Mencari sesuatu?

Thursday, 14 June 2012

Panji itu jatuh, Siapa nak angkat?

Dengan Nama Allah
Yang menentukan takdir makhluk
Semoga takdir kami ini hasanah
Dan pengakhiran kami juga hasanah


Ya Allah, pejam celik dah nak masuk tahun 2012, sekejap ja kan? dan dari hari ke hari, pelbagai cabaran, dugaan, pengalaman dan kenangan kita sudah hadapi dan tempuh dengan penuh berhikmah, dengan perasaan tekun dan gigih, dengan harapan ia dapat membimbing kita menjadi lebih dewasa dan matang. namun, tahu atau tidak, adakah apa yang kita lakukan ini, betul-betul mematangkan kita, atau kita hanya merosakkan maruah dan agama kita, seperti biasa, mari kita MUHASABAH kembali.


ISLAM = MUNDUR?
Astaghfirullah, jika ada seorang bernama muslim menyatakan sebegini, maka beristighfarlah dan kembalilah kepada islam yang benar.
yo yo..wat sap..wat sap!!!!


"Apa? statement ini betul?...Islam menghalang kemodenan?... islam tak update?...semua benda tak boleh.. itu tak boleh..ini tak boleh...ini zaman moden la...dah masuk tahun 2012 dah... cuba la bertamadun sikit..."
ISh!! siapa yang cakap? itu nafsu kamu yang berkata macam tu. sedangkan Islam itu yang memberikan kemodenan, islam itu yang sesuai sepanjang masa, islam menghalang melakukan sesuatu kerana ia bersebab, walaupun sudah 2012, selagi kita bernama hamba, dan MUSLIM, kadi islam tetap menjadi akidah kita, bukan ketamadunan.


Pernah Islam halang Kemodenan, tidak kita lihat bagaimana Rasulullah dan dan para muslim zaman baginda memodenkan negara-negara islam? cuma sekarang kita yang menolaknya


Pernah islam menghalang kamu mengikut tren skarang? Nak iPhone, pakai la, bukan bidaah pon. Berfesyen? Rasulullah tak pernah menyuruh pakai jubah sentiasa, cuma rasulullah menyuruh berpakaian mengikut syariat islam iaitu MENUTUP AURAT dan TIDAK KETAT. Pakai seluar pendek tidak haram, Asalkan ia menutup aurat.


Kenapa Islam banyak menghalang? Pernah tidak kita fikirkan kenapa sesuatu benda itu tidak boleh dilakukan? dan pernah tidak kita tahu ada jalan lain dalam islam? kenapa mahu berzina sedangkan Allah menghalalkan pernikahan? Mengapa mahu mencuri bila tidak ada duit sedangkan pintu rezeki banyak.. jika tidak mampu juga, masih ada zakat. Kenapa mahu berpakaian singkat dan ketat sedangkan kulit perlukan perlindungan dan ruang untuk 'bernafas'.


Salah Siapa?
Jika kita terdengar perkara-perkara buruk mengenai islam, sehingga orang membenci islam dan orang islam itu sendiri. tahu tidak kenapa?


KERANA KITA!!


Kerana kita melakukan perkara-perkara keji sehingga Islam terpalit dengan kekejian dari tangan tangan kita. dan ia bermula dengan Nafsu dan Perasaan Jahat kita.








Mari Bina semula!
Oleh kerana kita yang mencemar, bukankah kita yang bertanggungjawab membersihkan? YA KITA LA, siapa lagi. Apa yang boleh kita buat? 


1-Kembali Kepada fitrah
fitrah? fitrah manusia apa? eemmm... semua manusia mesti merasakan ingin bertuhan. jadi fitrah manusia adalah menjadi hamba kepada tuhannya. Bila kita tahu kita ada tuhan, maka kita juga tahu, apa yang Tuhan kita suruh dan apa tuhan kita larang, betul? dan Setiap yang Tuhan suruh dan larang itu pasti ada sebabnya. Allah sudah mengatur sesuatu ketetapan peraturan itu sesuai dengan kehidupan manusia. Jadi apa yang Allah suruh kita buat, dan apa yang Allah larang kita tinggalkan.


