusia bukanlah beerti hina disisi Allah.
Mulia kita dimata manusia bukanlah beerti mulia disisi Allah.
Penilaian Allah dan manusia itu sangat jauh berbeza.
Kerana Allah yang menciptakan manusia.

Jangan kita terlalu sibuk membina diri untuk dihormati dan disanjungi oleh manusia.
Tapi sibuklah membina diri untuk disayangi dan dicintai oleh Allah dan Rasul.
Sungguh!!
MATI itu satu KEPASTIAN.
Yang kita tidak tahu pengahkiran yang bagaimana.
Yang kita tidak tahu bahagia atau derita selepas mati.

|| Kita dijadikan oleh Allah untuk beribadat kepadaNya ||

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan