Assalamualaikum...
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Illahi, Dia Tuhan yang menciptakan saya, anda, kalian dan semuanya yang wujud di atas muka bumi ini. Tiada yang lebih layak menerima puji-pujian melainkan Dia (Allah), Tuhan buat sekalian alam.Allahumma solli 'alaa Sayyidina Muhammad wa 'alaa alihi wa sohbihi wa baarik wasallim.. Selawat serta salam buat junjungan besar nabi kita Muhammad saw. Dia yang membawa sinar cahaya kepada seluruh ummat manusia, menerangi jalanan yang dulunya gelap gelita, tiada arah melainkan jahiliyyah semata. Moga kita terpilih untuk bersamanya kelak disyurga. amiin :)
Untuk entry saya yang ini, ingin saya kongsikan sedikit sebanyak sekadar apa yang saya termampu, insyaAllah. (saja nak menulis kat sini, sebab lama dah tak kongsi..moga ada manfaat, insyaAllah.)
Ambil sedikit masa yang ada, renung semula sejauh mana sudah perjalanan kita di atas muka bumi ALLAH ini? 1 tahun? 10 tahun? 20 tahun? 30 tahun? Atau mungkin ada antara kita yang dah melewati lebih dari itu. Alhamdulillah, seharusnya kita bersyukur kepada Dia kerna masih diberikan pada kita suatu jangka hayat umur yang panjang untuk terus kita beribadah mengabdikan diri kepada-Nya, melakukan amal kebajikan di atas muka bumi ini. Hayat yang masih berbaki, umur yang semakin menghampiri tarikh mati, hidup yang tidak punya banyak masa lagi, imarahkan dengan segala amalan yang diredhai., mudah-mudahan Allah memberkati. InsyaAllah.
Benar iman kita kondisinya tidak sekata, ada naik dan turun. Kadang diatas, ada masa tersungkur terus berada dilantai tahap terbawah, na'uzubillah. Oleh itu, junjungan besar nabi kita Muhammad saw telah mengajarkan pada kita suatu doa untuk diamalkan agar kita tetap setia dan istiqomah berada bersama agama yang benar, Islam yang mulia. Dan doa itu adalah seperti berikut:-
"يامقلب القلوب ثبت قلبي على دينك"
'Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik'
"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati kami ini sentiasa bersama agama-Mu"
Doa ini boleh diamalkan sebilang masa, tidak punya waktu-waktu yang tertentu untuk dibacakannya. Allah berfirman, mafhumnya, "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan-Ku maqbulkan..". Justeru, berdoalah kepada-Nya apa pun, bila-bila masa pun. insyaAllah Dia sentiasa mendengarkan rintihan kita, malah sentiasa rindu untuk mendengarkan permohonan dari kita hamba yang serba kekurangan setiap masa dalam segala tiap-tiap sesuatu. Allahu.. Berdoa lah sentiasa kepada Dia, zahirkan rasa cinta kita yang tak terhingga kepada yang Esa, mudah-mudahan kita semua dikurnia syurga oleh-Nya di akhirat sana. Moga diperkenankan segala doa dan keinginan kita disisi-Nya, amiin. insyaAllah :)
Setakat ini dulu rasanya sedikit perkongsian dari saya dalam entri kali ini, akan datang jika umurnya masih panjang, insyaAllah kita ketemu lagi untuk kita terus berkongsi bersama di ruangan ini..
...Aku seorang PENCINTA...
Seorang penCINTA perlukan pengorbanan,
Seluruh jiwa bertumpu hanya pada IMAN,
Setiap yang baik disandar hanya pada Tuhan,
Kala hati terpaut pada cinta insan,
Cinta teragung tidak pula diketepikan,
Malah itu yang selalu menjadi keUTAMAan..
Seorang penCINTA seharusnya gagah,
Andai berjuta ujian datang menjengah,
Diri siap terima dengan penuh tabah,
Bila hati terusik rindu tanpa arah,
Pasti rasa itu diadu hanya pada Allah,
Tidak terbuang terbiar melimpah..
Cinta insan zahirkan perbuatan,
Cintakan Rasulullah sunnah ditinggal jangan,
Cinta pada Allah lakukan segala suruhan,
Jauhi segala yang menjadi larangan,
Bersangka baik pada setiap keadaan,
Lakukannya selagi diri punya kemampuan,
Sentiasa berusaha hanya untuk kebaikan..
Semoga Allah Redha...
-Hassan-
No comments:
Post a Comment