2-Tonjolkan Imej Islam
Imej islam eekk...kena pakai kpiah sentiasa... berjubah...berjanggut...TUDUNG LABUH!! oohh kenapa..
wahh..kalau kalian dapat tonjolkan begitu alhamdulillah..sebab itu satu tuntutan dan bertudung labuh itulah sebenar-benar cara pakaian islam. Imej islam tidak sahaja merujuk kepada pakaian tapi tingkah laku kita juga menujukkan imej agama yang kita anuti. sentiasa tolong orang, senyum, pembersih, rambut sikat, pakai wangian. Bila semua kebaikan kita tonjolkan, tak mustahilkan orang akan kata...Wah..bagusnya muslim ini...



3-Benci dan menghukum manusia, cuba elakkan
kalau perasan, melayu ni cepat sangat panas hati, pantang dicabar dan pemarah. bila semua ni menguasai diri, hilang la pertimbangan dan secara tidak langsung, satu imej buruk terkena batang hidung sendiri. tidak pasal-pasal nama islam juga dipetik, haaa islam ni itu..islam itu ini...


 Jadi kita intai sikap nabi bagai mana, jika ada seorang yang melakukan kesalahan, atau membuat onar terhadap Baginda, adakah baginda benci? adakah baginda terus menghukum, satu daripada sikap inilah yang menyebabkan orang ramai mudah menerima islam ketika itu. dalam hukum hudud sekali pun, tidak akan dijatuhkan hukuman terus menerus tanpa ada bukti yang sah seseorang itu melakukan kesalahan, malah jika ada, dicuba cari sebab yang membolehkan pesalah tidak disabitkan hukum hudud.. Lihat betapa indahnya islam.


Back 2 Basic.Lets do some 'Magic'


Penutup: Islam Pasti bangkit Lambat Laun


Ya jika kita tengok sekarang, umat islam di tindas, islam berperang sesama saudara, islam menolak carqa hidup islam, islam hanya pada nama. tapi apa yang saya yakin dan kita perlu yakin. ISLAM PASTI AKAN BANGKIT! KERANA ITU JANJI ALLAH. Semua perbuatan buruk atas nama islam ini merupakan kifarah atas kita kerana memudahkan perjuangan yang sepatutnya kita julang. 


Ya kita belum cukup sempurna, belum banyak ilmunya, belum cekap bermadah bicara. Tapi kita masih mampu ubah dunia. iaitu dunia kita sendiri. Mulakan ubah dunia kita sendiri. Bila dunia masing2 sudah berubah, tidak mustahil dunia sebenar juga berubah. wallahualam. Peringatan untuk diri yang hina.




::berikut adalah pendapat dan pandangan penulis, jika ada tersilap tersalah boleh salurkan teguran dan nasihat di acabsmka@gmail.com. insyaAllah saya terima dengan hati yang terbuka

Sunday, 10 June 2012

AKU BUKAN BAHAN PAMERAN


Bismillahirrahmanirrahhim..

Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a,,Rasulullah s.a.w bersabda : -
"Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan solehah"

Takut dan sedih bila melihat dunia hari ini yang dipenuhi dengan kaum wanita
Apa yang saya dapat katakan bahawa kaum wanita hari ini di eksploitasi

Kenapa saya kata begitu?
Sebabnya terang lagi bersuluh
Asal iklan untuk jual produk je perempuan yang ditayangkan
Persoalannya.....
Nak jual barang ke nak jual orang??

Pelik.....
bila kejohanan sukan berlangsung
Contoh yang saya ambil
sukan lumba kereta
Ada ja perempuan Melayu dan Islam bersadai di tepi kereta
Untuk apa??
Bukan kah itu yang dikatakan pameran free??
Soal pakaian pula tak payah cakap la..
Bila tengok cara pakaian
Dah tak macam orang Islam

Nauzubillah....
Sesungguhnya saya juga seorang perempuan
yang masih berusaha mencari keredhaan Allah

Sedarlah wahai kaum wanita yang disayangi oleh Allah dan Rasul
Ayuh kita cari dan tengok kembali sirah kegemilangan wanita
Pada zaman Rasulullah s.a.w
INGAT!!
Apabila MATI, seluruh jasad kita akan dimamah oleh ulat
Untuk apa kita tunjukkan dan pamerkan benda yang tak sepatutnya pamerkan

Selagi nyawa masih diberi pinjam oleh Allah s.w.t
Selagi itu tiada istilah terlambat untuk berubah

p/s : sesungguhnya saya juga perempuan, saya juga punya ibu,adik beradik perempuan, sahabat-sahabat....saya juga tidak terlepas daripada diuji. Mohon doa kalian semua supaya saya terus istiqamah dalam menegakkan syariat Islam..Amin

Friday, 25 May 2012

LAYAK KAH KAMU MENJADI PENDIDIK??



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

"Mulakan harimu dengan menjadi orang yang mengajar, jika tak mampu jadilah orang yang belajar, jika tak mampu jadi seorang pelajar, jadilah orang yang mendengar, jika tak mampu jadi pendengar jadilah ornag yang cintakan ilmu, jika kamu tidak menjadi guru, tidak menjadi pelajar, tidak menjadi pendengar, tidak menjadi pencinta ilmu kamu akan binasa dunia dan akhirat"

Alangkah bertuahnya kita

GEMA Seruan::Jangan Pernah melepaskan


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Artinya: “Hai orang-orang yang beriman, ruku’lah kamu, sujud-lah kamu, sembahlah Rabbmu dan perbuatlah kebajikan supaya kamu mendapat kemenangan.” (QS.al-Hajj(22): 77)

bergema suara gema suara bergema
memecah sukma suara dilangitnya
Allah allah allah..allah

bergema suara azan, nyata berkumandang
seru menyahut manusia, menyembah tuhan
mari tunaikan suruhan, gapai kejayaan
takbir kau menyerah diri
sujud menyembah ilahi
agar terdidik iman, oh iman..oh iman

sibukmu dengan tugasan, bukannya halangan
bingkas kau bangkit selepas mendengar panggilan
gegas kau basahi wajah dan setiap bahagian
berwudhuk kau bersuci
tertib asasnya patuhi
agar terdidik iman, oh iman, oh iman

kutakbir tanda berserah
Meletakkan penghambaan penuh pasrah
beribadah tanpa ujrah
tanda ibrahku padaMu ya Allah

seruanMu tidak terputus
pengampunanMu tidak pernah terhapus
antara gema panggilan Mu sahut
atau aku hamba yang tidak bersyukur

panggilan Mu bergema lagi
mengajaku kembali
dibarisan ini berdiri mujahid sejati
mengikis sifat jahiliah di dalam hati
benar apa yang dijanji, dalam Alquran yang suci
sahut seruan Mu menyuci dari mungkar dan keji

aAsyraf(nR04~08)

Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Ya Allah ampunilah aku serta ibubapaku dan kurniakanlah rahmat kepada keduanya sebagaimana kedua mereka memelirara akan daku. Dan selamat sejahtera atas junjungan kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabat baginda.
(Riwayat Bukhari).

Wednesday, 23 May 2012

Kerana Dirimu Begitu Berharga



Assalamualaikum...

Alhamdulillah,
Ada kerisauan dihati..
Macam-macam bermain difikiran..
Jadi, tulis la apa yang nak tulis....

Allah masih memberi kita nikmat yang sering kita lupa iaitu nikmat sihat.
Untuk entri kali ini,
sy ingin berkongsi sedikit isu yang berkaitan dengan muslimat hari ini iaitu ISU TUDUNG
Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat kita manfaatkan bersama-sama, Insya Allah.....

Apa yang pendapat anda dengan tudung??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan